Minggu lepas selepas sesi fotografi tu, atuk ni tetiba tak sihat. Bila bagi makan termenung je dia depan makanan tu. Tapi akak tak pasti pulak termenung ke atau pun sedang khusyu' jampi makanan tu sebelum makan. Atuk ni kan bomoh airliur yang super femes tu.
Kalau batuk sekali sekala tu, teruk benar bunyinya. Terbelahak macam nak terkeluar alien je dari mulut dia tu.
Masa tu akak dengar imbasan kembali suara doktor tu macam ala2 flashback dalam slot akasia tu kan. "Kak, kucing obese kalau sakit dan tak makan kena cepat hantar klinik. Takut organ lain dalam badan dia rosak nanti"
Lalu akak pun tak tunggu lagi. Sambil diiringi muzik saspens macam dalam cerita rempits tu, akak bawak Milo and the gang (Moli je) pergi klinik haiwan mesra kat bandar baru bangi.
Iklan kojap. Sobolum kojadian morhompit ko bandar baru bangi tu, akak sompek laiie poie konduri kek Somban.
Sobonar eh, mak cik dan pak cik ni kawan baik abah akak. Memang tak buleh kalau tak poiie doh. Mak akak cakap tak kiro apo jadik kau mosti poiee gak. Jadik eh, akak pun ikut yo lah cakap mak. Akak kan anak yang taat lagi mithali. ( *sila muntah ijau* pesanan penaja: Minumlah air asam jawa peah gossip untuk menghilangkan rasa mual anda. Ia pasti berkesan. Tawaran istimewa hari ini saja, Beli satu dapat sepuluh percuma! Dapatkan segera di kedai2 mamak kesayangan anda. )
Kalau mak tak paksa pun akak pergi jugak sebab akak memang suka makan kenduri. Lagipun akak memang rindu dgn makcik dan pakcik ni sebab masa kecik2 kami selalu pergi rumah diorang ni, lepak2.
Sambung balik citer atuk ni. Muka macam tak sakit je kan. Sempat lagi window shopping tu dgn mata dia. Ingat murah2 ke Milo, villa 3 tingkat tu.
Mula2 Moli diberi vaksin pertama. Dah lebih 3kg Moli ni tau.
Lepas tu atuk ni pulak buat perangai. Bagi makanan free pun tak nak. Konon proteslah sebab hantar klinik. Doktor kata macam tak de sakit apa2. Tapi tatap kena leter sebab berat badan dah naik 500g lagi, jadi sekarang dah sampai 7.3 KG UMANNGGGAAAIII. (kalau lebih 5 kg memang unit dia kena tambah umaaangaaiii ya. Harap maklum)
Balik rumah dia terus ngadap cermin, nak tengok muka dia pucat ke tidak. Maklumlah dah 2 hari tak lalu makan.
Tapi akak saspek Milo ni tak terbawak nama Brad Pitt tu kot. Hollywood sangatlah pulak. Jadiknya pengajaran di akhir drama ni ialah, lainkali kalau posing kita bawak nama kassim selamat je cukuplah. Lagi bagus.
..............SAKIAN WATTAMMAT..............
17 comments:
belek cermin sebab nak tgk ada bahagian yg susut tak lepas diet 2 hari..
tobattt bosau badan atok eeaaaa.....tanjat boboi!!
7.3kg kak!!..humang aaaaaiiiiiiiii...akak kasik mkn apo nih?dobot yg berulang mkn selang 3jam tu pon baru 4.3kg je..harap bulu aje gebus..kalo den yg dukung atok..mau senget sebolah bahu!
(pesanan dobot buat tok bomoh )..
atok..kan den dah kobar..tak payah pakai namo brad prit bagai..pakai jo namo Milo..den totap sayanggggggg!!
hahaha...
kalau stres masuk je blog akak konfem boleh gelak ;)
saya pun suka makan kenduri sejak dah kertu ni..muda2 dulu x suka sbb malas nak jumpa org ramai
memang besar sungguh milo nih.. aly tarap adik2 jek.. hihi.. udah2le mogok takmo makan tu ye milo...
Mak aiiiiiii Milo .. gebus gebas badan kamu. Mari sini nak cubit pipi sikit
Ala, baru je haritu kita cerita ceriti pasal Hachiko tak sihat kan kak. Tetibe Milo pulak yang macam tak sihat jugak. Nasib baik muka tak pucat, hahaha. Tu la kak, dia suka nama Milo tu, akak pulak bagi nama brad pitt. Kan dah tak terbawak. Kena tukar balik Milo tu, hehe. Kak, kalau Sookie 7.3kg, saya rasa perut dia semua kat atas tanah dah. Sekarang baru 5.5kg pun perut bape cm lagi nak cecah tanah, hahahahahaha
uih mak aih!komain borat samo lebel ngan kucing den ompek jor ekor nie haaa..
kata tok milo dlm aty
*apo yg omak den kasi nie,smpai sekarang xleh nk susut2 bdn den nie??poie sonam..jemu dah..help me~~help me~~
hikhikhik
Naz,
Ha ah, ya tak ya jugak. Kalau susut kena plastic surgery pulak nanti. Parah nak cari bajet.
Nini,
Milo bukan setakat makan je berulang, tidur pun berulang jugak. Memanjang lelap je atas katil akak. Lemas akak nengoknya.
Atuk Milo cakap, "Den dah insap!" Hihihi.
Irfa,
Betullah Irfa. Jangan tak tahu, akak masa mengandung anak pertama, siap mengidam nak makan kenduri. Buat malu je tau.
mrs azmi,
Memang dia ni besar betul. Tak de orang tak terperanjat tengok dia masa akak bawaak gi klinik tu.
Suara Kalbu,
Terlampau gebus ni sampai tido pun berkeruh. Kuat pulak tu. Akak tidur malam macam dengar stereo pulak, sebelah sini Milo berkeruh, sebelah kanan suami keruh.
Iz,
Musim kot. Akak pun pelik sebab tetiba je dia macam tu. Risau jugak sampai menangislah akak tengok dia lembik je. Siap bagi air zam zam lagi. Alhamdulillah dah okey tapi nafasnya masih berbunyi lagi. Kucing bulu panjang memang macam tu. Gebus dan menjela2 perutnya. Hahaha.
Akma,
Dah pueh akak suruh sonam, tak di apek eh doh cakap akak. Makin lolap laie adolah. Saba yo lah.
dia tgk cermin tuh nak check wheather dia dah kurus ke blm psl tak makan 2 hari la kak.. hahaha.. cumil milo nih.. cam tuan dia kannn
Saya kalau pi kenduri orang asyik tanya bila dema boleh makan nasik minyak saya. Saya buat2 tak faham & loyar buruk ja cakap nasik minyak nanti saya belanja kat kedai. Hehe.
Cantikla pelamin tu :)
Atuk Milo 7.3kg tu saya tak terkejut sangat tapi Moli dah 3kg? Dah besar jugak la dia kan. Masih terbayang dia masa comot2 & kecik haritu..
Mama maman,
Wiii..mana yana tau akak kiut jugak. (cepat2 minum air asam jawa bagi hilang mual okey) Hahaha.
Dinas,
Betul Dinas, cepat betul boroinya si Moli tu. Tanjat jugak akak.
Ha ah, kan. Comelnya pelamin tu kan. Simple je.
Jodoh di tangan Allah. Buat apa digesakan perancangan Allah sebab hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Tapi akak tetap doakan Dinas bertemu jodoh yang terbaik satu hari nanti dan bahagia hingga ke syurga. Amin.
Humang aihhhh...7.3kg RC punya penangan...
makin besor nengok si atuk milo ni..haish...keep fit sikit sayang..tu dok depan cermin tu dah elok dah..ce tengok tang mana yang lemak2 bagai tu...
milo dapat villa 3 tingkat baru ye kak...hmmm...excited la tu...
Akak pun tak sangka makin naik berat badan dia padahal aktif jugak sejak ada Moli ni. Metabolic rate dia menurun kot bila dah tua ni. (alasan...)
Tak de makna nak beli villa 3 tingkat, dik. Dia bukan pernah dikurung macam tu. Mahu meroyan nanti. Kihkihkih.
berkenan betul tgk milo yg debab ni gerammmmmmm!!
ronda2... terjumpa blog ni. kelakar sungguh, hilang stress daku ;)
Assalamualaikum, boleh saya dapat alamat klinik haiwan di BB BANGI tu, terima kasih
MILLENNIUM2U,
Mahaplah lambat reply. Sibuk bebeno kekdah. Alamat klinik tu, No. 2A, Jalan 7/7A, Seksyen 7 Bandar Baru bangi.
Post a Comment