Rasanya akak belum pernah citer pasal rumah2 yang pernah akak diami. Dulu masa kecik memang selalu berpindah randah sebab bapak akak jadi cikgu. Kami pernah tinggal di Gemas dan Port Dickson (sebelum bermastautin terus) masa akak sekolah rendah dulu selain dari kampung sendiri iaitu Kuala Klawang, Jelebu. Walaupun berpindah randah sekitar N.S je, tapi tetaplah kena tukar sekolah baru, rumah baru dan sekitaran yang baru. Masa kecik semua best sebab bukannya kita yang kena kemas dan angkut barang. Bawak badan je. Kerja2 leceh tu semua orang dewasa yang buat.
Bila dah kahwin ni, akak dah duduk di 3 rumah berbeza. Masa mula2 kahwin duduk di Taman Putra (dulu dipanggil Putrajaya) kat sebelah highway Sg. Besi tu. Kami duduk situ sebab akak masih study di UPM. Senang nak drive, tambah2 masa final year tu tengah sarat mengandung pulak. Ini kira rumah sewa kami lah. Lepas tu suami akak beli rumah di Bandar Baru Selayang.
Rumah ni memang banyak memori. Rumah baru pertama kami. Masa kami pindah, Farah baru masuk 6 bulan. Kali ni semua keje akak buat sendiri. Basuh rumah, angkut barang, kemas barang. Fuhh! Memang penat. Selama 13 tahun tinggal situ dengan jiran2 yang best. Akak ingat akak akan tua di situ. Buat majlis kahwin anak semua kan. Tapi itulah...sape sangka akak tiba2 sakit.
Ingat lagi masa first time kena tu, akak baru lepas guna treadmill petang tu. Akak ni dulu memang suka jogging manje2 kat treadmill dalam rumah je. Satu minggu sampai 6 kali jugaklah walaupun badan tetap maintain tembam. Tiba2 malam tu, akak tak boleh tidur. Dada berdebar2. Akak check bp, normal tapi pulse rate sampai lebih 100. Kemudian rasa tak senang duduk. Macam ada benda tak kena. Lepas tu telefon kakak di kampung. Dia suruh tarik nafas panjang dan rileks. Akak dah nak nangis sebab memang tak boleh rileks lansung. Berkecamuk dalam dada dan dalam otak semua. Mundar mandir dalam rumah tu. Suami akak suruh akak baring dan dia bacakan yassin berulangkali sebelah akak. Sampai pukul 3 pagi barulah akak tenang dan dapat tidur. Sejak dari hari itu akak selalu dapat attack macam tu yang tiba2 je terjadi. Kemudian asik menangis je. Semuanya dah jadi tak tenang lagi. Akak pergi buat full check-up termasuk untuk kanser. Tapi semuanya normal.
Kadang2 bila teruk sangat, akak akan menggigil satu badan. Tangan akak memang sentiasa menggigil sejak hari pertama tu lagi. Dan bila dah tak tahan, akak akan balik rumah mak. Kadang2 malam2 buta kami redah je balik. Anak2 masa tu asik tak dapat pergi sekolah terutamanya Farah sebab dia lah tolong uruskan makan minum akak, walaupun masa tu baru umur 13 tahun.
Mak akak suruh akak jumpa ustaz sebab dia rasa macam ada yang tak kena. Abang ipar akak pulak ada sorang bapak angkat yang warak tapi dia tinggal di Pattani. Pak Haji ni (dah arwah dia sekarang) kebetulan masa tu datang rumah anak sedaranya di Shah Alam. Ada rezeki akak dirawat Pak Haji ni. Perlahan2 dengan izin Allah, akak bertambah pulih tapi Pak Haji tu cakap rumah tu kena dirawat supaya tak berulang lagi sakit akak. Tapi bila dia buat sembahyang malam tu, dia cakap kalau boleh juallah rumah tu dan pindah sebab rumah akak dan rumah jiran sebelah dan depan rumah tu dah jadi laluan benda halus ni macam highwaylah kiranya.
Masa beli dulu, mana akak tahu itu tapak highway diorang kan. Bukan ada signboard pun. Tapi yang akak perasan jiran sebelah kanan akak tu selalu kena ganggu sampai bercerai berai dengan suami. Yang sebelah kiri tu pulak orang menyewa tapi selalu berganti2 penyewanya. Yang depan rumah akak tu ada couple china pun selalu gaduh sampai baling2 barang keluar rumah, at last cerai jugak dan jual rumah tu. Sebelah dia family melayu pun camtu jugak, bergaduh cerai berai dan jual rumahnya.
Keputusan nak pindah dan jual rumah tu memanglah bukan mudah untuk akak buat. Sayang nak tinggalkan kawan2 kat situ terutamanya Farah yang terpaksa jauh dari best friendnya Anis ( anis, i know you've been reading my blog, thanx ). Kami ni pulak bukan orang berduit sangat. Mana nak start. Cari rumah baru dulu ke atau jual rumah ni dulu. Rumah teres yang sama macam rumah ni pulak punyalah mahal. Dekat RM300 ribu sebuah. Kami beli rumah ni dulu pun hanya RM124 ribu je lebih kurang. Sebab tu lah kami buat keputusan nak beli apartment je sebab tak mampu nak beli rumah bertanah lagi macam dulu. Cubalah tukar angin pulak. Haiih..dah tua2 duduk apartment pulak kan. Apa nak buat, dah tersurat macam tu. Tapi syukurlah ada rumah tempat berteduh.
Inilah tempat berteduh akak sekeluarga sekarang.
Tapi itulah yang sedihnya, akak tak pernah fully recover dari benda pelik tu lagi. Macam dah ada scar dalam badan. Ada juga masanya yang akak sakit kembali dan bila jumpa doktor, tak de masalah kesihatan pun. Bila pergi tempat yang keras, akak akan lebih sensitif dari orang lain. Kadang2 tiba2 rasa macam nak pitam. Akak hanya mampu berdoa pada Allah sebab Dia lah sebenarnya yang berkuasa menyembuhkan. Akak anggap ini sebagai ujian atau mungkin kifarah untuk akak yang telah banyak berdosa ini. Redha dan sabar yang mampu akak lakukan setakat ini. Mohon Allah panjangkan lagi kesabaran akak ni.
Yang paling tak terkesan dgn pindah randah ialah Milo. Janji makan tetap semangkuk, tidur tetap cukup. Ini gambar ni ambik pakai kamera hp je, masa baru2 pindah dulu, 4 tahun lepas. Muda lagi Milo masa tu, maklumlah baru 4 tahun eh 32 tahunlah kalau ikut human years. Muka pun tak de kedut lagi. Encemmm sangat, tak gitu Dobot?
20 comments:
kak, semoga akak & family diredhai Allah selalu...dan yg penting dak milo tambah bam bam!! heheheh
suka tengok gambar milo last sekali tuuuu.. nampak sangat adorable...
dugaan yang datang pada manusia ni lain2 rupanya kan kak?
Terima kasih kerana mendoakan akak. Akak juga berharap keredhaan Allah bersamamu jugak, dik.
Mak aiii chomelnya kucing turr
oh atuk Milo....ekau memang ensem!!
suweet aje muka atuk milo masa muda-mudi...
bila dah pegang title atuk aje muka dah tukar jadik garang sikit...
tapi takpe,..dobot tetap sayammmmmmmm.
Nini doakan moga akan cepat sembuh dari penyakit misteri nih..barula paham kenapa kadang3 akak selalu jarang2 update blog.sabar akak ye.moga dugaan dariNYA nih tak melemahkan semangat akak.
Assalam kak...semuanya kuasa ALLAH kan...dia je tau apa yg tersurat dan tersirat.
Tak kiralah rumah apa pun yg kita diami yg penting kita sekeluarga selesa dan ada tempat berlindung dan selamat.
kak..kisah akak ni sama cam kawan saya.sampai jual umah lama sbb lakinya asik sakit je..bila org bijak pandai tengokkan..rumah tu tak serasi..tak sangka ada jugak kisah sebegini.sy doakan akak dan family di jauhkan dr perkara buruk
milo mmg sgt ensem..rasa nak buat kucing angkat lak :)
Gitu rupanya mula kisah akak ya, baru tau ni ha..takut juga ya kak, dgn x disangka2 boleh jadi gitu. Betul jugak, mana kita nak tau itu tempat laluan "dema".
Saya doakan semoga akak akan bebas dari gangguan2 gitu akhirnya, amin. Mintak maaf kalau ada silap ejaan or bahasa tunggang langgang ni ha pasal saya kat luar pakai tulis komen di hp ja, kehkeh..
Ya Allah..sayu saya baca entry akak ni. Tak tahu pulak akak sakit sampai macam tu sekali...sabar ya kak..betul tindakan akak..anggap saja sebagai ujian & kifarah buat kita.
semoga akak terus kuat..dan mudah-mudahan akak akan diberikan kesembuhan.
amboi milo..macho jugak hang noo masa muda2 dulu...kekeke.
kak..same with lah!skrg umh akma under renovation after banjir..warghh!!lotih mak jemah~~haha dan yg bez skali,umah akma sejak akma pindah dari sg buloh ke hulu langat..umah yg akma duduk skrg 2,acuan tangan org2 from Indonesia..xder acuan tangan kontraktor from Malaysia pun..hihi
shazruls,
Nampak lam gamba memang comel tapi bila didukung kussemangat! Mengah akak. Kihkihkih.
Nini,
Masa ni kejantanan terserlah lagi, taklah asik layu je macam sekarang. Hahaha.
Terima kasih kerana mendoakan akak. Memang ada masa2 tu lemah segala2nya tapi buat diam je. Zikirlah jadi peneman.
CT NoArIzAh,
Alaikumsalam. Memang Dia Yang Maha Mengetahui. Akak percaya setiap aturannya sudah cukup sempurna cuma kita kena sabar dan sentiasa berusaha mencari penawar. Sekarang ni rumah akak lebih dekat dgn kampung di PD. Sejam dah sampai dan dapat peluk mak. Hehehe.
Irfa,
Akak dulu adalah antara orang yang kurang percaya ttg semua yang halus ni. Ingatkan setakat kacau sikit2 je tapi tak sangka boleh buat kita sakit. Tapi Rasulullah saw pun pernah sakit akibat sihir kan. Sekarang ni akak byk berzikir utk pendinding diri.
Dinas,
Terima kasih banyak2 Dinas sudi jengok akak walaupun pakai hp. Terima kasih juga kerana selalu doakan akak. Itulah akak dulu tak percaya jugak boleh terkena sampai sakit. Tapi hikmahnya banyak dari kejadian ini. Banyak surah2 yang dihafal terutama yang diberi ustaz dan orang alim. Kalau dulu jarang berdamping dgn Quran, sekarang ini, itulah peneman setia di samping zikir. Alhamdulillah akak terpilih utk dugaan ini.
Siti Murni,
Masa mula2 kena tu, susah jugak nak accept, dik. Hampir jadi murung. Syukurlah bertemu orang alim yang betul dan tak menyesatkan kita lagi. Masa mula2 tu, akak asik nangis je mengenangkan nasib. Tapi hikmah Allah amat besar. Akak dah nampak sekarang dan amat bersyukur. Terima kasih dik, kerana mendoakan akak.
Akma,
Serupa ke? Itulah kan. Semua manusia tak boleh lari dari dugaan. Mohon Allah gantikan yang lebih baik untuk kita, atas apa yang telah hilang. Amin.
InsyaAllah dgn izin-Nya akak akan kembali sihat. Handsome la mamat gebu tu masa muda-muda ea..
Assalamualaikum Aidah,
Seram jugak kak Ros dengar cerita Aidah ni....Dok tang mana pun sama ja Aidah,janji kita ada tempat tinggai dan buat baik ngan semua orang kan....Semoga Allah sentiasa melindungi Aidah sekeluarga .....
Assalamualaikum wbt., rasa takut pula bila kejadian begitu terjadi. Allah Knows. Maybe ada reasons kenapa ia terjadi :) InshaAllah, may Allah SWT make things easier for you.
And about Milo. Since you're staying in the apartment, bagaimana dengan kehidupan Milo? I mean, ada pernah bawa dia berjalan-jalan sekitar rumah? Bagaimana ia membuang? Nisa' pernah bela kucing dalam rumah yang bertingkat (waktu rumah asal tengah buat major renovation), so kena selalu pantau. Takut dia bawa najis.
Nisa'
assalam aidah..semoga dapat lepas dari semua gangguan tu..acik pernah mengalaminya..puas kedoktor..sampai ada yng kata jumpa orang yang pandai..acik takut jugak mulny..kita bukan tau siapa yang betul2 menggunakn ayat2 suci alquran.
Naz,
InsyaAllah. Dah tua dan beruban pun masih hensem. Macam Datuk2 pun ada jugak. Kahkahkah.
Kak Ros,
Alaikumsalam kak ros. Kadang2 rasa malu jugak, bila dah tua2 duduk apartmen macam orang muda2 pulak. Tapi betul cakap kak ros tu, kita yang akan menjadikan rumah itu syurga, insyaAllah.
Nisa',
Alaikumsalam wbt. Memang aturan Allah amat sempurna. Siapalah kita untuk menafikannya. Syukur alhamdulillah, byk hikmah yang akak nampak sekarang ni.
Sebenarnya sejak kecil, Milo ni diatur jadual membuang air kecil dan besar oleh kami. Toiletnya kami letak dalam sangkar di luar rumah. Hantar ke toilet pun didukung dan setiap kali lepas pergi toilet, Milo akan dibasuh kaki, tangan dan tempat private dia tu. Macam kita basuh budak kecik jugaklah. Kihkihkih. Lepas tu lap bersih2 dan tak delah kita was2 ttg najis. Ada jugak org pelik tengok tapi bagi akak biasa je sebab dah sayang, tak menyusahkan pun. Kdg2 ada jugak akak bawak jalan sekitar garden kat bawah tu tapi kena guna leashlah, kalau tidak dia lari pulak. Dan lepas jalan2 pun biasanya kena cuci tangan dan kaki jugak sebab Milo ni suka berkaki ayam. Hahaha.
Acik Erna,
Alaikumsalam. Terima kasih kerana mendoakan. Memang saya cukup berhati2 bab ni sebab tak naklah hubungan kita dgn Allah terjejas pulak. Nauzubillah. Kdg2 ada juga pengamal tradisional ni yg menambah pulak penyakit pada kita. Mintak dijauhkan.
kdg2 bila sakit rase sayu kn. sllu tanye dlm ati, nape la aku sakit ni. tp sndri x ingat yg slame ni sihat walafiat kn. bertabahlah..btw sy dah dpt 2 ekor kitten. sgt la nebes nak membebisit nya. 2,3 ari lps dh bli botol susu. pelahapnye smpai koyak puting susu. last2 letak susu dlm bekas jer. terase mcm besar nor tggungjwb nanti :)
salam akk, huhu dh t miss byk n3 akk. sibuk urus hal reno rmh baru smpai t.smpat n9.
stiap org ada ujian hdup msing2 kan kak. sy pun ada ujian juga. moga kita tabah ;)
milo jaman muda sgt la hensem...mcm aaron aziz fuyyo!
Comel gila Milo gambar last tu. Cam muka Aoi pun ada gak, hehe. Tapi Aoi baru setahun. Belum debab lagi.
Eh tapi baca cerita akak pasal jiran tetangga kat area situ bercerai berai, isy mintak dijauhkan ye kak. Harap family akak aman harmoni sampai akhir hayat..
Post a Comment