Pages

Monday 29 April 2013

Kena hukum

 

 

Sekarang ni rumah akak kemain meriah dengan kucings. Macam2 peel masing2.

 

080

Peah masih tak boleh terima dgn dua beradik pendatang asing tu. Muka dia ni manjang macam tu. Telinga kebelakang....mulut asik nak sembur je sape datang dekat.

 

 

054

Yang dia ni pulak ekseeeen.  Perasan hot sangat. Sombong ni tau. Tiap hari kata, duduk KL ni tak best. Tak dapat pijak tanah pun. Kat kampung lagi best. Tiap pagi dapat kejar burung. Setiap hari menghitung hari...bilalah dapat balik kampung. Semalam akak balik kampung, berjemaah 5 ekor kucing dalam kereta. Berhenti kat traffic light, mesti ada orang kete sebelah main mata dgn akak.......eh, kucing akak. Hahaha.

 

074

Kitteh ni very friendly. Best sangat. Dah menerima hakikat pun yang dia sekarang ni duduk rumah tak de tanah.  Sangat mesra dgn kucing2 kat umah akak ni.

 

039

Romantic at heart. Kesayangan mak akak ni. Dia pesan kalau makan goreng ayam ke apa, bagilah Kitteh ni sikit. Mak akak selalu cakap, " Tigo kali yo Da. Dah tigo kali bagi tu, tau lah dio poie. Tak maun dio mintak laii doh." Dan memang Kitteh ni macam tu, bila kami makan, dia dah tunggu depan. Dah bagi 3 kali, dia pun pergi duduk jauh2. Ingat dia pesan mak akak agaknya.

Masa mak akak baru duduk umah akak dulu, akak selalu dengar dia pesan dgn kucing2 dia, " Jangan jahat duduk umah ni pulak yo. Jangan cakar2 krusi ghumah ni pulak. Babap nanti." Akak selalu senyum je dengar dia cakap dgn kucing2 dia. Kadang2 kelakar jugak sebab kucing2 tu siap mengadap lagi depan mak....macam faham je apa mak cakap.

 

 

141

Yang tak reti bahasa....MINAH ni. Sejak dah ramai kucing jantan kat umah akak, dia ni kemain lagi gatal. Malam2....lepas pukul 12 je mulalah dia buat lari marathon keliling bilik. Relay pulak tu. Bayangkan 4 ekor marathon macam kena sawan. Kejap2 Peah naik atas katil, lompat atas badan orang....kejap2 Miki, kejap2 si Kitteh. Event plannernya si Miki ni lah. Kalau dia tak start...kucing2 lain tu elok je tidur.

Lalu bila akak dapat tangkap 'kapla'  ni maka kenalah hukum.

 

079  

Sedang menjalani hukuman. Baik je dia duduk diam kan.

 

075

Sebaaaab kena pakai kon. Ini kes di siang hari ni. Siang2 hari pun dia boleh buat tak sedar diri lari keliling bilik, pijak kepala orang semua. Macam lari berhalangan pulak. Ingat badan orang ni hurdle ke apa.

 

 

076

Selalunya lepas setengah jam pakai kon, dia pun mengantuk. Bila dia ngantuk tu akak bukaklah kon ni, bagi dia tidur. Aman sekejap.

Friday 26 April 2013

Perfect.

 

 

Sesungguhnya DIA  yang maha sempurna.

 

 

075

Setiap kelopak tersusun dengan kemas tanpa cacat cela.

 

029

Cantik walaupun masih belum berkembang.

 

 

036

Walaupun sudah tidak segar, bagi akak ini pun sempurna cantiknya.

 

 

052

Apatah lagi yang ini. Cantiknyaaaa.

 

 

 

026

Yang ini lagi pulak. Rasa nak geget je. Sungguh sempurna ciptaan Allah.

Dan DIA jugalah perancang paling sempurna. Perginya mak memang memberi kesan yang amat berat pada kami dua beradik. Sebelum ni akak pernah beritahu pada mereka yang rapat dgn akak bahawa akak tak boleh hilang mak. Tak boleh sangat. Setiap saat akak memerlukan dia. Maklah yang memberi support pada akak atas apa juga tindakan yang akak ambil sepanjang hidup. Tak kira buruk ke baik, tak kira anak dia ni busuk ke wangi, mak tetap ada dgn pelukannya menunggu akak bila akak memerlukan. Mak lah tunjang kekuatan akak dan Alang selama ni.

Tapi kini dia dah tak de. How do we cope?  Allah perancang yang sangat sempurna. Sebelum mak meninggal, 3 minggu dia tinggal bersama akak. Masa 3 minggu tu lah, Alang menyesuaikan diri menguruskan kehidupan di PD tanpa mak. Dan 3 minggu itulah akak berkhidmat sepenuhnya dgn mak. Satu perkara yang ingin akak lakukan dari dulu lagi. Dah lama akak nak bawak dia tinggal sama, tapi dia keberatan tinggalkan rumah PD.

Takdir Allah bila Alang sakit tiba2. Mak yang tak mahu membebankan Alang, bersetuju tinggal dgn akak. But her main concern is the cats. "Camano kau nak bawak mak KL Da. Kucing mak ni haa. Sapo nak jago..." Lalu akak cakap pada dia, " Mak, Ida ni kan memang sayang kek kucing tu, kan. Tak po. Bia lah bawak sokali KL. Po salah e."

Syukur pada Allah kerana bagi peluang pada akak jaga mak sepenuhnya di akhir hayat arwah. Mak memang manja sangat masa dia tinggal dgn akak. Puas hati dapat manjakan dia. Apa dia nak makan, akak sediakan. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri. Dapat saja kami mencari walaupun kadang2 nampak sukar.

Aturan Allah amat sempurna. Sekarang ni, bila mak dah tak de, akak selalu merasakan dia ada di PD. Alang pulak selalu merasakan dia ada di rumah akak. Biarlah perasaan seperti itu yang mengisi hati. Kami cuba tak terlalu mengenang mak. Cuma bila baca doa tu, air mata pasti mengalir. Tapi untuk bayangkan wajah mak......saat2 akhir bersama mak..........masih belum sanggup.

 Al Fatihah. Semoga mak diletakkan di makam istimewa di sisi Allah. Amin.

Tuesday 23 April 2013

Pertama kali nampak taufan

 

 

Ini memang kisah benar yang berlaku semalam. Mula2 tu hujan lebat dan awan pun nampak gelap sangat. Masa tu lebih kurang pukul 4.50 pm. Farah tengah solat asar masa tu. Tetiba akak dengar bunyi kuat tingkap2 rumah orang lain tertutup ditiup angin. Lepas tu dekat luar rumah memang hujan tengah lebat.

 

 

123

 

124 

Akak pun pergi ke tingkap. Memang angin tengah kuat masa tu. Tak sempat nak capai kamera pun. Gamba atas tu akak amik masa dulu, angin tak berapa kuat macam semalam. Semalam pokok2 tu dah bengkok 45 darjah. Tandan2 pokok tu pun berterbangan.

Lepas tu angin makin kuat. Cermin tingkap dah bergegar masa tu. Tetiba akak nampak angin putih berpusing2 datang dari tepi bangunan. Bunyi angin pun dah menakutkan masa ni.

Tetiba dengar bunyi kuat dari atas bangunan. Akak dah menggigil2. Mulut tak habis2 istighfar dan sebut nama Allah. Tapi masih tak berganjak dari tingkap. Lepas tu nampak benda besar jatuh melayang2 ke bawah. Lepas satu2 jatuh.

 

 

142

143

146

 

151 

Rupa-rupanya sebahagian atap jatuh. Terperanjat betul akak tengok. Alhamdulillah atap tu tak terpelanting ke rumah2. Tapi malang untuk mereka yang tinggal di tingkat 22. Ada 2 buah rumah hilang atap. 3 buah rumah pulak bocor.

 

 

 

155

Dah dekat maghrib, bomba datang. Sebelah entrance untuk parking tu tutup serta merta.

 

 

157 

Nasib baiklah pokok kecik je yang tumbang. Tapi masa akak tengok pagi tadi, rupa2nya ada pokok besi yang tumbang jugak.

 

 

162

165

Billboard tersungkur di tepi highway. Nasib baik angin tolak ke sebelah kanan. Kalau sebelah kiri, habislah ranap KFC tu. Nauzubillah. Dahlah orang ramai selalu makan kat situ. Kadang2 kalau hujan lebat sangat, orang memang selalu berhenti kete dan rehat kejap kat dalam KFC tu.

 

 

100

Macam ni lah semalam keadaan di luar tingkap. Tak boleh akak lupakan kejadian yang berlaku depan mata ni. Menggigil tangan akak. Mohon Allah lindungi kita semua dari segala mala petaka. Amin.

Thursday 18 April 2013

Stail rambut gigit tikuih....

 

 

Ini citer dua hari lepas. Citer pergi gunting rambut. Cuaca kemain panas lagi sejak akhir2 ni kan. Asik rasa nak pergi mandi je. Dan untuk menjimatkan shampoo dan waktu mandi, maka akak pun buat keputusan nak potong pendek. Sampai kedai terus belek2 majalah amoi tu.

Amoi  : Mau potong apa stail?

Akak  :  Kasi potong pendek macam budak sekolah haa.

Amoi  : Haiiya, you punya muka manyiak besar, nanti potong pendek, you pun tak suka ma. Tak sesuai lor.

Hadooiii! Hakikat pedih dari Amoi Salun Seri Kembangan. Memang. Akak tahu sebenarnya. Kalau potong pendek, nampak muka je yang selambak ketembamannya. Rambut tah kemana. Lalu akak serahkan saja pada amoi tu nak buat stail apa asal pendek. Alhamdulillah semua okey dan akak pun suka je. Rasa ringan kepala.

Dan kosnya pun tak mahal sangat. RM20 saja untuk gunting. Hari tu akak pergi midvalley, ada satu salun tu kan, untuk budak bawah 3 tahun pun dia caj RM30. Budak 3 tahun banyak mana je lah rambut atas kepala kan. Buat duit betul. Untuk orang dewasa pulak RM90 ke atas. Lepas tu ada pulak kategori junior stylistlah, professional stylistlah. Kalau yang professional stylist tu lain pulak harganya. Tak de maknanya nak gunting rambut kat situ. Kang tetiba yang gunting tu lelaki, lagilah pulak hadoii!

Dulu rambut anak2, akak potong sendiri je. Nak2 masa diorang kecik2 dulu. Mak akaklah marah. "Tak eloklah Da. Tah hapo2 mama ni kan, Farah. Senget benget dipotong e. Lain kali bawak kodai amoi batu ompek tu ha. Kek tompek biaso mak potong ghambut tu. Toksah mandai2 potong ghambut budak ni. Tak lawa cucu den. Macam kono gigit tikuih ghambut budak ni haa!" 

 

victoria-beckham-short-mussy[1]                            ...bila gugel fesyen rambut gigit tikus, keluar gambar dia ni....

 

Cam nilah lebih kurang rambut Farah masa tu. Ya lah, masa dulu tak 'in' lagi pesen rambut gigit tikuih ni. Tapi akak dah advance. Dulu lagi dah gunting rambut anak, stail Victoria Bekam. Hebat kan. Hahahaha.... 

 

DSC_0082

Semalam akak balik kampung kejap, jemput si Wahau ni. Alang nak ke Cameron Highland so Wahau tinggal dengan akak sampai hari Ahad. Hari ni akak operasi mandikan dia dan kasi gunting bulu yang dah berketul2 tu. Ini pun salah satu pesan mak jugak ni. Dia cukup sayang dgn Wahau ni.

 

 

014

 

Masa hari mak akak meninggal, Wahau tidur sebelah mak sehari suntuk. Tak mahu langsung dia jauh dari mak. Semalam masa baru sampai, dia terus tuju bilik mak sambil mengiau2. Akak pun apa lagi, meleleh2 air mata. Sedih sangat tengok. Mesti dia rindu dgn mak macam kami jugak. Dari semalam dia duduk dalam bilik ni je. Nak beritahu tak faham pulak nanti. Tapi akak yakin dia tahu mak dah tak de lagi cuma mungkin rindu kot.

Minggu ni akak rasa hepi sikit sebab ada 6 ekor kucing tinggal rumah akak. Meriah sangat. Alhamdulillah.

Tuesday 16 April 2013

Beginilah citer....setakat ini.

 

 

Assalamualaikum. Dah lama tak menulis. Dah lama juga tak bw. Maaf sangat pada semua. Bukan tak rindu cuma mood tu belum datang. Ada orang recover cepat je. Tapi in my case, sampai sekarang masih meleleh airmata terutama bila dah selesai solat. Kadang2 tahiyyat akhir tu dah bergenang2 airmata. Tak dapat nak tahan. Mencembeng je akak ni.

Akak ni pulak dah jadi rutin tiap hari, semuanya nak beritahu mak. Sarapan apa pun nak citer. Masa mak kat kampung, sampai 3, 4 kali tepon mak satu hari. Bila mak duduk sama, akak memang asik melepak dalam bilik dia aje. Selama 3 minggu tu, semuanya fokus pada mak. Bila keluar beli barang tu, asik nak cepat balik sebab mak ada di rumah.

Selepas dia meninggal ni, I found myself keep falling back to that routine. Ada sekali tu nak capai tepon call mak kat kampung. And at one time, akak bangun pukul 1 pagi, pastu nak pergi check mak dalam bilik dia, betulkan selimut dia semua. Bila sedar balik, dia dah tak de, menangislah akak sorang2 dalam sunyi malam tu.

Tak kira berapa umur kita kan, kehilangan ibu memang satu dugaan yang berat. We will never be ready for that. Perpisahan yang sangat pedih. Tapi Alhamdulillah, hati semakin tenang setelah 2 minggu berlalu. Terimakasih pada kawan2 yang selalu tanya khabar akak. Tak terucap rasa sayangnya pada semua. Mak pernah cakap, " Centu lah kawan namo eh. Tak kigho susah sonang....."

 

048

Bilik mak ni pun  akak biarkan seperti dulu. Tak nak ubah apa2 pun. Setiap kali masuk bilik ni, ternampak2 mak baring. Bau perfume dan bedak mak kuat sangat dalam bilik ni. Even telekung dia pun sangat wangi macam bau daun pandan. Syukur sangat pada Allah yang beri kesempatan pada akak menjaga mak di rumah sendiri. Memang itu hasrat mak sebenarnya. Dia kata kalau dia sakit atau masuk hospital, dia nak akak yang jaga dia. Alhamdulillah atas rezeki Allah ini.

Mak akak orang yang sangat suka bersedekah. Duit pencennya setiap bulan memang habis dia sedekahkan pada yang memerlukan. Mudah menguruskan peninggalan mak sebab tiada apa yang perlu dibawa ke mahkamah untuk bicara harta. Hanya ilmu dan kasih sayang yang kami simpan sebagai warisan peninggalan mak. Dan satu lagi yang juga sangat bernilai.....

 

 

022 

Ooops...sorry, bukan satu tapi tiga. Yang 2 ekor ni akak bela. Wahau pulak Alang yang bela. Maka sekarang ni, sukacita dimaklumkan, kucing akak dah bertambah kepada LIMA ekor. YEAAAAYYYY!!!

 

 

034 

Tomey dgn pos paling menggoda. Kalau buat macam ni, memang kena kacau dgn orang. Gewwwwaaam tengok.

 

 

050

Uteh atau Kitteh. Muka boring sebab kena duduk rumah kecik. Pastu laman pun tak de. Kalau nak tengok burung pun celah langsir tingkap je........tu pun tingkap yang tak pernah bukak pun.

 

 

009

Puteri gunung ledang paling stress. Semua kucing2 jantan tu suka sangat dengan dia. Maklumlah bulu dia kan 3 warna. HD katanya.

 

 

080

Paling hepi si minah gatal ni. Tiap hari main kejar2 dgn Tomey dan Kitteh. Ngam sangat. Dia ni cepat mesra....maklumlah dulu duduk pasar kan. Dah biasa adik badik ramai.

 

002

Deddi Milo pulak. Masih dgn don't care, don't wanna know attitude dia. Tapi kami faham. Milo masih tak berapa sihat sekarang ni. Sendiri sudah banyak masalah kan. Buat apa nak cari pasal fikir tentang anak2 angkat/ bakal2 menantu tu semua. Haa??? Bakal menantu??? Kuang, kuang, kuang........

Wednesday 3 April 2013

Mak......semoga mak tenang dan bahagia di sana.

 

 

 

119 Gambar yang akak sempat ambil masa hari2 pertama mak tinggal bersama akak.

 

Hari Sabtu....... akak mulakan dgn rutin biasa. Setiap kali sedar dari tidur, tak kira pukul berapa akak akan bangun jengok mak di biliknya. Hari sabtu itu lebih kurang pukul 1 pagi akak terbangun. Bantal peluk mak jatuh ke lantai. Sebahagian selimut pun dah berjuntai dari katil. Lalu perlahan2 akak letak bantal peluk di kakinya dan selimutkan mak semula. Mak bukak matanya dan senyum bila nampak akak.

"Sejuk ya , mak. Ida tutup aircon ni ya." Mak mengangguk dan tidur semula. Sebelum tidur dia suruh akak kecikkan sikit volume tv. Kemudian akak masuk semula ke bilik akak dan tidur.

5.20 pagi akak bangun untuk uruskan mak mandi dan solat subuh. Walaupun mak akak boleh mandi sendiri, tapi sekali sekala mak masih perlu dibantu terutama untuk pakaikan baju lepas mandi dan telekung untuk solat. Tapi pagi tu mak seperti terlalu lemah untuk bangun. Selalunya pukul 5 pagi dia dah duduk tepi katil. Kali ni akak jengok, mak masih tidur. Akak pun terus ke dapur siapkan mushroom soup mak. Memang sebelum tu dia mintakkan breakfast macam tu dgn akak. Tambahan pulak pagi tu akak akan ke HUKM. Mak akak dah dapat appointment untuk chemo pada hari Isnin 1 april. Akak perlu pastikan jalan terdekat dan tak jam untuk ke HUKM agar mak selesa sepanjang perjalanan.

Sebelum akak keluar pagi tu, mak pesan suruh elok2 bawak kete. Arif tinggal di rumah, menemankan Uwannya. Pagi itu pulak Uwan manja betul dgn Arif. Asik mintak diurut kaki dan belakangnya. Setiap kali diurut, Uwannya lena tidur. Begitulah sepanjang Arif cuti sekolah seminggu ini. Manja sangat mak dgn cucunya sorang yang ada di rumah ni.

Alhamdulillah segala urusan akak pun mudah pagi itu dan akak sempat ke pasar membeli ayam untuk buat rendang, telur itik, belimbing buluh hijau (kegemaran mak) untuk akak masak. Mintak2 selera makan mak ok sebab dah berapa hari dia hanya makan 2, 3 suap nasi sahaja.

Selesai akak masak, akak terus bagi mak makan. Terperanjat dia bila tahu akak masak lauk kegemaran dia. Alhamdulillah berselera dia makan. Sempat berseloroh dgn Arif agar jangan habiskan lauk tu sebab malam nanti Uwan nak makan lagi, katanya.

Lebih kurang pukul 12 pm, Alang sampai dari PD. Riang mak bila dapat lepaskan rindu pada Alang dan cucu2nya. Malam sebelumnya dia kata dia nampak Nisya dan Thaqif (anak2 Alang) tidur sama2 dgn dia. Dua malam sebelumnya pulak dia kata dia nampak Farah tidur belakang dia sambil urut2 badan dia yang sakit. Akak cakap, " Mak, mana ada Farah balik. Kan dia tengah final exam ni." Mak akak beriya2 cakap, " Laa..betul Da, mak nampak Farah tadi. Sedap rasa dia urut belakang mak." Sambil cakap tu mak akak ketawa sebab dia pun tahu itu semua bayangan dia sahaja. Mungkin dia terlalu rindu pada cucu2nya.

Selesai solat zuhur mak akak baring semula. Akak pun yang keletihan masak dari pagi, terlelap di bilik akak. Sedar2 Arif kejut pukul 3 pm, katanya Uwannya mintak akak masakkan cekodok bilis. Akak pun bangun pergi ke bilik mak. "Tak pe lah Da, tidurlah dulu. Petang nantilah baru goreng kuih tu.", kata mak akak. Sambil tu dia letakkan tangannya atas kaki akak seolah2 cuba mengurut untuk hilangkan keletihan akak. Akak terus ke dapur sebab entah macamana rasa tak boleh nak lelap semula.

Alhamdulillah sekali lagi mak berselera makan. "Sedap Da. 3 keping habis mak makan. Penuh rasa perut mak ni.", katanya. Akak pun habiskan kuih yang tinggal dalam pinggan mak tu. Sambil2 tu berbual dgn mak pasal urusan HUKM hari Isnin nanti. Mak akak sangat positif tentang prosedur chemo yang pertama ni. Sebelum tu mak macam reluctant dan takut. Katanya dia takut dia tak boleh bertahan. Tapi pagi sabtu itu mak cakap, "InsyaAllah tak de apa2 mak ni nanti Da. Okey rasanya."

Lepas berbual tu  akak kemaskan pinggan mak dan jus epal yang tak habis diminumnya untuk di bawa ke dapur. Sepuluh minit akak di dapur, mak berseorangan di biliknya. Tak lama tu, Alang lalu tepi bilik mak. Dia nampak badan mak separuh dalam keadaan berbaring. Kaki masih berjuntai di katil seperti duduk. Bimbang mak jatuh, Alang masuk kejutkan mak agar mak baring betul2 atas katil. Masa tu lah, mak sudah tak memberi apa2 respon lagi.

Bila Alang jerit panggil akak di dapur, akak dah rasa sesuatu. Berlari2 akak ke bilik mak. Alang masih cuba kejutkan mak. Kami memang mengharapkan mak hanya tertidur atau pengsan seketika. Tapi.............mak dah tak sedar lagi. Nadinya lemah sangat. Alang ambik torchlight, check pupil pun dah dilated. Lemahnya badan akak masa tu. Baru sangat akak berbual dgn mak. Tak mungkin mak pergi begitu sahaja. Tapi itulah janji Allah pada hambaNYA. Tidak sesaat kurang.....tidak sesaat lebih. Tepat waktu yang tertulis, DIA akan menjemput hambaNYA pulang. Ambulans datang dari hospital Serdang setengah jam selepas itu untuk sahkan mak dah tiada lagi pada pukul 5.47 petang Sabtu 30 Mac 2013.

Menggigil2 badan akak. Susahnya rasa nak menghadapi. Beratnya rasa dugaan ini ya Allah. Belum cukup khidmat akak pada mak. Belum puas akak memeluk mencium dia. Lemahnya rasa badan. 

Mak dah selamat kami uruskan persemadiannya di perkuburan sama dgn abah dan angah (abang akak) pada pukul 1 pagi Ahad. Hajat mak untuk disegerakan urusan terakhirnya. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.

DSC00504  

Mak, walau berat mana rindu Ida pada mak.....Ida redha dgn perpisahan ini. Perancangan Allah sangat sempurna. Sayangnya DIA pada mak sampai tak sanggup DIA melihat mak derita lagi. Kasih sayang Allah pada mak tiada tolok bandingnya. Rehatlah mak, bahagialah mak di sisiNYA. Sampai waktunya nanti, ida akan bertemu mak jua. Lepaslah rindu kita nanti ya, mak.

Ya Allah, tempatkan ibuku di sisiMU bersama para mukmin dan muttaqin. Ampunkan dosa ibuku. Selesakanlah ibuku sepertimana seorang permaisuri sedang berehat di tempat beradunya. Ameen.

 

Terimakasih pada sahabat2 yang mengirim takziah pada akak. Terimakasih pada yang menghantar sms memberi kata2 semangat pada akak. InsyaAllah dgn sokongan sahabat2 semua, akak akan dapat melalui dugaan ini dan menjadi kuat kembali satu hari nanti.