Pages

Friday, 23 December 2011

Keanehan dalam kesempurnaan

 

Waduuhh! Tajuk macam bagusss je tapi isi tetap merapu. Hehehehehe.  Hari ni akak nak cerita sikit pasal kaki.

Macamana asalnya kaki itik budak ni. Cuba tengok tu, besar dan leper kat depan.

092

Masa kecik dulu dia suka jalan tunjit2 dan suka bounce dalam crib dia tu. Tinggi tau dia lompat. Lepas tu mesti guna hujung kaki je. Memanglahkan, mana ada orang lompat  guna whole tapak kaki kan, mahu bergegar tulang semua. Satu hari je beratus2 kali dia lompat laju2 dalam crib dia tu terutamanya kalau akak bukak TV.  Puas akak pegang badan dia kengkadang sebab tak nak bagi dia lompat tapi lama mana lah pulak akak boleh pegang dia. Haa sekarang ni terimalah padahnya, tak dengar cakap mak. Kan ke dah meleper dan meluas kaki  kat depan tu.

 

114

Cukup susah nak cari kasut sesuai dengan dia. Kalau cutting tak sesuai memang sempit di depan dan longgar pulak dibelakang. Kadang2 nampak macam pakai kasut clown pun ada. Kehkehkeh. Tapi cari punya cari, Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya. Itupun size 10. Baru 12 tahun tapi kasut dah saiz 10.

Akak pun ada jugak masalah kaki. Bukan qiudis atau yang sewaktu dengannya tapi kaki akak panjang sebelah tau. Hahaha. Kalau diukur yang sebelah kanan tu nak dekat 1 inci lebih panjang. Cukup seksa nak beli kasut bertutup kat depan. Nak selamat, beli sandal hitam dan pakai stokin hitam. Sekurang2nya dari jauh nampak macam kasut bertutup semua.

Hari tu akak pakai kasut crocs yang jenis 'medic shoe' tu. Sangat selesa tapi itulah akak cakap, kaki panjang sebelah kan. Takkan nak beli dua pasang saiz berbeza kan. Sepasang je dua ratus lebih harganya, 2 pasang dah RM500. Lepas tu takkan nak buang yang sebelah kasut tak dipakai tu kan. Sangatlah tak logik di situ. Akak pakai jugak tapi lama2 kuku ibu jari akak yang kanan tu macam lebam sebab terhimpit kat hujung tu kan. Habis camno?

En.AHBY suruh akak tempah je kasut tapi akak malaslah sebab mesti mahal. Lagi pun akak bukan ke mana pun. Duduk rumah saja. Biarlah akak tatap je kaki pelik ni dan bersyukur Allah  kurniakan kaki yang sangat sempurna. Alhamdulillah.

 

 

082

Pernah main tak game, 'ti ta ko ti, beli gula 3 kati, mak pergi pasar, adik nak pesan reben warna apa?'  Adik pun jawab "warnabiru." Lepas tu kita eja B,I,R,U sambil tunjukkan kat jari mana huruf U tu kena. Lepas tu kita lipatkan jari yang kena tu. Begitulah, sampai pemenangnya pada sape yang first sekali terlipat semua jari.  Haa, Milo dgn Moli tengah main game tu lah. Tapi akak musykil camana dia nak lipat jari kedalam nanti. Hmmm.....

6 comments:

Irfa said...

ooo baru tahu..tak tahu pulak kalai kita ni kaki tak sama besar.yg sy tahu kalau nak beli kasut jgn beli waktu pagi sbb masa tu kaki kita belum mengembang..kalau nak beli kasut beli waktu petang setelah kita dah penat berjalan ;)

~mrs azmi~ said...

geramnya tgk jari milo tu! tembam! hihi

kak, akak punya page ni ada malware. kene block pasal takut effect pc tapi saya redah je. akak tolong check ye.. takut orang lain takut nak masuk

Nota Cikgu Anum said...

iskk ai pon ader masalah kaki gak. kaki gemok dr badan. masa ank2 dare dlu mkcik2 sure tegur kaki ai. sembab kaki ni.. ngandong ker. nk cari kasut payah amat. sape la nk buat kasut saiz 6yg kembung kn..

Aidah said...

Irfa,
Memang itu satu tip berguna tu. Akak selalu lupa, nak beli pagi ke petang.

mrs. azmi,
Alamak dik, akak bukannya faham bab2 ni. Nak buat camane ek? Hari tu pernah sekali blog akak hilang tetiba tapi dpt retrieve balik. Sorry kalau akak dah terinfect apa2 kat your pc, akak memang tak tahu ni. Tadi akak dah buang glitter graphics kat tepi tu.

Cikgu Anum,
Itulah kan. Nampak macam remeh tapi itulah yang buat kita bergerak dan berdiri. Kalau pakai kasut tak sesuai memang menanges.

Dinas Aldi said...

Jauh beza jugak saiz kaki kiri & kanan akak tu yeh? Kaki saya pun besar sebelah tapi sikit saja..

Saya pernah main kira2 jari tu kecik2 dulu tapi start terus cakap "mak pergi ke pasar", takda "ti ta koti" tu, hehehe..

Aidah said...

Itulah pasal. Cukup susah nak cari kasut lawa2, Dinas. Itu yang kadang2 akak sarung aje sport shoes kalau nak berjalan2. Peduli ape, janji selesa. Hahaha.