Pages

Wednesday 31 October 2012

Smile and Pose....

 

 

 

 

178

On the way balik ke KL, Peah cukup asyik dgn pemandangan. Semuanya dia kagum.

 

176

Nampak lori, bas, motor kapcai pun dia jakun.  

 

188

Habis round satu kereta. Dari belakang ke depan dan dari depan pergi pulak ke belakang. Lepas tu tetiba macam ada satu cahaya terang macam  berkilau pulak tetengah hi-way tu.

 

179

Rupanya ada kamera kiut yang amik gamba retis dalam kete. Padahal husband akak bawak slow sangat, siap 80kmj lagi. Tengok2 semua kete dia snap gamba. Slow ke laju ke tetap memancar flash tu. Mungkin sebab dalam trial kot. Siang2 tak nampak sangatlah. Kalau memalam, memang terang sekejap hi-way tu dgn flash. Memancar sangat macam dalam studio pulak.

Jadi kalau sesapa lalu hi-way plus S'ban ke KL sebelum sampai tol Kajang, don't forget to smile and pose ya. Lepas tu boleh collect gamba kat balai polis berdekatan. Hehehe.

Tuesday 30 October 2012

Ke hadapan atuk yang dirindui.....

 

 

Warning : Entry ni adalah sangat panjang. Maklumlah citer YB Latuk Milo yang sangat jarang2 keluar majalah sejak akhir2 ni.

023

Gambar terbaru. Ambik gambar ni pukul 10 pagi tadi. Panas lagi nih. Istimewa untuk mereka yang merindui Milo.

Orang tua ni sekarang low profile. Susah nak nampak batang hidung dalam bilik akak ni. Kalau kat ruang tamu pun, dia suka sangat menyorok bawah sofa, bawah meja makan. Sentaaaaaap manjang. Mak akak cakap, "Kau tak paham jiwo oghang tuo, Da. Tak maun laiie sibuk2 bising2 camtu doh. Tambah2 kalau badan sakit. Sosak dado dibuat e. Meh sini Milo. Cor kau cito kak den."

Translation: My darling daughter, you don't know how we feel. We old timer aa, got very sensitive ears. Even little little noise, we hear like elephant and monkeys in the house. When we got sick, our heart got traffic jam also, you know. Come here Milo. Story me some more.

Yo lah tuuu, mak.

Sebenarnya kan, memang Milo nampak kurang sihat sejak akhir2 ni. Jadi 2 minggu lepas akak bawak dia pergi klinik di PD.

 

055

Dah terlanjur tu bawaklah serombongan sekali dgn Peah dan Minah kaktus.

 

135

Dua ekor ni nak bawak check telinga for mites. Dah cuci pun tergaru2 lagi especially si Minah kaktus.

 

144

Memeranjatkan dan geli sesangat. Nampak tak arrow merah tu. Itulah dia ear mites yang merayap2 dalam telinga. Yang hitam tu ialah bijih yang dikorek dari telinga Minah kaktus. Dasar pasar betul dia ni. Semua penyakit susah nak hilang. Dgn kurapnya, dgn cherry berry lagi dan latest ni pulak ear mites yang degil.

 

138 

Peah pulak? Owh..dia ni sangat bersih. Doktor siap bagi contoh telinga paling bersih untuk kucing. Bijih dia pun warna oren je macam manusia tu bukan hitam.

 

027

Balik rumah tu, akak pun terus lantik Puteri Peah jadi Ketua AJK Kebersihan dan Keceriaan. Deddi siap peluk lagi dgn penuh kebanggaan. " You make me proud, my daughter." Puteri Peah pulak jawab "Whateverrrr...Dulu marah kat orang. Asik sayang Mickiiii je. Tetiba Micki tu lah yang menconteng taik telinga ke muka deddi. Buat malu kaum je." (jawapan macam nak kena penampar kan. Kong aja.)

 

027

Milo pulak? Dia ni rupa2nya sakit mulut. Bukan ulser tapi due to old age, dalam mulut dia tu ada lipatan2 kulit yang dah tua dan jadi merah. Paling teruk di gigi geraham tu. Yang akak tunjuk tu kat gusi depan. Nampak tak merah2 tu. Kawasan tu lah yang pedih setiap kali dia makan. Patutlah dia melompat2 setiap kali lepas kunyah makanan. Doktor tak nak bagi a/biotic sebab sakit ni akan berulang balik walaupun dah elok lepas 1 course of a/biotic. Nak bagi a/biotic lama2 pun tak boleh sebab nanti akan merosakkan buah pinggang dia.

 

133

Doktor suggest bagi air gamat. Masukkan dalam wetfood setiap hari sesudu. Akak try cari kat sini tak jumpa. Kat Langkawi melambaklah kot.

 

009

Yang ada cuma brand ni saja. RM59 harganya. Akak pun tak makan gamat ni tau. Tapi disebabkan sayang sangat kat atuk ni, tak pe lah. Asal dia sihat sudah.

 

 

004

So far dia tak komplen. Jilat je sampai licin. Mungkin sebab ada bau macam ikan kot. Ker sebab layanan yang first class sangat sejak Farah ada kat rumah ni. Makan pun atas katil. Hamboiiii....sejak bila naik pangkat dari datuk jadi tan sri pulak ni?

 

029

Tidur pun nak beralas bagai. Akak baru je iron baju dan kain pelekat tu. Sedap je 2 beranak ambik sorang satu buat alas tidur. Ketua AJK Kebersihan dan Keceriaan tu tak pe lagi. Tapi Milo ni kan....

 

 

033

.....siap keluar air liur basi lagi atas baju kelawar akak. Baru ingat nak pakai baju ni lepas mandi. Arggggghhhhhh....Miloooo!!! You make my blood goes upstairs, you know!

Monday 29 October 2012

Raya haji tahun ini

 

 

Assalamualaikum,

Memandangkan kesihatan mak yang baru nak pulih dan cuti raya aji pun macam kedekut sangat, maka akak nyaris2 tak merendang tahun ni.

Akak bertolak balik kampung hari Rabu selepas ambil Arif dari sekolah. Memula cikgu kata sekolah tak cuti hari Khamis tu. Akak pun plan baeeek punya suruh Arif ponteng je sehari. Tak kosser sesangat nak harung jam balik hari Khamis petang esoknya tu dgn kete yang kadangkala mengigil2 enjinnya kalau terpaksa berensot2. Tapi tetiba Arif masuk kete cakap " Mama, esok sekolah ambik cuti berganti sebab cikgu2 ramai request." Alhamdulillah jawabnya.

Jadi kami pun bertolaklah ke kampung dgn jalan yang aman damai, tak dak jam langsung bersama 5 ekor kucing. Hati pun senang sebab anak tak perlu ponteng sekolah.

 

Photo0424

Nee noooneeenoooo...tepi tepi...sila beri laluan pada kenderaan yang bawak kucing sakit ni. Oh ya. Lupa nak bagi tahu. Si Tomey ni sebenarnya ada masalah infection jugak, bukan sekadar mogok lapar rupanya. 2 kali akak ulang alik ke klinik. Kali kedua tu, sebeban ubat dibekalkan doktor. Sibuk betul akak dgn pakej nak bagi ubat yang super pahit tu, dgn suap dia makanan lagi (force fed). Lenkalilah kita citer panjang lebar sikit ya.

 

 

Photo0420

Boipren dan girlpren duduk dalam kete sebelah menyebelah dgn ditemani oleh Kak Peah. Tak boleh, tak boleh......no no no. Kalau duduk berdua duaan kan, sape orang ketiga tu? Syaitonnirajim ya, anak2. Muka Uteh macam berbulu je sebab tengok Kak Peah kacau daun orang nak deting. Memang berbulu pun....semulajadi kan. Hahaha.

 

Photo0422

Sebenarnya kat dalam kete tu sempat jugak Peah menampar sedas dua si Uteh tu. Tah kenapa. Tak pasal2 dapat tamparan sulung akak ipar yang ganas. Tu micki tu macam menyorok malu kat badan Peah. Gambar ni akak ambik lepas kejadian kecoh tampar menampar tu lah. Tak bagi can langsung kat adik dia, Ustajah Peah ni. Siaaaan. Dahlah nak spay lagi 2 minggu. Baru jumpa jantan macho, dah kena tarbiyah dgn kakak. Selama ni pun duduk rumah ala2 kayangan ni mana pernah jumpa kucing lain kan. Tak sempat nak gatal dah kena tenyeh.

Deddi kat mana? Deddi tu sekarang ni memencil je. Dia duduk kat kaki akak tu. Tak kosser nak layan bebudak banyak hormon. "Aku ni dah menopos. Berbulu mata aku menengoknyer." kata Milo tu tau. Hari ni pakej semuanya berbulu ya. Maafkan akak dgn vocab yang manjang berbulu, tak tahu kenapa.

Sampai kampung, akak pun bukak topik menu raya. Sekali tu Alang kata, tak daya lah nak merendang. Akak pun macam...aduiiyaii letihlah pulak. Mak pulak cakap dia tak kisah pun. Tapi bila pandang muka anak2...tak sampai hati pulak akak.

 

087

Lalu pagi Khamis tu digagahkan jugak diri mencari daging fresh. Akak beli 3 1/2 kilo daging batang pinang + hati untuk direndang. 2 calar tulang rusuk pulak untuk dibuat sup. Total semua yang dibeli RM149. Mahal betul daging lembu sekarang ni.

 

097

Rendang dalam proses mengeringkan air daging. Belum masuk santan lagi ni. Mak akak pantang betul kalau tak betul langkah2 merendang tu. "Kau kocutkan dulu daging tu Da! Jangan totibo nak masuk santan yo!"

Dan pakarnya mak akak bab masak2 ni, sebab dia tahu je kalau tak betul langkah akak tu walaupun dia tak tengok pun akak masak. Tak payahlah nak skip mana2 langkah. Kalau nak malas2 ke kan, lupakan je lah. Sebab nanti bila mak rasa rendang tu dia akan cakap " Apo yang tak kono ni? Macam ado silap e ghondang kau ni lah." Haa masa ngadap mak tu kan, berpeluh2lah ketiak bagai. Sila mengaku sebelum terlambat. Kalau tidak.. kena jelingan mak, boleh trauma kejap.

 

157

Ini je lah pun menu akak. rendang daging, sup tulang dan nasi impit. Alhamdulillah ada ongkos nak beli bahan mentah dan ada kudrat nak masak. Hayam pulak akak panggang je di pagi raya tu. Gambar hayam tak dapat ambik sebab hot setuff sangat. Dah licin sebelum sempat pose. 

Semalam akak dah balik KL pun sebab Arif sekolah hari ni. Ada exam lagik. Tapi sepanjang cuti raya aji ni tak nampak pun dia pegang buku. Haiiih laa... anak. Rilek je dia walaupun banyak yang tak study lagi. Mama ni pulak yang risau bangat. Nak suruh study cukup payah. Asal pegang buku je mata dia mulalah mengantuk. Kalau pegang controller Wii tu tak pulak mengantuk ya. Rasa nak marah je ni. Jangan jadi incredible hulk, sudah. Nanti berbulu tengkuk Milo tengok. Hahahah.

Monday 22 October 2012

Mogok Lapar

 

 

 

 

083Masa mula2 sampai minggu lepas. Elok je main2. Muka pun ada seri lagilah walaupun memendam perasaan sebab kena kidnap dari kampung. 

 

065 Main pun berjemaah dgn abang dia Uteh dan girlfriend abang kat sebelah tu. Haa?? Apa!!?? Girlfriend??  Hehehe. Esok2lah akak citer pasal minah kaktus aka pompuan gatal tu pulak.

 

 

269

Kalau penat main pulak pergi duduk kat tingkap tengok pemandangan. Ke tengok sotong kurita kat summing fool. Haaiihh..balik kampung kompom kena tazkirah dgn Lebai Saguah.

 

190

Ini pulak muka atak sinyum yang akak amik semalam. Sejak hari Jumaat lepas, dia tak nak makan. Hari Sabtu petang akak bawak klinik. Dr check dan katanya Tomei ni ada masalah separation anxiety. Winduuu kat deddi dan budak2 tecik kat kampung tu.

Dr bagi vitamin untuk tambah selera makan dia. Tapi dia tetap tak nak makan. Nampak makanan je melengong pusing. Macam menyampah sangat kat makanan tu padahal sama je brand dgn kat kampung.

Oleh itu dgn penuh tensi di hati, akak telah menyuap makanan tin sebanyak 2 kali sehari sejak hari Sabtu tu. Tak sabar nak hantar dia ni balik kampung jumpa deddi dia. Mak akak pulak asik tepon tanya khabar buah hati dia ni. Risau akak. Tadi masa akak dukung macam ringan sesangat badan dia ni. Habislah akak kena leter. 

 

066

Inilah dia makanan khas Tomei sejak duduk KL ni. Bertuah sangat. Nasib baiklah RM2.50 je setin. Dan nasib baik jugak duduk KL kejap je. Hehehe.

 

 

067

Tapi Uteh ni best. Tak kisah pun berpisah dgn deddi. Padahal dia lah yang asik mengopek kat deddi tu tiap hari. Happy go lucky je dia. Sape bagi aku makan, dia lah tuan kesayangan aku. Macam ni memang boleh bela terus. Hihihi.

Daaaan setelah 3 hari duduk KL, dah pandai pasang girlpren tau. Raya haji ni bergayalah, balik kampung bawak girlpren hot dari KL. Hahaha. Hotlah sangat....

Wednesday 17 October 2012

Alhamdulillah omak dah 'bongka'...

 

 

Assalamualaikum.

Mesti ada yang tak berapa pasti dgn tajuk akak tu tapi dah dapat agak tentulah good news kan. Tentang perkataan bongka tu kan. Itu bahaso oghang nogoghi. Makno e, dah sombuh lah lobih kughang. Akak kan dah asik ulang alik kampung yo kan. Payah nak tune balik lidah ni cakap Key Ell. Hahaha. Nyampahs tau...

Alhamdulillah mak akak dah boleh duduk lama sikit. Taklah dia asik baring je. Bila berjalan ke bilik mandi tu sakit jugak tapi sakitnya cepatlah hilang. Tak macam dulu, sampai berjam2 kena gosok belakang dia baru hilang sakitnya. Tapi semalam masa akak nak balik KL, cembeng jugak dia. Mak cakap " Payahlah mak lopeh ni. Sobab dah manjo na ni ha. Nak amik air sondighi pun dah tak ghoti laii." 

Mak akak dah boleh gurau dan gelak2 dgn kami. Lega sangat rasa hati. Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi atas doa sekelian sahabat. Akak mohon pada Allah agar sentiasa merahmati kalian yang mendoakan akak dan mak. Amin.

Jadiknya, makanya, hari ini akak sudah bersiaran dari rumah sendiri yang dah serupa tongkang pecah. Semalam sampai je rumah terus stress bila tengok barang2 Farah dari bilik kampus tu dipindahkan ke ruang tamu. Penuh dan berselerak sebab tak sempat nak kemas pun. Sebabnya hari Jumaat lepas jemput Farah, hantar barang naik ke rumah dan terus balik kampung semula.

 

305  307

Tak sampai hati nak tepek gamba besar2 sebab dah tak rupa rumah. Nak lalu pun kena langkah2 segala beg tu. Kalau dalam gelap memang jatuh tergoleklah ni. On the bright side, bolehlah kira macam trap untuk orang yang nak menyamun. Hihihi.

 

 

161 

Lepas tu kan, akak ada seplais sikit minggu ni. Cuba kira berapa ekor kucing dalam gambar ni. Ni dalam kereta on the way balik KL semalam. Peah...macam biasa, kak nam sangat, suka menyebok intai2 carrier tu. Siap panjat badan deddi lagi.

 

286

270

Iyeee betul, Tomey dan Uteh telah akak kidnap dari kampung. Muahahaha. Dan malam tadi ada sorang budak kecik telah menangis sampai bengkak2 mata bila balik sekolah sebab rindu kat bebudak dua ekor ni.

 

 

209 

Sekejap je sebenarnya. Tak sampai 2 minggu pun. Minggu depan dah hantar balik. Mak akak pun masih belum kuat lagi nak jaga dua ekor ni. Akak nak cuba toilet train kat diorang ni kalau boleh. Sebabnya kat kampung dia tinggal dalam cage besar tu. Dan mak akak pulak letak pasir tu dekat tray bawah tu je. So dua ekor ni memang tak de pengalaman langsung menggali dan mengkambus bahan kumuh dia tu. Bila Farah ajar dia guna tangan untuk gali2 pasir tu, macam blur je muka dia. Lepas tu siap geli2 lagi nak pijak pasir. Yappadah dei! Lepas tu asik mengiau suruh Farah bukakkan pintu toilet. Nak membuang kat dalam toilet macam kat rumah mak akaklah tu. No no no. Mana boleh buat macam tu. Nanti harum semerbak toilet akak dgn perfume dia.

 

 

175  222

First day ni dua2 kena pakai leash sebab takut dia lari kat celah mana2 kat rumah akak dan stuck pulak nanti. Bagi biasakan diri dgn surrounding dulu. Dan hari  ni dah pandai bawak diri. Tak perlu leash lagi dah. Bagus bagus.

Jadiknya minggu ni akak nak ajar etiquette kat 2 ekor ni. Biar orang kampung kagum sikit bila balik minggu depan. Terutama Lebai Saguah dan Deddi Wahau. Konoooon...... Hehehe.

Wednesday 10 October 2012

Untuk Tiga Hari

 

 

Maaf kalau n3 ni sangat panjang. Kiranya ni  macam buat bekal seminggu untuk orang yang rajin singgah blog akak. Kalau penat baca, akak mintak maaf awal2 ya.

 

Assalamualaikum.

Ada jugak rezeki kita jumpa lagi minggu ni kan. Alhamdulillah. Akak bukan nak review felem Afdlin Shauki tu tau. Tapi hari ni akak dah balik KL tapi untuk 3 hari sahaja. Hari ni Arif sekolah setelah diberi cuti Isnin dan Selasa utk bebudak PMR. Hari Khamis pun kena pergi jugak secara sukarela untuk buat kerja PBS dia yang dah tertinggal. Dan hari Jumaat pulak akak kena pergi jemput Farah yang balik cuti first sem.  Sementara tu akak nak curi2 sikit masa yang ada untuk kemas rumah yang asyik kena tinggal je sejak akhir2 ni daaaaaan jugak untuk tidurrrrr....kalau boleh.

Mak akak pulak. Hmmm susah nak cakap. Bila akak tanya, dia kata ada improvement tapi bila sakit tu datang kesian sungguh akak tengok. Kadang2 nampak menggigil2 bibir mak tahan sakit. Dan akak perasan setiap hari ada saja lebam baru yang muncul di tempat yang sakit tu. Bila sakit, mak akan mintak kami gosok2 perlahan belakang badan dia. Itulah yang kami mampu tolong. Dan bila digosok sakitnya tu akan reda perlahan2. Kadang2 sampai sejam lebih jugak baru reda sakitnya tu.

Dari minggu lepas, hampir setiap malam, mak akan kejutkan akak tengah2 malam untuk tolong gosok badan dia. Kadang2 akak bergilir dgn Alang jugak. Tapi mengenangkan dia pun bekerja, akak selalu suruh dia tidur je. Bila mak dah lelap barulah akak masuk bilik akak, sambung tidur.

Menjaga mak atau ayah ketika sakit ni memang ada banyak cabaran dan dugaan sebenarnya. Bukan macam dalam drama TV tu kan. Macam bagus je. Orang sakit ni kadang2 cepat marah. Sebabnya syaitan cukup suka pada orang yang sakit. Jadiknya kenalah banyak sabar. Terutama kalau terpaksa pakaikan dia pampers semua. Mak akak sedih jugak bila kena pakai pampers tapi dia pun dah tak larat nak ulang alik bilik air. Kalau akak lambat sikit uruskan dia tu, mulalah dia marah sikit. Sikit je pun. Tapi bila badan dah letih, yang sikit pun rasa macam dah kena cubit dgn mak. Hihihi.

Rutin akak seharian pulak, paginya azan subuh je mak dah mintak uruskan dia. Terhuyung hayang akak berjalan macam orang mabuk je terutamanya kalau baru sejam dua tidur. Lepas mandikan dia dan ambilkan wudhu', mak akan mintak baring dulu sebelum pakai baju. Sakit sangat. Masa ni lah akak bekerja macam video difast forwardkan. Lap badan dia, ambil bedak, ambil krim ruam, sapu belakang dia dgn tiger balm. Kalau dia sakit sangat, kena gosokkan dulu belakang dia tu. Lepas tu bila mak dah boleh duduk, pakaikan baju dan telekung. Sementara dia solat subuh akak akan uruskan diri akak pulak. Selesai mak sembahyang, akak ambilkan Quran nipis yang 1 jilid 1 jus tu untuk dia baca sebelum minum air yang ustaz bagi. Dah selesai semua barulah pakaikan pampers. Masa ni kan mak dah lama sangat duduk. So kalau akak lambat, kena soundlah suruh cepat sikit sebab dia dah sakit sangat. Alah kita pun masa baby dulu suka jugak buat mak stress. Bila mak lambat sikit salin pampers atau bagi minum susu ke, mulalah kita merahang melalak bagai kan. So setakat seminggu kena uruskan mak, silalah bersabar kalau kena sound. Sapa suruh jadi baby banyak songeh masa dulu2.

Masa pakai pampers tu kelakar jugak. Akak belikan pampers yang pakai sarung macam baby punya drypants tu. Senang sikit. Mak akak berdiri kat tepi katil. Akak pulak kena mencangkung sebab mak bukan boleh angkat kaki tinggi. Masa mencangkung ni segala bunyi krrup kraaap keluar. Maklumlah lutut dah tak de minyak. Haaiiihhh..yang tukang uruskan mak ni pun dua kali lima jugak. Kadang2 lepas uruskan mak, akak jalan pun dah terbongkok2 macam nenek kebayan. Tukar watak pulak. Tak sesuai betul. Tapi nak buat camana. Ini pun hanya bakti yang berapa persen je. Tak cukup nak balas segala susu mak, kasih sayang mak, doa mak dan pengorbanan mak selama ini.

Dah siap semua, akak buatkan sarapan dia. Sementara dia makan, akak kemaskan bilik dia. Mak akak ni perfectionist. Masa dia sakit ni lah, bilik kena kemas teratur. Kalau bersepah, lagi bertambah sakitnya. Lagi satu perfume memang kena letak tiap hari. Selama tak sihat ni, dia nak sembur Poison by Christian Dior sahaja. Sebabnya, itulah perfume pertama yang arwah abah hadiahkan untuknya.  

Mak akak jamakkan sahaja solatnya jadi tengahari tu sekali lagi uruskan dia di bilik mandi. Dan waktu maghrib sekali lagi. Kalau nak membuang tu kira bonuslah untuk hari tu. Macam Prof Muhaya cakap, semua ni bagai ladang pahala untuk kita. Rajin2lah menanam dan menuai.

 

083

084

Bukan anak2 je yang cuba meringankan sakit mak. Tan Sri wahau pun. Tu kononnya buat pose super cute lah tew. Supaya mak terhibur sikit. Ni baru lepas dimandikan oleh Alang ni. Nampak tak bulu dada dia macam perang2 tu. Puas gosok tapi tak mahu jugak bersih. Pasrah je lah. Tan Sri berbulu dada blond, ko ada? Macam Tan Sri gatal sudah. Hehehe.

 

 

081

Gambar mak yang terbaru. Macam tu lah dia. Baring pun macam tu je yang dia dapat. Nak terlentang tak boleh. Nak baring atas rusuk kanan pun tak boleh sebab yang kanan tu paling sakit dan paling banyak tanda lebam. Tapi tangan tetap pegang perut Wahau. Hehehe.

Pagi tadi pukul 4.30 am akak bertolak balik ke KL. Pukul 3.15 am tu dia kejutkan akak mintak gosok belakang badan dan tukar pampers. Bila akak cium dan usap rambut dia, beritahu akak nak balik KL, mak diam je. Macam sentap pun ya jugak. Tapi akak terpaksa balik KL kejap untuk uruskan anak2. Harap sangat2 mak faham. Dan Ya Allah, tolonglah Ya Allah, permudahkan urusan ibuku ini, permudahkan ibuku sembuh dan tabahkan hatinya dan hati kami juga dalam melalui dugaan ini. Kami redha kerana kami hanyalah hambaMU yang lemah, hamba yang setiap saat memerlukan rahmatMU, Ya Allah, Ya Rabbal'alamin. Amin.

Walaupun untuk tiga hari, tapi akak rasa macam lambat betul waktu berjalan. Airmata pun dah beberapa kali menitis, rindu pada mak. Tadi akak dapat lelap sekejap, itupun mimpi mak bawak kereta bawak kami anak2nya jalan2 macam masa kami kecik2 dulu. Rindunya pada mak, tak sabar nak tunggu weekend.

Terima kasih pada sahabat yang tak putus2 doa untuk mak akak. Sangat bersyukur bila akak ada ramai sahabat baik macam ni. Mohon kalian doakan kami lagi bila berkesempatan ya. Mohon maaf sebab akak tak sempat nak blogwalking sekarang ni. InsyaAllah ada rezeki, kita jumpa lagi di blog ni minggu depan okey.

 

090 

Sebelum sign off, nak jugak bagi tahu. Orang tua Milo ni sentap jugak. Terpaksa akak beli bakul tidur dia kat Giant PD. Itu je pun size paling besar. Punuh dan bolat sahaja di dalam itu.

 

 

063

3 beranak jakun yang tak pernah tengok daun pandan. Maklumlah orang Key Ell. Nyampahs orang kampung tengok. Pagi tadi dah berderet2 semula balik KL. Lagi 3 hari berderet2 semula balik kampung. Lama2 pandai pulak kucing akak ni bawak kereta. Hahaha.

Wednesday 3 October 2012

Beratnya rasa di hati.....

 

 

 

Assalamualaikum.

Sebelum akak mula bercerita, akak nak ucapkan banyak2 terima kasih dan kasih sayang tak terhingga pada Dinas yang sudi buat n3 khas utk mohon doa buat mak akak. Terimakasih pada reader blog Dinas juga ya.

Hari Sabtu 29 Sept, mak akak telefon bagi tahu yang belakang dia sakit. Senak sampai ke dada. Akak takut jugak kalau2 ada kena mengena dgn jantung walaupun mak akak tak ada masalah jantung sebelum ni. Manalah tahu kan. Tapi bila diberitahu Puan Alang, dia cakap bukan.

Lepas tu akak meneka lagi. Mungkinkah kerana masalah slip disc mak tu yang bertambah teruk. Mak akak memang menghidap penyakit ni sejak 2006 lagi kalau tak silap. Lepas tu Puan Alang check, dia kata pun bukan juga. Sebabnya mak tak mengalami kebas2 di kaki dan tangan. Lepas tu sakit belakangnya tu berubah2 tempat pulak. Kejap di tengah, kejap di kanan sampai ke ketiak, kejap di kiri.

Lepas injection dan painkillers setiap 8 jam, sakit mak masih tak reda. Semakin teruk lagi. Dari hari sabtu dia hanya duduk bersandar di kerusi. Kadang2 bila sakit tu mencengkam, dia tak boleh bersandar pun. Allah...Allah...itu sahaja yang keluar dari mulut mak tika menahan sakit.

Hari Ahad 30 Sept, petangnya lebih kurang pukul 5.30, mak akak telefon. Menangis2 mintak akak balik tolong gosokkan belakang badan dia. Akak terus kemas apa yang patut dan balik. Meleleh airmata masa akak gosokkan belakang badan dia tu. Puas menelan sendu, takut mak terdengar akak menangis. Sedih hati akak tengok kaki mak pun bengkak akibat beberapa malam hanya duduk atas kerusi. Lelap pun sekejap2 je.

Masa tu akak hanya mampu berdoa. Nak tolong macamana pun tak tahu lagi. Lepas tu dgn ilham dan petunjuk dari Allah, akak teringat ttg ustaz Asmad dari Klinik Zamdurrani (rawatan alternatif). Syukur pada Allah kami diberi rezeki buat appointment dgn ustaz ni pada malam tadi.

Dari citer mak akak termasuk sakit di mana dan mimpi2 yang dialami sebelum sakit, ustaz ni cuba diagnos punca sakit mak. Itupun katanya ini hanya dari pengalaman dan pembacaan beliau melalui kitab2 Arab. Masa rawatan tu, kami anak2 diminta sedekahkan fatihah byk2 pada mak. Alhamdulillah setelah belakang mak dirawat dgn ayat Quran, mak akak terasa ringan. Siap boleh berdiri lagi.

Lepas tu mak cuba baring. Kalau sebelum tu bila mak baring mesti dia rasa sakit yang teramat sampai sesak nafas. Tapi kali ni dia boleh baring tanpa sakit. Masa tu kami tak putus2 ucap Alhamdulillah. Mengalir lagi airmata akak. Besarnya mukjizat yang ditinggalkan Rasulullah saw utk kita. Sayang betul Baginda pada kita ni, umatnya. Itulah dia ayat2 Allah. Powerful kan. Terimakasih Allah kerana jadikan ayat2Mu itu penawar utk mak.

Hari ni akak dah balik KL semula. Berat rasa hati meninggalkan mak. Terutamanya bila dia menangis2 peluk akak seakan tak mahu lepas. Berkali2 dia cakap, " Nanti cuti ida baliklah yo, baliklah.  Camano lah mak nanti kalau ida tak do kek kampung."

Masa ni lah yang akak tak dapat cari satu pun ayat yang boleh comfort mak. Berjauhan dgn mak sangat menyeksakan terutama ketika dia sakit. Nak bawak ke KL dia tak mahu. "Susah nanti kalau jadi apo2 kek mak", katanya.

Kalau tak balik KL pulak tak boleh sebab anak sekolah. Berkali2 akak cakap pada dia, "insyaAllah mak dah sihat ni. Dah okey dah ni." Supaya dia rasa confident.

Hanya doa yang boleh akak panjatkan pada Allah agar merahmati mak selalu. Juga doa dari sahabat2. Tak tahulah siapa diantara kita yang Allah paling kasih dan makbulkan doa. Yang pasti kasih sayang akak pada semua sahabat yang sangat prihatin mengirim doa. Semoga mak sihat kembali dan boleh menambah amal ibadat padaNYA dgn lebih selesa. Amin.

 

077

Dua ekor ni  sangat memahami . Malam2 bila akak menangis dalam bilik, dia datang sambil menyapu kepalanya pada kepala akak. Milo macam tak kesah je. Mungkin memendam perasaan sebab balik kampung tergesa2. Tak sempat nak pack  wetfood dia. Hehehe.

 

470

Mungkin dua tiga minggu ni akak perlu ulang alik balik kampung. Mohon Allah beri akak kekuatan supaya dapat terus berkhidmat utk satu2nya mak yang akak ada di dunia ini.

Sebelum sign off akak nak mohon maaf jika akak tak dapat mencuri masa melawat blog2 yang biasa akak singgah. Walau tak singgah, kalian semua tetap dalam ingatan akak.