Orang kata perempuan amat sensitif bila tanya bab umur. Akak tak begitu tapi akak faham kalau ada orang yang tak suka orang tahu berapa umurnya. Adalah sebab2 tersendiri kan. Tahun ni je akak dah masuk 43 tahun. Selalunya peralihan dari 29 ke 30 atau dari 39 ke 40 amat mencabar. Akak masa tu terasa betul lompatan umur tu walaupun badan tak berapa larat nak melompat. Hahaha. Tak pelah, biarlah nombor melompat dulu, badan ni kita kayuh pelan2. Eh, boleh ke camtu? Tak de maknanya. Badan mula lah pandai sakit dan lenguh sana sini. Kalau seharian duduk dapur tu, rasakanlah esoknya nak bangun dari katil. Macam baru lepas latihan angkat berat sukan olimpik je. (pernah ke???)
Sebenarnya akak nak citer pasal majalah kucing yang akak beli ni. Ini macam special senior edition , tu lah Milo minat sangat nak baca tu. Antara artikel yang begitu menarik perhatian Milo ialah, 'how to glide through menopause with flying colours'. Hahaha. Akak lawak je. Mana ada artikel tu pun, aduiiyai nye pun.
Yang paling akak suka dalam majalah ni ialah artikel pasal umur kucing dan human equivalent nya.
Life Stage Age of Cat Human Equivalent
*****************************************************************************************************
Kitten 0 to 1 month 0 to 1 year
2 to 3 months 2 to 4 years
4 months 6 to 8 years
6 months 10 years
*****************************************************************************************************
Junior 7 months 12 years
12 months 15 years
18 months 21 years
2 years 24 years
******************************************************************************************************
Prime 3 years 28 years
4 32
5 36
6 40
********************************************************************************************************
Mature 7 44
8 48
9 52
10 56
**********************************************************************************************************
Senior 11 60
12 64
13 68
14 72
***********************************************************************************************************
Macam tu lah seterusnya setiap tahun dia digandakan 4 tahun kalau nak banding dgn kita. Kesian kan. Cepat na tuanya.
Daaaaannnn....akak baru dapat tahu rupa2nya Milo hampir sebaya dengan akak. Patutlah kadang2 bila dia turun katil akak terdengar bunyi 'ketup ketup'. Rupanya lutut dia dah mula berbunyi macam lutut akak. Hahaha. Paling penting dah mula tutup aurat ni tau. Dah insaf.....Alhamdulillah. (gasaklah kau Milo, kejap jadi jantan, kejap jadi betina...kompius mak)
Jangan tak tahu, akak selalu doakan Milo ni panjang umur tau. Risau jugak bila dia buat malas, tak aktif macam pengsan je atas katil ni. Dalam majalah ni siap ada contest untuk kucing paling tua. Yang dapat first place, 23 tahun tu. Maknanya sama dengan 108 tahun umur kita. Banyak makan akar kayu dan ulam-ulaman agaknya ni. Balik kampung ni nak belikan Milo ulam lah. Hehehe.
15 comments:
Salam kak
Kahkahkahkah... gelak tak menahan ida baca entry akak ni ...kucing makan ulam ? aduyaiiiinye punnnn....
Apapun Milo tetap menjadi pujaan hatiku....
hahahahahaha *gelak dlu b4 komen
kak,nape xpkai kan milo spec??suka taw tgok dia pkai spec ariff..hihi ala2 profesiorrrr~~kihkih
akma dlu penah gak bca aritikel perbezaan n persamaan umur kiter ngan kucing...sgt berbeda2..hihi
Suara Kalbu,
Makin tua makin bergetah ni ida oooi. Hihihi.
Akma,
Nak suruh dia tegak tu pun susah, akma. Asik nak membaring je sejak 2 menjak ni. Nak baca buku kena duduklah kan. Hahaha.
tahun ni (feb la)saya genap 33 tahun
tak rahsia kan?hehe
kelakar la akak ni..milo pun dah konfius dia jantan ke betina.siap pakai tudung tu..
kak!!
kijam tau buat Milo cenggitu...patutnye dobot yg kene tutup aurat ( bulu kat montot pon tak bertutup!!) muahahahahahaha
dobot 36 taun la rupanya...lagik tua dari tuannye (laki-bini)..
Hahaha.. kucing saya si Aoi, Ichii, Lilo, Sookie baru tingkatan 3. Tulah tahun ni amik PMR. Paksa diorang belajar lebih sikit. Asyik main je. Yang lagi 2 ekor tu baru darjah 6. Nakalnye yarabbi. Patutlah kakak Aoi depa hanginnnn je
huhu,akak,43 tahun tu muda lg kalau ikut zaman ni. jennifer garner yg baru bersalin tu pun 39 thn,tak banyak beza pun.
saya tumpang bersimpati atas kekeliruan jantina yang dihadapi milo. eh.
Irfa,
Muda lagi tuh. Boleh tambah lagi umat Rasulullah saw. Hehehe. Akak ni tak lama lagi expiredlah ni.
Nini D,
Beza 8 tahun je dgn Milo. Kira cantiklah tu. Tapi Milo ni kompius sikit ke nyanyuk dikeje dek akak. Hahaha.
Iz,
Huumaaangaii...4 ekor sekali amik periksa. Stress tuan kat rumah tu nanti.
Nina,
Jangan tak tahu, akak ni sebaya Jeniffer Aniston tau. (nak jugakkk)
Hihihi.
Assalamualaikum Kak Aidah,
Alhamdullilah...Milo sangat2 Milo, sedap dipandang:)
hah kita pun hampir sebaya tapi i menang satu tahun laa..march ni i genap 44thn...hahaha..Alhamdulillah Allah berikan kesihatan yang baik dan mudahkan pergerakan..belum ketup ketap lagi laa..
take care..:)
Saya pun tak kisah pasal umur, siap boh tahun lahir lagi kat blog supaya senang orang nak mengira & tau nak panggil kakak atau makcik kat saya :)
Comel sungguh makcik Milo..eh, pakcik..ehh.. :D
hehehe... tak mnahan tngok muka milo. ank sy yg tngah mngada pon bantai gelak tngok milo yg dh insaf tu ..trus t.jadi nk mngada haha
rasanya btul la kak yg pnjng umur tu jnis yg rajin mkn ulam ;D
akak... sy nih kiranya muda la lg.. tp sakit badan mengalahkan org umur 50.. hahaha.. sygi la diri sebelum nikmat sihat ditarik kannn
Mieza,
Alaikumsalam Mieza. Sejuk je mata memandang sebab dah tutup aurat. Kihkihkih.
Saniah,
Alamak, i ni kan terlebih muatan agaknya. Itulah pasal ketup ketap , adeh, aduh, sana sini. Hahaha.
Dinas,
Akak puuun suka je kalau orang tahu. Kalau akak tak tahu umur owner blog tu, akak bahasakan diri sendiri sebagai akak je. Senang citer. Janji org tu nanti tak tersinggung.
Nasib Milo, Dinas. Dialah mak, dialah bapak pada Moli. Hahaha.
SSL,
Hari tu akak baca pasal Prof Ungku Aziz yang dah masuk 90an umurnya dan masih sihat. Khabarnya dia suka makan ulam raja tau. Part tu je yang akak boleh ikut, part jogging tiap2 hari yang dia amalkan tu akak buat2 tak nampak je. Hahaha.
cian Milo kena buli..hehe
Post a Comment