Entri kali ni adalah panjang sikit sebab agak serius jugaklah kejadian yang menimpa laptop akak. Lepas je akak buat post petua karut tu kan, akak pun jenjalanlah jengok blog orang. Selalunya ikut jalan yang dah biasa akak amik. Tak de shortcut. Singgah pun kat rumah yang dah biasa akak singgah. Entah kenapa hari tu, internet pun laju kemain, maka akak pun gatal pulak nak pegi ikut jalan jauh. Singgah kat rumah tah sape2. Memula skrin tu macam berkelip2. Line tenet pun tetiba slow nak loading. Lepas tu keluar kat skrin katanya ada detect virus. Akak pulak tak check message tu dari antivirus sendiri ke bukan. Terus tekan remove. Apa lagi, memang panas tak sampai ke petanglah jawabnya. Hujan lebat di tengahari jugeeeek. Si Malaun yang menyamar antivirus ni, bukan remove virus, dia masukkan lagi.
Lepas tu terus laptop tak boleh tekan apa2 lagi dah. Semua file dah infected. Siap antivirus akak sendiri pun kena infected. Demam kekura. Menggigil2 lagi antivirus akak tu. Habis tu camana nak buat. Nak bawak sepital ke nak berubat kampung. Maka akak pun pergi menghadap pengamal perubatan tradisional IT ni yang pandai mengubat laptop iaitu suami sendiri. Kihkihkih. Sebelum mengubat tu kena bebel jugaklah akak.
Suami kuat bebel : Apesal you tekan remove sebelum tengok messege tu dari siapa?
Isteri mithali lagi taat : Kan i dah tanya you tadi. You cakap suruh tekan remove.
Suami kuat bebel : Aduuiyaiii. Habis semua game pun tak boleh main. Antivirus sendiri pun kena infected. Adouii. Besar keje ni, ida.
Isteri mithali lagi taat : Tolonglah ubek an. Lopeh tu tak yah lah bebel2. Nak buat camano. Dah jadik.
Suami kuat bebel : Bebel, bebel, bebel, bebel, bebel........sampailah 3 hari berikutnya.
Peah sedang pose maut berbackgroundkan pengamal perubatan tradisional in action. Tuuu yang t-shirt biru berkain pelekat kat belakang tuuu. Itulah dia pengamal perubatan tradisional yang kuat bebel tu.
Memang lepas 3 hari baru pulih semula. Alhamdulillah. Akak dah bopoluh2 ketiak memikirkan gamba2 yang tak sempat back-up lagi dalam pendrive. Dalam kamera memang tak simpanlah, terus delete je.
Dah elok laptop dari demam tu pulak dah wiken panjang pulak. Macam biasalah aktiviti akak. Balik kampung. Tapi kali ni jemput Farah sekali. Uwan eh dah tolampau ghindu kek cucu.
Rombongan balik kampung beramai2. Memula elok je bersusun 3 ekor kat tengah2 tu.
Atuk yang dah kelenguhan tangan. Mana taknya. Dulu dia sorang je conquer tempat duduk tengah2 tu. Sekarang ni nak kongsi pulak dgn anak2 angkat 'tak rela mak noks' tu.
Peah pulak tak reti duduk diam. Ditolaknya buntut atuk sampai macam nak tertunam ke depan orang tua tu. Kalau boss break tetiba, memang naya hidung atuk yang tak berapa nak mancung tu. Dah lah lepas raya ni nak berwalimatul urus. Haiiihhh.
Balik kampung hari Sabtu pagi dan balik Kl semula hari Ahad malam. Oleh kerana hari Isnin cuti, akak pun bertolak lewat sikit balik KL. Lebih kurang pukul 9.30 baru bertolak. Kereta memang banyak tapi alhamdulillah bergerak at a steady pace. Tak de lah jam kat mana2.
On the way balik KL, atuk amik tiket 1st class. Tak kose nak berhimpit2 lagi. Maka lelaaaaaap sajalah dia di sepanjang perjalanan. Mood pun tak baik sikit sebab dah way past bedtime dia. Nak buat camana. Dalam 24 jam tu 20 jam adalah bedtime dia. Pukul berapa pulak yang paling sesuai nak bergerak kalau ikut waktu dia kan. Sila pasrah ya, wahai atuk bertuah.
Macam tu lah rangkuman citer akak beberapa hari yang lepas. Ada jugak beberapa kejadian in between tu. Tapi esok2lah citer ya.
Oh ya, nak bagi tahu jugak. Kalau ada antivirus cap Platinum... dan simbol dia shield yang berwarna biru muda beritahu yang dia detect virus dalam komputer kita, jangan sesekali layan ya. Tekan x sahaja. Ramai yang dah terkena. Akak tengok dalam forum, ada sorang pak malang ni siap beli antivirus daripada malaun platinum ni utk buang virus dari laptop dia. Last2 dia kena call bank utk cancel dan block credit card. Sebab malaun platinum ni memang tipu dan tak jual pun anti virus ape2. Keje dia masukkan virus dan tipu orang suruh beli antivirus daripada dia. Dan sebenarnya antivirus tu tipu sahaja. Credit card kita jugak nanti di perabih kan. Hati2 ya.