Assalamualaikum.
Kemain tajuk akak. Kira macam tajuk paling semenggah sejak akak berblog. Cheeewah. Puji diri sendiri, nampak. Hehehe.
Dah nak sampai hujung ramadhan, kita ni kan.. Sedih sangat rasanya. Mood raya memang tak seberapa sejak 4 tahun lepas. Bila dah kehilangan ni, biasalah kan. Sayu je rasa hati. Bila balik kampung, bilik yang bersebelahan dgn bilik akak sentiasa kosong. 2 kerusi di meja makan jugak kosong sejak beberapa tahun lepas. Gambar raya memang tak ambil lagi sejak dah tak cukup korum ni. Tak sanggup....
Tahun ni lagi terasa sebab Puan Alang beraya rumah mertua sampai hari raya kedua atau ketiga. Tinggallah akak sekeluarga dgn mak. Betul, hari raya memang hari untuk kita raikan sebulan kejayaan berpuasa. Tapi hati ni tak mahu pulak mengikut cakap. Dia nak sebak jugak. Airmata jangan cakaplah.
Akak mungkin tak kemana tahun ni memandangkan mak yang bertambah uzur. Tak mahu ambil risiko bawak dia berjalan kerana nanti nak recover ambil masa lebih seminggu. Kesian dia. Akak sendiri pun bukannya sihat sangat nak berjalan. Biarlah hari tu akak layan dia dan anak2 serta suami di rumah sahaja. Kalau ada tetamu, alhamdulillah. Kalau tiada yang datang menjengok mak pun, tak apa. Mak akak pun dah lama redha kerana dia memang tinggal sebatang kara sejak ibu dan bapa angkatnya meninggal. (mak akak antara anak cina di zaman jepun yang diserah pada keluarga melayu)
Okeylah, tak payahlah sedih2 lagi kan. Tak pasal2 ada yang sendu sama dgn akak nanti. Meh kita layan renungan tajam dari atuk paling hensem ni. Dia ni mood sentap je sepanjang masa sejak akhir2 ni. Tapi walaupun sentap tetap jugak teman akak qiamulaill. Teman sambil berkeruh. Hahaha.
Meh citer persiapan raya yang ala kadar tahun ni pulak. Baju melayu Arif dah settle. Warna yang dia berkenan kelabu *toot* anjing. Tapi dia tak bagi akak describe as *toot* anjing tu. Dia cakap, just call it grey mama. Yang kelakarnya bila sampai rumah, uwan dia pulak cakap, "Cantik warna kelabu taik anjing ni, Arif. Bokonan uwan tengok." Hahaha. Diam je Arif.
Farah pulak akak rasa nak belikan abaya je tahun ni. Last wiken akak ke Masjid Biru Shah Alam tu. Banyak betul jubah dan abaya jual kat situ. Abaya dari Jordan tu dia jual RM99 saja. Yang Saudi pulak, lebih elok kainnya dan dia jual pun RM199 saja. Murah banding dgn harga di Ampang Park yang cecah RM500 jugak sehelai.
Kuih pulak, yang akak terlarat nak buat hanya sejenis sahaja. Sedih betul kekdah mengkuih akak tahun ni. Itupun bentuk paling sonang, bulat bulat. Yang berbunga2 tak masuk list. Janji makan sedap, kan. Dapatlah siapkan 5 balang biskut Arab ni. Alhamdulillah.
Bebudak bulus pulak amacam? Ni pun sedih jugak. Milolah yang bersemangat sangat nak raya dgn anak2. Kemain awal beli baju raya Minah kaktus tu. Penyudahnya......
BAJU RAYA IOLLSS TAK MUAT UOLLSS......UWAAAAAAAA!!!!!!!! DEDDDDIIIIIIIII!!!!
13 comments:
Mula2 sedih tapi lepas akhirnya gelak kaw2 saya baca entri nih! :D
Saya pun persiapan tahun ni hanya untuk kuih muih & itupun hanya akan dibeli pada hari Khamis nanti. Barang2 lain macam langsir bagai semua recycle yg lama saja. Tak payah beli baru pun, semua masih cun lagik.
Raya tak semestinya kita kena jalan2 kan, dok rumah layan family pun lagi afdhal kalau dah keadaan tak mengizinkan kita jalan2. Bior family ja datang cari kita, kak kak :)
Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...nak putus urat kentut saya gelakkan si Milo ni.
Diet la Milo oiiiiiii
Dinas,
Akak setuju dgn Dinas. Lebih afdhol duduk rumah jika keluar tu memudaratkan. Tapi kdg2 ada yang tak faham. Itupun yang buat menusuk hati terutama bila akak dibilang sombong pulak. Padahal akak menjaga mak dan dulunya menjaga arwah abah yang sudah buta di akhir hayatnya. Nak buat camana kan. Takkan nak puaskan hati orang dan mak abah sendiri kita biarkan pulak.
Suara Kalbu,
Ida, cer tengok betul2. Itu bukan atuklah, dik. Itu anak bongsu dia, minah kaktus. Makmur betul badan dia sampai tak muat baju. Kihkihkih.
tak pe la Aidah....kita raya kat mana pun asalkan kita bersama2 dengan org yg kita sayang. Syukur alhamdulillah kita ada lagi Mak kan...ni 1st raya we all tanpa Abah....hr tu i n Mak i buat puteri mandi...tiba2 kat dapur mak i tersedu....sian dia, sbb teringat ni favourite arwah Abah.....i kuatkan hati tak nangis....sbb kesian kan dia.
Bila bab the bulus ni....mcm nak keluar air mata tgk si kaktus bongsu tu.....lum apa2 dh tak bole kancing baju...tu mcm mana? cer kabar sikit.....si peah tak de gown lak?? i kan tiba2 teingin nak belikan Lily i baju gak...tgkla klu sempat.....Milo as ever sweet buah hati i tu....wpun ber'hangin'...dia tetap hensem'
tengok dari depan dah lawa dah..sekali belakang terbuka...cian dia..
hi kak aidah,
ermm fadz pun raya biasa2 je.. buat kuih raya pun sebab utk jamu tetamu je... fadz letih sangat tahun ni.. nak buat kerja pun rasa berat je.. ni pun asyik tampal koyok... akak nanti kirim salam ye kat mak akak tu.. hope mak akak tu cepat sembuh..
awat milo muka asyik sentap je.. kan x lama lg nak kawen... nanti hilang seri pngantin.. hehehe
hahhahaa tang minah cactus tu mmg lawak laa.. apasal plak tak muat.. akak beli baju raya awal sangat kot... hehehe
Elok tu kak duk je kat rmh tgu sedara mara dtg ziarah mak...saya pun buat mcm tu jgk...cuma pegi rmh abg ayah..pakcik tgl sblh rmh mak je so mmg jumpa selalu...mak pun sama la uzur..nk gerak sana sini agak susah...ada anak cucu keliling dia sure happy kan since ayah baru mninggal syawal thn lepas...sedih la raya ni...suram je
ada sendu jugak di mata atuk milo...hmm..dia amik feel sendu akak sekali nih.
kak aidah, jangan kan akak yang tak berapa feel raya..chek pun sama. family kecik..kampung pun dah tak ada...raya untuk kita2 aje lah.
apa pun, yang penting bersama family, walaupun kecil n tak kira di mana.
selamat hari raya kak..just in case saya / akak tak sempat nak online sebelum raya hujung minggu ni...maaf zahir batin naaa...
p/s: stok baju belum pakai saya buat baju raya..kaler sama ngan arif lah...kelabu *toot* hanjing....hehe...sabo aje lah.
kak...daku baru nak feeling cari tisu bila baca intro cerita...tapi bila sampai pemghujung udah terbatal feeling nak cari tisu sebaliknya ketawa sambil hentak meja!
nini balik n9 tahun ni.selalunya raya 1st lps solat akan bergerak ke Jasin,Melaka..menziarah kubur arwah bapa mertua disana.
Adeehhh!!! sakit perut betol gelak kan atok milo nih!! dieettt lah milo oooiii diet! shadis betol baju raya klu tak muat..mau duk bawah katil bersulam air mata ko milo oooii..hak3!!!
Hahahahahahaha lawaknyaaaaa Mickiiiii.. kesian awak.. apalah deddi ni! Dah la Micki je dapat baju. Baju kakak Peah mana?? hahaha
Kak, last week saya belikan Hime spender Hello Kitty, kaler pink, bukan main comel. Tapinya tak muat juga!!! hHaahahaha. Rupanya jangankan nak masuk kaki/bontot, kalau nak pakaikan kat kepala pun tak muat. Hahaha. husband cakap saya ni feeling feeling Hime tu new born agaknye, sebab kecik benar. Malah saya tahu tak muat haha
mula2 sedih baca pastu gelak tekan perut..akak ni mmglah ;)
Post a Comment