Pages

Wednesday 13 November 2013

Drama anak2 bila mak tak de rumah.

 

 

Tiap hari akak rasa macam tak cukup je 24 jam. Banyak sangat nak dibuat. Nak rehat pun tak sempat. Kebanyakan hari hanya lebih kurang 3 atau 4 jam je tidur. Dah macam zombie bila jalan. Terhuyung hayang. Tapi dari dulu pun masa tak berniaga, akak kurang tidur jugak malam2. Cuma masa tu tak sibuk sangat. Boleh je layan golek2 baring atas katil kan. Nak buat camana kan, tuntutan hidup.

Anyway, bila iolls sibuk dgn nasi lemak, anak2 bebulus iolls buat kerje sendiri untuk mengisi masa lapang mereka. Sangat kreatif. Terharus sangat iolls. *mata ke atas, tangan di dada* (dah lama tak buat camni kan. Haha.)

 

073

Ketua kumpulan yang sedang merancang beberapa projek musim cuti sekolah atau lebih tepat lagi musim mak tak de kat rumah. Kepala jendul dia sangat efektif mengeluarkan idea bernas. Kadang2 terover bernas sampai juling2 dah mata tu.

 

 

076

Inilah dia projek mega dia. Stalk Cik Peah kita yang jelita. Peah sekarang ni dah jadi anti sosial akak tengok. Seharian duduk bawah katil. Cukup susah nak tengok dia. Mana taknya. Kasanova tu daring sangat. Pantang nampak Peah ni. Kadang2 Peah duduk atas pangku akak pun Kitteh boleh terkam. 'Banglo perlindungan'  pun dah tak selamat lagi.

 

 

031

Si Miki ni Kitteh tak heran sangat. Dah tu. Macam rupa dia jugak kan. Putiiiih je. Pastu dia pernah cakap Miki ni tak macam pompuan, macam tomboi sikit. Hahaha. Betul. Hari tu masa Peah kena attack, Mikilah yang jadi penyelamat. Ditamparnya montot Kitteh. Tanjat mamat tu. Member tengah elok2 skodeng Peah kan. Tak sangka pulak diserang hendap dari belakang.

Lepas tu bercekau2 lah berdua. Lari2 marathon langkah badan orang semua. Sampai empat lima kali round satu bilik.

 

 

014

Hasilnya......parut mael lambung atas hidung dia tu.

 

 

010

Minah ni pun dapat jugak sedas kat hidung. Tapi dia punya memanjang. Kitteh punya melintang. Tepi mata tu ada nampak berdarah sikit. Nasib tak kena mata. Ngeri memikirkan.

Apa2 hal pun Peah tetap menten jelita parut free.

 

082

Sebaaaaab dia ni awal2 lagi dah masuk dalam panic room dia. Panic room lah sangat! Kena angkut dengan Alam Flora baru tahu.

Wednesday 6 November 2013

Jadilaaaah......daripada tak de.

 

 

 

Assalamualaikum. Berkurun nak tengok akak update blog kan. Hihi. Sebenarnya bukan sekadar sibuk je akak ni, dua minggu lepas demam. Dua sesi pulak tu. Kali pertama Alang prescribed antibiotic. Lepas 5 hari eloklah demam. Dua hari lepas tu demam balik. Adooiiiyaiiinyer pun ter ber. Sangatlah menguji keimanan dan kesabaran dihatiku ini, aduhai virus. Semalam baru habis makan antibiotic sesi kedua. Mintak2 Allah jadikan ubat yang akak dah telan semua tu sebagai penawar kan. Kenyang dah makan ubat.  

Jadiknya oleh kerana masih kelemauan akibat baru elok demam, hari ni akak keluar citer lama je lah ya. Citer sebelum raya aji dulu. Orang dah kenyang makan murukku deepavali akak baru berensot dgn citer basi. Hahaha.

Wiken sebelum raya haji yang lepas akak balik PD. Dah lama tak balik tidur di rumah mak. Selalunya balik pun kejap2 je. Dah naik merajuk Alang. Akak bukan tak nak balik tidur rumah mak tapi tak sempat. Sejak meniaga ni, wiken akak selalunya habis kat pasar borong dgn dapur je. Kadang2 dari pagi sampai lepas zohor masih di dapur. Baju yang basah dek peluh pun boleh kering atas badan je.

 

001 

Dua beradik ni pun jadi mangsa keadaan. Sekor di PD sekor di KL. Sejak raya puasa tu Alang tak bagi akak bawak Tomey Bambam balik KL lagi sebab penghibur hati katanya. Maka dah hampir 2 bulan tak berjumpa dua beradik ni.

 

 

039

On the way nak balik kampung masa wiken tu. Kitteh cukup baik. Tidur je atas pangku akak dalam kereta.

 

051

Sampai kampung, terus duduk tepi tingkap, borak2.....catching up with the latest gossip. Termasuklah gossip perut Peah yang boroi semacam. Mula2 cakap perut masuk angin, tetiba melarat jadi termengandung pulak. Dah jadi berita hangat kat kampung. Sian Peah. Suci lagi bersih sebenarnya dia tu. Halalan thoyyiba sangat. Tak pasal2 kena fitenah. Hahaha.

 

 

056

Nilah dia si pembuat onar menyebarkan gossip sambil mengutip kutu vavi di ladang. Eksyen sangat muka dia ni. Macam mintak kena buli je gamaknya.

 

 

020

Ini je aktiviti berdua ni masa kat kampung. Mengumpat Peah. Dah kering tekak mengumpat, dia baring kat tempat sempit tu. Berhimpit2. Jadi keje pulak akak nak keluarkan sekor, sekor.

Hajat hati akak, naklah tidur dua malam kat kampung. Tapi hari sabtu tu, malamnya dapat call tentang bapak sedara akak masuk hospital. Pagi Ahad dah kena balik KL.

 

030

Dalam kereta tu terpaksalah tatap muka atak sinyum ni. Massseeeemmmm sangat. Kalah cuka.  

Kitteh, bersyukurlah. At least dapat jugak jumpa Tomey walau semalam pun. Cer bandingkan dgn adik badik yang kena diagih2 kan kat family berlainan. Langsung tak dapat jumpa lagi seumur hidup. Lagi sedih. InsyaAllah ada kelapangan kita balik kampung lagi okay.

Okey. Tu jelah citer akak. Nampakkan kelemauan tu. Terimakasih pada yang layan biskut lemau akak. Hihihi.