Pages

Thursday, 30 May 2013

Kisah chenta Sayed Mashrum dan Mina Koorap.

 

 

Dulu2 kan, akak selalu dengar orang cakap....kalau kita tak suka orang tu jangan terlalu membenci, nanti kita akan jatuh cinta pulak pada dia balik. Sejauh mana benarnya pesanan ni tak pulak akak mengkaji tapi adalah satu dua kes kat sekolah dulu yang sebijik jadi macam ni.

Mungkin Allah nak tunjuk...tak semuanya yang tak elok pada hamba yang diciptaNya. Tentu ada jugak sesuatu yang indahnya. Tetiba pada yang pernah jadi musuh ketat ni lah yang terpancar keindahan itu. Terkedu seribu bahasa.

Kemain panjang mukaddimah akak. Hahaha.

 

018

Sebenarnya nak citer pasal 2 ekor ni. Kitteh atau sekarang ni akak panggil dia Sayed Mashrum dengan Miki atau dulunya pernah jadi Mina Koorap.

 

 

113

Beberapa bulan lepas...kemain benci lagi Mina dgn Sayed Mashrum ni. You touch me...you die!  Manjang ituuuuu je dialog diucapkan. Muka pun tak pernah manis. Kemain bengis. Sebatu lagi dah nampak asap kemarahan yang membara.

 

 

014 

Tapi sekarang ni...cer tengok. Kemain lovey dovey.

 

 

017 

Meluat tak meluat. Dulu berasap2 marahnya. Sekarang ni......... main kejar2 sepanjang masa. Dah penat main kejar2 tidur sama2.

 

 

020

019

Untunglah Kitteh ni, dapat girlfriend spesies punggung tembam yang boleh dibuat bantal empuk untuk tidur. Haha. (Naya akak lepas ni. Mesti yang gugel punggung tembam buat bantal, tetiba masuk blog akak.)

 

 

235

Tiap hari deting di tepi tingkap. Ini biasa.

 

 

230

Yang luar biasa dan bila orang tak nampak, siap pangku lagi. Ini suda lebey! Mana YB ni?

 

 

091

093

Laaa...menyorok balik bantal pulak. Ini mesti kes video skandal sawan hari tu nih. Rumit, rumit. Pening kepala Atuk Milo.

Jadik moral of the story is, if you don't like someone, don't hate hate. If you hate hate, somemore you will love love. It's like the saying, " you spit then you lick it back."  Hahaha. Hantam je lah labuuuu.  

Tuesday, 28 May 2013

Miki dan YB Peah

 

 

Kang kalau tak citer pasal 2 ekor ni ada pulak yang sentap. Asik2 the two brothers je nak masuk blog kan. Padahal dua ekor ni dah lama dapat taraf penduduk tetap.

 

079

Si Miki ni sekarang ni makin menjadi2 perangai tamak haloba. Setiap kali Atuk Milo makan wetfood...dia cantas. Tak senang orang tua tu nak makan. Dahlah sakit mulut tak  sudah. Selalunya akak kurung Miki dalam bilik sementara Atuk habiskan makanan dalam pinggan dia tu.

 

 

023

Ada satu hari tu si pentamak ni mencurik keluar dari bilik dan terus menuju ke tin yang dah terbukak tu. Tapi tutupnya taklah bukak habis. Dasar orang tamak selalu rugi kan. Tersepit lidah dia kat tin makanan wetfood tu. Tetiba akak dengar ada kucing tengah meraung. Rupa2nya dia ni. Nasib baik tak putus lidah. Kalau putus......daaaaaah bisu pulak. Sape nak jawab dgn Atuk Milo tu. Ahkaaaak jugak.

 

 

006

Peah pulak. Sejak dah jadi YB ni cukup malas. Setiap hari keje dia terlentang kat tepi tingkap ni tanning kan badan. Lepas tu pantang ditegur. Sentap manjang. Bila dah sentap mulalah dia menyorok bawah katil.

 

 

322

Buat citer sedih di balik langsir.

 

 

321

Cer tengok muka sayu tu. Merajuklah konon...bawak diri tapi setakat balik langsir je pun.

Ini okey lagi. Yang paling tak boleh tahan bila perangai gila dia tu datang balik. Tah apa sawan yang menyampuk. Tetiba je dia tendang2 muka sendiri dan gigit kaki sendiri. Semuanya sendirian berhad. Macam filem tamil pun ada jugak. Kat bawah ni ada akak amik video. Tengoklah sendiri bukti kegilaan Peah.

 

 

 

Habislah YB. Video skandal dah terbongkar. Sape pulak nak jadi YB lepas ni. Paling tak menahan......nak kena buat pilihanraya lagi sekali??? Kuang kuang kuang.

Monday, 27 May 2013

Citer cuti dgn mood yang sangat blues.

 

 

Dah start cuti sekolah pun. Akak tak de kemana pun cuti sekolah ni. Hanya tolong farah prepare interview untuk degree course dia hari Ahad semalam. Selebihnya banyak cembeng je akak ni. Teringat sangat kat mak. Selalunya bila mula cuti sekolah, dialah yang paling kerap telefon supaya akak balik dan habiskan cuti sekolah di kampung. Masa cuti sekolah, selalunya akak akan selesaikan banyak urusan mak....carik makanan yang dia teringin nak makan, belikan barang2 dia. Selalunya cuti sekolah tu khas untuk mak. Bila dah asik ingat kat mak tu, meleleh2 air mata. Penyudahnya akak jugak yang tak sihat lepas tu. Tak terbayang hidup tanpa mak tapi itu adalah suatu yang tak dapat dielakkan. Kehendak Allah.

 

Kita yang tinggal ni harus terus menjalankan tanggungjawab. Salah satunya ialah....

 

012 

....MAKAN !!  Ini menu makanan terbaru....butter chicken namanya. Rupa2nya kemain senang nak masak. Tak perlu pakai bawang pun. Perap je ayam tu dgn garam dan halia. Lepas tu gaul dgn tepung jagung dan goreng. Lepas tu untuk sos putih tu pulak, pakai butter dan susu isian sejat FN tu. Nak tambah aroma dia tu supaya wangi letak daun kari banyak2. Memang sedap. Sesuai untuk orang gastrik macam akak ni tapi kena makan moderately jugak pasal ada butter dan susu tu. Akak ni bukan boleh caya bab allergic ni. Kang tetiba je allergic susu.

 

 

245

Kitteh yang kejulingan dan kesunyian. Juling sebab dah memang lahir macam tu. Haha. Tapi cute. Sunyi sebab si Tomey dah hantar balik kampung untuk cuti sekolah.

 

 

343

2 beradik ni memang tak boleh dipisahkan. Tidur pun sanggup bersempit2 asalkan berdua. Hari tu Alang kata dia nak terus bela Tomey di kampung. Macam nak meraung akak dengar. Kitteh pun naik pelik. Dah terlebih orang tua ni agaknya. Aku pun setakat menitis airmata jantan je.

Tapi kan, kalau dah bela ni memang sayang sangat. Tak bolehlah nak lepaskan macam tu saja kan. Ini pun akak dah rindu sangat walaupun belum sampai seminggu Tomey duduk kampung. Siap kira berapa hari lagi Tomey nak balik KL semula.

 

 

051

 014

Sementara tu tatap gambar Tomey puas2.  Lepas tu meleleh2 lagi airmata. Aduoiiiyaiii...

Thursday, 23 May 2013

Jalan jalan Tanjung Malim: episod makan

 

 

Wahh kemain akak....siap satu episod khas untuk makan. Well...tengok kaki lah kan. Oops silap....tengok perutlah. Hahaha.

 

206

Bila kita stay kat LP Hotel tu kan, amatlah mudah nak carik tempat makan. Jalan agak-agak 10 langkah dah jumpa kedai makan ni. Restoran e place namanya.

 

 

115

Restoran ni restoran cina tapi cop halal Jakim tu memang jelas sangat kat luar kedai, dalam kedai dan atas serviette pun ada. Yang buat akak lagi kagum, restoran ni dapat gred A untuk kebersihan. McD pun dapat gred B. Hehehe....akak dah tengok dah sijil tu kat McD. Lepas tu restoran ni siap menang tempat pertama dari segi kebersihan untuk seluruh negeri Perak. Kagum tak.

 

105

Akak order CKT. Sedaaaaaap sangat.

 

116

Husband akak order curry chicken ke apa tah sebab dia memang pemakan nasi yang tegar. Kalau tak dapat nasi jadi moody macam otromen tak dapat bendalah kat dada yang menyala2 tu. Curry ni pun surprisingly sangat sedap walaupun rupa macam tak berapa nak kari. Kuah tu macam buttery sikit. Best.

 

117

Ini pulak nasi goreng Arigato. Siap ada tempura prawn. Pun sedap. Ini Farah yang order.

 

118

Ini pulak chicken chop. Ini biasa2 aje. Kuah tu macam sos black pepper dalam botol tu. Yang ni Arif punya sebab budak ni pulak tak boleh tak de ayam. Manjaaaaang ayam. Kalau tak dapat ayam pun macam otromen tak de bateri.

 

110

Air pulak, yang berdua ni terbaik. Ice blended Mocha dan Ice blended Choc. Yang chocolate tu lebih sedap.

Harga pun okeylah. CKT akak tu Rm5.50 kalau tak silap. Nasi goreng dan nasi curry tu pulak between RM7 to RM9. Kat restoran ni pun boleh makan steamboat. Pun femes jugak. Hari akak pergi tu mother's day jadi adalah set lunch. Nampak ramai jugak orang datang ramai2 dan order set lunch ni siap ada ikan siakap sweet sour semua dalam set lunch tu. 

Restoran e place ni bukak dari 11am sampai 11pm. 2 kali jugak kami makan kat sini sebab semuanya best. 

 

 

053

Dan masa mula2 sampai tu kami makan kat Yik Mun ni. Pau yang sangat mabeles. Lembuuuuuut sangat. Masuk dalam mulut...macam lesap je. Tak sedar dah habis 3 ketul pau.

 

082 

Pau kacang ni paling akak suka. Yang chicken curry tu pun okey jugak tapi macam manis pulak. Akak lagi suka pau ayam Ahmad tu, pedas sikit intinya.

Bestlah pergi Tanjung Malim ni. Banyak tempat makan best2 tapi tak semua dapat pergi sebab semalam je kan. So itu jelah episod makan di tanjung malim. Sangat memuaskan hati. Alhamdulillah.

Tuesday, 21 May 2013

Jalan jalan Tanjung Malim @ LP Hotel.

 

 

Ini crita suda mau basi. Itu rasa kalu.... suda masam serupa yogurt. Tapi biasalah ahkak ni.....manjang fail nak updet on time. Kengkonon bajet busy tak sudah. Padahal keje umah saja.

Marilah kita citer sikit apahal nak ke Tanjung malim tu.

 

051

Yang sebenarnya nak ke UPSI sebab Farah ada Medsi test. Tahunya hari Jemaat. Ujiannya pulak hari Ahad. Maka husband akak cakap kita kena pi sana hari Sabtu. Senang nak cari jalan. Maklumlah tak pernah sampai pun sini. Iyaa...akak memang tak jauh perjalanan sebab husband tak berapa gemar memandu. Jadi untuk elakkan sesat sebab malu bertanya jadinya bertolak sehari awal dan stay kat situ.

 

 

049

Rupanya dekat sesangat. Malu teman sekejap. Baru sejam setengah dah nampak banjaran Titiwangsa tu. Dah nak sampai ghopenye. Airliur pun tak sempat basi lagi. Hahaha.

 

 

210

Oleh kerana semuanya last minute maka hotel pun terpaksalah terima apa yang ada. Tak boleh nak komplen lebih2. Tapi memang takkan komplen pun. Punyalah best hotel ni walaupun katanya hotel kecik macam bajet je kan.

 

 

063

066

Bilik yang sangat selesa. Nama bilik ni Executive King. Harganya RM 228 semalam untuk weekdays. Wiken kalu kena top up RM30. Ada satu katil kingsize dan extra mattress tu pulak saja akak ambil untuk Farah. Regenya RM30 jugak semalam. Ada fridge dan kettle untuk buat air. Dan ada juga LCD TV.

Pilihan bilik ada macam2 tapi disebabkan hari jemaat tahu....hari sabtu baru nak terhegeh2...maka silalah pasrah dgn bilik yang masih kosong. Yang lain dah full.

 

 

167

166

Bathroom pulak ada bath tub, sangat bersih. Dan ada paip yang unik ni.

Bila tengok rupa bilik semua ni kan, akak rasa hotel ni macam hotel 3 bintang pulak. Cuma sebab dia tak de kitchen tu kot yang buat tak layak untuk berbintang2 bagai. Tapi tak pe, yang penting bilik sangat selesa. Tilam dia 11 inci tinggi dan firm....sangat sesuai untuk orang yang ada back problem macam akak ni.

 

 

 

150

141

View dari tingkap bilik akak. Terpampang luas banjaran titiwangsa.

 

 

 

062

Akak paling terkesima dgn tangga yang tinggi dan nampak klasik ni. Macam pergi over sea pulak rasa.

 

 

060

Tangga lagi.

 

 

185

Masih lagi tangga.....

 

 

055

Okey dah cukup...mengah dah turun naik. Serius tangga ni nampak unik pada akak. Walaupun masa hari pertama tu macam nak marah je bila naik tangga tu terutama bila lutut keluarkan sound efek seram. Tapi bila esoknya tu, tetiba rasa tak puas2 pulak nak amik gamba.

 

195

 

197

Lobi hotel yang comel. Hotel ni tak de dapur jadi bekfes, lunch dan dinner sila cari sendiri. Bagi akak okey sangat sebab ada kedai mamak kat hujung bangunan tu, KFC pulak walking distance je dan ada satu restoren baeeiik punya kat bawah hotel tu. Esok2 akak citer pasal tempat makan tu ya.

 

 

103

Paling penting kat hotel ni ada pesanan keramat ni. First time akak nampak kat hotel tau. So far tak pernah jumpa lagi.

So sesape  yang nak ke Tanjung Malim dan tercarik2 kat mana nak menginap, silalah ke LP Hotel. Memang berbaloi2 sangat. 

 

201

Wednesday, 8 May 2013

Saya tak terima keputusan pilihanraya!

 

 

021

Ketika YB Seripah Moli angkat sumpah dia ni pergi lepak kat cermin tingkap tunjuk montot kat orang yang lalu lalang. Ish...ish...ish....sapalah yang dok ajar Minah ni buat macam tu. Jap akak bagi clear sikit gamba montot tu....

 

 

022

SANGAT KONTROBESI !!! Hahaha......lawak je okey. Jangan kita buat malu kat negara kita sendiri. Kita orang Malaysia ni sangat bertamadun. Tak mo, tak mo, tak mo.

Tuesday, 7 May 2013

Pilihanraya kawasan PF 201

 

 

 

200

Ahhhh....udara yang segar. Hari paling baik untuk mengundi.

 

 

 

010

Asal ada kaki empat, berdarah panas dan badan berbulu.....layak mengundi. Kali pertama guna berus dakwat yang lebih besar dari jari pengundi tu sendiri. Hahaha.

 

 

013

Sabar tunggu giliran. Yang sebelah kiri tu, terkangkang2 pulak gamaknya sebab kaki pun nak calit dakwat. Pelik member sebelah tengok.

 

 

009

YB pun mengundi jugak. Pertama kali. Shhh...jangan bagi tahu orang lain. Sebelum ni YB pun tak mendaftar. Hihihi.

 

 

079

Lawan YB. Masih muda belia. Tapi suara dia mengalahkan siren. Cukup nyaring. Biasa kalau berucap pukul 4 pagi tu tak payah pakai mikrofon.......gerenti semua orang terbangun dari tidur. Terus bangun solat tahajjud. Hehehe...ye ke?

Dia ni bukan golongan bangsawan macam YB Seripah Moli tu. Masa kecik kuraaaaaap je penuh kat muka ngan badan. Kira macam memahamilah penderitaan rakyat yang kurang bernasib baik especially kat pasar2 seluruh Mesia ni.

 

121

Dua ekor ni tak layak bertanding pasal baru sangat bermastautin kat kawasan ni. Kalau tanya selok belok rumah pun belum tentu hafal. Silap2 lagu kebangsaan kawasan ni pun dia tak tahu. Yang dia tahu bergusti pagi petang. Penat gusti makan. Lepas makan masuk toilet sembur perfume. Lepas tu tidur. Tu je balik2.

 

 

090

Keputusan pilihanraya berpihak pada YB Seripah Moli. Masa nak angkat sumpah jawatan tu siap pakai tiara dia ni tau. Maklumlah nak tunjuk yang dia bangsawan. Over di situ.

 

079

Ampun tuanku. Patik bersumpah untuk menjalankan tanggungjawab membimbing rakyat jelata ke arah hidup maju dan bahagia dunia akhirat. Dan patik janji untuk bimbing 2 rakyat pendatang yang sah ni (oopss bukan pengundi hantu tau) untuk belajar mengenal pasir kumbahan supaya mereka tak sembur perfume dalam toilet lagi.

 

 

100

Haiiihhh...camana lah nak buat ni YB. Tanggungjawab besar ni. Bukan senang nak ajar 2 ekor ni dari proses menggali sampai mengkambus. Jalan pergi litterbox tu pun belum jumpa lagi. Good luck YB.

 

046

Di kawasan Teluk Kemang pulak, Tansri Wahau menang tanpa bertanding. Dah tu....dia sekor je duduk kat situ....sape pulak nak mencabar kedudukan. Hehehe.

 

006 

Mantan Presiden yang memerhati dari jauh. Dah tiba masa Milo pencen dari pegang jawatan. Biarlah orang muda pulak ke depan, katanya. Kita yang tua ni lap air liur yang asik meleleh je ni haaa.

Bagi yang selalu tanya pasal Milo.....dia okey je. Selera makan okey cuma nak kena pujuk2 masa makan tu. Air liur dia meleleh2 sampai berjuntaian sekarang ni. Terpaksalah dilap now and again. Cuma akak risau jugak bila dia lebih banyak tidur. Tapi biarlah dia berehat kan. Sakit2 agaknya badan bila dah tua ni. Arwah mak akak cukup memahami Milo ni. Kata mak, "Dah tuo, Da. Memanglah camtu, nak bangun tang katil pun sakit badan."

Akak selalu doakan semoga Milo makin sihat dan panjang umur kerana jasanya banyaaaaak sangat dgn akak selama ni. Sedih pulak...