Pages

Wednesday, 17 October 2012

Alhamdulillah omak dah 'bongka'...

 

 

Assalamualaikum.

Mesti ada yang tak berapa pasti dgn tajuk akak tu tapi dah dapat agak tentulah good news kan. Tentang perkataan bongka tu kan. Itu bahaso oghang nogoghi. Makno e, dah sombuh lah lobih kughang. Akak kan dah asik ulang alik kampung yo kan. Payah nak tune balik lidah ni cakap Key Ell. Hahaha. Nyampahs tau...

Alhamdulillah mak akak dah boleh duduk lama sikit. Taklah dia asik baring je. Bila berjalan ke bilik mandi tu sakit jugak tapi sakitnya cepatlah hilang. Tak macam dulu, sampai berjam2 kena gosok belakang dia baru hilang sakitnya. Tapi semalam masa akak nak balik KL, cembeng jugak dia. Mak cakap " Payahlah mak lopeh ni. Sobab dah manjo na ni ha. Nak amik air sondighi pun dah tak ghoti laii." 

Mak akak dah boleh gurau dan gelak2 dgn kami. Lega sangat rasa hati. Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi atas doa sekelian sahabat. Akak mohon pada Allah agar sentiasa merahmati kalian yang mendoakan akak dan mak. Amin.

Jadiknya, makanya, hari ini akak sudah bersiaran dari rumah sendiri yang dah serupa tongkang pecah. Semalam sampai je rumah terus stress bila tengok barang2 Farah dari bilik kampus tu dipindahkan ke ruang tamu. Penuh dan berselerak sebab tak sempat nak kemas pun. Sebabnya hari Jumaat lepas jemput Farah, hantar barang naik ke rumah dan terus balik kampung semula.

 

305  307

Tak sampai hati nak tepek gamba besar2 sebab dah tak rupa rumah. Nak lalu pun kena langkah2 segala beg tu. Kalau dalam gelap memang jatuh tergoleklah ni. On the bright side, bolehlah kira macam trap untuk orang yang nak menyamun. Hihihi.

 

 

161 

Lepas tu kan, akak ada seplais sikit minggu ni. Cuba kira berapa ekor kucing dalam gambar ni. Ni dalam kereta on the way balik KL semalam. Peah...macam biasa, kak nam sangat, suka menyebok intai2 carrier tu. Siap panjat badan deddi lagi.

 

286

270

Iyeee betul, Tomey dan Uteh telah akak kidnap dari kampung. Muahahaha. Dan malam tadi ada sorang budak kecik telah menangis sampai bengkak2 mata bila balik sekolah sebab rindu kat bebudak dua ekor ni.

 

 

209 

Sekejap je sebenarnya. Tak sampai 2 minggu pun. Minggu depan dah hantar balik. Mak akak pun masih belum kuat lagi nak jaga dua ekor ni. Akak nak cuba toilet train kat diorang ni kalau boleh. Sebabnya kat kampung dia tinggal dalam cage besar tu. Dan mak akak pulak letak pasir tu dekat tray bawah tu je. So dua ekor ni memang tak de pengalaman langsung menggali dan mengkambus bahan kumuh dia tu. Bila Farah ajar dia guna tangan untuk gali2 pasir tu, macam blur je muka dia. Lepas tu siap geli2 lagi nak pijak pasir. Yappadah dei! Lepas tu asik mengiau suruh Farah bukakkan pintu toilet. Nak membuang kat dalam toilet macam kat rumah mak akaklah tu. No no no. Mana boleh buat macam tu. Nanti harum semerbak toilet akak dgn perfume dia.

 

 

175  222

First day ni dua2 kena pakai leash sebab takut dia lari kat celah mana2 kat rumah akak dan stuck pulak nanti. Bagi biasakan diri dgn surrounding dulu. Dan hari  ni dah pandai bawak diri. Tak perlu leash lagi dah. Bagus bagus.

Jadiknya minggu ni akak nak ajar etiquette kat 2 ekor ni. Biar orang kampung kagum sikit bila balik minggu depan. Terutama Lebai Saguah dan Deddi Wahau. Konoooon...... Hehehe.

12 comments:

mama maman aka yana said...

moga mak akak akan baik seperti biasa yer kak

Isma said...

Wah masa si Peah panjat badan deddi dia, yg membulat tu perut dia ke apa? Hahahaha.. Cantik rupanya badan dia kan, macam kek batik :) Tomey ngan Uteh ada mengigau tak malam-malam rindu kat kampung kak? Hahaha.. Kemain bulat budak dua ekor nih, makin sama dah muka diorang heheh..

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah mak akak dah bongka! Okeh bertambah vocab saya ni ha, heheh!

Lama saya kelebek gambaq si Peah pijak dedi tu, nampak panjang semacam plak dia tu haa..

Acik Erna said...

Assalam Aidah..Alhamdulillah..omak Aidah dah bongka..sonang hati sikit kan..harap2 walaupun dah bongka..maso Aidah tak do kek kampung ni..bia lah omak Aidah tu banyak rehat..

zard said...

alhamdullilah mak Aidah dah beransur pulih, moga2 terus sembuh dan sihat seperti sediakala.

uihh.. jatuh hati betul zaph kat cik mata juling tu.. sungguh adorable..

btw, Hachiko kirim salam kat minah kaktus, tak jadi kawin tak mengapa tapi masih boleh jadi penpal kan? katanya.. hehe

Murni Alfathunnisa said...

Alhamdulillah sukran...mak akak dah bongka! belajar perkataan baru ni hari...:D

jenuh aih...havoc la umah akak dengan geng2 baru ni..dedi milo dapat adapt ke suasana tanpa privasi lagi...dia kan vvip gitu..kot la rasa tercabar personal space beliau..hikhik

Dils said...

Alhamdulillah mak akak dah semakin sihat.


wahhh.. geram betul tengok Uteh tu. Gerammm.

Pandai la jugak die org membuang dalam toilet tu yek. Husband saya nak macam tu (tapi nanti sape la weh yg akan membasuhnyee) .Hehe. Kalau dah diajar berak kat pasir, nanti sape yg ditugaskan membuang bahan2 buangan die org tu?

tunfatimah said...

Alhamdulillah Aida.....Mak u dh bertambah sihat, mudah2an dia sembuh sepenuhnya......alhamdulillah u sihat n manage to handle the situation....td i p hospital ambikkan ubat my Mak....mmg teringat kan u....apa la kabar agaknya, balik ofis, terus buka blog u....alhamdulillah...syukur sgt2......
Happy gak dpt tengok all the bulats2...rindu citer2 dia org....ya Allah si debab Uteh n Tomey tu...badan tak leh ckp...ada iras2 nak jd Milo tu....Hug n kisses to all esp Milo....ntah apsal i ada soft spot sgt kat Milo gomok tu.....

akusucikaukeji said...

akak ni mesti penyayang.. suka kucing n pandai jaga org tua..

hmylieen said...

alololololo comel betulllllll gebu gebas sumernya hehehehehhe rasa nak geget jer!!

CtieCY92 said...

Alhamdulillah....gembira sy bila dpt tau yg mak akak dh sembuh....:-)

Suara Kalbu said...

alhamdulillah..mak akak dah sembuh...


Wahh..tambah ahli keluarga ni nampaknya kak hihihi