Minah ni kan cukup kuat bergurau. Tahap gila tak sedar diri tu. Satu bilik dia tawaf sampai doploh kali macam kereta racing tu. Laju kemain. Kadang2 nampak kelibat je. Kalau dapat tangkap masa ni, ha siaplah tangan. Dimamahnya kat situ jugak. Tak tahu kat mana bahagian badan yang boleh dipegang. Macam kaktus. Kuku pun cepat je tajam balik lepas dipotong.
Muka dia pun dah elok tak comot lagi. Dah kurap free dah minah kaktus ni. Terharu akak. Susah nak jaga tuuu. Letak ubat setiap hari tanpa ponteng. Kalau kucing ada kurap, memang pantang kita ponteng letak ubat. Gerenti dia tumbuh balik macam cendawan, lagi banyak. Lepas tu kena bagi makan ubat lagi seminggu sekali untuk 3 kali dos. Dah 4 bulan baru jadi macam ni.
Ini masa 2 bulan lepas. Sangat comot. Masa ni masih kuarantin dia dari kucing lain. Maklumlah pembawa kuman. Kenalah asing. Tapi dia ni cepat stress. Kalau dikurung 24 jam, memang tak boleh. Maklumlah asal keturunan pun golongan hippies dari pasar teluk kemang tu kan. Freedom sana sini kan. Tak mainlah nak kurung dalam sangkar. Bila dia stress, siaplah cherry berry dalam litter box tu. Macam gertak pun ada jugak. Oh, kau kurung aku ya, ha rasakanlah aku berak 4 kali sehari, sila bersihkan wahai cacai.
Makanya pada setiap hari tu, kenalah bagi dia main kat luar dan regang otot agak2 dua tiga jam.
Ini pulak sebulan lepas. Dah kurang comot sikit. Macam testimoni Tabita pulak minah ni haih. Mak akak selalu gak mengusik Farah, "Apolah kau sayang na kat kucing tu, Farah? Colomot komain uwan tengok."
Micki ni memang kesayangan Farah. Selama dia ada di rumah, dialah yang jaga semua. Bagi ubat, letak krim, bersihkan litterbox semua. Pantang kucing ni nampak lain je, mulalah dia ajak akak ke klinik. Bil sepital Micki ni je dah ratus2. Terutama masalah perut dia tu. Baru2 ni doktor pun cakap, " Akaak, saya rasa kucing ni memang normal najis dia camtu. Tak payahlah bagi apa2 ubat lagi." Haa, siap doktor tu pun pasrah tau.
Cukup rajin meneman akak tengok bola. Iyaaa, akak memang layan bola. Kan sekarang ni Euro kan. Tapi tak best gak time group match ni, manjang draw je. Spain ngan Italy pun 1-1, France dgn England pun 1-1 gak. Hopefully lepas ni adalah gol yang kaw2 belasah habis punya.
Minah kaktus ni sekarang ni jadi kesayangan deddi tau. Maklumlah anak bongsu. Puteri Peah sekarang ni pulak bawak watak tempelan je. Macam tukang bawak dulang air dalam drama tu kan. Kesian. Tak dapat lagi nak tidur peluk2 dgn deddi. Deddi dah ada anak kesayangan baru. Ye ke Milo?
Milo pulak cakap, " Mano pulak haih! Doduo den sayang. Kau ni mandai2 yo cakap den pilih kasih. Tak buleh cam tu doh. Bodoso. Sayang anak samo ghato. Ghoti tak apo yang den kobar an ni. Kalau tak ghoti, buek2 ghoti. Den maleh nak layan kau. Den nak lolap ........zzzzzzz..... kkkrruuuh...krrrrahh"
Translation: " Where got road one! I love them both fair and lovely mah. You so clever talk like that. Not nice you know. You understand what i'm talking about or not? If not, don't ask me some more. Just eksyen you understand okey. Go away. I need my beauty sleep now..."
Haa, translatelah sangat. Hahaha. Gurau je. Kata Oh! My English kan. Akak masa sekolah dulu, bukan takat Oh My English lagi. Siap Oh My French dan Oh My Arabic lagi. Masak, mademoiselle dengan ustazah tu bila ajar kitorang. Setiap hari konsep kelas adalah 'hantam je lah labu'. Nasib baik masa SRP lulus dua2 subjek ni. Takat lulus je lah. Nak cari makan kompom tak boleh pakai. Okeylah. Dah jauh melalut citer akak ni. Camana pulak tetiba masuk bab sekolah ni. Berhenti sini dulu. Sampai jumpa lagi ya.
22 comments:
hakhakhak...nasib dedi lah jadi babysitter..
kalo suruh mummy dobot,mmg kim salam lah...anak dia dulu pon kitaorg berjenuh nak boleh tangkap acik dobot tu semata-mata nak suruh kasik susu...lepas dah kene operate ni dah lega sikit..settle dah bab kejar-mengejar susu.kita bukak bab kejar-mengejar baru pulak..
Yelah..Micki dah comei~ tak serupo mulo! haha...
alhamdulillah..Allah saja yang balas jasa akak & keluarga pada kucing2 yang akak bela, rawat & bagi kasih sayang ni..dari berkurap si micki tu sampai la dah comei macam gadis jepun gitu...tak serupa gypsy..ehh..hippies lagi dah...ekeke..:)
lawak la...tang milo meraban nogori tu...adeii...keraih perut saya dok gelak ni haaa...
kih3... jenuh sy mengontrol gelak kat stabak nih... u really make my day la kak....
ske tgk micky dah ok.... pasni nk amik kucing lagi ke? ;)
loooking phurrrwrd next entry...
take care!
Go France!! hehe
hah...at last kuar dh citer pasal buah2 hati tu ....comelnya si micky....rindu sgt kat Milo Debab n Puteri Peah tu....lawa kan si Micky tu....Peah pun dh tak marah2 lagi......
Nini,
Owh, Dobot tu janda ke? Nampak macam anak dara je. Jamu apa dia makan, Nini.
Suailah ngan atuk ni, cukup pandai jaga anak. Hahaha.
Murni,
Ha ah, ya tak ya jugak, ada rupa jepun minah kaktus ni kan. Baru akak perasan. Hehehe.
Milo ni mmg asal oghang nogoghi tapi eksyen sikit ngaku orang key ell.
Cik Ila,
Akak dah cukup kuota, dik. Nak buat canno. Husband dah warning. Kalau amik lagi sekor nanti nak kena letak atas kepala pulak. Sebab tak cukup tangan dah. Hehehe.
Tun Fatimah,
Sejak dah asik tinggal sorang kat rumah ni, 3 ekor tu lah madu dan racun. Moli dah tak marah2 lagi dah sebab sedar diri dah tak diva lagi. Hihihi.
adoi tension nengok kucin org gobu2. ni bdk bulu 2 ekor ni skeleton jer badan. mcm kucing marhain. padahal mkn mahal kemain. nape ye. ke sengsara dok dgn ai..
Housemate fara sume mintak tolong mama bawak milo dtg kat puncak alam ny....sbb diorang trpegun tgk milo besar sgt.. jadi pameran lah milo klu bawak cni.. sume nk tgk.. hahahahahaha
Cikgu Anum,
Saya kan, selalu tergelak sorang2 baca komen cikgu tau. Tak pe lah cikgu, anak2 bulu cikgu tu makan makanan seimbang. Slow ang steady nanti dia gebu. Tak macam Milo macam ikan buntal terperanjat. Tetiba je besar belon. Itu sebab dia sapu semua dgn wet food lagi. Hahaha.
Farah,
Haa, baru nak tinggal komen ya. Ada ke patut nak jadi silent reader plak. Tak sesueii tau.
APA??!!?? Nak bawak Milo ke Puncak Alam. Kompom mengah mama nanti. Atuk Milo tu dahlah cepat stress kalau jenjalan jauh ni. Dgn babah drive lagik. Nanti mama buat miting dulu dgn AJK ya. Kalau sebulat suara setuju barulah boleh bawak. Puteri Peah tu tak de ke org request? Hehehe.
bertambah bosar keluarga deddi
Patut la akak jarang cerita pasal Micky, rupanya kena korantin eh! Kesian pulak dia kena kurung tapi nak buat camana nanti jangkit pulak, lagi susah.
Saya pun masa sekolah menengah dulu Bahasa Arab lulus cukup makan ja masa SRP, wakakakak! Lepas tu tak hambek dah untuk SPM sebab tukau sekolah lain. Lega sebab bopoloh den nak dapat markah cukup makan tu pun :D
Amboi memang testimoni Tabita sangat ni. Hehehe. Comel dah Mickiiii.. Badan pun nampak makin debab. Mcm nak sama beso dengan Puteri Peah dah saya tengok.
Sookie dulu pun berak lembik sampai umur 6 bulan kak. Taik dia tak solid. Tp doc kata semua ok. Lepas saya kawin, elok je taik dia keras. Agaknya protes sbb kakak lambat kawin kot? Hahaha.
Ye la kak, saya rasa kucing hippies ni memang suka nak lepassss je. Mcm Hime dgn Aoi tu kan kucing hippies. Asal dgr bunyi kunci je meluru terus ke pintu. Hari2 mesti nak keluar walau sekejap. Tu yg tetiap petang kena bawak depa berjalan tu.
hahhahah...milo klu p puncak alam jwbnya glamour habis.....
i nak sangat dokong milo u tu...my brown ni pun i dh semput dokong...klu milo ntah......
Puteri Peah kan adorable......bulu dia sama mcm my Lily...my Akleh baby....i found her kat Akleh....just right before the toll....
Naz,
Memang. Bertambah banyak pulak keje akak. Hehehe.
Dinas,
Sebelum ni memang tak bagi lansung dia campur dgn deddi dan kak peah tu. Gambar pun tak sampai hati nak ambik. Comot betul, dinas. Bukan takat muka je habis badan sekali kena kurap tu.
Dinas pun amik arab jugak ya. Akak amik 3 tahun dan yang akak dapat hanyalah 'Sobahulkhoir'. Yang lain semua tak masuk lam kapla. Hihihi.
Comel la kucing-kucing akak ni. Kesian Micki, takpe die kena tahan la sikit kuarantin ni. Utk kebaikan bersama.
Kucing Kurap saya dulu tu pon lama nak kasik lawa. Die dengan kepala botak dulu sebab kurap teruk, sekarang kalau tengok mesti tak percaya. Kesian je tengok die kena kuarantin dulu. Tak kasik masuk rumah pon sebab excess-excess kulit tu asik berterabur je kat mana-mana die jalan. Hehe. Sekarang dah macam kucing mahal kalau tengok.
Iz,
Kan. Kelas kucing pakai tabita. Hahaha. Akak memang pasrah je dgn micki ni, Iz. Tengok dia okey je, aktif main, makan pun selera. Lama2 nanti okeylah tu stool dia. Nak buat camana, spesies hippies kuat protes ni. Sejak dia lepas bebas dan tak kuarantin lagi ni, kenalah akak kerap hantar dia ke toilet. Kucing lain 2 kali je sehari, dia, wojib 4 kali. Kalau tidak, teruklah akak mencuci carrier gabak tempat tidur dia tu. Sayang punya pasal, tak de lah marah cuma nasihaaaat. Hihihi.
tun fatimah,
Teringin pulak nak tengok all your cats. Gamba kecik tu pun buat i geram tengok. Best bawak tidur tu. Budak kat Puncak Alam tu memang rindu sangat kat adik2 bulu dia. Kadang2 telefon pun nak dengar suara kucing.
Dils,
Kan. Memang perit nak bagi dia elok once dah kena kurap tu. Akak paling kesian bila terpaksa kurung dia dalam sangkar 24 jam. Meraung2 dia setiap kali kami ke dapur. Sekarang ni dah lega sikit. Tu lah pasal akak terharu. Tak sangka boleh jadi cantik dia. Hehehe.
Post a Comment