Pages

Friday, 13 July 2012

Oh! My Translator....

 

 

Hari ni akak tak nak citer panjang2. Cukup utk santapan kelakar hari Jumaat ni utk menyambut wiken yang penuh riang gumbira, insyaAllah.

Hari tu masa book fair kat PWTC banyak jugak buku2 yang akak beli. Akak memang suka pergi booth yang jual buku lama2 yang dah tak dicetak lagi. Warna kertas pun dah kuning je. Lepas tu buku2 tu semua letak dalam kotak2, jual murah lagi. Ada yang jual RM20 je padahal harga asal sampai dekat seratus.

Mencari buku2 ni macam kira cari harta karun jugaklah. Sebab dah banyak buku yang sangat interesting akak jumpa dalam lambakan buku2 lama tu. Ikut nasib jugak nak jumpa ni. Sebab hanya ada satu je pun kan. Bila dah jumpa, sila jangan letak merata, genggam erat sebab kalau letak balik, gerenti orang lain sambar. Putih mata nanti.

 

001

Ini satu buku yang akak jumpa. Akak beli dgn harga RM40. Harga asal tak tahu pulak tapi USD16.00 tulis kat belakang tu.

Dalam buku ni banyak jugak fakta2 pasal Malaysia yang akak tak tahu. Macam contohnya di tapak Menara Maybank kat pudu tu, dulunya ialah bangunan mahkamah sesyen. Midvalley Megamall tu pulak dulunya tapak kuil Sri Maha Sakthi Muhambikai Amman. Dan Berjaya Times Square tu dulunya berdiri megah bungalow tycoon Cheong Yoke Choy.

Lepas tu tahu tak, fast food outlet pertama kat Malaysia ni ialah A&W. Dibuka di Batu Road pada tahun 1961. Lepas tu tahun 1973 barulah KFC dibuka di Jalan TAR.

Lagi satu yang menariknya kat Malaysia ni ada lebih kurang 10 Mobile Meals. Roti man ataupun akak biasa panggil Babu Roti, Tau foo far man, Cendol & Rojak man, Yong tau foo man, Noodle man, Dim sum man, Market/ Vegetable man, Pau man bukan kaki pau yang muka parut2 tu ya, Ice cream man (pak angkat fevret bebudak) dan nasi kandar man. Satu lagi akak rasa dia tertinggal ni, satay man. Kan dulu2 orang jual satay pakai kandar kan. Best kan Malaysia kalau bab makan-makanan ni. Meriah sangat.

Satu lagi yang kelakar dalam buku ni yang akak mesti share. SUBTITLES PELIKS dalam panggung wayang.

Movie                                    English Dialogue                         Malay subtitle                     

The Terminator                   "Asta Lah Vista Baby"                "Pemandangan Astalah Baby"

Rambo                                "Bring in the chopper!"                  "Bawa Kapak!"

The Davinci Code           "We should toast our victory"         "Kita patut memberi roti bakar"

I know what U did last           "Serial killer"                             "Pembunuh bijirin"

Summer

 

Yang last sekali tu kelakar betul. Tak ganas langsung pembunuh dalam citer tu. Setakat pembunuh bijirin je nak takut. Tah hape2 mat saleh ni.

Alah..translator akak pun apa kurangnya. Sentiasa terbabas sana sini.  Meh akak suruh dia translate ayat ni. Hanya jauhari mengenal manikam.

Translator den: Only you Mr Johari who knows this stabber man. Send my regards, hokey!

Hahahaha. Happy wiken everybadeh... Panjang umur kita jumpa lagi, insyaAllah.

20 comments:

Iz said...

HAHAHAHA Pembunuh Bijirin memang tak seram langsung. Imagine la kalo dia cakap camni:

"Hey, I am a serial killer!!"

"Hey, saya pembunuh bijirin!!"

Mesti orang gelak je hahaha

Akma_cikyong said...

hahaha lah yeke??mcm kisah di awal penubuhan bangunan fofular di M'sia lah nie kiranya erk kak..hihi
byk yg xthu nie,xpecially akma nie yg setahun jagung dok kat bumi KL..hihi
* kak..akma xdpt nk komen kt entry sal kucing akk..huhu
still rsa pilu =(

makchaq said...

Kalau baca subtitle wayang memang kelakar - entah sapa la penterjemahnya

Best kan buku2 ni.. makchaq pun suka buku.. selau habih duit beli buku..

Aidah said...

Iz,
Kan, kan. Nak jugak akak menengok rupa paras translator ni. Sekali tengok2 muka macam pembunuh bijirin. Hahaha.

Aidah said...

Akma,
Banyak maklumat berguna dalam buku ni. Tapi biasalah akak, yang kelakar je yang memberi impak maksima kat kapla otak. Hehehe.
Tak pe, dik. Tak payah baca pun n3 tu, akak faham. Kalau akak pun macam tu jugak sedihnya. Take care ya, dik.

Aidah said...

makchaq,
Kelakar kan. Kadang2 tak menolong langsung dalam translation tapi buat semak je kat skrin wayang tu. Tapi tak pe lah, kalau citer tak kelakar, translation tu boleh tolong jadikan citer tu kelakar. Hahaha.

Acik Erna said...

salam aidah..he he..nak bunuh bijirin..sonang yo kan..kunyak yo he he..rezeki aidah tu dapaek boli buku cam tu..akak tak poi pun..sojk pindah seromban..5 kali dah pesta buku...baru duo kali akak poie..

Murni Alfathunnisa said...

Hehehe...nasib baik tak just Mr. Johari knows Maniam..ekeke...

tq kak..for the entry..release sekejap stress layan entry ni..

marinahunny said...

oh ganasnyeeee pembunuh bijirin. sape punya translator ni hahaha. xyah bunuh la bijirin tu kita ngap terus hahahaha

Nini D.. said...

hakhakhak....silap2 sape yg dtg tengok wayang pon kompius dgn apa yg terjadi sebenarnya....kompem blank!!

~mrs azmi~ said...

gelak golek2 baca translator tuh! adeh.. sakit perut

Dinas Aldi said...

Adoih akak, saya gelak sampai tercekik kat sini baca ni hahhh! Kahkahkahkahkah!

Tapi memang pun, kalau nak harapkan terjemahan sarikata tu kekadang cerita tak kelakar pun boleh tergelak riuh dalam pawagam, kahkah!

Naz said...

bestnye boleh beli buku banyak2..puas..

Aidah said...

Achik,
Ha ah, achik. Makno e sumo oghang ni ponah jadi pombunuh bijirinlah. Hahaha.
Se tak ponah tingga book fair pwtc tu. Sokali yo se tak poii tahun 2008 sobab maso tu poii Sabah.

Aidah said...

Murni,
Sekadar bacaan ringan yang lebih byk merapus je. Hehehe. Take care, dik. Jgn layan sgt stress tu ya.

Aidah said...

marinahunny,
Akak pun tak tahu camana kekdahnya dia translate. Agaknya dia pakai headfon, jadi dgr macam cereal lah instead of serial. Kahkahkah.

Aidah said...

Nini,
Mmg kelakar. Tapi akak dah lama tak tengok wayang. Masih macam tu lagik ke? Dah veteran agaknya orang ni, tak pencen2. Hihihi.

Aidah said...

mrs azmi,
Akak kat rumah ni jadi mcm bedtime stories pulak. Kalau jumpa facts kelakar, baca kat anak2. Dan gelak guling2 atas katil. Hahaha.

Aidah said...

Dinas,
Baik2 dik. Jangan baca sambil makan sup tom yam, nanti tersedak pulak. Kelakar kan. Akak treasure habis buku ni. Banyak facts pelik2 yang buat kita melopong jugak. Tah sape lah translator yang sgt kelakar ni kan.

Aidah said...

Naz,
Masa ni lah nak beli buku byk2 sebab ada diskaun dan murah2. Akak kat rumah ni dah boleh bukak mini library. Hihihi.