Hari Khamis 16 Ogos 2012
Rombongan balik kampung secara berjemaah. Keluarga encik Amid dan keluarga latuk Milo. Sangat power rombongan kali ni. Tengok trolley gabaks tu pun dah boleh agak. Ni baru suku bagasi.
Jumaat 17 Ogos 2012
Walaupun bawak barang lengkap bertrolley bagai, akak tetap jugak nak buat drama riuh sebelum raya. Sebab lupa bawak charger henfon. Dahlah henfon akak ni dari zaman batu. Kompom tak boleh tumpang charger henfon orang lain yang canggih manggih ni. Pulak tu, kalau orang yang pegang watak utama time raya ni tak de henfon, mana boleh jadi kan. Sat gi leman lembu nak telefon susah pulak. Akak beli daging main order pakai henfon je, dik. Orang kampung sendirilah, kata kan. Kiah ketupat pun nak jugak berurus niaga dgn akak time raya ni. Itu belum masuk Mat Dol Lemang lagi. Yang contact akak tanpa henfon tapi pakai loud hailer ialah mak akak sorang je. Tang tingkat atas siap boleh jerit akak kat dapur. Power mak akak tau. Suara tu lah yang selalunya mengejutkan kami bangun tidur sembahyang subuh masa kecik2 dulu. Terimakasih mak.
Dah tahu tak boleh berfungsi time raya tanpa hp, akak pun pecut balik ke KL lepas subuh. Zusss zasss zuss zasss sampai PD semula pukul 9 pagi. Terus ke pasar beli apa yang patut untuk masak. Beli ayam 3 1/2 ekor. Beli tulang rusuk lembu dan paru di pasar je sebab leman lembu kata tahun ni 4 ekor lembu je tumbang. Tak cukup kuota katanya. Tak pe lah, janji akak dapat sebatang daging batang pinang gred A1 pagi subuh tadi sebelum bertolak KL.
Sampai rumah tengok mak dah siap siang daging. Tinggal merendang je lagi. Akak pun apa lagi. Ilmu persilatan pun dah lengkap di dada rasanya. Pingat Salon Pas pun dah siap susun keliling pinggang.
Turunlah akak ke gelanggang. Sebelah kanan tu presurre cooker cap idaman suri, akak beli kat langkawi hari tu. Dalamnya pula terlentang 2 ketul tunjang atau gearbox cap lembu leman no.1. Jimat masa tau guna pressure cooker ni. Dalam 40 minit dah empuk. Kalau sejam pulak dah cair semua. Tinggal sudu masuk mulut je. Rawan tu je lah yang cair. Tulang masih kental, melampau tuuu...siap tulang boleh cair. Kihkihkih. Sebelah kiri tu pulak periuk cap butterfly mak. Yang itu akak tengah rebus paru. Kalau tak rebus, payah nak potong, silap hari bulan boleh terendang sekali jari kelingking nanti. Jadi rebus dulu baru dipotong kecil utk direndang sekali dgn daging. Yang tengah2 depan dapur ni kerusi akak. Besfren akak bila beraksi di dapur. Ni kira power tambahanlah. Tak larat nak berdiri lelama lagi sekarang ni.
Gelanggang kedua pulak akak beraksi dgn kuali besi mak yang dah banyak umur ni. Telinga pun dah cacat sebelah. Itulah dia daging batang pinang + paru + hati sebanyak 4kg. Sikit je akak merendang tahun ni. Kalau dulu sampai dekat 6kg. Gelanggang kedua ni best sikit sebab outdoor kan. Terutama kalau angin laut bertiup sepoi2 bahasa. Siap boleh buat videoklip karaoke lagi tau.
Akak selesai basuh ayam, blend bahan, buat sup tunjang dan merendang, pada pukul 2 pm lebih kurang. Okeylah tu kan. Dgn bantuan mak, 4 jam dah siap keje di dapur. Arif akak sub kan dia kat bahagian laundry, basuh dan sidai kain. Farah pulak bahagian mengemas pinggang mangkuk dan periuk yang dah guna.
Itu latuk mana pigi? Waa itu latuk aa, wa sula kasi mc lua hali. Mata sakit maa. Tala mc pun lia selupa itu maciam. Lua puluh ampat jiam titon. Ala mc, lia titon satu minggu..haiiyaa..selupa tak mau bangun ma!
Minah kolumpo ni pulak eksen. Tak nak join langsung dgn orang podeksen. Duduk atas takhta....., takhtalah sangat. Padahal bersidai atas katil double decker anak2 akak ni je. Puteri Peah lagi payah nak amik gamba. Macam puteri gunung ledang pun ada jugak kekdahnya. Tak keluar2 dari persembunyian. Hati nyamuk memang berdulang2lah kat bawah katil tu. Entah apa lagi permintaan dia, tak tahulah akak.
Petang tu pulak mak akak hulur duit sponsor pergi buka puasa kat luar. Terbaeeek mak tau. Merasalah kami sekeluarga dgn keluarga Puan Alang seramai 8 orang berbuka di Corus Paradise. Itu je tempat yang masih ada buffet ramadhan. Yang lain semua dah tutup kedai. Tapi yang tak bestnya, mak tak nak ikut sebab dia tak larat nak turun tangga semua. Selesai berbuka pecut balik rumah sebab nak kejar terawih akhir di malam 29.
Okeylah itu je dulu ya. Part II kendian2 ya. Maklumlah senapas nak menyiap entri raya. Lagipun takut bosan pulak orang nak mengkhatamkan entri hari ni. Merapus je lebih... Hihihi.
24 comments:
assalam aidah..samo lak kito merondang 4 kilo daging..sup lai..rondang ayam lai..lomang laie.he he..sumo nak dibuek.
hari sabtu tu..sobab malam e dah takk terawih..tapi alhamdulillah..copek siap..lamo boleh rehat..
Achik,
Alaikumsalam. Tak dayo laiie badan ni achik. Itupun part I rendang daging. Part II baru mengulit ayam pulak. Slow and steady....badan nak pakai lamo kan.
welcome home....wah, seangkatan yo balik kg.....i bawk balik Brown n Lily je,,,,yg lain kene antar boarding, habih duit terbang, dh kasih syg la namanya......tak sabar nak baca part 2 & seterusnya.....budak2 bulu kg tak de citer? anak angkat wahau tu......u take care eh aidah...btw u stfian ke?
amboi... rajin sungguh.. bagus la gitu.. :-)
tun fatimah,
Berapa ekor kucing u tun? Buat entri raya. Sibuk je i ni kan.
The bulus kat kampung tu memang hot item. Dalam my camera pun beratus gamba diorang je.
Part soklan last tu, malu sikit nak cakap. Ha ah, i ni stfian tapi tfian yang tak produktif pun. Orang lain berkarier, i duk rumah je. Hihihi.
Yana,
Kalau tak rajin, tak makan, dik. Nak buat camana. My sis balik rumah mentua dia. Tinggallah akak sekeluarga dgn mak.
Fuhhh walaupun dah turun dari 6kg ke 4kg, tetap tabik spring kat akak merendang tuuuhhhh! Saya bab merendang banyak2 gitu memang out.
Amboi minah kolumpo tu, eksen bebenor tak mau turun! Dia takut sebab berubah tempat eh kak?
Waaaaaaaahhhh... syoknya main masak ramai-ramai malam raya. Tapi apakan daya, disebabkan adik beradik sikit, malam raya hanya ada kami bertiga sahaja dirumah. Memandangkan hanya ida saja wanita gagah perkasa di rumah malam tu, jadi singsing lengan lah jawabnya memasak rendang dan nasi impit sensorang sebab MIL tak sihat. Hihihihi
Bila la mood blogging saya nak kembali kak. Hahaha. Malas betul ni haaa.. Dah la kuantan ni asal petang je hujan. Asal petang je hujan. Menambah kemalasan yang sedia ada. Hehe.
saya hari jumaat masih semput buat kuih raya kat rumah lagi...
lepas sahur sabtu baru terkial2 nak kemas baju..
nasib baik sempat siap sume kuih mak
budak2 3 ekor tu sume meroyan kena cage kat kg! hahaha
Dinas,
Akak masih belum sampai tahap 4 flat lagi, dik bab masak ni. Rendang pun akak fail 1 subject, merasa garam. Hehehe.
Dinas,
Oopps lupa nak jawab pasal minah kolumpo tu. Dia memang macam tu dik. Perasan status tinggi lagi dari orang kampung. Padahal asal pun pasar teluk kemang je. Lupa daratan tau.
Suara Kalbu,
Mana ada ramai, ida. Akak sendirian berhad je tu. Yang tolong pass2 barang dan basuh pinggan, cik Farah je. Hari Sabtu tu barulah ada my sis yang tolong sebab dia dah tutup klinik hari tu. Tapi tetap meriah, dik, sebab mulut akak. Hehehe.
Iz,
Tak pe lah Iz. Rehat2lah dulu. Akak ni pun part I je baru jalan. Part II tah bila2 pulak masuk. Bukan boleh caya mood akak ni. Tambah2 bila lemak makin berganda2 di badan. Nak baring je keje akak. Hihihi.
mrs azmi,
Rombongan jugak balik kampung ya. Samalah cam akak. Husband akak jeling je sebab tak de keje cari keje katanya. Nak buat camana kan, dah memang kesayangan kita.
erk..pingat salonpas..hehe...saya pun sama kak...ni pun rasa2 nak kena pelekat pingat dah ni..lenguh memanjang!
gigih akak buat persiapan raya noo..4kg tu..sini 2kg daging 2ekor ayam pun penat la haih...pi market nak dapat parking pun 2-3 kali tawaf...belum kira penat nak memasak lagi..sib baik saya jadi mandur ja...haha.
tak sabaq nak baca entry 2nd round...
assalamualaikum kak...ermmm, kat umah ada gak periuk presure tu..senang keje nak rebus daging...
raya x kemana2 sangat pun..
Singgah blog semua mesti citer pasal raya yang mmg sgt2 best kan.bg kaum2 ibu..masak memasak dah jadik acara wajib. Tapi tahun nih bonda takde rezeki nak beraya..masih dalam suasana kehilangan, habuk kuih pun takdo...huk3!!.
Murni,
Tokey salon pas dok kira duit ja sepanjang raya nih. Untung besar. Kihkihkih.
Akak ni bila time nak raya ja masak besar camni. Time tak raya masak sepinggan nasi goreng ja, dik. Hahaha.
Cikgu Ma,
Akak pun tak kemana2 dik. Tunggu orang datang beraya je sebab mak akak tak sihat.
Bonda Ryan,
Sedihnya akak baca tenteng kehilangan tu, dik. Tapi tak dapat nak komen. Akak komen kat sini je lah ya.
Akak ni dah lebih 4 tahun kehilangan abah dan abang. Tapi rindu tu tak pernah berkurang, dik. Semakin tahun semakin bertambah. Tak terubat rasanya. Mungkin satu hari nanti akan terubat bila kita pun dijemput olehNya. Tabahkan hati ya, dik.
huh..meleleh tgk rendang akak tu
kalau dekat2 mau saya datang ni
setelah berhari-hari bertapa tanpa membuka fesbuk mahupon blog...
teman kembali bersiaran arini dtg menkomen tanpa entry baru di blog sendiri...
angin kus-kus dah dtg kak..takde hati nak taip entry baru...
bestnyer family akak ni....jeles :P
Post a Comment