Ini crita suda mau basi. Itu rasa kalu.... suda masam serupa yogurt. Tapi biasalah ahkak ni.....manjang fail nak updet on time. Kengkonon bajet busy tak sudah. Padahal keje umah saja.
Marilah kita citer sikit apahal nak ke Tanjung malim tu.
Yang sebenarnya nak ke UPSI sebab Farah ada Medsi test. Tahunya hari Jemaat. Ujiannya pulak hari Ahad. Maka husband akak cakap kita kena pi sana hari Sabtu. Senang nak cari jalan. Maklumlah tak pernah sampai pun sini. Iyaa...akak memang tak jauh perjalanan sebab husband tak berapa gemar memandu. Jadi untuk elakkan sesat sebab malu bertanya jadinya bertolak sehari awal dan stay kat situ.
Rupanya dekat sesangat. Malu teman sekejap. Baru sejam setengah dah nampak banjaran Titiwangsa tu. Dah nak sampai ghopenye. Airliur pun tak sempat basi lagi. Hahaha.
Oleh kerana semuanya last minute maka hotel pun terpaksalah terima apa yang ada. Tak boleh nak komplen lebih2. Tapi memang takkan komplen pun. Punyalah best hotel ni walaupun katanya hotel kecik macam bajet je kan.
Bilik yang sangat selesa. Nama bilik ni Executive King. Harganya RM 228 semalam untuk weekdays. Wiken kalu kena top up RM30. Ada satu katil kingsize dan extra mattress tu pulak saja akak ambil untuk Farah. Regenya RM30 jugak semalam. Ada fridge dan kettle untuk buat air. Dan ada juga LCD TV.
Pilihan bilik ada macam2 tapi disebabkan hari jemaat tahu....hari sabtu baru nak terhegeh2...maka silalah pasrah dgn bilik yang masih kosong. Yang lain dah full.
Bathroom pulak ada bath tub, sangat bersih. Dan ada paip yang unik ni.
Bila tengok rupa bilik semua ni kan, akak rasa hotel ni macam hotel 3 bintang pulak. Cuma sebab dia tak de kitchen tu kot yang buat tak layak untuk berbintang2 bagai. Tapi tak pe, yang penting bilik sangat selesa. Tilam dia 11 inci tinggi dan firm....sangat sesuai untuk orang yang ada back problem macam akak ni.
View dari tingkap bilik akak. Terpampang luas banjaran titiwangsa.
Akak paling terkesima dgn tangga yang tinggi dan nampak klasik ni. Macam pergi over sea pulak rasa.
Tangga lagi.
Masih lagi tangga.....
Okey dah cukup...mengah dah turun naik. Serius tangga ni nampak unik pada akak. Walaupun masa hari pertama tu macam nak marah je bila naik tangga tu terutama bila lutut keluarkan sound efek seram. Tapi bila esoknya tu, tetiba rasa tak puas2 pulak nak amik gamba.
Lobi hotel yang comel. Hotel ni tak de dapur jadi bekfes, lunch dan dinner sila cari sendiri. Bagi akak okey sangat sebab ada kedai mamak kat hujung bangunan tu, KFC pulak walking distance je dan ada satu restoren baeeiik punya kat bawah hotel tu. Esok2 akak citer pasal tempat makan tu ya.
Paling penting kat hotel ni ada pesanan keramat ni. First time akak nampak kat hotel tau. So far tak pernah jumpa lagi.
So sesape yang nak ke Tanjung Malim dan tercarik2 kat mana nak menginap, silalah ke LP Hotel. Memang berbaloi2 sangat.
14 comments:
assalam aidah..dulu acik beso yo poi tanjung malim ni..kalau balik kampung suami mesti poi tanjung malim..maso orang tuo dah tak do..akak poi balik hari yo aidah
bilo ado n3 baru dari aidah ni..logo acik raso..makno e aidah sihat.
Akak, Tanjung Malim membawa seribu kenangan untuk saya, terkenang kisah chenta lama nih, haisy...kehkeh!
Selesa la nampak hotel tu, walaupun las menet, kira orait sangat dah tu. Saya doakan semoga Farah berjaya dalam Medsi test, amin!
Rindu bangat sama Tg Malim...40 tahun dulu merantau kesana posting dkt Felda .Nostalgia betul.
Apa Medsi test tu? Tapi makchaq tetap doakan Farah berjaya..
Dulu selalu lalu Tg Malim ni, tapi semenjak ada hway jarang dah...
Bagus jugak ada hotel selesa tu.. Keluarga yg nak hantaq anak2 ke upsi boleh la dok situ.....
prihatin sunggah dan bertanggungjawab pada agama pihak pegurusan hotel tu
semoga maju jaya hotel tu hendaknya
LP Hotel ye..mmg nampak biasa aje hotelnya dari luar tapi kat dalam..kemain klasik!
bagus hotel ni siap buh peringatan mcm tu..patutnya siap cek sijil nikah sekali!
assalam kak aidah,
hotel tu not bad gak aih...okey la tu. bed pun nampak selesa.
seriously, saya pun first time tengok ada signage keramat macam tu kat hotel. baguih gak la. beringat-ingat kata orang.
kak aidah, tak try cari pau tg malim yang femes tu kah..?
Acik,
Lopeh ni boleh bomalam lak kek Tg Malim yo acik. Best gak ghupo e. Banyak tompek makan. Hehehe.
Terima kasih sebab selalu amik berat hal saya acik. Tu lah...kongkadang tak boghapo sihat. Bilo ado masalah yo, lomah badan. Ingat kek omak yo.
Dinas,
Terimakasih atas doa, dinas. Dia dah lulus dan ahad ni interview pulak. Mohon Allah beri kemudahan pada dia.
Jeng jeng jeng...kisah chenta lama?? Hehehe. Bila nak citer kat akak?
mokjadeandell,
Pernah duduk situ ya. Best kan. Akak baru first time sampai.
Mak Chaq,
Medsi Test tu macam personality test. Nak tengok budak tu ada tak ciri2 kecikguan. Terimakasih atas doa mak chaq.
kasihibu,
Memang. Sangat respek walaupun owner hotel ni orang cina. Siap kiblat dia pun jabatan mufti yang buatkan.
Nini,
Ha ah dik. Akak pun tak sangka, kemain cantik bilik dia. Selesa sangat. Itulah. Walaupun owner dia cina, tetap prihatin ttg hukum hakam ni.
Murni,
Alaikumsalam. Mmg selesa sgt hotel tu. Sangat bersih.
Kan. Jarang nampak hotel letak peringatan macam ni.
Pau yik Mun? Mestilah dik. Akak kan kaki makan. hahaha.
Post a Comment