Setelah dua minggu mencarik setiap celah dan sudut. Masih jugak tak jumpa.
Yang dicari bendalah lain..........yang jumpa bendalah ni. Menan kucing yang hidup segan mati tak mahu.
Separuh bulu menan tu dah masuk badan dia ni agaknya. Peah ni punya perangai kan pelik sikit. Orang lain setakat main dekat atas karpet je. Dia..........terus bawak masuk bawah katil. Tiap hari kunyah sikit2. Akak pulak memang tak perasan dah hilang benda tu. Alih2 jumpa.......dah togel.
Okey rewind balik pasal cari charger yang hilang tu. Punya tunggang terbalik akak kejekan segala laci. Taaaaaak jugak jumpa. Pelik sangat. Kalau tanya kat kazen akak di kampung, mesti dia jawab, "Agung pinjam." Jawapan mintak penampar. Mencikkk! Dulu2 kalau mak akak hilang periuk feveret dia kat kampung, kazen akak ni mesti menyampuk. "Baghu tadi den nampak." Dan bila mak akak tanya, "Kek mano?" Dengan muka sadin dia jawab, "Agung pinjam jap. Esok dio pulang an balik." Memang nak kena sedas dua dgn mak akak. Sape suruh bagi jawapan mintak penampar.
Okey rewind sekali lagi pasal charger tu. Kamera akak tu punya bateri kan memang dah tinggal 2 bar. Akak punyalah jimat. Amik gamba yang penting2 je. Yang kucing2 ni pun satu hal. Time bateri kamera tinggal ciput ni lah dia buat muka kiut. Main tepuk tamparlah dia. Jalan pegang tanganlah. Okey tu tipu. Hihi.
At last. Mengalah jugak. Terbang RM139 walaupun cap hayam. Beli kat kedai kamera Midvalley. Budak yang jual tu cakap, kalau yang ori tak de warranty. Yang cap hayam ni ada 6 bulan warranty. Harga pun bolehlah walaupun terkedu jugak sekejap sebab tension tak sudah dgn keajaiban charger yang boleh hilang serta merta kat rumah tu. Tapi yang pasti lepas ni beli buku log. Sape2 nak pinjam tolong sain. Hahaha.
p/s Line internet sangatlah menyedihkan. Macam biskut.....kejap ada, kejap tak de. Jadi tak berpeluang sgt nak bw. Mintak mahap ya tawan2. Bila dah okey, akak gi jengah ya.
6 comments:
ha ha ha..bahaso yang acik solalu
donga maso kek kampong dulu..tanya yo..mosti jawab e agung pinjam..kok tak nak sakit hati..baik toksah tanyo ha ha
kitteh apa khabar..moody lagi ke?
patutla dok tunggu akak update blog xmuncul2..rupa-rupanya internet akak kene sawan.hehehehehe
pandai kamera pun. masa macam tu jugak dia nak buat perangai kan. tension je. selalu jugak saya terkena dengan henpon...kadang2 terserempak benda menarik kat jalan, elok nak snap..battery tinggal 5%...hampagas betul!
Nasib baik ada jugak yg cap ayam, boleh beli. Kalau kena beli yg ori, senak perut la, adoyai..
assalamualaikum,
bunda singgah sini..salam kenal
Post a Comment