Hari ni akak dah sibuk dari pukul 5 pagi lagi. Mengejutkan anak2 terutamanya Arif yang akan pergi orientasi hari ni. En.AHBY pergi kerja dan akaklah yang akan menguruskan semua hal sekolah Arif. Farah dah selesai hal sekolahnya, tak payah sibuk2 nak sediakan dia jugak. Tapi akak angkut dia sekali untuk jadi PA akak. Kemain retis, ahkak sekarang ni tau. Siap ada PA. Ya lah, akak ni bukan sihat sangat. Ada masanya tu terpitam jugak. Lupa akak nak stori. Ada satu pagi tu, akak keluar nak beli sarapan kegemaran, nasi kerabu ayam percik. Tetiba aje akak pitam masa tengah beratur menunggu nasi kerabu tu. Dalam hati dah panik sesangat. Camane nak drive balik rumah, jauh jugak adalah lebih kurang 6 km kot. Takkan nak jalan kaki, lagilah pitam. Masa tu akak cuma tawakal pada Allah. Mulut pulak kumat kamit baca apa2 yang patut. Yang peliknya bila selesai baca ayat kursi, hilang rasa macam nak pitam tu. Tapi tak lama lepas tu datang balik. Akak pun suruh anak2 baca sekali. Alhamdulillah akak selamat sampai rumah, bawak pecutlah jugak sebab nak cepat sampai rumah, ambil wudhu dan baring atas katil.
Yang sebenarnya akak tak heran bila kena macam ni sebab dulu lagi selalu. Akak pernah sakit lama sampai dekat setahun. Bila pergi check doktor, amik ujian darah termasuk untuk kanser sekali, tak de apa2 yang tak kena. Akak sihat je, kalau ikut ujian doktor. Akak pernah jugak buat ECG bagai tapi semua okey. Alhamdulillah. Cuma yang peliknya bila selalu tak sihat rasa macam nak pitam. Doktor kata akak stress sangat. Tak tahulah nak cakap. Sekarang ni akak cuma amalkan beberapa surah dalam Quran yg disuruh ustaz2 dan org alim. Mohon dan berserah pada Allah saja. Akak memang pernah kena ganggu tapi tak payahlah citer pasal gangguan misteri akak sebab nanti semua orang termasuk akak pun takut nak baca n3 ni. Hahaha.
Haaa, amek kau, jauhnyaaaa menyimpang citer akak hari ni. Meh kita cepat2 U turn kat traffic light depan tu ya. Yang sebenarnya nak citer pasal hari orientasi budak yang dah besar panjang dan masuk sekolah menengah ni.
Ini last day dia di sekolah rendah. Tadi lupa pulak nak amik gambar dia pakai uniform sekolah menengah buat pertama kalinya. Tak pelah, hari Rabu next week akak akan ingat nak amik.
Akak antara yang terawal sampai, duduk kat kerusi baiiiik punye, bawah kipas. Nyaman je sampai nak terlelap dengar gurubesar berucap kat depan tu. Kalau kena amik ujian lepas ucapan gurubesar ni kompom akak fail sebab ngantuk sesangat. Kehkehkeh.
Dah besar dah budak ni. Harap Arif belajar bersungguh2 dari hari pertama sekolah ya, nak. Mama doakan Arif berjaya mencapai cita cita dan menjadi anak soleh dan anak murid yang menyejukkan hati cikgu2 yang mendidik. Amin.
8 comments:
smakin dwasa ank ;D
akk, nape jd mcm tu? bahayanya. klau pitam biasanya kes low/high bp.. misteri jugak tu. amalkn bc nama Allah juga ye kak... nnti sy carikn apa lg yg bleh d amalkn. take care
stress smpi pitam eks kak.. takut lak sy.. sy pun selalu gak stress.. kalu sy stress selalunya sy dpt migrain je la setakat nih.. hhhuuu.. minta2 dijauhkan sebarang penyakit la kan kak..
uish..kak..bahya nie..bwak2 rilex kak..bykkan berehat kak..
anak ank si arif nie,sma umur ngan adik akma yg 2nd last..hihi
rindu rasa nk sekolah semula..hihi
SSL,
Cepat masa berlalu, rasanya baru semalam pakaikan dia diapers. Hehehe.
InsyaAllah akak amalkan. T.kasih ya.
Mama maman,
Ha ah. Hebat kan stress akak. Tapi mohon Allah jauhkan semua penyakit kan.
Akma,
Memang rindu. Akak yang dah 40an ni pun rindu nak gi skolah balik. Hehehe.
Semoga akak sentiasa dalam lindunganNya ya!
Encem anak teruna akak tu :)
Amin. Terima kasih Dinas. Haiii kembanglah lagi serombong kapal budak tu. Hehehe.
3hb nanti sy pun kena join orientasi utk hero masuk darjah 1
best kan anak2 dah besar.tp kalau anak dah besar,sy pun dah tua la kan?hehe
Kalau hero baru masuk darjah 1, Irfa masih muda lagi. Memang best bila anak dah besar sebab ada tukang picit dan urut kita bila kita sakit2 badan. Hahaha.
Post a Comment