Pages

Thursday, 2 May 2013

Joint Custody

 

 

Kuang kuang kuang.....tajuk akak kemain lagi nampaknya hari ni. Omputeh gitu.

Ada masalah rumahtangga kah? Masuk court ke? Nauzubillah. Bukan, bukan. Alhamdulillah keluarga kami tak berpecah2 pun. Walaupun kadang2 ada hangiiin sikit tapi biasalah kan. Susah nak carik pokok yang tak pernah bergoyang ditiup angin. (stetmen macam bagus)

 

Ni haaa. Citer si Tan sri Wahau.

 015 

Entah mana datang ilham Alang. Balik je dari Cameron Highland, terus buat keputusan nak bergilir2 jaga Wahau dan.....

 

 

029

....si Tomey ni. Sistem tukar tukar katanya. Seminggu lebih Wahau duduk KL dan Tomey balik PD. Nak menangis akak. Over akak di situ. Bukan apa, si Tomey ni kalau kita pegang dia, lembik je badan macam spesies ragdoll tu.

 

 

088  

Tidur pun atas tangan akak. Manjaaaa sangat.

 

 

048

Lepas tu, bila dah seminggu hantar pulak Wahau ni balik kampung semula. Nak menangis jugak akak rindukan Wahau. Yappeda dei! Kalu ini tara you nangis juga, itu tara you nangis juga!

 

 

100

But ssokay, si mushroom putih ni stays dgn akak foreber and eber. Tak de orang tuntut dia ni sebab dia ni kasar sikit. Badan keras macam penuh muscle ketak2 tu. Tak kisahlah macamana rupa bentuk memasing, i love them all the same. Sangat sangat sangat.

14 comments:

Cikda said...

salam kak aidah, huhu geram betul tgk kucing2 akak ni.. manja betul.. hahaha teringat pulak lagu ct...
Aku meminta pada yang ada..
Aku merindu pada yang kasih..
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

haha.. tetiba kan.. :)

Naz said...

putih mmg handsome..bergaya educated kemain ngn spek ye

Acik Erna said...

Assalam Aidah..nak buat camana kan..kerana kaka Aidah pun nak..redho je la..buat giliran..
he he..lucu pulak akak tengok muka pakai spek ni..menyerah je rupanya diaambik gambar gaya macam tu

zard said...

aiyoyo.. when seeing the pics i pun teruja nak masuk dalam group joint custody tu.. hahah.. tapi i nak tambah list.. Kitteh, Micki, Seripah Molly dan Milo.. boleh? hahah..

zard said...

..eh lupa plak nak komen, yg foto akhir tu.. tak pening ke si kitteh tu pakai spek tu.. dah mcm budak pintar dalam kelas je..hehe..

Nini D.. said...

Tan Sri Wahau..
kalo kes masuk court,..saya nak Tan Sri jadi hakim!!! nak mintak sain otograf!

Aidah said...

cik Da,
Kelakarlah komen U dik. Gelak akak baca. Sambil2 tu dok carik jugak kaitan lagu tu dgn post ni. Hahaha.

Aidah said...

Naz,
Kucing pertama masuk U kot. Dahi jendol...kompom genius ni. Haha.

Aidah said...

Acik Erna,
Alaikumsalam acik. Kalau ikutkan ati memang tak nak gilir2, acik. Rindu kek kucing2 tu. Tapi sian lak kek Alang...sunyi dio kek Pd nun.

Dils said...

Alahai mesti rindu. Takpela kak. Kasik can Tomey lepas rindu jejak tanah. Hehehe.

Kenapa comel sangat gamba Uteh pakai spek tu. Gewamopsnye

Aidah said...

zard,
Hehehe. I pun sama gak kalau tengok kucing2 U tu. Gewwwammm je. Tak pernah cukup dgn 'kekiutan' diorang kan.
Most of the time Kitteh pejam mata je, na. Jahat I kan. Hihihi.

Aidah said...

Nini,
Memang ada rupa hakim dia tu. Asal watak tamsri ke, hakim ke, dia je bawak tau. Yang si Milo sekarang ni masuk pondok, dik. Tak koser dgn duniawi, katanya.

Aidah said...

Dils,
Memang rindu, dik. Rasa macam tak nak kasi je kat Alang tapi kesian jugak kat dia. At least kucing2 ni boleh hiburkan hati.

Dinas Aldi said...

Iyalah kak, Alang pun ada hak jugak ke atas bebudak tu..ehkehkehkeh macam manusia pulak bunyinya! Comei la heh semua tapi saya paling suka tengok Tan Sri Wahau, paling hensem :D