Abaikan je lah tajuk gempaq akak tu ya. Ini kejadian dah lama tapi kalau berulang-ulang terjadi macam citer CSI kat Astro tu, nyampah jugak kan. Sekuriti guard kat rumah akak ni suka na buat hal tau. Asal anak2 akak pergi swimming je, terpacul je guard ni tah mana2. Sampai doploh kali round kat situ. Anak akak pulak pakai swimming suit yang tutup kepala terus tu kan. Yang Arif pulak pakai baju swim arena dan seluar pendek. Ada pulak si security ni suruh Arif keluar dari pool sebab tak boleh pakai t.shirt. HALLOO DEY!!! Boleh tengok elok2 tak, siap ada tulis arena lagi.
Akak masa tu kat dalam rumah. Bila anak telefon mengadu, akak capai tudung dan turun dgn berbaju kelawar je. Punyalah marah sebab dah banyak kali kena. Kali ni rasa macam nak bertumbuk je dgn sekuriti gad tu. Nanti kau! Tapi tahu pulak dia lari bila nampak akak. Akak suruh Arif turun balik dalam swimming pool sambil akak pergi cari guard bertuah tu. Akak nampak kelibat dia naik lif tah floor mana entah. Akak terus je pergi management ofis jumpa supervisor dia kat situ.
Panjang lebar jugaklah akak komplen. Lepas tu, orang pejabat tu cakap ada orang komplen dan nampak dari atas seolah2 Arif pakai t.shirt. Dah akak komplen, tahu pulak mintak maaf. Memang nak kenalah dgn akak kalau akak tahu sape si Peah Gossip ni sebenarnya. Macamlah akak tak tahu undang2. Sejak awal pindah lagi memang tak pernah pakai t-shirt kalau turun mandi. Akak ni pun pakai swimming suit muslimah tu jugak walaupun tak sanggup tengok cermin sebelum turun mandi tu.
Agak2lah kan. Takkan nak suruh kitorang pakai bikini lak. Haaa..kalau yang turun mandi tu ala2 sotong kurita, kompom guard puas hati dan puas mata. Sangat dialu-alukan lagi. Sib baik tak ada bungga manggar dan kompang.
Kalau budak kecik dua orang ni bolehlah ber 'two piece' dan ber 'trunk' kan.
Kecik2 pun kami pakaikan baju mandi yang decent. Masa seronok2 mandi ni ada jugak kes sotong kurita over konfiden. Akak tengok macam orang Arab je tapi tak sampai hati nak gi berborak sebab mata pun tak tahu nak pandang mana. Dia tak kisah lansung nak sorok segala lemak dan selulit di peha dan perut yang berlipat2 semata2 kerana nak berbikini. Kecik sangat tau. Setakat tutup, jangan masuk ulat je tau. Istighfar panjang mak akak tengok.
Macam2 karenah manusia yang tinggal kat sini. Dah ramai foreigners ni memang macam2 hal lah kan. Kat apartment akak ni lagi ramai foreigners dari orang Malaysia. Kadang2 geram jugak. Masuk negara orang tu elok2 lah sikit bawak diri. Dulu neighbour akak ni minah arab. Buat birthday party, sampai maghrib pun elok je kuat lagu yang dia bukak. Lagu shakira pulak tu. Siap jerit2 pakai lidah lagi kan macam tradisi orang arab tu. Bila guard datang, suruh slow down, dimakinya guard tu.
Haiihhh...panas, panas. Dah berendam dalam air pun belum tentu boleh sejuk hati ni. Ni anak akak, Arif, yang cukup pandai baring dalam air. Akak?? Jangan haraplah. Kompom tenggelam.
10 comments:
sabar.. sabar kak... hehehe..
sy tak pandai berenang.. kompom masuk terus ilang je... hahaha
wah bestnya umah akak ada swimming pool yer?boleh la saya numpang mandi pool umah akak...
mmg angin sungguh ni,berbaju kelawar sound pak guard
kak,Milo tak swimming sama ker?
nak jugakk tngok bakat terpendam dia...
Yana,
InsyaAllah boleh sabar lagi. Tapi kenkadang bila anak kita kena, menyinga jugak mak ni. Hahaha. Akak pun tak boleh berenang gak, setakat berendam bolehlah.
Irfa,
Akak memang hangin, kalau anak akak tak salah, dihalau macam tu. Dahlah kena bayar maintenance fees tiap2 bulan. Takkan sekali sekala pergi pool nak cari pasal ngan kita orang Mesia ni.
Nini,
Nak suruh dia jalan2 kat tepi pool pun susah, Nini. Elok je dia memendam lemak atas katil akak ni. Hehehe.
Amboi siap ada orang report lagik! Melampau! Orang dah elok2 pakai ikut peraturan, rabun ka apa? Baik suruh dia pi buat spek mata. Kalau dah pakai, baik pi tambah power.
Tau pulak takut si sekuriti gad tu, siap lari bila akak turun. Dengan budak2 bolehla dia nak tunjuk garang, dengan mak budak, don't play2!
wiiii...klu kite p umah aidah, tah2 kne halau dgn gad kot. wpon malaysian, kite ni kdg2 nmpk tahap2 makcik myanmar yg juai tisu dukung anak tu jer..
duduk sana pun ada jugak peah gosip ye aidah..acik ingatkan tak de..
yang lucu.pandi pak gad tu lari..haa tu ko takut ye..
Geram sangat aih...pi cari kak, sapa yang suka sangat dok komplen tak kena gaya tu! suruh dia mai celik mata luas2.
bila foreigners banyak kat kawasan kejiranan kita ni memang macam2 masalah ada. baru2 ni ada sorang black american mai mengamuk dekat office saya & management office..siap mencarut bagai. Staf kat management office smp takut dan buat report polis kerana melibatkan ugutan bunuh...haih...scary!
hamboi!kemain nak sound2 anak org yer!mmg dasar rabun lah 2 kak..dorg nak suh kiter pkai seksa sana sini sbb senang nak cuci2 mata 2 kak..
eeee..xsuka tol ngan sikap org cenggitu!
tp nmpak kolam renang 2 kan,rsa cam nk terjun laut jer..hakhak
Dinas,
Memang bikin panas ati, Dinas. Sebabnya kami pun bayar jugak tiap bulan maintenance fees tu utk semua facilities yg ada. Tapi takkan foreigners je yang boleh guna. Kami org melayu ni macam jadi target pulak.
Cikgu Anum,
Rupa tak penting cikgu, janji hati baik. Hehehe. Tapi pak gad ni memang eksyen sejak akhir2 ni.
Achik erna,
Bila dah ramai, macam2 perangai jumpa. Kalau org Malaysia, tak pe jugak. Tapi kalau foreigners ni mmg pelik sikit. Kdg2 macam sirih naik junjung pun ada jugak perangai diorang ni.
Siti Murni,
Betul dik. Akak mmg hangin betul dgn diorang ni. Kurang ajar satu hal. Lepas tu suka buat aksi 18SX pulak tu. Pernah sekali mabuk, lepas tu terjun swimming pool tgh malam buta. Depa tu masuk Msia pakai student visa tapi entah betul entah tidak, student.
Akma,
Akak mmg dah sinsing lengan hari tu. Hahaha. Lawak je. Taklah sampai camtu. Tapi marah jugaklah. Tak pasal2 nak tuduh org tak tahu rules, padahal dia yang rabun. Dulu masa baru pindah, aman je sebab tak ramai foreigners ni. Sekarang ni mmg geram sangat sbb diorang ni selamba je buat perangai tak senonoh.
Post a Comment