Weekend ni cuti panjang lagi kan. Mesti ada yang plan nak pergi bercuti lagi kan. Kalau pergi PD tu bolehlah roger2 akak ya. Boleh akak belanja makan ke.
Sebut pasal makan ni, kalau sape yang pernah sampai Teluk Kemang, mesti perasan ada satu kedai cina tapi dia tulis muslim seafood. Terlebih dulu, nak mintak maaf pada yang dah pernah makan di situ. Halal atau tidak restoran tu sangat diragui sebab ownernya bukan islam. Dan tukang masaknya pun bukan islam. Akak pernah tanya kenapa dia tak nak mohon sijil halal. Dia cakap kebanyakan customernya tourist dan ada yang minum beer. Kalau ada beer, Jakim tak mahu bagi halal, katanya. Dan owner tu hanya letak a few perhiasan ayat kaligrafi di kedainya. Tak tahulah apa tujuannya kan. Sebab kalau akak mintak dia baca ayat tu, kompom dia tak tahu baca.
Selalunya bila akak balik PD, memang ramai akak tengok orang melayu makan di situ. Nak buat announcement kat situ, kang tak pasal2 akak masuk lokap pulak. Tapi memang betul, orang PD memang takkan makan kat situ sebab kami tahu sangat diragui kehalalannya. Jadi mostly tourist yang tak tahu.
Lagi satu, pasal homestay yang ala-ala ni. Berhati2 kalau nak tinggal di situ terutama kalau ownernya tak strict pasal penyewa dan apa yang nak dimasak oleh penyewa. Sebab kat area rumah mak akak ni, ada satu homestay tu memang saban minggu penuh. Tapi akak selalu nampak semua kaum tinggal di situ, siap guna bbq yang disediakan. Masak apa tu tak tahulah. Tapi carefullah ya. Sebab mana tahu masak oink2 ke. Mana kita tahu kan. Kalau botol2 beer tu memang melambak lah. Kadang2 akak tengok keluarga melayu tinggal situ. Mungkin nak attend kenduri kahwin ke kan. Kesian sangat sebab nampak ada orang tua2 lagi. Jadiknya akak nak pesan, berhati2 lah.
Mintak maaf pada yang rasa n3 ni macam bagus pulak. Tujuan akak ikhlas untuk bagi semua saudara sesama islam yang baca ni tahu pasal perkara2 yang kadang2 kita terlepas pandang dan tak perasan. Tak ada niat di hati nak singgung perasaan sesiapa. Cuma rasa bertanggungjawab nak beritahu pada sesama saudara. Maaf sekali lagi.
Oleh kerana n3 ni berat sangat, akak kasik penutup gambar munge, buleh? Bukan apa, gambar ni dah lama bertapuk, sayang pulak. Pokok ros tu dah habis pun riwayatnya dan munge kat atas tu akak snap kat lobby hotel je. Tapi bunga hidup tau. Sebab akak siap potong sikit kelopak tu dgn jari, nak tahu plastik ke bunga segar. Hehehe.