Walaupun cuti dah abis, akak masuk opis lambat sikit hari ni. Petaaaang baru bersiaran. Sebabnya macam biasa, utk orang 40an seperti akak ni, selalulah dapat warning dari Allah. Badan mula sakit2, meragam sana sini. Suruh beringat kan.
Hari ni first time sejak 4 tahun, akak tinggal sorang2 sehari suntuk. Suami yang dah pencen, kembali bekerja. Mudah2an adalah rezeki dia terus kerja selagi mampu. Farah dah pergi ke Puncak Alam. Arif pulak sekolah sampai petang.
Mula2 macam tak larat nak menulis tapi bila blogwalking dari tengahari tadi, terus rasa excited nak bercerita. Hikayat Milo Mahawangsa, Puteri Peah dan Memanda Micki tu, esok2lah ya. Banyak hal jugak yang dibuat 3 ekor tu. Mengah akak kat rumah.
Hari ni akak citer pasal Farah masa hari pendaftaran kat Puncak Alam minggu lepas.
Walaupun ghumah dokek yo, akak totap botolak tang ghumah subuh golap laiie. Gamba ni akak amik masa on the way turun bukit, dari dalam bas. Punyalah ramai mak ayah hantar anak2 hari tu, sampai jam nak naik ke kolej kediaman. Ini pun kira pendaftaran hari kedua. Tahun ni kereta mak ayah dibenarkan naik sampai kolej untuk drop barang anak2. Lepas tu, si driver, silalah turun bukit dan park di tempat khas dekat dgn bangunan fakulti. Kemudian si driver tu bolehlah naik bas uitm utk naik ke kolej pulak. Nak menapak pun boleh gak, tapi bila sampai atas kompom lencun baju dek peluh.
Bas memang banyak dan tak perlu risau. Dan sementara tunggu bas tu, ada disediakan khemah2 siap kipas lagi, walaupun di cuaca terik ni macam tak de makna je. Bahang panas je yang terasa walaupun duduk bawah kipas terutama untuk orang gebus gebas macam akak ni.
Kat sinilah Farah akan bermastautin untuk setahun. Kolej Rafflesia 2, namanya sibangunan ini. Dia duduk tingkat 5 dan alhamdulillah ada lif. Tapi masa minggu orientasi atau mds, tangga jugak jadi pilihan sebab nak kejar masa. Tunggu lif macam tunggu deghoyan gugur. Lambat sangat.
Sebelah kolej tu, nun sebelah kiri tu kan, ada bangunan serba ada. Semua ada kat situ, cafe, atm, kedai, kaunter tiket bas ekspres dan macam2 lagi. Mak bapak je tak ada sebab disuruh pulang cepat lepas dah hantar anak2. Hehehe. Farah pun telah buat kesimpulan untuk lupakan saja impian utk kuruskan badan sebab cafe hanya sepelaung je. Masa akak pergi hari Ahad semalam, kemain banyak lagi gerai makanannya. Sedap ke tidak tu, tak tahulah pulak.
Farah dgn muka menten hepi padahal masa ni tengah tensyen nak ditinggalkan oleh mak ayah. Maklumlah 18 tahun membesar depan mata akak. Tak pernah berenggang dari ketiak mak dia, budak ni tau. Ini kejadian sebelum hujan ni. Lepas tu mencurah2 hujan tapi akak je lah. Dia tetap kontrol airmata yang bertakung sampai merah2 hidung. Hahaha.
Gambar atas tu, ialah gambar rumah dia. Satu rumah tu ada 4 bilik. Satu bilik ada 2 orang student. Beruntung bebudak ni tau. Toilet semua kat dalam rumah tu. Masa akak dulu, nak pergi toilet kena keluar bilik dan jalan kat balcony tu. Kalau memalam sila pandang depan saja. Jangan toleh kiri kanan, belakang, atas dan bawah. Ataupun, sebelum tidur sila pergi toilet siap2 masa orang ramai lagi masih belum tidur.
Tapi bab sidai baju kat kediaman dia ni susah sikit. Tak de tempat pun nak menyidai. Kat tingkap tak boleh. Maka semalam, akak dah siap belikan dia penyidai besi yang beroda tu kat Giant. Sharelah pakai satu rumah.
Katil dia sebelah tingkap. Jadi dekatlah dengan study table tu. Masa pendaftaran tu, dah siap2 bagi bilik mana, katil mana semua. Kunci rumah dan almari pun siap2 bagi.
Kami sampai ni pukul 8.30 lebih kurang. Pukul 9.00 dah siap kemas semua baju2 dan katil dia. Pukul 10 pagi akak dah berangkat balik. Kebanyakan yang sampai awal ni orang jauh2 lah macam kelantan, kedah semua kan. Roomate Farah pun orang Kelantan. Kelakar jugaklah Farah ni berborak dgn roomate dia. Macam ayam borak dgn itik je. Kalau faham tu rancaklah bercakap. Bila keluar vocab canggih roomate tu, sengih je lah si Farah ni. Pelan2lah kan. Lama2 nanti gerenti boleh fluent kecek kelate ni.
Akak dulu masa sekolah asrama, majoriti kawan akak dari Kelantan dan Johor. Masa zaman U pulak orang Penang ramai. Seronok sangat masa jadi student ni.
Inilah kediaman baru lampu ganas dan jam loceng pink ni. Selesai semua hari pendaftaran. Pukul 1 pm dah sampai rumah setelah singgah tapau makanan di kedai makan Salero Minang di Pekan Meru.
Sampai rumah, adalah satu kejadian kelakar berlaku. Husband akak buat drama airmata tau. Meleleh2 airmata masa tengah makan tengahari tu. Sunyi katanya. Masuk rumah, baru terasa kurang sorang anak. Akak ingat dia tak terkesan pun. Menten tough je dari masa pendaftaran tadi kan sampai nak tinggalkan anak pun, setakat salam je. Bila sampai rumah, siap kena pujuk pulak. Hehehe. Tapi akak, jangan cakaplah. Dua hari sebelum dia bertolak, dah sayu. Pantang tersentuh sikit, mesti banjir. Nak buat camana kan, anak 2 orang je. Nasib baik jarak umur jauh. Lagi 4 tahun kot, baru Arif pulak berjauhan dari akak, insyaAllah.
Selesai mds, hari khamis lalu Farah dah pun balik ke rumah utk celebrate birthday dia. Sebenarnya birthday dia hari ni. Saja akak belikan kek dan jamu kawan2 serumahnya semalam.
Akak tak nampak pun umur dia 18 tahun. Di mata akak, Farah masih budak kecik mata bundar yang baru je akak lahirkan. Terima kasih Allah kerana mengurniakan anak yang sangat baik dan menenangkan hati ini. Alhamdulillah.
Okeylah. Akak mintak diri dulu ya. Hari dah hujan ni. Kang banjir pulak kalau dilayan. Huhuhu.