Huwaaaaaaaa!! Bukan akaaaaakkk, hokey! Tapi si kucing debab tuuuuu. Yaa, akak mengaku akak jeles tahap gaban. Tapi nak buat camana, baru bersemangat nak exercise, dah terlentang sakit tengkuk leher bagai. (stetmen biasa dari orang obese macam akak).
Hari tu singgah klinik ni on the way balik KL. Sebab Milo dah due untuk ubat cacingnya. Lagi pun bekalan makanan Milo dan Moli dah habis.
Dua ekor kucing tengah saspen menunggu bersama dua orang handler atau bibik kucing yang tersenyum simpul. Amboiiii, suka betul budak dua orang ni tengok muka Milo pucat semacam. Entah macamana dia nampak pucat tu, tak tahulah akak. Tapi nasib Milo baik sebab doktor ada hal kat luar dan lewat sampai klinik hari tu. Akak pulak tak dapat nak menunggu sebab nak balik KL terus lepas tu.
Tapi takkan nak pergi klinik sia2 je kan. Jadi kita timbanglah dulu kucing debab ni.
Berat saya dah turun uooollllsss!! Terbeliak gak mata tengok. Rasa2nya sebelum ni berat dia 8kg. Hebat ni. Baru 3 minggu menjaga anak angkat, si Moli tu, dah turun berat. Tapiiiiii kan, lemak bukan berat puuuuun kan.
Kalau tengok badan macam tak ada pun perubahan, masih berjuntaian je lemak tu (stetmen biasa dari rakan obese yang jeles tahap gaban).
Silalah tengok. Ada sesape nampak perbezaan? Sikit punya tahan nafas tuuuu. Akak nampak macam samaaaaaa je. Memang sah, lemak memang tak berapa berat pun kan.
10 comments:
betul2 ingat akak yg kurus.. br nak minta tips kurus..:)
milo leh geng ngan my cat aly! sama gebu!!
mama yang dah makin risau bila dia tidur nafas berbunyi
Milo, sila beri tips bagaimana anda dapat mengurangkan berat badan anda itu, okeh! Hehehe!
haha..kakak jeles ngn Milo..keep up Milo
amboiiii milo. dah pandai menjaga penampilan sekarang kannn?
salam kenal dari saya.
jalan2 dr blog dinas aldi
comelnya kucing..suka tengok je tp xsuka bela ;-)
Mama maman,
Akak pun naaaaak sangat turunkan berat badan ni haaa.
mrs. azmi,
Betul tu, Milo tidur pun berbunyi nafasnya. Hari tu vet cakap sebab dia overweight. Akak ingat kot kena athma ke kucing ni. Hehehe.
Dinas,
Senang je, Dinas. Sila bergantung sepenuhnya pada orang untuk beli makanan, bukakkan plastik makanan dan masukkan dlm mangkuk. Dan pastikan orang yang bagi kita makan tu pelupa tahap gaban.Hahaha.
Naz,
Akak puuuuuun. Huhuhu.
Tijah,
Tentulaaah. Sekarang saya sudah boleh mengenakan apa saja fesyen baju, tak pakai baju pun boleeeeh.
Irfa,
Terimakasih sudi singgah blog akak. Tak pe, kalau tengok je dah dapat pahala, insyaAllah sebab makhluk ciptaan Allah kan.
hahaha lawaknyer si milo..akhirnya trun jgk walau xseberapa :) ngeh3
Walaupun sikit je turun tapi dia happy sangat. Akak boleh nampak senyum dia tiap hari. Hahaha.
Post a Comment