Pages

Thursday 30 August 2012

Citer Raya 2012

 

 

Raya kita biasa2 je tahun ni. Yang penting alhamdulillah dapat tempuh puasa dgn tenang. Walaupun ada jugak gastrik melampau sampai terbaring je atas katil. Mohon Allah beri kesempatan untuk akak temui bulan bonus ni lagi. Amin.

Malam raya tu sunyi sangat rasanya. Mak akaklah  yang paling sedih terkenang anak2nya yang dah tiada. Berat betul perasaan mak yang menyempurnakan jenazah anak2 ni kan. Allah saja yang tahu bila anak2 yang disangka akan menguruskan mak tapi sampai masa mak pulak yang kena uruskan pemergian anak. Dah ketentuan Allah. Kesian mak.

 

122 

Pagi lepas solat sunat pergi sini dulu. Mulanya nak pergi masa hari akhir ramadhan tu tapi tak berkesempatan.

 

 

121 

Kubur arwah abang. Dia meninggal pada 23 syawal tahun 2008. Tak pernah sakit serius pun. Tiba2 je jatuh kat tempat keje masa tengah solat zuhur di hari raya kelima dan bawak hospital, rupa2nya ada brain aneurism. Kami masih terperanjat sebenarnya walaupun dah bertahun arwah pergi.

*Rupa2nya tak digalakkan tabur bunga atas kubur kan. Akak baru baca dalam ruangan tanya ustaz dalam sokkabar hari Ahad lepas. Tak pe. Lepas ni tak yah buat lagi. Tabur bunga atas katil je...eh tetiba. *

 

116 

Ni pulak kubur arwah abah. Abah meninggal masa hari raya haji, 10 Zulhijjah tahun 2006. Memang sedih sebab abah dah lama tak balik rumah masa tu. Ada peristiwa pahit berlaku dan ada orang yang tak mahu abah balik ke rumah kami walaupun beberapa kali dia mintak hantar balik. Kami tak tahu pun citer ni sebenarnya. Dah meninggal abah baru tahu dari orang lain. Ada satu tragedi pahit yang memisahkan kami.  Kami pun menyangka yang abah dah buang kami dan tak mahu balik lagi. Tak sangka rupa2nya di akhir hayatnya abah merindui kami dan tak pernah sesekali membenci.

Tapi kasih sayang Allah jua sangat hebat. Dapat jugak kami menjaganya di akhir umur iaitu sehari sebelum dia meninggal di hospital. Terkilan jugak akak bila tak dapat lebih lama menjaganya sebab arwah abah kalau masuk hospital mesti mintak akak jagakan dia. Walaupun akak tinggal di KL, dia tetap mintak akak berulang alik ke S'ban. Tambahan pulak dia dah hilang penglihatan, memang kena lebih sikit penjagaannya terutama persediaan nak solat. Senang sikit bila anak yang tolong amikkan wudhu', kan. Cuma di akhir kali dia dimasukkan ke hospital, rezeki kami menjaganya hanya beberapa jam sahaja. Tapi akak tetap bersyukur. Sempat jugak peluk cium dan mintak maaf dgn dia. Akak ingat lagi bila dia cakap, yang lepas tu janganlah sebut2 lagi. Biarlah. Dan akak pun berjanji, tak kira apa jadi sekalipun, akak  nak bawak dia balik rumah mak dan jaga dia lepas dia discharge. Rupa2nya akak tak berkesempatan.

Rasanya ini kali pertama akak citer panjang pasal arwah abah. Banyak kenangan pahit dihujung2 tu sebenarnya. Tapi tetap bersyukur bila kami bertemu juga akhirnya dan berpeluang mandikan abah buat kali terakhir.  Alhamdulillah.

 

487

476

Oleh kerana mood sendu je pagi raya pertama ni, gambar makanan tak sempat tangkap. Sebab ubat sedih ialah makanan. Laju je menyuap masuk mulut. Tetiba dah habis. Ok tipu. Takkan 4kg rendang daging dah habis.

 

086 

Akak sibuk sebenarnya masuk keje kat ofis baru ni. Punch in dari hari Jumaat sampai hari Khamis baru punch out. Tapi Alhamdulillah, tetamu datang, ada iklan jugaklah kat tengah2 tu. Bukanlah terus menerus macam tahun lepas sampai 10 biji kereta. Fitams akak.

Maka oleh itu, gambar raya ke, gambar makanan raya ke satu hapa pun tak amik. Hanya gambar tong gas dgn kuali besi mak yang cacat telinga ni je masuk frem. Itulah kan. Sapa suruh bolot semua jawatan. Dahlah manager restoran, tukang masak, tukang plan menu, fotograper pun nak kaut sekali. Gila kuasa betul akak tahun ni. Muahahaha.

 

216

Tapi kan gambar kucing mewah bulu ni ada. Sangat XXX gambarnya sebab nenen yang botak tu pun ter exposed sudah.

Ni akak nak citer sikit, sempena hari raya mak akak dah anugerahkan pingat kat Wahau. Sekarang ni orang kena panggil dia Tam Sri Wahau. Sebab anak2 dia tu lah. Sangat hot time raya ni. Semua orang nak pegang, amik gambar masuk fesbuk. Kemain eksen muka Wahau bila dapat gelaran Tam Sri. Sampai sepet mata sebab terlebih senyum.

 

374

Inilah gambar raya keluarga Tam Sri Wahau dgn anak2 yang poplar. Kalau manusia ni mesti siap kaler2 rambut buat gaya k-pop ke kan. Sakan kekdah raya Tam Sri tahun ni tau. Maklumlah ada anak retis k-pop.

Cam tu je lah citer raya akak. Ada sedih, kelat, manis, kelakar semua kasi taruk.  Macam rojak buah tuu. Hehehe. Akak pun ada citer tragedi minah rempit di hari raya tau. Nanti esok2 citer ya.

Tuesday 28 August 2012

Citer menjelang raya kita part II

 

 

Sabtu 18 Ogos 2012

Hari ni pagi lagi pukul 4 dah bangun. Nak siapkan sahur terakhir utk ramadhan tahun ini. Sebelum tu panaskan rendang yang dah siap masak semalam. Panaskan sampai kering supaya tak mudah basi.

Lepas subuh, Encik asben ke pasar beli santan untuk ayam golek atau nama glamer dia ni, ayam percik.

070

Peha2 seksi yang sudah sedia utk di mekapkan.

 

068

Bahan2 mekapnya : Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, serai, cili merah besar, ketumbar, jintan putih, jintan manis dan lada hitam. Dah blend semua bahan2 ni, sila asingkan 3/4 darinya utk buat kuah. Yang lagi 1/4 tu lumurkan sesedap rasa pada peha gebu ayam tu tadi. Ooopsss...jangan lupa tambah gula dan garam. Akak dah kena sound dgn mak masa hari kejadian ni. Siap mengeleng kepala lagi, dia cakap;  "Mama ekau ni Farah, memang fail bab lotak garam ngan gulo!"  Haa strict tak strict mentor akak. Tak de langsung markah kesian. Terus fail je gamaknya. Sedih. 

 

077

Akak bersama budak kecik yang menjadi harapan utk memikul tanggungjawab satu hari nanti. Dia ni sorang je nampaknya berminat. Yang lain minat makaaaan je. Nampak tak aksi pantas akak bekerja tu. Gamba pun blur tau. Dasat kan walaupun dah fail 1 subject. Hahaha.

 

082

Dah bergaul dan beramas mesra, biarlah pelakon2 handalan yang dah siap mekap tadi direhatkan dalam bilik khas sejuk ni. Tak payah sejuk beku pun, chill2 je. Dua hari chill2 pun tak pe sebab dah bergaul dgn bahan perap jadi dia tak mudah busuk. Siaplah 3 1/2 ekor yang dalam besen merah tu dan yang dalam plastik utk dipanggang dalam microwave selama 30 minit.

 

084

Sementara tu, pergi masak kuah ayam percik. Proses ni memang kena banyak sabar. Aduii..aduiii..lahabau...kurang asem...opochot memang selalu kedengaran sebab kuah dia ni memang memercik2 ke tangan dan muka kita. Akak siap pakai oven mitt lagi. Itupun dia pandai jugak target lengan kita yang tak cover. Issh..kuah perchik zaman sekarang nii, memang sangat intelligent.

 

Dah siap kuah, rebus nasi impit dan ketupat pulak. Puan Alang pulak sempat masak kari daging sikit dan sambal tumis petai sebelum balik rumah mentuanya. Itu je lah pun menu akak untuk berbuka di ramadhan terakhir tahun ini. Rendang ayam dan kuah kacang tak masuk menu sebab manager restoran tak luluskan masa mesyuarat hari tuh. Nasib baik tak ada bangkangan. Siapa berani nak bangkang sebab manager, akak dan tukang masak pun akak jugak. Tukang rancang menu pun akak jugak. Nampak tak kuasa veto yang tak boleh dipertikaikan lagi tu. Hihihi.

 

112

103

105

Malam raya tu jalan2 pekan Podeksen sambil tengok lampu. Agak2 macam jalan jalan cari pasal jugaklah sebab pekan PD jem sangat masa ni walaupun dah hampir pukul 12 malam.

 

101 

Tapi hati puas sebab harung jem sambil makan eskrim McD.

 

 

451 

196

Lepas tu sampai rumah sambung aktiviti bermain dgn mat tomey dan mat teh ni. Anak2 orang dimanjakan......anak2 sendiri biarkan saja bertapa di gunung ledang sinun. Sapa suruh tak nak geng kan. Diva sangat anak2 Milo tu.

Esok2 sambung pasal citer raya pulak ya.

Monday 27 August 2012

Citer menjelang raya kita part 1.

 

 

Hari Khamis 16 Ogos 2012

 

050

 Rombongan balik kampung secara berjemaah. Keluarga encik Amid dan keluarga latuk Milo. Sangat power rombongan kali ni. Tengok trolley gabaks tu pun dah boleh agak. Ni baru suku bagasi.

 

Jumaat 17 Ogos 2012

Walaupun bawak barang lengkap bertrolley bagai, akak tetap jugak nak buat drama riuh sebelum raya. Sebab lupa bawak charger henfon. Dahlah henfon akak ni dari zaman batu. Kompom tak boleh tumpang charger henfon orang lain yang canggih manggih ni. Pulak tu, kalau orang yang pegang watak utama time raya ni tak de henfon, mana boleh jadi kan. Sat gi leman lembu nak telefon susah pulak. Akak beli daging main order pakai henfon je, dik. Orang kampung sendirilah, kata kan. Kiah ketupat pun nak jugak berurus niaga dgn akak time raya ni. Itu belum masuk Mat Dol Lemang lagi. Yang contact akak tanpa henfon tapi pakai loud hailer ialah mak akak sorang je. Tang tingkat atas siap boleh jerit akak kat dapur. Power mak akak tau. Suara tu lah yang selalunya mengejutkan kami bangun tidur sembahyang subuh masa kecik2 dulu. Terimakasih mak.

Dah tahu tak boleh berfungsi time raya tanpa hp, akak pun pecut balik ke KL  lepas subuh. Zusss zasss zuss zasss sampai PD semula pukul 9 pagi. Terus ke pasar beli apa yang patut untuk masak. Beli ayam 3 1/2 ekor. Beli tulang rusuk lembu dan paru di pasar je sebab leman lembu kata tahun ni 4 ekor lembu je tumbang. Tak cukup kuota katanya. Tak pe lah, janji akak dapat sebatang daging batang pinang gred A1 pagi subuh tadi sebelum bertolak KL.

Sampai rumah tengok mak dah siap siang daging. Tinggal merendang je lagi. Akak pun apa lagi. Ilmu persilatan pun dah lengkap di dada rasanya. Pingat Salon Pas pun dah siap susun keliling pinggang.

 

053    

Turunlah akak ke gelanggang. Sebelah kanan tu presurre cooker cap idaman suri, akak beli kat langkawi hari tu. Dalamnya pula terlentang 2 ketul tunjang atau gearbox cap lembu leman no.1. Jimat masa tau guna pressure cooker ni. Dalam 40 minit dah empuk. Kalau sejam pulak dah cair semua. Tinggal sudu masuk mulut je. Rawan tu je lah yang cair. Tulang masih kental, melampau tuuu...siap tulang boleh cair. Kihkihkih. Sebelah kiri tu pulak periuk cap butterfly mak. Yang itu akak tengah rebus paru. Kalau tak rebus, payah nak potong, silap hari bulan boleh terendang sekali jari kelingking nanti. Jadi rebus dulu baru dipotong kecil utk direndang sekali dgn daging. Yang tengah2 depan dapur ni kerusi akak. Besfren akak bila beraksi di dapur. Ni kira power tambahanlah. Tak larat nak berdiri lelama lagi sekarang ni.

 

055

Gelanggang kedua pulak akak beraksi dgn kuali besi mak yang dah banyak umur ni. Telinga pun dah cacat sebelah. Itulah dia daging batang pinang + paru + hati sebanyak 4kg. Sikit je akak merendang tahun ni. Kalau dulu sampai dekat 6kg. Gelanggang kedua ni best sikit sebab outdoor kan. Terutama kalau angin laut bertiup sepoi2 bahasa. Siap boleh buat videoklip karaoke lagi tau.

Akak selesai basuh ayam, blend bahan, buat sup tunjang dan merendang, pada pukul 2 pm lebih kurang. Okeylah tu kan. Dgn bantuan mak, 4 jam dah siap keje di dapur. Arif akak sub kan dia kat bahagian laundry, basuh dan sidai kain. Farah pulak bahagian mengemas pinggang mangkuk dan periuk yang dah guna.

 

383

 Itu latuk mana pigi? Waa itu latuk aa, wa sula kasi mc lua hali. Mata sakit maa. Tala mc pun lia selupa itu maciam. Lua puluh ampat jiam titon. Ala mc, lia titon satu minggu..haiiyaa..selupa tak mau bangun ma!

 

388

Minah kolumpo ni pulak eksen. Tak nak join langsung dgn orang podeksen. Duduk atas takhta....., takhtalah sangat. Padahal bersidai atas katil double decker anak2 akak ni je. Puteri Peah lagi payah nak amik gamba. Macam puteri gunung ledang pun ada jugak kekdahnya. Tak keluar2 dari persembunyian. Hati nyamuk memang berdulang2lah kat bawah katil tu. Entah apa lagi permintaan dia, tak tahulah akak.

 

059

063

Petang tu pulak mak akak hulur duit sponsor pergi buka puasa kat luar. Terbaeeek mak tau. Merasalah kami sekeluarga dgn keluarga Puan Alang seramai 8 orang berbuka di Corus Paradise. Itu je tempat yang masih ada buffet ramadhan. Yang lain semua dah tutup kedai. Tapi yang tak bestnya, mak tak nak ikut sebab dia tak larat nak turun tangga semua. Selesai berbuka pecut balik rumah sebab nak kejar terawih akhir di malam 29.

Okeylah itu je dulu ya. Part II kendian2 ya. Maklumlah senapas nak menyiap entri raya. Lagipun takut bosan pulak orang nak mengkhatamkan entri hari ni. Merapus je lebih... Hihihi.

Wednesday 15 August 2012

Edisi Khas Hari Raya..........khas lah sangat.

 

 

 

 

066

Semalam si Minah kaktus ni melaram baju merah Peah. Kemain berseri lagi. Maklumlah putih kan. Siap berpantun seloka lagi dia. 

Pasang pelita bersama tuk ketua,

Meriahkan lagi tujuh likur,

Baju kakak baju ku jua,

Padah baju sendiri salah ukur.

 

068

Apa??? Ko rembat baju aku!!!! Kong ajo....tak sesueii tau.

 

Pergi ke masjid memakai sepatu,

Siap bersampin menambah gaya,

Baju merahku itu hanya satu,

Buat menutup aurat di pagi raya. 

 

Takkan kakak nak telanjang pulak, minah kaktus ooii!! Agak2lah kalau nak rembat harta kakak. Dahlah tahun pertama nak beraya ni.

 

067

Alah kakak.....sharing is caring kan. Pe salahnya. Kakak pun tak muat lagi baju ni macam tak tertutup aurat je saya tengok. Nampak pusat mana boleh. Nanti Lebai Wahau marah.

 

Mak cik Dobot bakal mak tiri,

Pengubat sunyi dihati deddi,

Apalah malang nasibku ini,

Baju lain tak de stok ke deddi?

 

069

Selesai berbalas pantun, diorang berbalas pelempang pulak.  Mula2 berhemah jugak kekdahnya, berpantun bagai. Lepas tu siap pang pung dush dush!!

 

073

Tak cukup tangan nak melempang, siap baham membaham lagi. Nampak macam Minah kaktus tak melawan je kan. Konon2 sedar diri lah, bersalah sebab rembat baju kakak Peah without permission. Tapi tak payahlah tertipu dgn gambar ni. Minah lagi ganas sebab siap sepak pakai kaki lagi.

Adoouuiiiyaiii...mana deddi ni? Dia sekarang ni kan, main serah kat bibik je jaga anak2 dia. Macam kan sibuk sangat. Ya lah tu. Sibuk tido lepas tu bila bangun tidur sibuk sentap pulak.

Tapi kan, tak baik syak yang bukan2 dgn deddi tau. Dia sekarang ni tengah sibuk prektis...

 

 

115

Aku ....aku.... aku ttteeerima....aku ter...aku terima nniikahnya Dobot binti....err terima nikahnya Dobot AlDiva binti Tuan yang amat berhormat En. Doktor dengan mas kahwin sebuah bungalow 2 tingkat hutaaaaaaaangggg.

Dekat 2 jam nak bagi hafal satu ayat. Kekdah nama bakal bapak mentua tu sangatlah panjang sebab nak bodek lebih2. Maklumlah mas kawennya hutang. Kihkihkih.

 

138

Aduuiiiyaiii longuh tangan den prektis. Cukuplah tu sokali yo kawen. Bolun kawen laiie dah mongah, tangan den pun somut2 digonggam tok kadi. Sibbaik bakal bini den lawa. Hihihi.

 

Selamat Hari Raya Aidil fitri 1433H

dari akak kepada semua yang sudi singgah dan membaca tulisan 

akak ini. Dengan ikhlas akak memohon maaf jika ada pernah

terkasar bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa pun samada

dalam entri atau dalam komen. Mohon maaf zahir dan batin ya.

 

* kalau sempat akan di updet lagi terus menerus dari podeksen. Itupun kalau line tenet semenggah. Kalau tak semenggah cuti panjanglah akak.*

Monday 13 August 2012

Sendu di penghujung romadhon.....

 

 

Assalamualaikum.

Kemain tajuk akak. Kira macam tajuk paling semenggah sejak akak berblog. Cheeewah. Puji diri sendiri, nampak. Hehehe.

 

Dah nak sampai hujung ramadhan, kita ni kan.. Sedih sangat rasanya. Mood raya memang tak seberapa sejak 4 tahun lepas. Bila dah kehilangan ni, biasalah kan. Sayu je rasa hati. Bila balik kampung, bilik yang bersebelahan dgn bilik akak sentiasa kosong. 2 kerusi di meja makan jugak kosong sejak beberapa tahun lepas. Gambar raya memang tak ambil lagi sejak dah tak cukup korum ni. Tak sanggup....

 

020

Tahun ni lagi terasa sebab Puan Alang beraya rumah mertua sampai hari raya kedua atau ketiga. Tinggallah akak sekeluarga dgn mak. Betul, hari raya memang hari untuk kita raikan sebulan kejayaan berpuasa. Tapi hati ni tak mahu pulak mengikut cakap. Dia nak sebak jugak. Airmata jangan cakaplah.

 

024

Akak mungkin tak kemana tahun ni memandangkan mak yang bertambah uzur. Tak mahu ambil risiko bawak dia berjalan kerana nanti nak recover ambil masa lebih seminggu. Kesian dia. Akak sendiri pun bukannya sihat sangat nak berjalan. Biarlah hari tu akak layan dia dan anak2 serta suami di rumah sahaja. Kalau ada tetamu, alhamdulillah. Kalau tiada yang datang menjengok mak pun, tak apa. Mak akak pun dah lama redha kerana dia memang tinggal sebatang kara sejak ibu dan bapa angkatnya meninggal. (mak akak antara anak cina di zaman jepun yang diserah pada keluarga melayu)

 

009

Okeylah, tak payahlah sedih2 lagi kan. Tak pasal2 ada yang sendu sama dgn akak nanti. Meh kita layan renungan tajam dari atuk paling hensem ni. Dia ni mood sentap je sepanjang masa sejak akhir2 ni. Tapi walaupun sentap tetap jugak teman akak qiamulaill. Teman sambil berkeruh. Hahaha.

Meh citer persiapan raya yang ala kadar tahun ni pulak. Baju melayu Arif dah settle. Warna yang dia berkenan kelabu *toot* anjing. Tapi dia tak bagi akak describe as *toot* anjing tu. Dia cakap, just call it grey mama. Yang kelakarnya bila sampai rumah, uwan dia pulak cakap, "Cantik warna kelabu taik anjing ni, Arif. Bokonan uwan tengok." Hahaha. Diam je Arif.

Farah pulak akak rasa nak belikan abaya je tahun ni. Last wiken akak ke Masjid Biru Shah Alam tu. Banyak betul jubah dan abaya jual kat situ. Abaya dari Jordan tu dia jual RM99 saja. Yang Saudi pulak, lebih elok kainnya dan dia jual pun RM199 saja. Murah banding dgn harga di Ampang Park yang cecah RM500 jugak sehelai.

056   

Kuih pulak, yang akak terlarat nak buat hanya sejenis sahaja. Sedih betul kekdah mengkuih akak tahun ni. Itupun bentuk paling sonang, bulat bulat. Yang berbunga2 tak masuk list. Janji makan sedap, kan. Dapatlah siapkan 5 balang biskut Arab ni. Alhamdulillah.

 

Bebudak bulus pulak amacam? Ni pun sedih jugak. Milolah yang bersemangat sangat nak raya dgn anak2. Kemain awal beli baju raya Minah kaktus tu. Penyudahnya......

 

063                                                         Pandangan depan

 

 

066                                                          Pandangan sisi

 

 

070                                             Pandangan belakang

BAJU RAYA IOLLSS TAK MUAT UOLLSS......UWAAAAAAAA!!!!!!!!    DEDDDDIIIIIIIII!!!!

Friday 10 August 2012

Apa khabar orang kampung....

 

 

Hihihi...updet akak masih tetap macam siput walaupun laptop dah sihat walafiat. Apa kes? Tak ada apa2 sebenarnya cuma ramadhan dah tinggal kurang 10 hari ni. Kena pulun sikit bangun malam. Bila kekdah tidur begitu maka di siang hari bateri adalah lemaaaaauuu sahaja. Mintak mahaaaaplah ya.

Hari tu kata nak citer pasal orang kampung kan.

094

Anak lebai yang belum sunat. Paling makmur dalam keluarga lebai wahau. Pantang pegang je. Asal pegang melembik je badan dia. Siap krrrruuh krrruuuh lagi. Jadi rebutan dia ni bila akak sekeluarga balik kampung. Hot item!

 

 

087

Anak lebai wahau no. 2. Bila amik gamba memang tema lelap semedang. Maklumlah juling orangnya. Dia ni mental sikit.....eh bukan sikit, banyaaaak. Sentiasa kompius antara pak lebai tu dgn mak lebai. Walaupun mak lebai memang tak pernah ada dalam hidup pak lebai yang menten solo sejak 4 tahun lepas.

 

 

054

Kompius sesangat nih. Lebai wahau tu muka pasrah lagi redha je nampaknya. Maklumlah di bulan romadhon ni, tak kose nak marah2. Biar je lah dia mengopek. Chhuuuut, chhhhutt...bunyinya, sebatu boleh dengar. Tapi bukan ada susu pun, telan air liur sendiri je sampai kenyang. Hahaha.

 

 

056

Muka high sebab dapat mengopek. Cer tengok kat mulut dia tu, siap ada airliur lagi tau.

 

060

 Dah botak okey, kawasan nenen wahau tu. Siaaaan. Nak letak jadam ke serbuk kopi ke karang wahau jugak yang menjilat sendiri sebab dia ni pun macam blur jugak kadang2. Tak tahu macamana akak nak buat. Puting tu pun dah kemain besar lagi. Mak akak terkekek2 gelak tengok. Sebab memang kelakar tau especially bila tengok muka blur pak lebai ni. Hahaha.

 

069

Mak akak dah tukar nama dua ekor ni. Tak yah lotak namo omputeh tu. Duduk kampung tapi namo komain. Tak sosuai kek tolingo mak. Biar mak panggil tomey2 ngan uteh yo, cukup.

Haa, macam tu lah lebih kurangnya mak akak menggunakan kuasa vetonya. Hahaha. Kesayangan dia betul dua ekor ni. Sanggup bertongkat, gigil2 lagi pergi sangkar bebudak ni tiap pagi mengemas segala tinggalan sejarah diorang.

 

123   

Sihat dan makmur lagi duduk dalam bungalow 2 tingkat wahau. Tangga tu pun tunggang langgang dibuatnya. Mak akak siap suruh akak carikan bidai buat tutup sangkar ni sebab risau bebudak 2 ekor ni kena panas dan hujan. Walaupun sangkar ni letak kat balcony bilik mak tapi bila hari hujan kena jugak tempias tu.

Puteri Peah , Minah Kaktus dan Atuk kat mana agaknya setiap kali balik kampung.

 

 

100

Puteri Peah ni je lah kejenya. Menyorok balik bantal. Perasan semua orang nak kidnap dia. Maklumlah 'tuan puteri perasan lawa'. Anti sosial betul dia ni. Tak boleh dekat. Asal dekat je menyembur. Sampai kering tekak. Lepas tu tak nak makan dan minum. Kadang2 akak kena paksa minum pakai syringe tu. Takut pulak dia dehydrated. Pot dia kat atas katil mak akak sebab mak akak sangatlah sayang kat dia. Sampai je akak di kampung, mak akan mintak Peah dulu sebab nak peluk cium. Tu pasallah Peah perasan macam darjat tinggi dari yang lain. Konon.

 

126

Atuk..biasalah. Membutaaaaa tak hengat! Tempat melepak dia pulak siang2 dalam bilik akak bawah aircon. Malam2 pulak berjimba dgn Saguah dan anak daranya Kerumun. Kadang2 siap buat party karaoke lagi orang tua ni. Sekali sekala balik kampung mestilah meriah sambutan kan. Saguah pulak rajin buat event menyambut kepulangan bff dia ni. Dari kecik Milo dan Saguah tu best friend laga2 pipi tau. Lebai Wahau memang tak boleh masuk geng sebab darjat dia lain sikit. Dengar2nya raya ni Saguah dah plan nak buat joget lambak sambil main bunga api.

 

130

Bila malam berjaga, siangnya dia tido je lah sampai keluar air liur tu.

Macam tu je lah citer kat kampung. Akak?? Akak kehulu ke hilir jadi personal shopper mak. Siap pergi beli carpet lagi tau. Maklumlah mak akak tak larat nak keluar lagi. Minggu ni kena beli comforter baru dia. Mak akak tu memang suka simpan koleksi comforter. Akak suruh dia pakai quilt cover je senang sikit tapi dia tak nak jugak. Tak apalah. Sementara hayat dia masih ada akak akan sedaya upaya layan dia sebaik2nya.