Pages

Monday 30 July 2012

Berapa banyak episod sudah missed niiii....

 

 

Akak pelik betul tengok perangai Milo dgn Puteri Peah sejak akhir2 ni.

 

005

Dulu sayang menyayang, cinta dikenang....

 

028

I jilat U...

 

067

U jilat I.  (ini versi kucing tau so jgn fikir lain ya) 

 

040

Gurau manja2 setiap malam jumaat. Sekali lagi versi kucing jugak.

 

Tapi sekarang........huhuhu ...sedih...

 

011

Inilah dia buah hati deddi. Peah pulak dimana?

 

021

Sekadar di pinggiran....tengok je tang jauh. Nak dekat pun tak boleh. Deddi memang menggarang je dgn Puteri Peah sekarang ni. Kadang2 bukan gurau, gigit betul2 sampai menjerit member kena baham dek rimau jadian tu.

Sebenarnya akak saspek ada kejadian berlaku dalam telenovela ni. Akak dah ketinggalan banyak episod jugaklah, rasanya. Tetiba je dari pengarang jantung jadi macam melukut di tepi gantang pulak. Macam ada sesuatu yang terjadi masa episod yang akak dah termiss tu.

Memang akak rasa akak dah termiss episod kemuncak agaknya. Teruk sangat ke dosa Peah ni? Nampak kachiwa sangat atuk Milo kat dia. Nyampah betul dia kat Peah. Peah pun sekarang ni tak dapat watak utama lagi dah. Setakat watak tempelan, tukang hidang air, tukang jaga kedai runcit hujung kampung tu, tukang bodek heroin. Itu je lah nampaknya. Kesian. Frust betul akak dah miss episod tu. Nak ulang tayang tak boleh. Cari kat youtube lagilah tak ada. So sekarang akak blur tak tahu apa dah terjadi.

 

 

015

Peah sekarang ni tidur pun kat celah kerusi, belakang tingkap. Peluklah teddi bear kecik tu buat pengubat rindu kat deddi. Sedih kan.

 

028

Remember the time when i was your only little girl, deddi....

 

270

 No one else. Only us....Don't you remember, deddi?

 

049

I've grown up, deddi. Maybe i don't look this cute anymore but I'm still your little Peah....Please love me still.....just like the old days.

 

Ooowhhhh.....akak nak gi cembeng balik pintu jap. Sedeh kan.

Wednesday 25 July 2012

Kehadapan bakal mertua....

 

 

Orang kata kalau nak pikat anak gadis kena pikat hati maknya dulu kan.

 

091

Monomui bakal montua den, Puan Nini.

Somonjak duo monjak ni, den tak lalu nak makan, mandi memang tak lah. Tido pun manjang lolaaaaap yo. Tapi asik mimpi kek Dobot. Tak tontu aghah ghaso eh. Kongkadang mongigau kojar dek Dobot. Osah kuek laghi gelpren den tu. Mongah den bilo bangun tido.

Bobalik pado tujuan asal den. Sudi apolah kigho eh, Puan Nini yang budiman, untuk monoghimo den sobagai monantu. Den ni bukanlah oghang boghado, anak pun dah duo. (bukan atas kerelaan hati den) Tapi hati den umaaaaannnnnghaaai memang baik. Kalau tak cayo, silo baco testimoni omak den. Maso dio tak sihat, den ni lah yang mongubek ngan air liur den.

Tontang hantaran ni kok buleh bagilah diskaun yo. Solobih eh den soghah kat mak den yo lah uruskan.

Sokian.

Yang mongharap,

Milo.

025

 

Haaa, amacam nini? Akak tengok atuk ni lain macam je sejak akhir2 ni. Nak kata tak sihat, nampak macam terkinja2 pulak dia kadang2. Barangkali angau lah. (dah lama tak guna perkataan barangkali, kan. Tetiba...)

 

092

 Tambah2 bila dapat surat chenta dari Dobot. Lagilah tak keruan.

 

089

 Surat tu pulak semerbak dgn perfume chap ikan kering. Fuuh! Bergoncang iman atuk!

 

097

Siap keychain ni pun ada bulu Dobot selai. Hehehe. Okey, tipu. Sebenarnya puas dia scan tapi tak jumpa barang selai pun. Frust.

 

023

Setakat ni hanya cincin tanda ni je yang dapat akak siapkan. Hehehe.

 

 

015

 Sarung jap kat tangan Milo. Nampak okey je. Cantik tak? Agak2 berkenan tak Dobot?

 

022

Tukang bawak cincin tanda. Mintak mahaplah nampak macam kuang aja je bawak cincin pakai mulut. Tak sempat Milo nak ajar anak bongsu dia cara2 mengangkat dulang hantaran dgn lebih sopan. Kihkihkih.

 

302

Hantaran utama......... si empunya diri. Akak poskan je lah ya.

 

 

P1010584

027

Bilalaaaah agaknya dua cap jari ni nak bersatu.

 

Terimakasih banyak2 Nini atas segala pemberian. Akak sukeeeeee sangat. Lagi suke dari Milo. Cuma tak sampai hati nak tayang muka hepi akak lompat2 keriangan. Hehehe.

Tuesday 24 July 2012

Bateri lemau di bulan puasa....

 

 

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari keempat puasa. Punyalah payah nak update. Bateri akak lemahlah dik oii. Puas dah ganti bateri tapi bateri yang ganti ni pun lemau jugak. Hehehe.

Bulan Rejab dan Syaaban hari tu pun puasa jugak tapi ramadhan ni lain macam sikit. Sebenarnya akak ni tiap tahun ramadhan datang lengkap dgn pakej dugaan perasaan. Orang berumur macam akak ni pulak emosi pun kemain rapuh lagi. Asik nak mencembeng je. Mengaji cembeng, sembahyang cembeng. Sayu je rasa hati.

 

 

017

Yang tak reti lemau, ialah dua ekor ni. Minah dan Peah. Minah tu kaki cembeng jugak tu. Baru Peah usik sikit dah menjerit, sampai ke luar rumah boleh dengar. Mulut ternganga tu bukan nak gigit Peah tapi dia tengah menjerit tanda tak rela dicabul Peah.

 

013 

Peah pulak sejak dah akil baligh ni sangatlah saiko. Gangguan hormon agaknya. Mulut senyap je tapi bertalu2 digigitnya Minah kaktus tu. Masa ni akak memang kena jadi referee wrestling tu, kasi lerai depa berdua ni. Kalau tak kang ada pulak yang cedera parah.

 

038

Dah penat bergumpal, dia lepak atas kerusi akak ni. Main mainan gantungan tu, sambil skodeng jiran. Alhamdulillah masa bulan puasa ni tak de pulak nampak sotong kurita berjemuran kat swimming pool tu. Mungkin diorang ni cuti summer dan balik negara masing2 kot. Tapi Arab2 masih ramai lagi.

Yang kelakarnya time terawih Arab ni buat stail kat Mekah jugaklah. Masa witir tu baca doa qunut dan doa macam lepas sembahyang tu. Kemain lama, adalah dekat 8 minit. Kalau kita kat Malaysia ni, time malam 15 ke atas je baca doa qunut kan. Ini anak akak Arif lah citer sebab dia yang tiap malam pergi terawih kat surau tu. Siap request nak pinjam bangku sembahyang akak tu sebab lenguh kaki katanya. Kena marahlah dgn akak. Apa hal kecik2 lagi dah lenguh kaki.

Akak setakat ni terawih sendirian di rumah. Belum kesempatan ke mana2 masjid kerana kesihatan yang tak mengizinkan. Teringat masa sekolah asrama dulu, jarang miss terawih. Sekolah kami dulu belum ada surau besar jadinya sembahyang terawih buat kat gym. Macam sauna lah gamaknya. Habis sembahyang turun dua kilo. Lepas sembahyang pergi koop, kasi top-up balik dua kilo tu. Hehehe

 

 

007

Haruslah ending dgn gambar atuk yang sedang membawa diri ni. Dia ni memang sentap je kebelakangan ni. Tak tahu apasal. Tak nak lagi duduk dalam bilik dgn akak. Masuk setakat nak buat aduan je, kemain kuat dia mengiau macam orang tua mengamuk je. Dah penat merahang dengan suara rock tu, dia keluar balik. Tak faham akak.

Lepas tu, tiap kali Farah balik rumah, mesti dia mengkencingkan selimut atau cadar Farah. Agaknya dia nak letak tanda kot. Akak rasa dia saspek Farah ni sesat agaknya, sebab tak nampak muka sampai 2 minggu baru balik rumah. Tu pasal dia bagi tinggal bau kencing dia kat Farah supaya Farah tahu jalan balik rumah. MANYAK CANTIKKKK LU PUNYA TEORI, ATUK!!! Tensi akak dibuatnya.

Okeylah, selamat beribadat pada semua sahabat. Walaupun dah masuk hari keempat akak naaak jugak mohon maaf jika pernah ada akak tersinggung perasaan ketika menulis ni. Maafkan akak ya.

Wednesday 18 July 2012

Sukan Olimpik

 

 

Tak lama lagi sukan olimpik kan. Jangan tak tahu kat rumah ni pun ada jugak acara sukan olimpik tu.

 

112

Pertandingan mengumpul taik mata. Micki awal2 lagi dah kalah. Kucing baya dia ni asik nak main, gurau je. Tidur ni memang boring amatlah bagi dia.

 

010

    Pertandingan makan. Dah sah2 pemenang ialah atuk.                                                   

 

054

Daaaaaan.....memerut berirama. Hahaha.

Dan untuk ketiga2 kategori ini atuk dapat anugerah khas juri sebab paliiiiing lambat. Makan lambat, tidur lama dan bab memerut pun sama jugak. Nak buat camana kan, badan dah pakai lama. Spare part pun tak pernah berganti. Dan kadang2 ada kuasa tambahan pulak kat hujung2 tu siap kena tarik keluar lagi tau.  Kihkihkih. Mintak mahap atuk...usik2 membawa bahagia kaaaaan.

 

057

Bagi mereka yang terganggu dgn pemandangan di atas, akak sajikan gamba bunga dua kuntum. Bagi neutralise sikit kapla, hokey.

Friday 13 July 2012

Oh! My Translator....

 

 

Hari ni akak tak nak citer panjang2. Cukup utk santapan kelakar hari Jumaat ni utk menyambut wiken yang penuh riang gumbira, insyaAllah.

Hari tu masa book fair kat PWTC banyak jugak buku2 yang akak beli. Akak memang suka pergi booth yang jual buku lama2 yang dah tak dicetak lagi. Warna kertas pun dah kuning je. Lepas tu buku2 tu semua letak dalam kotak2, jual murah lagi. Ada yang jual RM20 je padahal harga asal sampai dekat seratus.

Mencari buku2 ni macam kira cari harta karun jugaklah. Sebab dah banyak buku yang sangat interesting akak jumpa dalam lambakan buku2 lama tu. Ikut nasib jugak nak jumpa ni. Sebab hanya ada satu je pun kan. Bila dah jumpa, sila jangan letak merata, genggam erat sebab kalau letak balik, gerenti orang lain sambar. Putih mata nanti.

 

001

Ini satu buku yang akak jumpa. Akak beli dgn harga RM40. Harga asal tak tahu pulak tapi USD16.00 tulis kat belakang tu.

Dalam buku ni banyak jugak fakta2 pasal Malaysia yang akak tak tahu. Macam contohnya di tapak Menara Maybank kat pudu tu, dulunya ialah bangunan mahkamah sesyen. Midvalley Megamall tu pulak dulunya tapak kuil Sri Maha Sakthi Muhambikai Amman. Dan Berjaya Times Square tu dulunya berdiri megah bungalow tycoon Cheong Yoke Choy.

Lepas tu tahu tak, fast food outlet pertama kat Malaysia ni ialah A&W. Dibuka di Batu Road pada tahun 1961. Lepas tu tahun 1973 barulah KFC dibuka di Jalan TAR.

Lagi satu yang menariknya kat Malaysia ni ada lebih kurang 10 Mobile Meals. Roti man ataupun akak biasa panggil Babu Roti, Tau foo far man, Cendol & Rojak man, Yong tau foo man, Noodle man, Dim sum man, Market/ Vegetable man, Pau man bukan kaki pau yang muka parut2 tu ya, Ice cream man (pak angkat fevret bebudak) dan nasi kandar man. Satu lagi akak rasa dia tertinggal ni, satay man. Kan dulu2 orang jual satay pakai kandar kan. Best kan Malaysia kalau bab makan-makanan ni. Meriah sangat.

Satu lagi yang kelakar dalam buku ni yang akak mesti share. SUBTITLES PELIKS dalam panggung wayang.

Movie                                    English Dialogue                         Malay subtitle                     

The Terminator                   "Asta Lah Vista Baby"                "Pemandangan Astalah Baby"

Rambo                                "Bring in the chopper!"                  "Bawa Kapak!"

The Davinci Code           "We should toast our victory"         "Kita patut memberi roti bakar"

I know what U did last           "Serial killer"                             "Pembunuh bijirin"

Summer

 

Yang last sekali tu kelakar betul. Tak ganas langsung pembunuh dalam citer tu. Setakat pembunuh bijirin je nak takut. Tah hape2 mat saleh ni.

Alah..translator akak pun apa kurangnya. Sentiasa terbabas sana sini.  Meh akak suruh dia translate ayat ni. Hanya jauhari mengenal manikam.

Translator den: Only you Mr Johari who knows this stabber man. Send my regards, hokey!

Hahahaha. Happy wiken everybadeh... Panjang umur kita jumpa lagi, insyaAllah.

Wednesday 11 July 2012

Ini kompom dan dijamin citer bapak susuan.

 

 

Tak payah mula dengan kata2 pendahuluan ya. Nanti kang mahunya akak terkeluar tajuk sekali lagi. Straight to the point.

 

050

Ini kucing sangat susah hati sejak akhir2 ni. Muka berkerut tak sudah. Nak tanya dia apakah problem? Tak reti pulak bercakap bahasa yang boleh difaham. Tapi kalau dia tetiba bercakap bahasa manusia, mahunya pitam kita.

Ni gambar yang ditangkap masa si Wahau ni masih ensem dgn misai melentik. Beberapa hari lepas tu, Mizz Nisya kat rumah tu telah buat projek makeober ke atas Wahau masa mak akak tengah sembahyang. Habis kontot misai kucing tu diguntingnya. Bulu kening tu pun tak ketinggalan ditrim habis oleh budak bertuah tu.  Dahlah kucing ni memang sentiasa muka tensyen.

 

016

Memang sah minggu ni jadi minggu tensyen sedunia utk Wahau. Mak akak saspek, anak angkat dia ni pun penyumbang masalah Wahau. Maklumlah sekarang ni share banglo 3 tingkat tu dgn anak2 dia. Anak2 pulak buas kemain. Orang nak memerut pun tak senang. Bayangkan bila Wahau tengah meneran, anak2 dia pakat pegi bergurau kat tengah2 perut gebu dia tu. Memanglah hangin kan.

Mak akak pulak tak sampai hati tengok kesayangan dia tensyen, maka Wahau pun diberi cuti dan dapat tidur dalam bilik, atas katil.

 

036

Wahau ni  memang habit dia tidur terlentang. Mak akak pulak memang suka tepuk2 perut dia yang gebu tu. Masa tengah tepuk2, raba2 tu tetiba terasa macam nenen si Wahau ni timbul pulak satu. Obvious sangat timbulnya tu.

 

034

Cer tengok tu. Bengkak hokey. Rupa-rupanya anak angkat dia yang warna putih tu punya keje. Sedaaaaap je dia menghisap kat Wahau. Kesian betul. Hari tu Puan Alang sapu krim . Alhamdulillah elok. Nasib baik tak luka. Bukannya ada susu pun, kucing jantan lagi. Adoiiiyaiii...mental betul anak2 kucing nih.

 

048

Muka macam suci bersih tak berdosa je. Tapiiii...sampai bengkak nenen Wahau kena seksa.  Kelakar pulak bila difikirkan. Tapi pada si bapak yang menanggung tu tak pasal2 je kesakitan. Kesian.

Monday 9 July 2012

Ini baru citer bapak susuan.

 

 

Mintak maaf ya, siaran tergendala selama beberapa hari sebab akak tak berapa sihat, kata orang kampung akak, feeling under the weather, haa camtulah lebih kurang. Selsema tak menahan sampai dua tiga hari hingus meleleh macam kepala paip tutup tak ketat. Penyudahnya akak sumbat tisu je dalam hidung. Sekarang ni tengah picit2 hidung bagi kecik balik lubang hidung yang dah semakin besar. Hahaha.

Kita sambung balik citer bapak susuan tu ya. Entah apalah nasib family akak ni. Selalu je dapat kucing baka mental. Macam2 perangai. Akak kat rumah ni dgn Puteri Peah yang self abuser tu. Tiap hari ada je masa nak tendang dan lempang diri sendiri. Akak saspek dia ni selalu rasa diri berdosa agaknya. Kadang2 sampai akak kena pegang kaki tangan dia tu. Kalau tak bergegar2 kepala dia kena tendang. Kuku memang kena mantain pendeklah, kalau tak siap berdarah pulak nanti.

Yang si Micki aka Minah Kaktus ni manja terlebih. Kalau tinggal sorang2 dalam bilik, kemain kuat dia merahang, mengiau kat depan pintu. Terutamanya kalau Farah balik rumah. Tak boleh hilang Farah, si minah ni.  Lately ni pulak suka sangat mendengar orang berborak. Asal akak berborak dgn Farah je dia datang menyelit kat tengah2. Entah mana datang, tetiba je terpacul.  Time akak kekecik dulu, kena jegil mata dgn mak kalau nak mendengar orang tua2 berborak. Kalau kawan2 mak datang, silalah buat air di dapur. Lepas hidang air tu, janganlah nak tersipu2 duduk sama2 walaupun kita kenal rapat sangat dgn kawan mak tu. Kompom kena buntang mata. Daaan kalau dah buntang mata, masih lagi buat blur, siaplah bila dah habis sesi fes to fes mak dgn bff dia tu nanti. Dapatlah barang se das sepit ketam di lengan.

Owwwh akak dah jauh sangat keluar tajuk. U- turn balik. Akak nak citer hal kucing mengong + pelik yang mak akak bela.

102

Yang warna putih pengumpul taik mata tegar tu namanya Saguah. Dia ni akak amik kat kedai achi kat depan hospital PD tu.  Kesian tengok. Achi tu nak jual adik beradik dia yang lawa2 belaka. Yang dia ni achi tu kata dia tak nak bela dan nak jual pun tak laku sebab kepala macam tak betul. Suka sangat kacau adik beradik dia yang perasan glamer ala kakak tiri cinderella tu. Dia ni kononnya macam cinderella lah. Pfftt. Lupakanlah. Tak de makna nak jadi cinderella. Balik rumah dan dah bela sebulan baru nampak jelaaaassss (bak kata Hafiz) perangai mental dia tu. Kadang2 macam orang kena sampuk. Tetiba dia pecut 100m dan berulang alik sampai soploh doploh kali. Lepas tu diselang seli dgn terkinja2 di tengah2 larian tu. Macam kena gigit ulat pun ya. Bila akak tengok kat badan dia, tak ada pulak. Mata dahlah juling. Lepas tu bab makanan, semua dia sapu. Selipar Nisya asik nak kena ganti je. Dikunyahnya selipar tu sampai tinggal separuh. 

 

Ada sekali tu akak bawak klinik, pegi makan ubat cacing dan vaksin, doktor cakap dia ni mmg buah pinggang satu je. Yang satu lagi dah mengeras. Masa tu badan si saguah ni mmg kurus melidi. Padahal makan banyak. Lepas tu tukar diet dia ke RC fit. Alhamdulillah dia okey. Dah gemuk. Dan yang pasti lebih cergas dan lebih mental dari dulu. Cuma selipar jepun tak dibenarkan lagi di sepah2 kan depan dia.

 

 

041                                            Ya, ada apa-apa boleh saya tolong?

 

Ini pulak namanya kerumun. Asalnya adalah anak kucing yang dibuang di depan pagar di bawah pokok bunga kertas mak akak. Masa mula2 ambik tu letak dalam kotak. Cucu2 mak akak sibuk berhimpit2 nak tengok anak kucing ni. Mak akak pun cakap, " Janganlah di koghumun kucing tu. Lomehlah dio."  Maka si Nisya ni pulak faham ke lain. Dia ingat mak akak panggil kucing tu 'koghumun'. Siap panggil dgn suara kiut2 " krumuuuun, meh, meh main." Sampai sekarang lekat nama kerumun tu.

Dia ni tak de lah pelik sangat. Cuma agak gatal sejak akhir2 ni. Asik nak cari jalan keluar je nak jumpa boipren. Tapi dalam pada tu, mengopek jugak bila jumpa bantal.

 

009

 Tangan kita pun kena kopek jugak tau. Siap basah segala jari tu. Jari Nisya lah yang selalu kena, terutama kalau dia tengah tidur. Sedap je si kerumun mengopek.

Alamak aiii...citer bapak susuan tu esok2lah ya. Tak sempat nak citer hari ni. Budak tampal poster wayang ni memang nak kena buang keje agaknya. Selalu je salah tampal tajuk. Hehehe.

Tuesday 3 July 2012

Aktiviti 'mak sibuk'.

 

 

Sejak akhir2 ni memang susah sangat akak nak cari masa nak hapdet belog. Ahkak sebuuuk sahngattt.

Sekarang ni aktiviti mencebok kucing haruslah dipikul oleh akak dan Muhammad Arif tu. Tapi memandangkan si Arif ni ingat2 lupa kadang2, maka akak terpaksalah cover sekali. Yang dua ekor kategori lightweight tu senang baito. Pikul je atas bahu dan letak di jamban dia di luar rumah. Dah membuang, amik poop bag tu, kaut dan buang. Kalau atuk yang masuk kategori heavyweight tu payahlah sikit. Sakit pinggang akak nak memikul. Salah pikul kang, mulalah dia melalak dgn suara ramli sarip tu. Yang atuk ni memang akak sub kat Arif je.

Tapi kalau nak sub pastikan kontraktor tu bertauliah jugak tau. Arif ni kadang2 sesuka hati stail robot je dia urus hal menjamban atuk tu. Bukannya dia pastikan atuk tu dah siap ke belum. Letak agak2 seminit dua, terus angkat dan basuh. Atuk ni kan dah tua. Nak tunggu datang gesa nak memerut tu satu hal. Lambat. Nak gali pun satu hal lagi. Penyudahnya...adalah sekali dua atuk ter accident di alas kaki rumah akak dan di atas comforter. Haru sungguh.

 

011                            Muka sebelum memerut. Tensi tahap gaban.

 

P1020235 Sedang melangkah ke jamban. Iyaaa..melangkah sendiri jeee. Melampau pulak kalau nak kena dukung bagai.

 

003                              Ahhh...lega. Sesudah memerut.

 

Takkan itu je pun aktiviti akak kan sampai blog pun terabai. Kata sibuk sangat.  Untuk orang tua macam akak ni kira sibuklah tu.

Every Friday pulak, kalau tak balik kampung, akak ke Puncak Alam menjemput Farah. Penat woo menempuh jem. Pondok tol je sampai 4 dari Sunway sampai Meru tu. Tapi sebab rindukan anak punya pasal, tak pe lah. Ku tempuh jua segala bapak jem ni.

 

022

 

Kadang2 pagi2 lagi akak dah sampai. Puncak Alam pun masih berkabus. Sebelum tu kena tempuh Pekan Meru dulu. Pekan kecik je tapi best sebab masih ada suasana kampung. Tapi masuk bab jalan memang hazab sikit. Melambung2 macam roller coaster. Manhole pun membonjol je kat tengah jalan. Sampai je rumah sakit2 badan akak. Tapi alhamdulillah dapat peluk dan cium anak, hilang segala sakit.

Minggu depan ni mungkin balik kampung jumpa mak, insyaAllah. Maka berangkutlah sekali rombongan atuk Milo lengkap dgn Puteri Peah dan Cik Minah Kaktus.

 

 

017   

Atuk ni senang sebab pakai troli je. Tak larat nak memikul. Sambil2 tu share jugak troli dgn perkakas makanan dia. Sebab kat kampung pun dia nak makan pakai mangkuk sendiri. Diva sungguh.

Itu yang tarik troli tu akaklah tu. Akak sekarang ni pegi memana pun pakai kaftan lengan panjang tu je. Tak kose nak pakai blouse dgn seluar bagai. Memang sudah serupa orang tua je akak ni. Rupa tua tak pe asal hati sentiasa mudeee, kan, kan. Tak de maknanyaaaa tuu, adik2 sekelian. Camana nak feeling muda bila berjalan jauh , naik tangga sikit, siap satu rombongan dgn geng sound effect cik lutut dan cik pinggang. Krrup krraap kruuup kraaap. Dah macam bunyi okestera bila naik tangga tu. Kihkihkih.

Dengan itu mintak mahaaaaplah kalau selow benar akak menghupdet ya.  Dan terima kasih sesangat pada yang sudi menunggu updet dari akak walaupun kaedahnya macam kura2 tercekik. I olls love u olls veli veli much!!

Monday 2 July 2012

Bapak susuan

 

 Assalamualaikum.

Haiiihhh....tak sedar dah lebih seminggu akak cuti. Maklumlah bola punya pasal. Tambah2 time knock-out punya match. Haruslah tak miss kan. Daaaaan semalam favourite team akak menang. YEEEAAAAYYY!!  ESPANA! (maaf, syok sendiri) Akak tengok bola tengah2 malam tu sorang2 je pun. Bukan ada geng. Geng bulu-buluan adalah. Bukan hantu raya tau. Tapi spesies yang kiut sikit tu.

 

Minah Kaktus dan......

008 021      .........Putri Peah.

 

 

Bila EURO dah habis maka diharapnya rutin balik kepada normal. Tak de lagi hidup ala-ala burung hantu.

 

 

 

Atuk pulak? Atuk tu tak yah tanyalah. Akak memang pelik dgn perangai dia sekarang ni. Tiap malam macam sibuk je pastu tak nak tidur. Selagi akak tak bagi dia keluar, dia akan menyalak dgn suara rock tu kat depan muka akak. Macam biasalah, air liur memang tak tinggal. Bomoh airliurlah katakan. Siaplah muka akak kena jilat sekali. Kadang2 hangin jugak akak. Apesal tak lekat duduk dalam bilik akak ni. Macam kepanasan je. Sekali sekala nampak macam orang kahwin dua pulak, atuk ni. Sibuuuuuk je malam2 nak ke sana sini. Bila akak bukak pintu tu, melompat2 dia keluar sambil menyanyi lalalalala...aku dah bebas. Betul. Nampak macam terkinja2 pulak dia berlari tu.

 

040

 Muka sardin je bila kena marah. Macam buat pekak pun ada jugak nih. Geram betul akak. Nasib baiklah akak melayan bola time pukul 2 pagi tu. Nak bagi dia tidur luar permanently takut  nanti lama2 sentap pulak. Kang ada pulak yang tuduh Putri Peah dgn Minah Kaktus membiarkan bapak yang sudah tua terbiar di tepi jalanan. (jalananlah sangat)

 

040 

Macam ni lah rupa terbiar di tepi jalanan tu. Siaaaan kan. Hmmmpph..kesianlah sangat. Padahal sofa empuk dia tu adalah jarak sejengkal je kat tepi pintu tu. Saja nak buat drama tau.

Itu ajelah akak nak update pasal 3 ekor ni. Ooopss pasal tajuk tu, mintak mahaaplah ya. Citer bapak susuan tu besok2 baru keluar. Biasalah akak, tajuk letak dulu baru nak mengarang. Last2 citer ke lain pulak. Anggaplah tajuk tu macam poster wayang yang salah tampal. Hehehe.