Biasanya bulan Ramadhan ni memang amat sesuai memasak bubur lambuk. Tahun lepas, malas nak buat. Selalunya orang kampung buat kat surau atau masjid, lepas tu agih2kanlah.
Tahun ni adalah pulak yang mengidam nak makan bubur lambuk. Yang dijual tersangatlah tak semenggah rasanya. Agaknya diorang belum jumpa resipi yang kaw2 untuk bubur lambuk kot. Jadi di bulan mulia ni ahkak maafkan je lah.
Weekend lepas, balik kampung, jadi saya pun melambuk di dapur. Ingatkan untuk buat makan sendiri2 je, tapi tak sampai hatilah pulak kalau tak menghulur ke jiran2.
Penyudahnya satu periuk saya melambuk.
Resipi sangat senang dan gerenti sedap, insyaAllah.
Kalau ada teringin, silalah cuba ya!
Pada suatu hari di bulan Ramadhan di Kampung Lambuk, 3 cawan beras berasa sangat panas lalu berendam dan bermandian lah mereka di swimming ful belakang rumah.
Di dalam kamar, 2 genggam bawang merah sangat teringin untuk join beras dan dengan pantas menanggalkan pakaiannya. Tapi ibu tirinya, si halia yang agak gebu segebu ibu jari tangan telah dengan kejam menghalang hasrat bawang merah. Dia lalu mengarahkan Cik Pisau menghiris halus2 bawang merah ini.
Tiba2 bapa kandung bawang merah, sekilo Daging Tetel pulang ke rumah dan cuba menyelamatkan anak2nya. Apakan daya Daging Tetel yang banyak lemak dan cukup kurang bersenam, menyebabkan beliau tewas jua dengan aksi Cik Pisau yang ganas SG itu dan turut dihiris2.
Takdir Tuhan penentu segala. Dalam pertarungan itu Puan Halia turut menjadi korban peluru sesat dari unit simpanan khas, semangkuk udang kering. Walaupun tidak sebesar udang galah, udang kering ini adalah unit yang sangat kuat kerana telah ditumbuk lumat sehingga menjadi padu.
Sementara itu, si beras tidak sedar bahawa swimming ful itu adalah kolam air panas rupanya. Maka cairlah 2 buku sabun perisa ayam Knor dan bath salt secukupnya yang dibawa bersama ketika mandi tadi. Daging tetel, bawang merah dan Puan Halia juga telah dicampakkan bersama2 Beras ke dalam kolam air panas ini.
Menangislah mereka bersama2 sehingga bengkak2 mata dan kembang2 badan. Udang kering yang berdiri di tepi kolam air panas itu untuk memantau kejadian telah terjatuh pula kedalam kolam. Oooh sungguh tragis. Dek kerana terlalu tragis, turun pula hujan lebat berwarna hitam macam Lada Hitam pulak rupanya. Dan biasalah bila hujan lebat ada pulak landslide tapi anehnya berwarna putih macam santan pekat pulak.
Ooops lupa nak cerita, ada juga sekumpulan bawang merah yang terlepas. Tapi ibarat lepas dari mulut buaya, masuk pula ke dalam mulut harimau, bawang2 merah ini telah tersungkur kedalam minyak panas. Lalu menggeletislah ia sehingga keperang2an.
"Tolong! Tolong! Biarlah aku bersama2 ayahanda ku di saat genting ini. Kasihanilah aku.....", jeritnya.
Di akhir riwayat ini, bawang merah yang menggeletis itu telah bersatu jua dengan ayahandanya. Tetapi kerana paras rupanya keperangan maka ayahandanya tidak kenal lagi pada anak kandungnya sendiri.
Begitulah akhirnya, sibawang merah yang telah berubah rupa dan tidak diterima ayahandanya si daging tetel.
Sekianlah berakhirnya kisah tragis yang berlaku di Kampung Lambuk hari Sabtu lalu.
Pengajaran dari kisah ini adalah , janganlah anak2 sekelian menukar warna rambut menjadi blonde sebelum pulang ke kampung berhari raya nanti jikalau tak mahu bernasib sama dengan bawang merah. (nak jugak selit khidmat pesanan masyarakat tuh!)