Pages

Thursday, 8 December 2011

Once upon a time

 

Dulu masa anak pertama adalah jugak akak bacakan buku masa nak tidur  macam  buku bedtime story tu kan. Masuk anak kedua, akak dah sub kan dekat kakaknya bacakan buku untuk adik. Maknya dah penat, baru pukul 9 malam dah lolap. Sebab Arif, anak akak yang kedua memang sangat lasak. Satu hari mengemas rumah, basuh kain, masak dan layan dia memang sangat melepekkan badan. Tapi akak tak pernah tinggalkan dia kalau ada urusan kemana2. Sentiasa dibawak bersama. Kalau ada event yang tak membolehkan anak dibawa, akak tak pergi, hanya En.Ahby je pergi. Sebabnya mak akak pun surrender kalau akak nak tinggalkan Arif dgn dia. "Uuuuuhaiii, tak larat mak doh. Arip tu lasak komain. Badan kontal lak tu. Tak topogang dak mak kalau dio nak ngikut kang."  Macam tulah kata mak. Hehehe.

 

P5090594 Inilah rupa budak berbadan kental dan melasak masa kecik . Tapi Alhamdulillah sekarang ni dia dah menurut kata dan makan saman.

Sebenarnya hari ni akak nak cerita pasal satu situasi merepek yang sangat menyentuh perasaan. Tengoklah sendiri. Sweet ke tidak kat bawah tu.

 

 

039

MILO:  Once upon a time....

MOLI:   Cepatlah citer daddy, dari tadi asik2 once upon a time. Tak bergerak2 pun dari mukadimah tu haa.

MILO:   Hisshhh! Budak ni tak boleh sabarlah.  Aku himpit kang, pengsan. Apasal pulak tulisan kat buku sekarang ni haluih sangat.

 

049

MILO  :  Nanti jap, daddy pakai spek. Patutlah payah sangat nak membaca. Dah rabun rupanya. Kat mana kita berhenti tadi, nak?

 

046 MOLI  :  Kata2 Pengantar pun tak habis baca lagi, daddy. Terus citer ending je lah. Tak koser nak tunggu. Dah rabun tak nak ngaku pulak.

MILO  :  Amboiiii mulut, tak de insurans nampak?

 

055

Si Daddy ni nak mengajar anak tapi cuba tengok kaki dia yang  tak de insurans tu. Ada ke patut tunjuk buku pakai kaki ja. Sape ajar ni?

Wednesday, 7 December 2011

Mirror mirror on the wall, who's the fairest of them all?

 

 

124

Sleeping beauty,

 

 008

Princess Leia,

 

004

or Jabba the Hut. Sape tak pernah tengok Star Wars, tak boleh undi. Duduk diam-diam ya.

 

p/s  Hari ini ialah hari Rabu yang sangat mengong rasa otaknya jadi ini saja yang boleh dinukilkan dari kepala akak. Harap maklum.

Tuesday, 6 December 2011

Hasil tangguk di kedai buku.

 

 

026

Buku paling latest yang akak beli. Cantik buku ni penuh warna dan hadisnya semua dari Imam Nawawi. Imam Nawawi ni memang sangat terkenal terutama dalam menyumbangkan pendapat2 untuk mazhab Syafi'i, mazhab yang kita pegang untuk amalan2 seharian. Akak ingat dulu ustaz akak cerita ada satu mazhab tu, tak pasti apa dia, kalau kita kentut dan berbunyi pulak kentut tu, tak batal air sembahyang tapi kalau kentut tu kita tahan dan terlepas semula ke dalam usus maka batal air sembahyang. Macam tu lah serba sedikit ilmu kentut yang ustaz cerita masa sekolah. Pelikkan, kalau pasal kentut ingat je sampai sekarang, cuba pasal kumpulan gas nadir ke, ada akak ingat? Haraaaaaaammmm satu pun tak ingat.

 

028 Kan akak cakap, cantikkan. Penerangan untuk setiap hadis memang jelas, siap pengajaran lagi, nak bagi orang macam akak ni faham. Buku ni akak rasa sesuai jugak untuk bagi kat anak suruh baca sebab warna-warni betul. Harganya tak mahal RM23.00 sahaja dan ada dijual di MPH.

 

025

Tapi bukan itu aje akak beli di MPH. Ini pun akak rembat jugak. Lampu untuk baca buku sambil baring, malam2 bila orang semua dah tidur dan akak masih terkebil2 sorang2.

 

031

Mudah nak guna, gantung je kat leher macam tu. Lampunya boleh tahan terang kalau nak suluh buku. Kalau nak suluh benda lain memang tak bolehlah harap  sangat. Pendekata, kegunaannya hanya untuk baca buku, janganlah pulak dibuat untuk suluh luar tingkap kalau tetiba dengar bunyi pelik kat luar tu di malam hari ya. Silap haribulan benda kat luar tu yang tangkap kita dulu. Hihihi.

Monday, 5 December 2011

Bantal dan tilam lemak.

 

Sedap ke kalau ada tilam lemak dan bantal lemak? Mesti sedap kan. Sebab empuk lepas tu panas semacam. Kalau tidur dalam aircon, lepas tu musim hujan pulak, perrgghhh nyaman habisssss. Kalau tak caya tanya Moli.

 

 

 

018 Syoooknyeeeee tidur berbantalkan perut  Milo.

 

 

 233

Yang ni berbantalkan lengan Milo. Lengan sebelah tu macam selimutlah pulak. Tak boleh lama sangat berselimutkan lemak tembam tu, takut kebas leher. Hehehe.

 

 

024 Camana tak sedap. Tengoklah kegebuan dan keempukan lemak tu. Akak pun selalu gak baring atas perut Milo tu. Best wa cakap lu. Panaaaaasssss je.

Sunday, 4 December 2011

Sepagi di Nilai 3.

 

Sesuailah kan kalau nak buat rombongan cik Kiah ke Nilai 3 taim cuti sekolah ni. Banyak beno kenduri kahwin. Hari tu akak pegi ke situ sebab nak cari bunga telur. Dah lama akak tak nengok rupe bunga telor sekarang ni. Maklumlah last sekali berkecempong dalam alam bunga telor ni ialah masa Puan Alang kahwin iaitu delapan tahun lalu eh silap sembilan tahun lalu. Yang delapan tahun tu anaknya yang sulong. 

Zaman sekarang ni kalau pergi kenduri kahwin dapat bahulu, kek atau gula2 ngan cekelat. Telur dah tak ada dihulurnya. Kalau ada pun untuk VIP kot. Akak ni manalah VIP sangat.

 

PB241160

Haa amek sekali, sorga bunga telor akak cakap tempat ni. Cakap je apa warna tema majlis tu. Semua ada. Siapkan ringgit jelah kat dalam poket suami mu atau bakal suamimu. Dari harga 50 sen setangkai hinggalah  berhinggit2 setangkai.

 

PB241164 Kalau malas nak rebus telor, bolehlah bagi pot pouri je dan letak kat dalam net lepas tu masukkan dalam bekas kilat2 bentuk chenta hati ni. En.AHBY sangat tak berkenan kalau orang bagi pot pouri tu, bukannya boleh masuk mulut, katanya. Haiih, suka hati oranglah nak bagi apa, bang ooii.

 

PB241168 Kedai ThankQ di Nilai 3 ni sangat besar dan ada jual macam2 keperluan kahwin. Bak kata mak akak, " Sumo ado kek situ yo! Agak eh mak abah yo tak do jual. Yang lain bukak mulut, bukak mato siap yo lah duit!"  Macam tu lah dia cakap bila akak cerita pasal Nilai3. Alahaiii omak.

 

022

Yang jadi pilihan akak pagi tu ialah sangkar purple ni. RM59.90 untuk sekotak yang ada 50 biji. Telor direbus sendiri di rumah ya. Oh ya, kerusi malas tu pun beli kat Nilai 3. RM50.00 je harganya.

 

024 Macam ni lah rupanya bila dah masuk telur. Sikit punya susah nak lekatkan sangkar tu bila dah masukkan telur. Merah2 tangan.

 

 012

Macam ni pulak rupanya kalau kita jadikan aksesori Milo.  Rupa macam Princess Leia dalam Star Wars tu kan. Ayuuuu gitew Milo. Tak sangka, akak. Muahahahaha.

Saturday, 3 December 2011

Bila hujan

 

 

 071

Awan gelap ni dari kejauhan saja pada mulanya. Tapi masa ni dah gelap macam suasana senja padahal baru pukul 2 petang.

 

077 Lepas tu makin dekat makin berat nampaknya awan tu. Nampak macam bergelora je kan.

 

078

Bila dah turun hujan memutih je kat jalanraya. Tasik besar tu pun nampak putih je, bangunan belakang lansung tak kelihatan. Angin jangan cakaplah. Sangat kuat sampai tingkap pun bergegar.

Macam tu lah sekarang ni. Asal petang je hujan. Hati-hatilah pada yang mereka yang memandu di luar sana. Kalau jalan tu airnya naik berhentikanlah kereta. Macam kereta akak ni sangatlah sensitif. Harung air sikit je dah menyala lampu enjinnya. Terpaksalah berhentikan kereta tepi jalan. Sekarang ni seboleh2 kami takkan pergi mana2 waktu petang, kalau boleh elakkanlah. Kalau tak boleh tawakkal pada Allah jawabnya. Semalam Kajang dilanda banjir kilat kan. Kesian kat mereka yang terperangkap dan rosak kereta bagai. Sabarlah ya. Alhamdulillah tak ada yang terkorban walaupun airnya nampak laju semacam. Takut tengok.

 

069   Kalau tak keluar kemana2, sesuai sangat bergelung atas katil masa hujan2 ni. Sedapnyaaaaa tidur.

Friday, 2 December 2011

How to survive neck and shoulder pain

 

Bunyi tajuk macam baguuuussss je kan. Akak bukannya doktor ke atau bomoh tapi cuma cakap dari pengalaman. Hari tu memang sakit sangat tengkuk, leher dan bahu akak ni. Tak pernah rasanya sakit seteruk tu. Kadang2 menggigil tahan sakit terutama kalau duduk tegak. Takkan nak baring 24 jam kan. Kena jugak bangun sekali sekala. Memang menangislah tahan sakit. Tapi akak taklah pulak pergi jumpa pakar semua sebab bila cakap dgn Puan Alang, dia kata otot akak tu mungkin ada bengkak kat dalam tu. (inflammed ke apa ke namanya) Lama jugak nak elok betul2 adalah jugak 2 minggu baru boleh duduk tegak tanpa sakit. Menaip di laptop pun sakit dan bisa2 sampai ke bahu. Bahu kiri ni masih sakit sekali sekala dan akak ni dah trauma sangat rasanya. Sakit sikit dah saspen takut kena balik macam hari tu. Mintak pada Allah sangat2, janganlah kena balik.

 

313

  Inilah antara ikhtiar akak bila sakit tu. Muscle relexant, pain killers (PCM atau Sunprox), ubat allergic (in case kalau akak allergic pada sunprox) dan Ketotop. Ketotop ini ialah plaster analgesic dan anti inflammatory yang kita boleh tampal kat badan. Tapi hanya sekeping setiap 6 jam sebab dia ada painkiller kat situ. Salon pas tak ada pain killer. Ketotop ni boleh beli bila ada pharmacist bertugas di Farmasi sebab tak dijual over the counter macam tu saja. So far, okeylah dengan izin Allah, of course. Tapi kalau dah selalu pakai boleh mali jugak.

 

103  Lagi satu keperluannya bila dah terbaring ni ialah DVD cerita kartun. Memang sangat dilayan kat rumah ni terutama dgn anak2.

 

 

094

   En.AHBY tukang pergi beli pop corn kat TGV.  Terimakasih bobanyak yaaa.

 

242 Dua beranak ni selalu menemankan akak. Memang kelakar si Milo melayan anak angkat barunya Moli. Sekurang2nya adalah clowns 2 ekor yang buat akak gelak.

 

P5020505Lagi satu ialah kena banyakkan sabar dan berzikir. Banyakkan baca ayat syifa'. InsyaAllah boleh membantu. Walaupun akak taklah sakit teruk sangat tapi cukuplah sekali tu saja. Adalah sesuatu yang Allah nak sampaikan pada akak ni agaknya. Sesungguhnya Dialah yang berkuasa menyembuhkan dan Dialah Yang Maha Mengetahui.