Pages

Thursday, 7 February 2013

Rezeki.....alhamdulillah.

 

 

Buuurrrrpp...alhamdulillah. Baru habis nasi lemak sambal udang petai sebungkus. Muahahaha. Sedap. Hati pun gumbira.

Akak demam dua hari lepas. Hari ni baru rasa okey. Sakit2 satu badan lepas tu bila tonsil pun bengkak, kenalah amik antibiotik kan. Tu lah sangat menghargai nasi lemak sebungkus. Macam dah bertahun tak jumpa je.

Semalam akak pi menghadap pos laju kat Bandar Baru Bangi tu. Bebudak pos laju ni memang tau. Kalau tiba time dia malas nak hantar naik atas rumah, memang kitalah kena menjemput. Padahal bukan naik tangga pun, tekan butang lif je. Pun tak nak. Lepas tu paling geram siap cakap dgn sender, my dear friend Tun Fatimah, yang akak refuse untuk terima package tu. Ada ke patut memfitnah orang di siang2 buta.

 

003  

Tapi akak tak kisah pun sebenarnya nak amik barang tu sebab rezeki nih. Sape nak bagi kan. Lagi pun dekat je pejabat pos laju tu dgn umah akak. Terimakasih sangat pada Tun Fatimah. Love you, my friend. I akan cuba bagi my mother........ insyaAllah akan jadi penawar.

Ramai betul sahabat2 yang bersusah payah tolong akak ni. Tak sangka sebenarnya. Allah beri rezeki pada akak dalam bentuk friendship yang sangat2 priceless. Dengan gifts lagi, dgn doanya lagi. Tak terbalas rasanya. Hanya doa sahaja untuk kalian. Ya Allah, murahkan rezeki sahabat2 ku dan rahmatilah mereka dunia akhirat. Amin.

 

 

 

001 

Okey, ini pulak citer bulan lepas. Mak akak tengah mengemas laci meja solek dia tu. Tetiba jumpa purse akak zaman U dulu.

 

 

002

Rezeki dalam bentuk duit syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen dan paling banyak 1 sen. Hahaha. Tapi kan ada duit kertas pelik pulak sekali. Itu citer kemudian ya.

 

 

003 

Apa lagi ada dalam purse tu. Haa..ada kad matrik akak. Muka masa ni memang tak boleh blah. Dah lah berminyak2 lepas tu mata tu terbuntang macam baru lepas nampak hantu pulak. Kelakar betul. Mak akak cakap, " Apo comeh yo muko kau ni Da? Takut na ko? " Hahaha. Tak berbaloi lah nak tayang kat blog. Kalau muka macam gubesar tu kompom berbaloi2.

 

 

005

Lepas tu ada kat amex pelesu ni. Orang dulu jual purse mesti ada kat kredit pelesu ni. Tah apesal tah. Agaknya nak bagi orang yang beli tu rasa kerlass sangat sebab ada kad amex ni. Yang peliknya akak pun siap simpan lagi dalam purse setelah bertahun2. Apa motip?  Hahaha.

 

 

006

Berbalik pada citer banknote misteri ni. Ini citer tahun 1990 kalau tak silap. Itulah julung2 kali akak pi obersi. Abang akak masa tu dah final year medic kat Belgium. Lepas tu arwah abah cakap, kalau nak pegi, dia boleh sponsor tambang. Apa lagi. Lompat bintanglah akak. Merasalah pergi obersi 2 beradik selama 2 minggu.

 

 

 

008

Memula nampak duit ni kemain suka lagi. Tapi bila tengok currency converter rupanya nilainya sama dgn RM5.18 sahaja. Ingatkan kot ratus2 ke kan. Tapi tak pe. Alhamdulillah jugak. Rezeki. Di waktu2 begini rezeki dalam apa jua bentuk pun diterima dgn tangan terbuka. Asalkan halal...maka jawapnya alhamdulillah.

Duit ni dah tak de dalam circulation sebab diorang dah tukar Euro sejak tahun 2002 kan. Jadinya akak akan simpan je buat kenangan. At least dapat mengingati kenangan bersama arwah abang di Gent, Belgium satu waktu dahulu.

11 comments:

Acik Erna said...

assalam Aidah..domam ko.lah hai sian dio..dah elok dah yo..
pos laju memnag dah jadi pos lombab aidah..akak pos barang kek cameron highland..kawan mintak tolong..dah masuk 2 minggu tak sampai laie..tak kan dio maleh bona nak naik..kan naik tanggo pun..kawan akak dok tingkat ompek..memang nak kono tukar ni..tak mau dah guno pos lombab ni

Aidah said...

Acik,
Alaikumsalam acik. Memang e domam acik. Baghu bongka haghi ni. Tapi selegho makan tajam yo.
Oghang pos ni tengok mood agak e acik. Kongkadang dapek lak yang elok, budi bahaso laie. Tapi kot dah soghang buek ona, habiehlah kan. Susah oghang nak cayo, pasal baghang yang di anta tu ponting, amanah kan.

kasihibu said...

Semoga akak dah beransur sembuh dansilolah tunjukan wajah akak memudo belia tu..apo salah eh

Aidah said...

kasihibu,
Hahaha. Nanti lu dik, akak caghik ilham, yo. Kok datang ilham tu, insyaAllah po salah e kan.

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah, rezeki :)
Huih akak, purse lama siap dengan isinya sekali tu jumpa! Siap ada duit kenangan lagi. Simpan ja, nanti jadi barang antik, lagi mahai tu.

Bonda Ryan said...

iyo..sorok an muko tuh kak ida? mano lah tau, kot berlago bahu, bulih yo sey belanjo kopi tarik ko..hik3!!.

Nini D.. said...

nasi lemak sambal potai kak?...adeii,..tak suko potai!


best tu kak meraso poie obersi..nini nih ado jugak poie obersi..tapi Langkawi ajolah..

tunfatimah said...

alhamdulillah...at last dpt pun.....next time x ya dh pki pos laju...pki je la courier lain...tak pun kita jumpa2 kat mana2.....ala ni tak de apa pun...just nk give a hand..mudah2an bole membantu......nanti klu serasi u nak lagi...just let me know eh....in sya Allah akan ku courier kan dgn segera...

Murni Alfathunnisa said...

salam akak aidah cayang...wa mish u lah! hope akak dah baik demam. mak akak camne..hope she's getting better too. Banyak cerita saya ketinggalan kan..ampun. Ni dah balik dari campus..dapat la blogging balik walaupun on-off seperti selalu.

wahhh..duit belgium! simpan kak..sangat berharga..kenangan! psst...nape la sorok kad matrik tu...nak gak tengok akak saya ni di zaman remaja beliau..hehe...

Dinas Aldi said...

Salam kak Aidah, akak sihat? Mak akak pulak macam mana keadaannya? Semoga semuanya baik2 saja untuk akak sekeluarga.

SITI NOARIZAH ARIS said...

Semoga kesihatan akak dan mak akak akan bertambah baik selepas ini.

Sambal potai...waduhhh lazatttt sunguhhh mkn lak dgn nasi lomak paneh2 memang bestttt :)