Pages

Thursday, 12 January 2012

Aduiiiyainye tak de maknanye pun adoi.

 

Hari ni akak bersemangat tuh nak pegi meregangkan lemak yang dah berpaut dengan ketatnya di sekeliling badan. Regang je tau, bukan bakar lemak.  Lemak kan sayang sangaaaaat ngan badan akak ni, jadi susahlah nak berpisah gitu. Hehehe. Pelan-pelan lah kan.

 

DSC00483

Saje nak tunjuk gamba blur. Kengkononnya macam laju sangatlah berjogging. Sebenarnya turun bukit sikit kat bawah rumah akak tu, lepas tu pakai kamera hp je. Hehehe.

 

 

DSC00484

Sekali lagi teknik blur digunakan untuk menampakkan kelajuan dan kesungguhan meregang lemak. Masa ni lemak dah macam jerit2lah tak nak berpisah ngan punggung, peha dan perut akak. Macam budak kecik dodulu yang first taim nak gi tadika tu. Budak zaman sekarang tak mainlah nanges2 kan.

 

DSC00487 Tapi jangan tertipu dengan tujuan sebenar langkah makin laju. Ni haaaa sebab sebenarnya. Gerai nasi lemak dah makin dekat. Lemak yang tadinya jerit2 dah mula senyum lepas tu ketawa besar bila gerai tu makin dekat. Muahahahaha.

 

P1121249 Best tau nasi lemak dia, siap sambal petai ngan udang, lepas tu ada ayam goreng lagi. Melampau tau akak hari ni.

Tapi akak kiralah jugak langkah perjalanan tu, adalah jugak 3000 langkah. Boleh tahan kan.

Haaa?!??? Banyaklah boleh tahannya. Lepas tu bedal nasi lemak sampai 1500 kalori tambah lagi dgn karipap 150 kalori sebiji.  Akak dah pun makan 2 biji karipap. Lepas tu teguk nescafe 3 in 1 tu. Adoooiiiyaiiii mak nye pun adoi!!! HUHUHUHU........

Wednesday, 11 January 2012

Kereta pink pemberian daddy

 

Wahhh hebat tajuk hari ni. Macam akak pulak yang dapat kereta baru dari shuge dedi ya. Tak de maknanya.

 

003

Milo telah menurunkan kereta mainan barbie warna pink nya pada anak tunggal kesayangannya Moli. Maka menjakunlah Moli sehari suntuk dengan kereta tu.

 

 

005

Steering wheel pun dikunyahnya. Sebenarnya Farah ni tak de adik perempuan nak bagi kereta ni jadi daripada berhabuk , dia bagilah kucingnya main.  Dulu Milo main, sekarang ni bagilah pulak pada Moli.

 

007

Yang si Milo nih, tengok anaknya main, teringin pulak nak try sekali. Haa amekkaw, selempap di situ. Sebelah kaki pun tak muat nak masuk. Hahahahaha.

Sejak akhir2 ni, dia marah tau kalau kitorang gelakkan dia. Sensitip taw orang kucing tua nih. Hihihihihi. *gelak perlahan sikit*

Tuesday, 10 January 2012

Goreng kicap ikan merah doploh lima henggit.

 

Fuhhh! Mahal betul harga barang sekarang niiiii. Hari tu akak ke pasar beli ikan merah tak de lah besar mana, kecik lagi dari kotak tissue tu. Lepas tu akak amik sekali serai seikat, daun kunyit 4 lai, lengkuas sebesar ibu jari dan limau nipis 3 biji. Abang ikan tu selamba je cakap, doploh lima henggit, kak.

Haa?!? Brapo sokilo ikan merah tu, bang., Akak tanyalah sambil telan air liur.

"Doploh tujuh henggit. Datang pun dah mahal. Camne saya nak jual murah.," katanya dengan muka sardin.

Aduuuiiyaiiii nye pun. Sangat mahal ya, wahai abang, adik dan kakak sekelian.

 

055

Nasib baik segar dan cantik. Kalau mahal tapi lembik dan pucat je, gerenti tak laku tau.

 

 

058

Kat rumah akak ni ikan hanya laku di masak kicap, goreng berlada atau sweet sour. Kalau kari atau lemak cili api, sila kirim salam. Akak dan En.AHBY berdua je yang akan menghadapnya selama 2 hari berturut2 nanti. Goreng dgn kunyit pun masih laku kalau dibandingkan dengan yang masak berkuah ni.

Tapi kan akak rasa harga ikan ni bila dah bawak balik rumah, basuh dan masak, harganya lebih tinggi lagi dari doploh lima henggit, sebab........

 

 

 

 

059

Apalah punya cuai, masa nak basuh ikan ni sempat jugak dia menggores jari akak. Yang sebenarnya tangan akak ni selalu menggigil sejak akhir2 ni. Tah hape2. Daaan harga ikan ni pun bertambah mahal sebab campur dgn minyak gamat, plaster dan kesakitan yang ditanggung. Adoiiiiiiyaiiiiii!!

Monday, 9 January 2012

Angah yang sentiasa dirindui.

 

Hari ni cerita sedih pulak. Semalam pak sedara akak telepon. Dia cerita pasal dia jalan2 masuk area kampung kat Labu utk beli buah2. Lepas tu berboraklah dgn mak cik yang jual buah tu. Tetiba mak cik tu tanya, " Mintak maaflah ya. Mak cik tengok muka anak ni serupa dgn arwah Dr. Adib yang kerja di Klinik Kassim dekat Senawang tu."

Pak sedara akak lansung terdiam. Lepas tu dia beritahu mak cik tu, " Arwah tu anak sedara saya  sebenarnya." Lepas tu mak cik tu cakap dia rindu dgn senyuman arwah sebab bila masuk ke dalam klinik tu dan nampak senyumannya, separuh sakitnya hilang macam tu saja.

Sebenarnya akak dah siapkan satu n3 khas ttg arwah berbulan2 dulu tapi tak rasa macam nak publish sebab rasa sedih yang teramat sangat. Hari ni akak cuba cerita seringkas yang boleh untuk kenang-kenangan sebab akak tahu kalau dia masih ada, mesti dia dah jadi follower blog akak. Dan sebenarnya dia juga antara sebab kenapa akak mula menulis blog.

Arwah Mohd Adib bin Othman tu ialah abang sulung akak. Pada 7 oktober 2008 dia jatuh di kliniknya masa menunaikan solat zuhur. Tiba2 dia black-out beberapa saat mungkin, dan bila dia cuba bangun, kepala dia sakit sangat. Mula2 ingat pening kepala biasa saja tapi bila dia start muntah2, Dr. Kassim terus hantar ke hospital. Akak dapat call tak lama lepas tu dari mak akak. Akak terus drive ke KPJ S'ban dan doktor bagi tahu, abang akak ada bleeding di otaknya dan suspected brain aneurysm. Penyakit ni memang sgt ditakuti sebab kita tak tahu pun kita ada abnormality macam tu pada salur darah kat otak until terjadi macam ni. Macam time bomb jugaklah. Sebelum ni abang akak tu tak pernah sakit teruk pun cuma kadangkala dia sakit kepala. Dia pun tak menghidap hypertension atau diabetes. Setiap minggu mesti pergi jogging at least 3 kali. Tapi beberapa hari sebelum tu memang dia ada komplen sakit kepala teruk yang tak mahu hilang walaupun dah makan ubat macam2. Lepas tu dia nampak drowsy dan kerap terlena walaupun tengah berbual.

Lepas doktor kat S'ban check, diorang buat keputusan hantar Damansara. Abang akak terpaksa undergone 3 surgeries selama 15 hari di situ. Yang sedihnya after first surgery 8hb OKT tu, dia terus coma. Dan akak tak dapat lansung bercakap dgn dia until 5 hari sebelum dia meninggal. Masa tu keadaan dia dah okey dan dia dah mula sedar dari coma tapi tiub yang sambung kat mulut tu belum boleh buka lagi jadi kami berbual guna sign language dan mata sahaja. Agaknya memang Allah bagi kesempatan untuk dia ucap selamat tinggal agaknya. Bila akak salam dan cium tangan dia, dia terlebih dulu cium tangan akak. Memang terperanjat akak masa tu. Tak sedar akak peluk dia dan cium pipinya berkali-kali walaupun wayar berselirat kat tangan dan kepala dia masa tu. Punyalah akak suka tengok respon dia sebab maklumlah bila otak dah diusik ni byk benda yang akan jadi tak sama mcm dulu terutamanya memory dia. Masa ni pun tangan dan kaki kanannya dah tak boleh gerak lagi. Tapi doktor kata mungkin boleh pulih semula dgn fisio. Akak memang rasa positif sangat masa tu.

23 oktober 2008, lepas surgery terakhir yang bermula lepas maghrib macam tu, akak diberitahu doktor yang abang akak dah tak ada. Dia meninggal pukul 9.15pm , hari khamis malam Jumaat. Masa tu akak rasa nak lari keluar dari bilik tu dan jerit sekuat hati. Memang tak sangka dia akan pergi. Selama 15 hari akak berumahtangga kat hospital tu, tunggu dia dan nak bawak dia balik utk recovery. Dah plan pun utk bawak dia buat fisio kat mana semua. Tapi kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Masa tu akak menangis tapi suara tak keluar lansung. Rasa nak meraung tapi at the same time macam rasa abang akak tu dah selamat di sana. Tak perlu risaukan dia lagi. Akak memang tak boleh lupa wajah dia kali terakhir akak cium dia masa kat katil ICU tu.   Macam orang tengah tidur je. Segala bengkak dan lebam di kepalanya hilang serta merta. Masa tu yang ada di hospital hanyalah akak, suami, kakak ipar dan pak sedara serta mak sedara akak. Semuanya macam bingung, terperanjat, tak tahu nak buat apa. Mujur lepas tu ada sepupu datang bawak suami akak pergi report polis semua kan.

Jenazah abang akak dimandikan di salah satu masjid di Damansara. Akaklah orang terakhir yang menyiram jenazah arwah. Masa tu memang tak boleh tahan airmata. Lemah sangat rasa badan. Lebih kurang pukul 4 pagi jenazah sampai di PD.  Mak akak lagi lemah masa tu. Walaupun dia tak boleh bongkok nak cium abang akak, dia nak jugak melutut cium anaknya tu buat kali terakhir. Memang sedih sangat masa tu. Berkali2 dia cakap, ingatkan abang akak tu yang uruskan jenazah dia tapi dia pulak yang uruskan jenazah abang akak tu. Memang perit bagi seorang ibu melahirkan dan kemudiannya menyempurnakan jenazah seorang anak. Takdir Allah kan.

Macam tulah serba sedikit citer yang dah terpendam lama tapi tak sanggup nak luahkan. Sebenarnya kalau mak cik jual buah tu pun boleh rindu kat arwah, apatah lagi akak ni yang lahir dari rahim yang sama dan membesar bersama2 dengan arwah. Lepas dia meninggal, akak sakit, lama jugak. Sampai sekarang akak tak dapat merasakan badan tu sihat seperti dulu. Rasanya macam separuh semangat dan jiwa tu ikut pergi bersama arwah. Akak memang sangat rapat dgn arwah dan arwah pun selalu luahkan masalahnya pada akak. Dalam seminggu berkali2 telefon. Ada sekali tu dia merajuk dan tak telefon akak lebih seminggu.  Itu semua tinggal kenangan. Dan akak pun masih tak delete nombor tepon dia dalam hp akak walaupun dah tak de lagi nombor tu dalam servis. Puan Alang pun sama, masih simpan nombor hp arwah. Kami tak sampai hati......

Oleh kerana dia meninggal mengejut macam tu, banyak urusan dunia yang tak selesai. Maka akak pun ke hulu ke hilir menyelamatkan rumah dan serba sedikit harta yang ada utk isteri dan anak2 arwah yang tinggal. Akak terpaksa berurusan dgn macam2 ragam manusia tapi Allah permudahkan jua di sana sini.  Baru2 ni dah selesai semuanya. Alhamdulillah.

Al fatihah untuk Mohd Adib bin Rokiah. Semoga Angah tenang di sana..........

 

P5090604

Ni hari raya terakhir 2008 tu. Kali terakhir dia peluk akak dan bersungguh2 dia minta maaf dgn akak masa ni. Tak sangka 3 minggu lepas tu, dia meninggal dunia. Dan sekarang ni tinggallah akak dan Puan Alang dua beradik utk jaga mak. Kami redha sebab perancangan Allah lebih besar dari jangkaan kita yang serba lemah dan tidak tahu ini.

 

P/S  Dah berjurai2 airmata dah ni. Mintak maaflah pada semua sebab hari ni citer sedih pulak. Harap lepas ni tak de citer sedih lagi kaaaan.

Sunday, 8 January 2012

Bila cuaca panas

 

Sejak akhir2 ni cuaca sangatlah panas. Panas berdentang katanya. Akak ni bila panas terik sangat cuaca, mulalah sakit kepala. Memang tak boleh buat apa kalau sakit kepala teruk macam tu.

Hari Sabtu lepas sepatutnya ada orang datang servis aircon tapi dia tak dtg pulak sebab van dia breakdown. Rasa nak hangin je bila dia cakap camtu tapi nak buat camana. Takkan nak histeria pulak kan. Sabar je lah. Maka appointment dibuat sekali lagi sabtu depan. Dan bersabar je lah dgn aircon yang sepoi2 bahasa ni. Syukur jugak masih ada kesejukannya walaupun tak de feeling London cuma feeling masuk shopping mall time sale, hari Ahad dan orang ramai berpusu-pusu macam seolah2 barang yang ada tu free gamaknya.

Sebenarnya cuaca panas macam ni mengundang rasa musykil jugak sebab pernah ada orang beritahu akak tahun 2012 ni ialah tahun bumi berada paling dekat dgn matahari. Maka tarikan graviti akan jadi lebih kuat, lepas tu mungkin akan terjadi bencana alam yang luarbiasa. Akak tak pasti betul atau tidak semua tu. Wallahualam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Takut jugak bila terkenang tsunami di Jepun dulu dan banjir besar di Thailand. Dengar2nya ada jugak orang simpan stok beras sekarang ni sebab takut beras naik harga dan takut tanaman padi tak menjadi. Akak masih macam biasa, pastikan ada stok extra sekampit disamping yang ada dalam tong beras. Tapi takut dan risau macam tu saja pun tak guna. Yang paling mudah dan selamat, beribadat seperti kita akan mati esok hari dan bekerja seperti kita akan hidup selamanya. Walau macamanapun akak rasa banyak dah tanda2 bumi ni dah terlalu uzur. Tapi walaupun uzur, masih banyak anugerah dan rezeki keluar dari perut bumi ni.

 

046

Macam moktan dan manggis ni yang tengah musim sekarang. Sedaaap makan masa cuaca panas ni tapi kena minum air banyak2 sebab nanti kang batuk, mak maraaah!

 

047

Yang ni pulak limau Cameron Highland, baki2 yang tinggal pemberian Puan Alang. Manisss jugak.

 

002

Dan tak lupa jugak buah yang dtg bercuti dari obersi iaitu cik stroberi dan cik ceri. Yang jambu jeruk perisa epal tu pulak menumpang glemer org obersi. Pernah rasa tak jambu tu? Puan Alang beli di Cameron Highland jugak. Sedap tau tapi akak cari kat KL ni tak de pun.

Macam tulah tekak akak tika cuaca panas berdentang macam ni. Tak berapa lalu nak makan. Tapi Alhamdulillah ada rezeki jugak makan buah.

 

022

Yang 2 ekor ni, akak tak tahu nak cakap apa. Hujan sejuk pun dia bergelung, panas terik pun sama jugak. Pendekata hanya makan tidur, makan tidur, makan tidur.............Tak pernah kesah puuunn.

Friday, 6 January 2012

Merebunglah kite.

 

035

Hari tu Puan Alang pegi Cameron Highland bercuti. Balik bawak buah tangan untuk akak. Salah satu adalah rebung ni haa. Sedap tau rebung madu ni. Bau pun tak terlalu kuat.

 

036

Akak hiris2 dan rendam dalam air. Untuk bagi jangan lebam, rendam dalam air basuhan beras. Lepas tu simpan dalam fridge dan masak bila mood rajin sampai.

 

 

006

Tapi mood rajin akak taklah lambat sangat sampainya sebab tiap hari mak telepon, " Kau dah masak lum robung tu? Masaklah copek. Sodap, manieh! Toksah lah dipoghap kek dalam fridge tu, Cubolah ghajin sikit masak!"  Haa, amek sekali sedas dari mak. Sape suruh pemalas lipas sangat kan. Hehehe.

Sebenarnya bukan apa, akak ni bukan boleh makan benda yang mendatangkan masalah angin ni. Dan malam tu serba tak kena dibuatnya sebab sakit perut. Cukuplah tu, tak bolehlah maknanya nak merebung lagi. Okey, boleh tolak satu resipi dari menu makan. Yey, yey tak payah masak rebung lagi. Yey, yey! Oooopsss....... (kalau dah lipas itu pemalas, memanglah tak tahu nak cakap apa. Kihkihkih)

Thursday, 5 January 2012

Yeayyy! Dah dapat puuun.

 

Masih kejadian semalam. Lebih kurang pukul 12 tengahari. Akak dengar bunyi sayup bell kat pintu rumah. Belit tudung kat kepala lepas tu jengok kat lubang pintu tu.

Orang yang ditunggu dah tiba. Messenger antara kakak dan sahabat blogger yang duduk nun jauh di utara.

050

051

Bukak selapis dgn ganas, ada pulak selapis lagi. Tak sabar dah nak tengok isi dalam ni.

 

053

Inilah rupa FM dari Dinas. Terimakasih banyak-banyak naa. Ini kira pestaim akak dapat dari sahabat yang kenal dari blog ja. Alhamdulillah.  Tapi betul cakap Dinas, kucing suka mai dekat dia. Cer tengok Milo tu. Sibuk nak cium FM tu. Agaknya ada bau tangan Dinas kot. Tak pe lah, senang sikit, kalau ada rezeki jumpa Dinas nanti, Milo taklah gayat sangat. Hihi.

 

055

Daaaan terus akak letak bersama2 kawan senegerinya di peti harta karun feveret akak.

Hmmm....bila nak pi Penang ni agaknyaaaa.... Dah lama tak makan murtabak restoran Hameediyah, tak makan tauhu bakar kat gurney, char kuey tiow di Park Royal, dan yang paling special nasi kandar kat tepi laut sebelah hotel tu. Ingat makaaaaaan jeeee akak ni. Hahahahaha. Eh, tak jugak. Kali ni kalau ada rezeki pi Penang lebih bermakna sebab dah ada kawan yang nak di jengok jugak kan. InsyaAllah.