29 Mac 2014....hari Sabtu.....genap setahun mak akak kembali ke rahmatullah. Al Fatihah.
Hari Sabtu itu juga lebih kurang pukul 2pm, Wahau yang sudah beberapa hari tak lalu makan dan minum tiba2 sakit teruk. Kepala macam dah tak boleh nak diangkat lagi. Kebetulan akak ada di kampung wiken tu. Cepat2 buat keputusan bawak dia pergi klinik sekali lagi. (dah masuk kali ketiga pergi klinik dalam masa 2 minggu tu)
Doktor terus masuk air bagai. Wahau pun warded. Lemah sangat nampak dia masa ni.
Masa doktor cukur bulu kat tangan dia tu, dia diam je....mengiau pun tidak. Kalau masa sihat jangan harap nak usik lebih2 tangan dia.
Mata dia dah nampak sembap sebab doktor cakap buah pinggang dia dua2 dah bengkak. Sebak sungguh bila tengok gambar ni.
Sekejap saja dia jadi teruk macam tu. Dalam 2 minggu tu Alang force feed dia dengan makanan khas sebab risau bila tengok dia tak makan. Bila bawak ke klinik mula2nya doktor cakap okey je, buah pinggang semua ok. Tiba2 hari Sabtu tu jadi teruk macam ni. Akak dengan Alang dah berjuraian airmata tengok. Tak sanggup tengok dia lemah macam ni.
Setiap 2 hari sekali, lepas kerja Alang akan pergi tengok Wahau. Sedih sangat sebab bila Alang nak balik. Seboleh2 dia angkat kepala dia dalam keadaan lemah tu. Nak ikut balik agaknya.
Hari Sabtu 5 April lalu, selepas seminggu warded, kami buat keputusan untuk bawak Wahau balik. Keadaan dia memang lebih teruk. Doktor cakap buah pinggang dia dua2 dah tak berfungsi lagi. Tapi dia masih respon pada panggilan kami. Cuba mengiau walaupun suara tak keluar. Sampai rumah kami letak elok2 Wahau atas katil dia, selimutkan dan cuba bagi dia seselesa yang mungkin. Masa ni badan dia sejuk....kaki pun macam dah mengeras. Tapi bila diusap kepalanya dia masih respon seolah2 mintak dimanja lagi. Sedih pulak rasa nak sambung....
Tak payah lah panjang2kan citer...akak dah tak sanggup tahan airmata. Wahau kembali pada Penciptanya pada hari Ahad 6 April selepas maghrib tu.
Akak kurang tahu pasal kehidupan kucing selepas kematiannya tapi akak berharap sangat Allah temukan Wahau dengan mak akak dan jadikan Wahau peneman setianya di taman syurga sebagaimana setianya dia dengan mak masa hayat mak dulu.
Terimakasih Wahau atas segala kasih sayang, pengubat duka dan peneman setia pada kami sekeluarga terutamanya arwah mak selama 6 tahun....terimakasih sayang.
7 comments:
sedihnye dengar. Saya pon berharap macamtu, kucing2 kesayangan ni menunggu kite di taman syurga.
Wahau kucing yang banyak berjasa.
Akhirnya wahau pergi jua ye Aidah..
Suka tengok Aidah dah ada balik, tapi terlepas cerita sebwlum ni.. makchaq dah kurang berblog.. sibuk sikit la ni..
Sedih baca kisah wahau, teringat fuwa dan kolet kami yg dua2 meninggal kat klinik...
walaupun yang pergi tu kucing... perit dan sedihnya tetap sama macam kita hilang ahli keluarga yang lain, kan?! tabahlah kak aidah..
wahau... :(
Sedihnya kaka. Semoga doa akak dimakbulkan Allah
sy baca kisah milo dulu
baru baca kisah wahau
nampaknya dua-dua dah takde
Post a Comment