MAHA 2012 tinggal 4 hari lagi. Kalau ada kesempatan, bolehlah pergi. Tapi sebelum pergi tu, akak nak pesan....pakai baju yang sesuai....kalau boleh yang tak panas dan tebal. Sebabnya kan cuaca sekarang ni punyalah panas. Lepas tu petang2 hujan. Kalau rajin, bawaklah payung. Pakai topi dan pakai kasut yang sesuai sebab nak berjalan tu kemain jauh. Paling sesuai pakai sneakers. Lagi bagus kalau ada topi jerami besar yang mak kita pakai pegi kebun tu kan. Paling tak sesuai pakai kasut dgn heels 5 inci, pakai baju kot atau kardigan ke kan. Sangat tak sesuai. Boleh fitams di tengah kepanasan tu.
Kalau tak larat jalan, boleh je naik ketapi ni. Tapi kalau larat jalan pun masih jugak dinasihatkan naik tram terutama kalau nak ke laman padi dan kawasan perikanan. Jauuuuuuuuh sangat. Trauma betul dgn jauhnya kekdah nak menapak ni.
Akak kan tiap2 hari dari hari Isnin tu, pergi ke MAHA ni. Hari ni naik lori traktor ni pulak. Best sebab pagi2 lagi masih sejuk. Kalau tengahari sikit memang membahanglah gamaknya. Dekat banner kata bukak dari 10 pagi kan. Tapi kalau nak dapat parking paling dekat, silalah pergi awal. Pukul 8.30 pun dah ramai orang. Paling dekat parking pun masih tetap kena melangkah beribu2 tapak. Gerai2 pun banyak yang dah bukak sebenarnya walaupun belum pukul 9 pagi.
Dewan pameran utama letaknya nuuuun jauh mendaki bukit ni. Tempat makan2 pun kena daki bukit ni jugak. Tapi sebelum sampai dewan tu belok kanan. Kalau nak ikut shortcut tak nak daki bukit pun boleh kalau nak pegi makan ni. Caranya ikut gerai orkid sampai hujung. Naik tangga sikit, belok kiri dan jalanlah agak-agak 50m dgn jalan yang rata, tak berbukit sambil lenggang kangkung....lalalala.
Lalu terusss sampai sini dan boleh isi perut dengan riang gumbira.
Punyalah besar dewan makannya. Sebut je nak apa. Ada seksyen ikut negeri. Kalau bahagian selatan atau Johor, ada mee bandung, otak2, mee rebus, nasi beriani gam. Kalau N.S tu ada masak lemak cili api daging salai, telur itik, satay tulang jelebu. Tapi akak tak teringin pulak mencuba sebab dah kompom kat rumah pun masak lemak cili api gak kan. Silalah mencuba makanan lain.
Ambil meja betul2 depan kipas besar ni lalu akak pun order char kuey teow. Asben pulak makan mee bandung Muar. CKT dia boleh tahan jugaklah tapi mee bandung tu sedap. Lagi satu nasi ayam gemas. Yang itu tapau dan memang sedap jugak. Alhamdulillah.
Kalau tak larat nak pergi jauh2 untuk makan pun tak pe. Round2 je lah kat bahagian fortikultur ni. Kat sini ada segala jenis pokok bunga terutama orkid. Gerai buah-buahan pun kat sini jugak. Kat sini pun ada jugak jual makanan. Siap ada lori Pizza Hut dan KFC lagi.
Kalau nak bekfes dgn buah2an pun boleh. Masuk kat gerai FAMA ni iaitu sebelah orkid tu.
Lepas tu pilih durian yang bertuah.
Lepas tu timbang dan bayar. Musang King hanya RM10 sekilo. Dan D24 pulak RM4 sekilo sahaja.
Lepas tu adik2 FAMA ni akan kopek untuk kita siap2. Nak tapau kalu, boleh juga. Kasi masuk sama itu tipuware.
Lepas tu duduk kat meja tu dan makan. Air minum kena beli sendiri. Air basuh tangan ada disediakan. Air hujan pulak tunggu petang karang. Sampai banjir sikit akak tengok kawasan parking yang tak berturap tu sebab mewahnya hujan petang2.
Dekat gerai luar pun ada jugak jual durian. Yang ni bukan under FAMA. Harganya berbeza2. Sekilo yang gred A Musang King tu hanya RM12. Dan inshaAllah sedap. Biji dia oghang Nismilan cakap keset2 yo. Isik lak toba. Komain sodap. Akak tak beli banyak pun sebenarnya. 4 biji je. Tu pun yang sederhana besar. Sebab anak2 akak tak suka makan. Konon.....tunggulah sikit hari lagi.
Kalau pergi MAHA ni macam pergi pasar jugak sebenarnya. Kat Dewan atas bukit tu kan, siap jual ikan fresh lagik.
Kalau nak beli sayur pulak ada laman sayur dan herba ni jugak. Nak beli daging arnab, kijang dan rusa pun boleh jugak tau tapi di kawasan ternakan.
Akak dah 3 hari ulang alik MAHA ni. Nak pergi tu best ja. Tapi bila nak balik....mongah. Maklumlah parking bukannya dekat. Masih dapat parking jauh walaupun pagi2 lagi dah sampai. Sama pulak sampai dengan orang bertugas jaga gerai. Jadi kalau sapa nak pergi, sila pergi awal masa cuaca masih sejuk dan matahari pun masih segan lagi. Kalau rasa nak mandi hujan, sila pergi di waktu petang. Lagi best kot.
25 comments:
teruja sbb org sume duk citer pasal MAHA ni tp bab berpanas dan menapak tu kensel la ;(
saya ni cepat panas kalau cuaca panas
Irfa,
Itulah pasal kan. Akak pun cam Irfa gak. Tak tahan panas, boleh pitam. Tapi akak pegi kejap je. Pukul 11 dah balik umah. Umah akak pun dekat je.
ari2 lalu masa balik keja.. tp takde nafsu nak gi.. ponat la nak berhempet2 org ramai.. hahaha..
wah,.....terujanyer tgk doyan isi kunen tu,,,.....hhuhu
wahhh thanks for the info..1st time nak pegi maha..omak ngan makcik-makcik datang dari johor semate nak poie maha ni..maceh kak! ^^,
nak terjah sana esok.. tapi petang ler.. sbb awal2 keje.. nak terjah cari durian tu.. terliur tengok.. alahaiii.. tapi tak larat nak jalan ni.. sarat.. camne tu.. hajat nak makan musang king yg sodap itu..
Teruja membacanya. Hati menangis nak pergi tapi asik kerja2. Insyaallah Jumaat nanti nak gak tuang kerja... Dulu masa 2010 pergi gak. Best.
Kajang je pun duduknya tapi masa betul2 pack.
duriaaaaannnnn nyummm nyummm
Makchaq tak berkesempatan lagi.. tapi nak pi jugak nak tengok pokok dan kambing..
mama maman,
Dah balik keje memang penat dik. Pas tu nak menapak lagi di celah2 orang ramai. Tapi kalau parking jauh, ada lori traktor jemput kita, no hal.
aZie,
Sedaaaaap dik. Pi lah MAHA, murah murah. Dah macam maskot MAHA pulak akak ni. Hahaha.
ain,
Ain jadi tour guidelah ni ya. No problem dik. Bawak rombongan naik transport khas tu ya, lagi senang.
Jassnani,
Petang2 pergi pun okey jugak kot. Redup sikit. Kalau parking jauh pun tak pe, ada traktor Rosyam Nor jemput kat kete tu, inshaAllah.
JunAina,
Dekat je Kajang tu. Lepas keje pun boleh zass ke sini kot. Tapi yang tak larat bila hari hujan kan. 2010 akak pi jugak. Tapi lagi jauh round maklum lutut kuat lagi.
Dkna Abza,
Panggilan durian especially yang kuning tu memang mengancam. Bukak fridge je dah memanggil2 baunya.
makchaq,
Anak pokok banyak di kawasan awal2 tu sama dgn orkid. Yang kamben pulak bahagian ternakan. Jauh sikit makchaq pasai takut bunga layu sebab bau kamben tu. Kihkihkih.
Best la tengok part depa tolong kopek siap2 tu, aiseh..Tinggal 4 hari saja lagi? Konpem la tak sempat saya nak pi tu, huhuuu..Terpaksalah saya makan degheyan Balik Pulau saja & suruh anak Pak Dolmat tolong kopekkan. (Anak Pak Dolmat kata "boleh blah!", kehkeh)
Dinas,
Memang best sebab kat rumah akak ni, parang pun tak dak. Takkan nak kupas pakai gigi ja kan.
Dinas, kalu anak Pak Dolmat tak mau, mintaklah bapaknya tu tolong kopekkan...dgn izin Mak Dolmatlah opcos. Hihihi.
Wahh..duriaaann.. Aiks musang king je ke? Yang jenis udang emas ke Udang bengkok? (Lupa plak namanya) tak ada ke? Derian byk tu Aidah, tak meng'crepe' ke? Hahaha
Assalam Aidah..mak ai..elok boto rajin e aidah hari2 poie..he he..ala a cik kalau dokek pun mau yo cam tu..ni dah jauh kan..jauh2 pun duo taun lopeh duo kali yo akak poie...kali ni lom poie lagi..cik abang tak berapi sihat..sapo lak nak bawak kan..
seronok nye.. kalau dekat saya pon nak pegi, tapi weekend saya ni amat la penuh.
Kalau saya pon nak pergi hari2 try satu2 gerai. Pehhhh... *buruk lantak*
zard,
Sayanglah nak crepe Musang King. Makan camtu je dah nekmat doniya. I nampak Musang King dgn D24 je. Ada jugak durian tembaga tapi tak banyak. Yang buat best makan tu sebab harganya pun murah jugaklah banding kat luar.
Acik,
Panggilan makanan dan dughian tu acik yang buek tak buleh tahan. Tiap hari nak kositu yo. Mengeleng kopalo omak nengok anak e komain gigih tambah lomak badan. Hehehe.
Alahai..harap abang sihat copek yo. Buleh bawak acik poii MAHA.
Dils,
Genglah dgn akak. Semua akak nak try. So far tak mengecewakan. Paling frust tak dapat makan kacang pool dgn roti tu. Tak sempat dan perut pun dah punuh sangat.
alamak kena pergi ni especially bila tengok musang king
Post a Comment