Betullah cakap orang, kalau sayangkan kucing, apa pun sanggup kita buat untuknya. Kalau sape yang penggeli atau tengah makan tu, tak payahlah baca part tengah ni ya. Tengok gambar tak pe.
Hari khamis malam jumaat hari tu, Milo muntah-muntah. Lepas tu siap ter *toot* di alas kaki depan bilik mandi akak ni. Masa ni poop dia tu masih berketul2 dan senang nak buang dan tak de lah semerbak sangat baunya. Selang dua jam lepas tu, dia termuntah lagi. Akak dah rasa macam ada yang tak kena, sebabnya kalau hairball tu, sekali je dia termuntah. Lepas tu siap dia tak selera lansung nak makan. Tengok makanan pun macam menyampah je. Badan pun macam lembik je. Part nak tengok perubahan kelembikan badan ni susah sikitlah sebab kalau hari biasa pun Milo ni bermalasan terbaring je kan. Tapi bila diiringi dgn tak selera nak makan tu, akak risau jugak. Seharian tu dia tak makan dan minum. Bagi makanan basah yang lazat sehingga menjilat hidung tu pun dia melengong je. Petang tu, akak bagi dia minum air zam-zam sikit, itupun kena pakai syringe. Immediately lepas bagi air tu, dia terus muntah2. Malam tu, akak tak tidur sebab kesian sangat tengok dia. Bila tidur dalam katil bakul dia tu, nak gerak pun dia tak berani, sakit perut memulas2 agaknya. Lepas tu kadang2 mulut dia macam terkulat2. Bila nampak dia macam tu, akak bangun dan bagi dia minum air pakai syringe lagi. Pagi tu, bila hantar dia ke toilet dia tu, dia punya poop dah macam watery sikit dan baunya uuuumaaangaiii, busuknyaaaaa. Kali ni, akak tak boleh tunggu lagi, kebetulan En.AHBY tak kerja hari Sabtu tu, jadi kami pun hantar dia ke vet.
Lembik je dia duduk dalam kereta tu. Farah pulak pergi amik kursus 5 jam belajar memandu tu hari ni. Jadi akak lah yang menguruskan segala bagai untuk Milo. Nasib baik Arif assist dan En.AHBY bawak kereta. Akak pergi Klinik Haiwan Mesra kat Bandar Baru Bangi tu. Dr. Wan, owner klinik tu husband kawan baik akak. Walaupun selalu jumpa dgn kawan akak tu tapi ni baru first time pergi klinik haiwan husband dia. Selalunya kami pergi klinik kat PD je. Klinik Haiwan Mesra tu sangatlah selesa dan kedainya juga besar dan lengkap dengan semua keperluan untuk pets ni. Rasanya lepas2 ni kami nak ke situ jelah kalau ada urusan sebab dekat je dgn rumah akak. Semua jenis makanan ada jual dan yang penting ada RC juga. Nak beritahu jugaklah, RC naik harga sebanyak 8% tahun depan. Haiiiihhhh....apa nak buat, sume mau naik, turun tada, yiileekkk!!
Ni masa lepas amik temperature kat buntuit tu. Punyalah marah Milo bila di perlakukan sebegitu, tak rela tauuu!! Doktor tu force fed jugak dia sebab dah more than 24 hours dia tak makan. Kucing obese ni kalau dah tak makan sehari memang sangat bahaya sebab liver dia boleh rosak dan organ2 lain pun boleh shut down. Silap hari bulan boleh kena jaundice.
Masa ni pulak nak bagi makan ubat. Punyalah susah, antibiotik yang pahit tu dikunyah2 nya. Lepas tu berbuih2 air liur dia keluar. Doktor cakap sebab ubat tu pahit.
Masa ni dah tahap maksima gaban kemarahan dia tu. Mulut tu terkatup rapat. Tepi2 mulut tu keluar air liur dia yang berbuih tu. Pandang akak pun kemain beliak lagi. Semua sekali 3 jenis ubat. Adoooiiiyaiiii, susahnya doktor tu nak bagi dia makan ubat tu. Nasib baik tak berdarah2 tangan doktor tu digigitnya. Mungkin sebab Milo dah tak bertenaga sangat sebab dah lama tak makan kan.
Lepas selesai dgn doktor, akak pun shopping sikit kat luar tu. Beli makanan dalam tin yang lebih hancur dari Whiskas packet tu, beli baju Moli, beli collar Moli. Semua bill termasuk shopping tadi adalah RM108.00. Tak pe lah, sayang punya pasal. Akak rasa bill ni boleh tahan lagi, kalau kat Ikano tu, Milo pernah amik darah dan cucuk multivitamin masa dia demam dulu. Dan bill adalah nearly RM300.00 (sila urut dada sekejap).
Tapi doktor manusia kat Klinik Mesra Teluk Kemang tu cakap, kalau manusia yang sakit bill taklah setinggi tu. Agaknya bayaran tu disamping ubat ialah untuk keganasan dan ketakwarasan haiwan yang dirawat tu kot. Manusia senang nak cakap sakit kat mana kan. Lepas tu makan ubat pun tak payah nak jolok2 masuk dalam tekak tu. Dan yang paling penting, manusia tak gigit tangan doktor. Lainlah kalau dia vampire ke kan. Jangan marah ye, puan Alang. Hehehe.
Daaannn.....dari hari sabtu hingga hari ni akak bersilat dgn Milo sebab kena bagi dia makan ubat 3 jenis tu dan kadang2 kena force feed dia. Ada masanya jugak akak jadi cacai untuk bersihkan *tooooooooooooot* dia tu (*toot* kena panjang sikit dari biasa sebab efek bau yang sangat melemahkan semangat).
Esok2 akak citer lagi rutin makan ubat Milo di rumah pulak.
8 comments:
Kesiannya Milo..
Binatang memang susah jugak bila sakit sebab tak bleh bagitau sakit macam mana..kita ni yg panik dok fikir camana nak buat..
Semoga Milo cepat sembuh kak..
Terima kasih Dinas. Akak memang sangat risau macam anak sendiri tak sihat jugak rasanya. Slow betul recovery dia sejak akhir2. Masa sembahyang pun akak doa mohon dia sembuh.
Milo mkn ubat rajin2..supaya cepat sembuh
kesiannya milo!
jangan malas makan ubat ya milo nanti lambat baik!
Naz,
Kalau ikut Milo, tak koser, jawabnya. Tapi akan dipaksa jugak. Hehehe.
mrs azmi,
Dugaan pada Milo kali ni. Redha je lah. Akak yang asik nak nangis tengok dia melepek.
aloooo~~milo xsehat ker??cian nyer dia..sory,ceq baru dpt bace stoli sal milo nie..huhu
Tak pe. Akak sukalah baca citer akma melawat sedara mara kat indon tu.
Alaaa sian Milo... tapi sakit sakit pun tetap shomelllllllllllllllllllll... meh sini nak gigit idung tu.
Cepat sembuh ya Milo
Post a Comment