Bunyi tajuk macam baguuuussss je kan. Akak bukannya doktor ke atau bomoh tapi cuma cakap dari pengalaman. Hari tu memang sakit sangat tengkuk, leher dan bahu akak ni. Tak pernah rasanya sakit seteruk tu. Kadang2 menggigil tahan sakit terutama kalau duduk tegak. Takkan nak baring 24 jam kan. Kena jugak bangun sekali sekala. Memang menangislah tahan sakit. Tapi akak taklah pulak pergi jumpa pakar semua sebab bila cakap dgn Puan Alang, dia kata otot akak tu mungkin ada bengkak kat dalam tu. (inflammed ke apa ke namanya) Lama jugak nak elok betul2 adalah jugak 2 minggu baru boleh duduk tegak tanpa sakit. Menaip di laptop pun sakit dan bisa2 sampai ke bahu. Bahu kiri ni masih sakit sekali sekala dan akak ni dah trauma sangat rasanya. Sakit sikit dah saspen takut kena balik macam hari tu. Mintak pada Allah sangat2, janganlah kena balik.
Inilah antara ikhtiar akak bila sakit tu. Muscle relexant, pain killers (PCM atau Sunprox), ubat allergic (in case kalau akak allergic pada sunprox) dan Ketotop. Ketotop ini ialah plaster analgesic dan anti inflammatory yang kita boleh tampal kat badan. Tapi hanya sekeping setiap 6 jam sebab dia ada painkiller kat situ. Salon pas tak ada pain killer. Ketotop ni boleh beli bila ada pharmacist bertugas di Farmasi sebab tak dijual over the counter macam tu saja. So far, okeylah dengan izin Allah, of course. Tapi kalau dah selalu pakai boleh mali jugak.
Lagi satu keperluannya bila dah terbaring ni ialah DVD cerita kartun. Memang sangat dilayan kat rumah ni terutama dgn anak2.
En.AHBY tukang pergi beli pop corn kat TGV. Terimakasih bobanyak yaaa.
Dua beranak ni selalu menemankan akak. Memang kelakar si Milo melayan anak angkat barunya Moli. Sekurang2nya adalah clowns 2 ekor yang buat akak gelak.
Lagi satu ialah kena banyakkan sabar dan berzikir. Banyakkan baca ayat syifa'. InsyaAllah boleh membantu. Walaupun akak taklah sakit teruk sangat tapi cukuplah sekali tu saja. Adalah sesuatu yang Allah nak sampaikan pada akak ni agaknya. Sesungguhnya Dialah yang berkuasa menyembuhkan dan Dialah Yang Maha Mengetahui.
3 comments:
Kena ambik tau ni, penting. Saya pun selalu bengkok sana sini. First time saya dengar pasal Ketotop tu.
Semoga kak Aidah di dalam lindunganNya selalu.
Geram betul tengok kucing akk tu. Cute sgt. Saya tingin nk bela kucing. Tapi hidup di bndr ni mmg susah klw nak bela binatang. Byk pntg larang. Salam kenal. Ada masa singgah blog saya ye.
Dinas,
Amin. Terima kasih kerana selalu doakan akak. Akak pun doakan yang sama untuk Dinas. Ketotop tu mulanya specialist bagi kat mak akak, lepas tu sekarang ni akak pulak yang kadangkala kena pakai.
Ibulala,
Betul tu. Memang banyak nak kena jaga kalau hidup kat bandar. Masyarakatnya terlalu tense kot. Tapi kalau tension eloklah bela kucing kan. Hehehe. InsyaAllah akak akan jengah blog adik nanti. Terima kasih datang ya.
Post a Comment