Assalamualaikum. Syukur sangat pada Allah kerana panjangkan umur.....dapat sekali lagi bertemu ramadhan. Walaupun hati sayu je sejak semalam tapi tak sabar dan excited nak sahur, berbuka dan menambah lagi ibadat. Entah kenapa ternampak2 mak dalam bilik dia tu sejak dua tiga hari ni. Kadang2 tercium bau bedak dgn perfume yang dia selalu pakai. Aduhaiii...masa tu lah meleleh airmata dan tak tertahan2. Rindunya pada mak.
Dahlah tu, tak mo sedih2 kan. Semalam akak berjaya bangun pukul 4 pagi. Entah kenapa sejak dua minggu lepas telinga ni dah makin lali dgn bunyi alarm. Tak dengar langsung. Sedaaaap je tidur. Hari tu satu rumah bangun pukul 7 pagi. Nasib baik syuruk lewat. Sempat jugak solat subuh. Tak pernah buat hal solat time subuh gajah camtu. Usah ditanya kenapa subuh gajah sebab akak tak pulak tahu kenapa orang nismilan selalu cakap subuh gajah. Terlebih kaji tabiat gajah agaknya orang dulu2.
Dan waktu sahur ialah waktu larian marathon relay untuk kucing2 kat rumah ni. Lepas sekor2 naik atas kerusi sofa...lari....lompat atas kepala orang. Tak faham betul. Apa ke meriah sangat kekdah sahur akak ni.
Keletihan lepas larian marathon. Orang lain bangun sahur senyap sunyi je. Rumah akak meriah dgn suara Farah menjerit2 suruh kucing duduk diam2. Haha.
Juadah untuk hari pertama berbuka puasa. Nasi tomato, kurma ayam, acar buah dan popia goreng. Cukuplah tu kan. Hajat hati macam2 nak buat tapi sejak minggu lepas kesihatan tak berapa baik. Bersyukur masih boleh bangun ke dapur dan masak.
Okeylah. Selamat berbuka pada semua. Mintak maaf kalau akak slow sikit menziarah blog sejak seminggu ni. Kurang sihat sikit. Bila ada kelapangan akak jengah ya.
16 comments:
perghh..kurma ayam tu menggoda la..cian kitteh penat
terliur tgk Uteh tdo. comel sgt3!!!
Banyah dah tu dah..acik boli yo sikit hari potamo buko piso ni..tak sompek..hangan sodih2 yo dah..
Nasib baik tengok malam2 ni, kehkehkeh!
Selamat berpuasa kak :D
waktu sahur rumah akak havoc dengan larian marathon...kat umah saya pulak sunyi sepi. berdua dengan mak je...sayu sangat rasa. mula la airmata nak meleleh..teringat adik, teringat arwah abah. :-(
get well soon kakak..
umang aii...kemain meriah menu!!
Selamat berpuasa & selamat bertarawih kak :)
Naz,
Menggoda ka dik? Mintak mahap na. Hehehe.
Cikgu Anum,
Itu stail dia tidur. Kaki macam stail ayam nak kena panggang. Haha.
Acik,
Saya pun tak sangko acik. Buleh pulak masak. Dulu2 lombik yo taim poso ni. Pitam manjang. Tapi kali ni alhamdulillah.
Dinas,
Ha ah. Tengok siang2 mesti berkeroncong perut. Selamat berpuasa dik.
Murni,
Kucing2 ni buat meriah dik. Orangnya masih lemau jugak time sahur. Hahaha. Jangan sedih2 dik. Diorang yang dah pergi tu dapat cuti lagi kan masa bulan puasa ni.
Nini,
Sebenarnya paling ringkas. Lauk satu je pun, dik. Akakmu ini bukannya larat nak masak macam2. Haha.
teringin nya nak rasa air tangan kak ida, nampak mmg myelerakan sungguh. lama tak blogwalking kat sini..rindu!
Salam. Kak, kucing saya pun putih gak. Memeng tak tahan pedas kot sebab semalam saya tumbuk bawang campur cili dia datang dekat,pastu tiba-tiba di bersin terus lari sambil lap-lap muka dia. Pastu cara dia tidur pun sama macam kucing akak tu kaki belakangnye. Ingat kucing saya aje tidur macam tu. :)
Bonda Ryan,
Alaaaahai dik. Bukannya sedap pun. Bolehlah makan anak beranak. Nanti satu hari datang PD beritahu akak ya. Kalau akak ada kat sana boleh jugak singgah umah.
HONEY,
Kan. Tak sangka mata dia pun boleh pedih jugak. Lagi satu kalau masuk tempat banyak habuk, siap bersin lagi. Kucing akak yang tidur macam ni si Kitteh dan Wahau je. Kiut kan....macam ayam panggang. Hahaha.
Post a Comment