Pages

Friday, 15 February 2013

Aktiviti saya di cuti CNY yang lalu.

 

Dalam banyak2 tajuk esei, yang ni paling senang. Hehehe.

 

 

Haaaaiiiiiihhhhh....mengeluh kejap. Bukan apa. Cuti ni rasa singkat sangat. Tak cukup. Akak balik kampung hari sabtu minggu lepas. Hari makan besar untuk orang cina. Jalan punyalah jem. Pukul 8 pagi tu dah jem dari memorial cina yang kat Nilai tu sampailah Seremban. Lalu asben akak terus melencong ke simpang KLIA. Naik kapalterbang sampai Teluk Kemang. Hahaha. You wish! Tak de maknanya. Ikut jalan alternatif sepang-lukut-pd. Elok lengang je tapi jauh sikitlah.

Pastu selama 4 hari duduk kampung, akak memerap je kat rumah mak atas bukit tu. Tak turun2. Jem teruk. Dari Teluk Kemang ke PD makan 2 jam. Pergi balik dah 4 jam. Ya ampun. Tok sah carik pasal.

Mak akak pun on off je sakitnya. Macam2 ikhtiar dah kami cuba. Yang terbaru ni macam ada tanda positif. Alhamdulillah.

Lepas tu pulak hari Selasa akak dah balik KL. Best wo KL time cuti ni. Jalan sunyi sepi. Selalu Mines ni mana nak dapat tengok jalan lengang. Masa akak balik tu, ada 2 kereta je kat traffic light. Siap boleh nampak sampah atas jalan.

Dah balik KL sibuk pulak dgn urusan tertangguh di sana sini. Hari ni baru duduk rumah. Dahlah akak demam dari hari Sabtu tu sampai hari Isnin. Batuk menjadi2. Dah elok batuk sakit tengkuk menyerang kembali. Dah mengeras je dari tengkuk sampai ke bahu ni haa. Hadoi. Tapi tetap alhamdulillah. Allah bagi dugaan maknanya Dia sayang. Takkan nak tolak kasih sayang Allah kan. 

Kekucing pulak. On the way balik dari kampung hari selasa tu, 2 ekor telah membuang dgn berjemaah dalam kete. Sekor kat stesyen minyak. Sekor lagi kat RnR. Hadoi darab ampatploh!! Yang buat hal......... si Seripah Moli dan atuk Milo. Rupanya atuk tu tak sedap perut. Mencherry berri je dia sampai semalam. Hari ni nampak dah okey sikit.

Oleh kerana akak sakit tengkuk jadinya terpaksalah slow down sikit dgn blogging ni termasuk bw. Sebeluk akak sign off, ada video sikit untuk semua. Sebab dia ni sekor je yang tak buat hal jadi kita bagi dia starring role okey.  

 

 

Masa memula dia buat camni, saspen jugak. Ingat kot nak membuang ke kan. Rupanya memang sipelik ni aktiviti masa lapang dia ialah menggali di mana2. Elok bawak carik harta karun ni. Lumayan. Oh ya, sila layan juga lagu feveret akak di background tu ya.

Okey, sampai jumpa lagi.

Thursday, 7 February 2013

Rezeki.....alhamdulillah.

 

 

Buuurrrrpp...alhamdulillah. Baru habis nasi lemak sambal udang petai sebungkus. Muahahaha. Sedap. Hati pun gumbira.

Akak demam dua hari lepas. Hari ni baru rasa okey. Sakit2 satu badan lepas tu bila tonsil pun bengkak, kenalah amik antibiotik kan. Tu lah sangat menghargai nasi lemak sebungkus. Macam dah bertahun tak jumpa je.

Semalam akak pi menghadap pos laju kat Bandar Baru Bangi tu. Bebudak pos laju ni memang tau. Kalau tiba time dia malas nak hantar naik atas rumah, memang kitalah kena menjemput. Padahal bukan naik tangga pun, tekan butang lif je. Pun tak nak. Lepas tu paling geram siap cakap dgn sender, my dear friend Tun Fatimah, yang akak refuse untuk terima package tu. Ada ke patut memfitnah orang di siang2 buta.

 

003  

Tapi akak tak kisah pun sebenarnya nak amik barang tu sebab rezeki nih. Sape nak bagi kan. Lagi pun dekat je pejabat pos laju tu dgn umah akak. Terimakasih sangat pada Tun Fatimah. Love you, my friend. I akan cuba bagi my mother........ insyaAllah akan jadi penawar.

Ramai betul sahabat2 yang bersusah payah tolong akak ni. Tak sangka sebenarnya. Allah beri rezeki pada akak dalam bentuk friendship yang sangat2 priceless. Dengan gifts lagi, dgn doanya lagi. Tak terbalas rasanya. Hanya doa sahaja untuk kalian. Ya Allah, murahkan rezeki sahabat2 ku dan rahmatilah mereka dunia akhirat. Amin.

 

 

 

001 

Okey, ini pulak citer bulan lepas. Mak akak tengah mengemas laci meja solek dia tu. Tetiba jumpa purse akak zaman U dulu.

 

 

002

Rezeki dalam bentuk duit syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen dan paling banyak 1 sen. Hahaha. Tapi kan ada duit kertas pelik pulak sekali. Itu citer kemudian ya.

 

 

003 

Apa lagi ada dalam purse tu. Haa..ada kad matrik akak. Muka masa ni memang tak boleh blah. Dah lah berminyak2 lepas tu mata tu terbuntang macam baru lepas nampak hantu pulak. Kelakar betul. Mak akak cakap, " Apo comeh yo muko kau ni Da? Takut na ko? " Hahaha. Tak berbaloi lah nak tayang kat blog. Kalau muka macam gubesar tu kompom berbaloi2.

 

 

005

Lepas tu ada kat amex pelesu ni. Orang dulu jual purse mesti ada kat kredit pelesu ni. Tah apesal tah. Agaknya nak bagi orang yang beli tu rasa kerlass sangat sebab ada kad amex ni. Yang peliknya akak pun siap simpan lagi dalam purse setelah bertahun2. Apa motip?  Hahaha.

 

 

006

Berbalik pada citer banknote misteri ni. Ini citer tahun 1990 kalau tak silap. Itulah julung2 kali akak pi obersi. Abang akak masa tu dah final year medic kat Belgium. Lepas tu arwah abah cakap, kalau nak pegi, dia boleh sponsor tambang. Apa lagi. Lompat bintanglah akak. Merasalah pergi obersi 2 beradik selama 2 minggu.

 

 

 

008

Memula nampak duit ni kemain suka lagi. Tapi bila tengok currency converter rupanya nilainya sama dgn RM5.18 sahaja. Ingatkan kot ratus2 ke kan. Tapi tak pe. Alhamdulillah jugak. Rezeki. Di waktu2 begini rezeki dalam apa jua bentuk pun diterima dgn tangan terbuka. Asalkan halal...maka jawapnya alhamdulillah.

Duit ni dah tak de dalam circulation sebab diorang dah tukar Euro sejak tahun 2002 kan. Jadinya akak akan simpan je buat kenangan. At least dapat mengingati kenangan bersama arwah abang di Gent, Belgium satu waktu dahulu.

Wednesday, 6 February 2013

Si montot besar itu....

 

 

Si Miki ni kan, makin lama makin kelakar pulak akak tengok. Pagi2 keje dia lumba marathon dgn kak peah. Kak Peah tu nampak macam senang je nak lari. Miki...mengah akak tengok. Apa taknya badan tu dah makin bam bam. Montot tu paling ketara. dari jauh dah nampak. Sejak hantar spay ni menjadi2 selera makan minah ni.

 

039

Paling dia suka main nyorok2 dgn kak peah.

 

 

 

036

 Tapi FAIL!!! Montot tu mana nak letak? Terjulur di situ.

 

 

118

 Muka konfiden kak peah tak dapat cari punya.

 

 

115

 Fail sekali lagi. Lupakan je lah miki oi. Terserlah montotmu di situ.

 

 

081

 Cer bandingkan montot peah dgn dia. Tengok peha dah tahu.....memang baka montot besar.

 

 

041

 Dia ni okey. Makan pun bersukat. Sendiri pandai.....tak payah kita dietkan.

 

 

056

 Tengok....bertenggong tepi tingkap pun boleh.

 

 

048

Peha seksi tu memang sengaja ditayang begitu. Manalah tahu kot2 orang nak hantar gambar kat magazine playcat ke kan. Tak ke meleleh airliur jantans yang membelek majalah tu.

 

 

259

Sentap. Sebab semua orang kata montotnya besar. Hahaha. Kalau ikut akak, suka je tengok kucing bam bam kan. Sedap peluk. Tapi siaplah nanti kena tazkirah bila jumpa doktor. So far okeylah, taklah tembam sangat. Tapi kena kawal jugak dari sekarang.

Eh, kenapa pulak minggu ni citer akak macam ada kena mengena dgn diet je kan. Boringlah. Mak akak kata, "Solagi ado selegho tu makan yo lah. Esok kok sakit, dihulur apo pun tak maun ditolan dek tokak ni doh. "

Dan sebagai anak yang taat pada mak, dgn sukacitanya akak patuh. Hehehe. Semalam lagi dah makan sepinggan nasi dengan gulai telur itik dan ayam panggang. Best. Petang ni pulak nak masak nasi goreng ikan masin dgn kailan. Fuuh...lagi best. Hahaha.

Monday, 4 February 2013

Menu sedar diri.....

 

 

Last wiken akak balik kampung. Balik kampung membawa cendawan gumbira di dalam kereta. Punyalah payah nak cari shiitake original dari jepun. Balik2 yang cina mali je berlambak kat supermarket. Pergi kedai yang jual cendawan tu amoi tu cakap, " Kita tala impot itu Jepun punya. Manyiak mahai oo. Olang pun tak mau beli ma. Satu kotak ini maciam a, selatut libih! Manyiiiaak mahai."

Aduuoiiyaii amoi. Setiap kali dia stress perkataan 'mahai' tu, ngilu otak. Tapi nak buat camana, dah ubat mak perlukan yang original shiitake dari Jepun. Tak pe....yang penting Allah berkati usaha kami dan jadikan sup tu penawar untuk mak. Amin.

Last2 akak tepon supplier yang hantar shiitake tu kat Isetan. Memula dia tak nak jual sebab katanya bukan polisi syarikat untuk jual pada orang perseorangan. Company dia hanya import barang jepun khas untuk Isetan. Lepas explain penyakit mak semua, alhamdulillah Mr Loh , general manager dia tu setuju. Dapat beli murah lagi dari Isetan. Rezeki. Dan ada rezeki jugak nak belikan untuk Acik 2 bungkus. Alhamdulillah.

Updet mak akak pulak, so far banyak improvement, alhamdulillah. Tapi penyakit dia ni pelik jugak akak tengok. Minggu lepas tetiba timbul bengkak di mata kiri dia tu. Within two days, dah separuh muka dia bengkak. Mulut dia pun senget. Menangis akak dgn Alang. Tapi taklah menangis depan dia. Kami menangis sama2 dalam tepon. Tetiba je masing2 diam lepas tu dah teresak2 pulak berdua beradik.

Last wiken akak balik tengok semua dah okey. bengkak pun dah surut. Cuma yang kat leher tu ambik masa sikit. InsyaAllah mak, insyaAllah penyakit mak ini akan pergi.

Dan biasalah mak akak. Dia yang sakit tapi dia yang risaukan kesihatan akak. Siap suruh akak minum sup tu jugak tiap2 hari. Akak pulak dah bertambah makmur badan. Logiklah lutut pun mengeluh nak membawak sebongkah badan tiap hari kan. Itu yang keluar sound efek seram lutut setiap kali akak berjalan. Meraung menjerit semualah silutut. Bilalah tuan aku yang sangat membongkah ni nak turunkan berat badan.

 

003

Jadi menu hari ni ialah sup sayur + cindawan + kitam. Segala macam cindawan akak letak dalam tu. Termasuk cendawan shiitake yang akak dah buat sup Tateishi tu. Airnya diminum dan shitake tu dikutip dan masukkan dalam sup sayur. Takkan nak buang kan. Dahlah manyiiiaak mahai.

 

 

009

Si polan yang manyiiaaaak mahai katanya. Kat Isetan jual sebungkus RM38.00. Kat supplier tu dia jual RM30 saja.

 

 

 

008

 

Ini pulak enoki mushroom. Sedap...kenyal2 rasanya. Letak dalam megi pun best.

 

 

 

007

Ini pun akak letak dalam sup sayur tu jugak. Nama tak pasti pulak apa dia. Tapi mak akak kata cendawan Uteh. Bukan putih tau. UTEH.

 

 

035

Sebaaaaab mak akak kata cendawan tu rupa budak ni. Gewwwwammmm. Rasa nak geget je dia ni. Bam bam sangat sekarang ni.

 

 

004

Begitulah kekdah menu sedar diri akak. Maklumlah sekarang ni ukur jalan kat sopin kompeleks pun dah mengah. Orang lain mengah, tapi lepas 9 bulan ada jugak hasilnya. Akak pulak? Mengah tapi yillek, boliau. Perut je makin kedepan. Acaner tu?

 

 

041

Semoga kesedaranmu bersifat istiqomah, kata Lebai Saguah. Iyolaaah lobai.....