Dah lamaaa mak akak tak datang ke KL ni. Last time dia datang masa nak pergi KK iaitu bulan June lalu. Sejak akhir2 ni kaki mak akak makin lemah dan dia tak boleh jalan tanpa tongkat kaki empat tu. Dengan bantuan tongkat pun kaki dia menggigil2 je bila berjalan jauh sikit. Hari tu akak belikan wheelchair utk disimpan kat rumah akak ni supaya tak susah dia menapak dari kereta ke lif.
Alhamdulillah dah masuk 5 malam dia tinggal di rumah akak ni. Hari ni dah nak balik PD semula. Mak akak tinggal dgn akak ni pun sebab puan Alang bercuti dgn familynya. En.AHBY pulak dah mula bertugas jadi akak tak boleh nak temankan mak di kampung. Maka adalah rezeki kami nak jaga mak sepenuhnya selama 6 hari ni di rumah sendiri.
Kalau nak jaga mak kena amik package tau. Si Wahau ni kena ada sekali. Hehehe. Mak akak memang tak boleh tinggalkan kucing kesayangan dia ni. "Bukan kojap, lamo den duduk umah kau tu. Takkan nak ditinggalkan Wahau tu. Nak bawak omak, angkut Wahau sokali!", kata mak.
Tapi insyaAllah tak susah nak jaga Wahau ni sebab dia kencing dan berak dalam bilik mandi cuma nak naik atas toilet tu susah sikitlah. Tapi kalau bab makan dan minum adalah agak kelakar sikit. Bekas minuman mestilah baldi besar tu dan mangkuk makanan pulak mestilah mangkuk kaca yang berat sikit. Kalau tak dia memang tak makan dan minum. Mak akak marah jugak kat Wahau, " Lenkali kalau nak datang sini, ingat bawak baldi untuk minum. Gayatlah kau ni Wahau!" Kahkahkah. Akak gelak je dengar mak akak cakap dgn Wahau tu. Kelakar sangat. Siap dia bagi duit kat akak suruh beli baldi plastik yang bertangkai macam tu untuk kasi Wahau minum. Akak cakap, tak payahlah beli lain, mak. Pakai je yang ada kat rumah ni.
Maka dengan adanya mak akak dirumah ni, akak pun tukar perwatakanlah pulak. Macamlah mak akak tak kenal sape sebenarnya anak dia ni. Cukup rajin akak ke dapur memasak hidangan lengkap setiap hari (puji diri sendiri, nampak). Setiap hari kena ada sayur, ulam dan lauk utama. Semalam siap masak spaghetti, nasi goreng, lepas tu siap starter lagi tu iaitu sup cendawan. Kalau tak ada tetamu VIP, akak ni ringkas je. Ada lauk satu cukup, kadang2 kari ikan tu diduetkan saja dgn terung atau bendi. Cukup sayur dan ikan dalam satu hidangan. Memang dasar pemalas. Petang2 dgn adanya mak dirumah, ada minum teh tau. Kadang2 akak goreng mihun, buat kuih udang, macam isteri mithali merangkap anak solehah je rupa akak selama 6 hari ni. Kahkahkah.
Walau macamana pun ada jugak yang dibeli, terutama yang mak mengidam sangat tu iaitu ayam yang dimasak oleh boipren lama mak yang kami panggil Uncle Kenny Rogers. Lepas tu mak pun ada jugak teringin nak makan makanan yang dah digam tu. Apa lagi, nasi beriani gam Johor di Putrajaya. Akak pun lajuuu je pergi beli makanan yang mak pesan tu sambil tersenyum lebar. Anak mithalilah katakan. Padahal bukan tak tahu kan, happy kemain dapat cuti masak 2 hari. Kehkehkeh.
Tapi akak pasti bila mak balik nanti, akan sunyilah semula rumah ni. Aura mak tu yang akan paling kami rindui nanti. Kalau mak ada memang rasa damai je dalam rumah. Yang pasti bilik Arif tempat mak tidur akan melekat bau macam spa bali sebab bercampur perfume, losyen halia, tiger balm dan macam2 balm lagi yang diurut mak pada kakinya setiap malam. Berebut2lah budak dua orang ni nak tidur di situ sebab ada bau Wan, katanya.
Hmmm...entah bila lagi rezeki mak nak datang sini lagi. Mohon pada Allah agar mak sihat dan kuat semula. Amin.
10 comments:
Milo ngam ea ngan Wahau..kembang nye Wahau
perangai wahau nak minum dalam baldi sama macam aly! berlagak takmo bekas kecik2!
Huih kelassss boifren lama mak akak tu, kihkihkih!
Saya pun sayang bangat kat mak saya. Seronok dapat jaga mak kan.
Mak kita memang kenal sangat perangai kita kan, segala baik buruk kita dalam tangan dia ja :)
Naz,
Tak ngam, dik ooi. Musuh ketat tuu.
mrs azmi,
Kelakar kan. Macam kelass sangat gitew. Padahal baldi bilik mandi je. Hehehe.
Dinas,
Dah asal dari rahim dia, Dinas. Seronok jaga mak ni, hati tenang, rumah rasa damai dan murah rezeki, insyaAllah. Akak nak suruh dia duduk sini lama2, dia tak nak. Inilah paling lama dia duduk rumah akak sejak uzur ni.
best nye mak dtg umh. kite dulu klu arwah mak dtg, siap tdo dgn die. en somi pndai2 la layan diri. mmg btl bau mak lain dr yg lain
Akak tengah sedih ni sebab mak baru je balik tadi. Betul tu, akak pun mintak permission jugak ngan suami nak tidur dgn mak. Hehehe.
wow!nampaknnyer si milo ader saingan,lagi gebus si wahau nie upenyer..fuh..semangat!like baldi..kihkih akak,si milo xgadoh ker ngan si wahau??
Mahunya tak gaduh. Nanti esok2 akak citer lagi pasal dua ekor musuh ketat ni.
suka baca ayat2 dalam blog ni..rasa dekat di hati..suka bau nenek :)
Irfa,
Anak2 akak memang sangat rapat dgn mak akak walaupun kami tak tinggal sama.
p/s Akak hanya menulis dari cetusan nurani sendiri yg kdg2 merapu juga. Hehehe.
Post a Comment