Walaupun cuti dah abis, akak masuk opis lambat sikit hari ni. Petaaaang baru bersiaran. Sebabnya macam biasa, utk orang 40an seperti akak ni, selalulah dapat warning dari Allah. Badan mula sakit2, meragam sana sini. Suruh beringat kan.
Hari ni first time sejak 4 tahun, akak tinggal sorang2 sehari suntuk. Suami yang dah pencen, kembali bekerja. Mudah2an adalah rezeki dia terus kerja selagi mampu. Farah dah pergi ke Puncak Alam. Arif pulak sekolah sampai petang.
Mula2 macam tak larat nak menulis tapi bila blogwalking dari tengahari tadi, terus rasa excited nak bercerita. Hikayat Milo Mahawangsa, Puteri Peah dan Memanda Micki tu, esok2lah ya. Banyak hal jugak yang dibuat 3 ekor tu. Mengah akak kat rumah.
Hari ni akak citer pasal Farah masa hari pendaftaran kat Puncak Alam minggu lepas.
Walaupun ghumah dokek yo, akak totap botolak tang ghumah subuh golap laiie. Gamba ni akak amik masa on the way turun bukit, dari dalam bas. Punyalah ramai mak ayah hantar anak2 hari tu, sampai jam nak naik ke kolej kediaman. Ini pun kira pendaftaran hari kedua. Tahun ni kereta mak ayah dibenarkan naik sampai kolej untuk drop barang anak2. Lepas tu, si driver, silalah turun bukit dan park di tempat khas dekat dgn bangunan fakulti. Kemudian si driver tu bolehlah naik bas uitm utk naik ke kolej pulak. Nak menapak pun boleh gak, tapi bila sampai atas kompom lencun baju dek peluh.
Bas memang banyak dan tak perlu risau. Dan sementara tunggu bas tu, ada disediakan khemah2 siap kipas lagi, walaupun di cuaca terik ni macam tak de makna je. Bahang panas je yang terasa walaupun duduk bawah kipas terutama untuk orang gebus gebas macam akak ni.
Kat sinilah Farah akan bermastautin untuk setahun. Kolej Rafflesia 2, namanya sibangunan ini. Dia duduk tingkat 5 dan alhamdulillah ada lif. Tapi masa minggu orientasi atau mds, tangga jugak jadi pilihan sebab nak kejar masa. Tunggu lif macam tunggu deghoyan gugur. Lambat sangat.
Sebelah kolej tu, nun sebelah kiri tu kan, ada bangunan serba ada. Semua ada kat situ, cafe, atm, kedai, kaunter tiket bas ekspres dan macam2 lagi. Mak bapak je tak ada sebab disuruh pulang cepat lepas dah hantar anak2. Hehehe. Farah pun telah buat kesimpulan untuk lupakan saja impian utk kuruskan badan sebab cafe hanya sepelaung je. Masa akak pergi hari Ahad semalam, kemain banyak lagi gerai makanannya. Sedap ke tidak tu, tak tahulah pulak.
Farah dgn muka menten hepi padahal masa ni tengah tensyen nak ditinggalkan oleh mak ayah. Maklumlah 18 tahun membesar depan mata akak. Tak pernah berenggang dari ketiak mak dia, budak ni tau. Ini kejadian sebelum hujan ni. Lepas tu mencurah2 hujan tapi akak je lah. Dia tetap kontrol airmata yang bertakung sampai merah2 hidung. Hahaha.
Gambar atas tu, ialah gambar rumah dia. Satu rumah tu ada 4 bilik. Satu bilik ada 2 orang student. Beruntung bebudak ni tau. Toilet semua kat dalam rumah tu. Masa akak dulu, nak pergi toilet kena keluar bilik dan jalan kat balcony tu. Kalau memalam sila pandang depan saja. Jangan toleh kiri kanan, belakang, atas dan bawah. Ataupun, sebelum tidur sila pergi toilet siap2 masa orang ramai lagi masih belum tidur.
Tapi bab sidai baju kat kediaman dia ni susah sikit. Tak de tempat pun nak menyidai. Kat tingkap tak boleh. Maka semalam, akak dah siap belikan dia penyidai besi yang beroda tu kat Giant. Sharelah pakai satu rumah.
Katil dia sebelah tingkap. Jadi dekatlah dengan study table tu. Masa pendaftaran tu, dah siap2 bagi bilik mana, katil mana semua. Kunci rumah dan almari pun siap2 bagi.
Kami sampai ni pukul 8.30 lebih kurang. Pukul 9.00 dah siap kemas semua baju2 dan katil dia. Pukul 10 pagi akak dah berangkat balik. Kebanyakan yang sampai awal ni orang jauh2 lah macam kelantan, kedah semua kan. Roomate Farah pun orang Kelantan. Kelakar jugaklah Farah ni berborak dgn roomate dia. Macam ayam borak dgn itik je. Kalau faham tu rancaklah bercakap. Bila keluar vocab canggih roomate tu, sengih je lah si Farah ni. Pelan2lah kan. Lama2 nanti gerenti boleh fluent kecek kelate ni.
Akak dulu masa sekolah asrama, majoriti kawan akak dari Kelantan dan Johor. Masa zaman U pulak orang Penang ramai. Seronok sangat masa jadi student ni.
Inilah kediaman baru lampu ganas dan jam loceng pink ni. Selesai semua hari pendaftaran. Pukul 1 pm dah sampai rumah setelah singgah tapau makanan di kedai makan Salero Minang di Pekan Meru.
Sampai rumah, adalah satu kejadian kelakar berlaku. Husband akak buat drama airmata tau. Meleleh2 airmata masa tengah makan tengahari tu. Sunyi katanya. Masuk rumah, baru terasa kurang sorang anak. Akak ingat dia tak terkesan pun. Menten tough je dari masa pendaftaran tadi kan sampai nak tinggalkan anak pun, setakat salam je. Bila sampai rumah, siap kena pujuk pulak. Hehehe. Tapi akak, jangan cakaplah. Dua hari sebelum dia bertolak, dah sayu. Pantang tersentuh sikit, mesti banjir. Nak buat camana kan, anak 2 orang je. Nasib baik jarak umur jauh. Lagi 4 tahun kot, baru Arif pulak berjauhan dari akak, insyaAllah.
Selesai mds, hari khamis lalu Farah dah pun balik ke rumah utk celebrate birthday dia. Sebenarnya birthday dia hari ni. Saja akak belikan kek dan jamu kawan2 serumahnya semalam.
Akak tak nampak pun umur dia 18 tahun. Di mata akak, Farah masih budak kecik mata bundar yang baru je akak lahirkan. Terima kasih Allah kerana mengurniakan anak yang sangat baik dan menenangkan hati ini. Alhamdulillah.
Okeylah. Akak mintak diri dulu ya. Hari dah hujan ni. Kang banjir pulak kalau dilayan. Huhuhu.
15 comments:
bertuah la ade jugak anak. sy ni berdua jer. nasib baik ada anak bulu 2 ekor ni. ade jgk teman bercakap. dekat dh uitm tu dgn rumah sy ni. len kali boleh la kalo nk tumpang2 semayang :)
Sayu ja baca entri ni. Teringat plak zaman sekolah. Kita sama rasanya kan kak, form 1 dah masuk asrama. Masa tu memang hujan ribut la, umur 13 tahun, nak jaga diri sendiri pun tak berapa pandai, dah kena dok asrama, adehhh. Nasiblah. Untuk kebaikan diri sendiri jugak sebenarnya.
Saya doakan semoga Farah tabah memulakan hidup baru. Insyaallah, saya percaya dia mesti boleh!
sabar ye akak..Farah gi timba ilmu..3 ekorh.. tu ada nk conquer ruma
Comey Farah ni..mesti gevu macam mak dia kan..:) takpa la kak..doakan kejayaan Farah. Anak2 dah besau..macam tu la...ada cita-cita yang perlu dikejar, kehidupan perlu diteruskan. Mak bonda saya pun tak lama lagi bakal merasai feeling2 macam akak sekarang ni sebab adik hero tu dah nak sambung study ke Arau selewat2nya hujung tahun nanti. silap2 dengan saya sekali banjir kak...huhu...
salam kak, adik saya bongsu nama farah, dah 17 tahun, but still baby dalam rumah, bapak saya bila anak dia dok jauh2, mesti mula2 dia sedih, hehe,
Hahahhaa.. alahai kak, ni baru duduk puncak alam akak dah banjir. Kalau duduk Perlis ke, entah la seminggu sebelum pergi tu dah banjir agaknya haha. Milo and the gang tak terasa ke kakak dia takde?
Saya dulu masa kat uitm pun ada satu semester tu duduk dengan 2 orang budak kelantan. Baik gila budaknya. Banyak jugak la vocab Kelantan saya belajar masa tu, heheh.
Seronoklah Farah dapat duduk tempat selesa. Saya dulu, sedihhhhh je kolej. Serba buruk. Toilet pun kat luar. Kalau nak terkencing tgh malam, habis satu bilik dikejut suruh teman. Sambil kencing tu sambil borak pulak. Takut si kawan ni sleep walking balik bilik & tinggalkan saya hahaha..
Cikgu Anum,
Alhamdulillah. Syukur sangat dan rasa bertuah sangat sebab Farah ni sgt mengambil berat ttg saya terutama masa saya sakit dulu. Dia lah yang menjaga makan minum saya.
Tak pe cikgu. Walaupun tak de anak, ada juga anak bulu utk curah kasih sayang. Banyak pahala cikgu kerana bersabar bila tak dikurnia anak. Allah Maha Penyayang, kan.
Dinas,
Masa akak mesej Dinas tu kan, tgh sayu betul. Meleleh je air mata. Nasib baik Farah tak nampak. Mak akak ckp, macam tu lah dia rasa bila nak hantar akak ke sekolah asrama dulu. Beratus batu pulak tu. Sekarang ni akak pulak rasa. Hihi. Terima ksih atas doa, Dinas. Besar maknanya bila cikgu mendoakan.
Naz,
Diorang tunjuk perasaan, Naz. Banyak betul yang dibuatnya. Sabar je lah akak...
Murni,
Itulah kan. Takkan nak duduk berkepit dgn kita je. Mesti kena keluar dan berjauhan jugak. Alhamdulillah dekat dan bolehlah nak drive dia. Kalau jauh lagilah tsunami. Hahaha.
Zulfadly,
Sama nama ya. Akak rasa masa zaman awal 90an tu ramai orang amik nama Farah bagi kat anak. Sebab anak akak pun ramai jugak kawan dgn nama yang sama. Hehehe. Sebenarnya sama je mak dan ayah. Sedih tetap sedih. Cuma ayah kadang2 pandai sorok sikit.
Iz,
Akak ni memang spesies cendawan kelememer, Iz. Duduk dekat tu pun nak banjir. Hahaha.
Kalau kawan Iz tu jenis sleepwalking, memanglah jadi citer kelakar. Silap2 kita pun takut nak ajak dia teman kita. Kot buatnya dia tegur tah apa2 masa sleepwalking tu, lintang pukang semuanya. Kihkihkih.
auuuuu....sedih tau.aduuiii,cuaca kat luar panas tapi awek dpn pc ni dah mendung...jap2,amik tisu!!
nini pon skrang tengah dok prektis jadi hati beku,mata kering..mana tau kot2 cikmat masuk sekolah asrama nanti..
mak kata takpayah masuk asrama..apak kata biar masuk asrama..berdikari sikit?..camno?? hukhukhuk...tsk..tsk..en somi,anak saya kecik lagi tau!!
assalam Aidah..nak buek camano kan..sampai maso..kito kono terimo kenyatan..anak totap kono berjauhan dari kito..banjir totap banjir..tu bolom kawen lagi tu idah kok dah kawen lagi lah teraso jauh kan..tapi anak kito aidah..akan totap balik rumah kito nanti kan..bilo cuti2 tu.
wah canggih dah asrama budak sekarang ye... saya dulu dapat asrama buruk je.. dahle selalu takde ayor!hukhuk
anak buah saya pun dapat kat puncak alam jugak.. jangan dia buat perangai lagi cam masuk asrama time sekolah menengah sudah..
Nini,
Like i said before, Nini, treasure those moments dgn Cik Mat tu. (terspeaking pulak) Kejap je nanti dia dah besar. Tambah2 anak lelaki ni, mesti tak berapa suka mak dia peluk2 dia depan orang ramai. Tapi akak tak kira. Tetap peluk dan cium Arif walaupun depan sekolah. Hehehe.
Achik,
Alaikumsalam achik. Tu lah kan. Trimo yo lah. Takkan nak di ulit sampai tuo kan. Tapi ghindu tu kan achik, tok sah cakaplah. Tonampak-nampak dio kek lam bilik eh tu. Sayu...
mrs azmi,
Anak akak ni tak kena kasi duduk asrama. Ni lah kali pertama berjauhan. Tapi okey je dia nampaknya. Cuma bil telefonlah melambung sikit.
Semua mak macam tu kot.. anak pergi dekat pun tetap nak rindu jugak.
Anak2 makchaq semua ok pi sambung belajar maintain.., mak depa yang dok rindu & risau tak menentu..
alahhh~~lambat plak terferasan entry akk..kihkih
fuh!terkonang-konang den kt tompek den blaja dlu..haiyaa~~rombau...ooo rombau~~hihi
*good luck farah!selamat menempuh alam dewasa =) ceh!giteewww~~
tak pe la Aida...dia kan p belajar je pun...at this stage time anak2 kita start nak berjauhan dr kita....facts of life....tu lum p oversea lagi.....
Punya la lama u cuti, rindu dgn geng bulu2 tu jugak.....
To Farah...all the best, welcome to new experience.....insyaAllah suma best tu.....kita kan dh biasa dok asrama sure mcm2 citer nanti...
tak lama lagi farah pun mesti boleh kecek kelate ;)
betul tu kak
golongan bapa ni nampak je keras tp dalaman lembut.masa jan tu anak saya skolah kt kg..ayahnya sebak juga bila ckp psl anak sulung dia tu..skrg okey sikit
Post a Comment