Pages

Monday, 22 October 2012

Mogok Lapar

 

 

 

 

083Masa mula2 sampai minggu lepas. Elok je main2. Muka pun ada seri lagilah walaupun memendam perasaan sebab kena kidnap dari kampung. 

 

065 Main pun berjemaah dgn abang dia Uteh dan girlfriend abang kat sebelah tu. Haa?? Apa!!?? Girlfriend??  Hehehe. Esok2lah akak citer pasal minah kaktus aka pompuan gatal tu pulak.

 

 

269

Kalau penat main pulak pergi duduk kat tingkap tengok pemandangan. Ke tengok sotong kurita kat summing fool. Haaiihh..balik kampung kompom kena tazkirah dgn Lebai Saguah.

 

190

Ini pulak muka atak sinyum yang akak amik semalam. Sejak hari Jumaat lepas, dia tak nak makan. Hari Sabtu petang akak bawak klinik. Dr check dan katanya Tomei ni ada masalah separation anxiety. Winduuu kat deddi dan budak2 tecik kat kampung tu.

Dr bagi vitamin untuk tambah selera makan dia. Tapi dia tetap tak nak makan. Nampak makanan je melengong pusing. Macam menyampah sangat kat makanan tu padahal sama je brand dgn kat kampung.

Oleh itu dgn penuh tensi di hati, akak telah menyuap makanan tin sebanyak 2 kali sehari sejak hari Sabtu tu. Tak sabar nak hantar dia ni balik kampung jumpa deddi dia. Mak akak pulak asik tepon tanya khabar buah hati dia ni. Risau akak. Tadi masa akak dukung macam ringan sesangat badan dia ni. Habislah akak kena leter. 

 

066

Inilah dia makanan khas Tomei sejak duduk KL ni. Bertuah sangat. Nasib baiklah RM2.50 je setin. Dan nasib baik jugak duduk KL kejap je. Hehehe.

 

 

067

Tapi Uteh ni best. Tak kisah pun berpisah dgn deddi. Padahal dia lah yang asik mengopek kat deddi tu tiap hari. Happy go lucky je dia. Sape bagi aku makan, dia lah tuan kesayangan aku. Macam ni memang boleh bela terus. Hihihi.

Daaaan setelah 3 hari duduk KL, dah pandai pasang girlpren tau. Raya haji ni bergayalah, balik kampung bawak girlpren hot dari KL. Hahaha. Hotlah sangat....

16 comments:

Nini D.. said...

adakah minah kaktus geprennya?....wowowowowowowo,ohsemmm sgt!

kak,...atuk milo mana?..takde pon dalam gmbr masa main berjemaah tu?..takkan tengah zikir kottt.... :)

Acik Erna said...

assalam Aidah..amboi..dah pandai mogok lapar he he..merajuk la tu..tak hantar balik lagi

~mrs azmi~ said...

alahai siannya tomei... rindu sungguhla tu kat deddi ya

budak2 kat rumah ni pun kalau bawak balik kg mulala mogok tak nak makan.. marah sebab kene cage..

Naz said...

ank bapak nmpknya..xleh berpisah jauh

Aidah said...

Nini,
Minah kaktus tu gatal sangat tau. Tanjat gegurl! Tak sangka akak.
Atuk Milo sekarang ni tak campur oranglah dik. Malu kot sebab orang kampung pandang semacam je bila kena tangguh kawen. Hahaha.

Aidah said...

Achik,
Alaikumsalam achik. Memang polik nengok kucing pandai moghajuk nih. Dah ringan badan e.

Aidah said...

mrs azmi,
Tak sangka boleh tahan tak makan sampai berhari2. Kalau akak tak suapkan, memang dia tak sentuh langsung makanan tu. Kucing2 akak jarang mogok lapar ni. Merajuk pun takat tak nak main je. Makan tetap makan. Hahaha.

Aidah said...

Naz,
Memang sah dik. Mak akak cakap deddi pun termenung je kat kampung...winduu kat anak2.

Dinas Aldi said...

Laa kesiannya! Kucen pun paham akan erti perpisahan kan. Cantiklah collar biru dia tu, ada glitter2 lagik. Pinjam boleh tak? Kehkeh..

zard said...

as salam Aidah,

amboii minah kaktus gumbiranya ya..hachiko sedih sangat, ya sedih lah sangat.. skrg ni asik lah mengejar si chomel kat rumah tu.. adoii tambah ler anak2 kocik nanti..hehe.. lega baca Aidah dah ceria, ur mom alhamdullilah dah beransur pulih.. hensem plak si oren tu ea.. bolattt.. boleh cium sket tak pweesshh....hehe

zaph

Bonda Ryan said...

Atok malu berhadapan pasal kawen tangguh?? isk2!! tak leh dbiarkan nih kak aidah..karang mogok jugak tak moh makan. Pandai betul kucing2 skang kan? nasib tak pandai bawak sepanduk buat rusuhan kat tuan umah..haha!!

Suara Kalbu said...

Adoiiiiiil.....kenapakah begitu banyak kucing comel kat blog ini ? Rasa nak pijak2 semua ni aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Murni Alfathunnisa said...

laaa..rugi la! mogok lapar lak dia. kemain tau...

rindu sesangat le tu..jawapnya akak bawak balik beraya haji nanti la..

pic bawah sekali tu dah rupa duta makanan kucing lak...hehe...cute la haih dok menggeliat gitu..

mamawana said...

Salam Idiladha

Lucu...hahaha..hiihii. Epit mama yg masih virgin dah ada boipren. Mama kutip kat kedai petshop terbang seratus beli itu ini utk makeup dan touch up macho boipren dia. Alih alih bawak balik umah dua ekor ni jual mahal..tunjuk lagak sombong. Sikit hari lagi bleh lah dia orang couple. Kasi kawen. hihihi... tunggu next next entri about dia wedding lorr...

makchaq said...

Walaupun suka tengok depa2 ni beraksi bajet kiut tapi...

Nape tak selit kan gambaq atuk... makchaq suka orang tua2.. lebih nampak mengancam... he he

Iz said...

mula-mula saya ingat akak letak Fussie Cat tu atas alas meja bulu-bulu. Kemain lagi props kannnn.. Sekali rupanya perut cik uteh jeee hahah