Pages

Wednesday, 7 March 2012

Mee melayu vs spaghetti omputeh.

 

 

Dua tiga hari ni selera akak sangat mengada2. Kejap nak makan pedas2 (tak insaf jugak, padahal gastrik), kejap nak makan western pulak. Lepas tu bila makan 2, 3 suap, rasa macam tak puas hati jugak. Apalah kan. Nak makan luar memang tak berbaloilah time macam ni. Jadi hari Isnin lepas, paginya akak masak mee goreng melayu style.

 

048 

Letak taugeh banyak2. Sayur lain belum tanam lagi. Hehehe. Alhamdulillah menepati rasa tekak dan kenyang perut.

 

090

Tengaharinya pulak, anak akak Farah masak spaghetti with meatballs. Kat rumah akak stok spaghetti dah habis, yang ada cuma tofe yang macam kulit kerang tu. Hantam sajalah Labu. Janji kuah tu kena sedap. Alhamdulillah cukup rasa dan sedap di tekak.

Jadi hari Isnin tu akak turutkan saja tekak yang nak makanan melayu dan omputeh.

Hari Selasa, semalam, akak turutkan saja kepala yang migrain sampai ke malam. Agaknya ada pahlawan melayu dan italian swordsman tengah bertarung lam kapla akak. Dalam kepala berdengung sakit tu, akak gigihkan jugak bawak kereta jemput anak sekolah. Sampai rumah terus baring.

Penyudahnya seharian suntuk, laptop tak on. Akak pun asik terbaring je, tak dapat angkat kepala pun. Bila akak sedar, alangkah terkejutnya tengok satu kejadian yang sangat kurang asam.......

 

 

 

028

APAAAA??!! Laptop akak dijadikan alas tidur budak kucing dua ekor ni. Kurang asam tau.  Si Moli tu suka sangat mengunyah wayar mouse tu. Dah 3 kali akak ganti mouse baru. Aduuiiyaii apa ke jadah nyer pun adoi!!

9 comments:

Nini D.. said...

laptop tu menjerit2 tak cukup napas di hempap Milo....hakhak
si Moli dah serupa terjerut leher je kak...selamatkan!!!

Akma_cikyong said...

hamboiiii!!nampak cam sedap jer spagetti 2 :P hikhik
2-3 ary nie dok pkir gak nak buat spagetthi..nampaka akk post an spagetthi nie,fuh!balik keje kang harus..wajib..bukan sunat2 dah lagi kne p beli..haha
yg 2 ekor 2 pun nampak macam sedap2 hati jer dok kat lappy akk!hakhak

Aidah said...

Nini,
Dia memang dengki kat laptop tu. Sebab akak selalu masukkan dia lam blog, royalti asik lupa nak bayar. Hehehe.

Akma,
Bab makan memang wajib, dik. Sementara ada selera kaaan, kalau dah tak selera apa pun tak mau. (alasan baiiiik punya).

Iz said...

Moli tengah gatal gusi, tu yang makan wire mouse tu, hahahahaha

souled_oUt said...

comelnyaaa moli.. mmg dah bambam.. skit lg ikut body dedi dia.. hehe.. baju kaler merah lagi yer moli

Aidah said...

Iz,
Tak de maknanya teething si Moli tu. Gigi dia dah serupa gigi anak rimau. Suka geget orang.

souled_oUt,
Tu lah pasal. Cepat pulak bambamnya tuh. Akak ingat kali ni boleh bela kucing yang berbadan ala supermodel tapi kim salam je lah. Nak buat camne, deddi dia asiiik ajak makan je. Hahaha.

Dinas Aldi said...

Amboihhh, westerennn & easterennn semua nampak sedapssss! Nasib baik saya baru balik dari makan mi goweng, kalau tidak nanes saya tengok makanan sedap2 ni semua :)

Amboih bebudak berdua tu, sabaq jalah, kakahkahkah!

Aidah said...

Macamana pun tekak akak ni tetap tekak melayu, dik. Mee goweng jugak jadi pojaan hatiku. Hehehe.

Mak Wardah said...

Pesal Milo ni? Kucing zaman cyber betul