Pages

Wednesday 29 February 2012

Majlis kahwin yang macam jejak kasih.

 

 

Masa akak kecik dulu, rumah sentiasa meriah. Walaupun adik beradik hanya 3 orang tapi rumah sentiasa dipenuhi sepupu2 yang kebetulan tinggal berdekatan. Mak dan arwah abah akak memang suka kanak2 jadi mereka pun tak kisah kalau rumah sentiasa riuh rendah.

Arwah abah akak ni ada satu sifat yang akak paling kagum. Dia suka ambil anak2 saudaranya yang susah atau kematian ibu atau ayah untuk dipelihara menjadi anak angkat. Padahal waktu itu, kami bukanlah dari golongan berada. Tapi kalau dibandingkan dengan adik beradik yang lain, abah sorang saja yang masuk U. Jadi dia selalu merasa bertanggungjawab pada anak abang2 nya yang hidup susah. Dalam ramai2 sepupu akak ada 2 orang yang akak anggap macam abang sendiri sebab dari kecik lagi mereka dah tinggal bersama kami. Sorang dah bersara dari perguruan dan seorang lagi meninggal masa umur 30 an.  Kedua2nya bukan dari keluarga sama tapi sudah kematian ibu dari kecil. Sebab tu lah abah akak pelihara macam anak dia sendiri.

Along, sepupu akak tu meninggal kerana sakit buah pinggang. Sejak dia meninggal dunia, kami hampir putus hubungan dengan isterinya dan anak tunggalnya yang ketika itu baru setahun umurnya. Bila harijadi anaknya itu akak kirimkan hadiah dan hantar ke kampung pada neneknya dan tak pernah dapat jumpa pun dengan dia.

Hari Sabtu lepas, akak dapat undangan perkahwinan anak sepupu akak tu yang dah puluhan tahun tak jumpa.

136 

Saat ini akak berdebar macam jejak kasih pulak. Tak sabar nak tengok pengantin lelaki yang last sekali akak jumpa masa umur dia 3 tahun, kalau tak silap. Sekarang ni dah bertugas jadi doktor di pengkalan tentera Lok Kawi, Sabah.

 

 

139

Bergenang airmata akak bila tengok wajahnya yang sangat mirip wajah arwah ayahnya.

 

141152   167166 196

Muhammad Syahril Effendi dan Diana. Pasangan yang sama cantik. Punyalah banyak akak amik gambar sebab nak tunjuk pada mak akak yang uzur dan tak dapat hadir sama. Mak akak rindu sangat dengan Fendi ni. Hanya dapat sampaikan peluk cium dari jauh. Tak dapat menyaksikan sendiri cucu saudaranya kahwin.

 

131 129

Sangat simple tapi cantik. Majlis ni diadakan di perkarangan masjid. Pengantin tak bersanding pun. Hanya makan dan beramah mesra dengan tetamu. Sama macam masa akak kahwin dulu. Pun tak ada bersanding ni sebab dari dulu akak sangatlah pemalu (macam bagus ja statement )  dan tak reti nak buat muka camana kalau bersanding. Hahaha.

 

134 

Awan hitam yang kadangkala ada dan bila angin tiup dia berlalu pergi. Macam perasaan akak yang kadangkala sebak dan airmata pun asik nak meleleh je.

 

125

Tapi dalam sebak tu, habis juga cendol semangkuk. Alhamdulillah selera masih tajam. Asik mengasah tiap hari, mana tak tajam kan. Kihkihkih.

 

113

110

Inilah gambar2 Fendi masa kecil yang ada dalam simpanan akak. Gambar bawah tu dengan arwah ayahnya yang akak panggil Along. Gambar ni diambil dirumah akak di PD, 4 bulan sebelum dia meninggal.

Haiihhh...nak meleleh lagi airmata ni bila tengok gambar ni semula.

 

119

Patutnya orang kahwin happy, ni akak menangis pulak. Nak bagi neutral balik, tak mo sedih2 so akak tepek wajah Milo termenung mengenang nasib badan yang dah lama dimandulkan. Tak de can nak kahwin tau. Apalah nasib......

Monday 27 February 2012

Ekso Buku Islam, Putrajaya.

 

 

Semalam akak ke Putrajaya. Sangat tak sabar rasanya sebab nak pergi Ekspo Buku Islam di Dewan Cempaka, Perbadanan Putrajaya. Senang je nak cari sebab ia terletak di P 3. Kalau sesape pernah pergi pasar tani atau bazar ramadhan putrajaya tu lagi familiar dengan tempat ni.

 

020   

Dewan Cempaka tu terletak di sebelah kiri bangunan Perbadanan Putrajaya ni.

 

008 

Akak sampai awal sebelum pukul 10 pagi. Walaupun dia cakap buka pukul 10 pagi tapi akak saja datang awal sebab kat Putrajaya ni, parking sangat susah dan jauuuuuuuh. Kalau nak parking dekat, sila pergi awal.

 

013 

Masuk je, dongak ke atas dan sangat kagum. Macam space ship pun ada. Kalau tak silap kat situ ada dewan auditorium kot.

 

011

Naik escalator, terus masuk dalam perut space ship tu. Rasa macam jakun pulak kejap. Maklumlah tak pernah sampai pun sini.

 

012

Banyak booth yang ada. Akak paling suka pergi booth Telaga Biru. Buku2 Islam keluaran Telaga Biru ni sangat berkualiti dan menepati citarasa akak. Rasa yakin je baca sebab Ustaz Zahazan ni pengarah eksekutif nya. Tapi tak dapat pun jumpa Ustaz Zahazan sebab dia datang pada hari Sabtu je.

 

015

Banyak sangat memborong buku sampai terpaksa pinjam kereta tolak Milo. Hihihi.

 

 

051

Sebahagian dari buku yang akak beli. Sangat puashati. Rasa macam nak beli lagi tapi kena beli almari baru dulu. Sebab dah bersepah2 kat rumah sebab tak cukup space dalam almari yang ada tu. Ensaiklopedia solat tu akak dapat beli dengan harga RM90 sahaja di sini. Semua buku dapat diskaun 10%. Dan baucer buku tu pun boleh guna kat sini untuk sesiapa yang masih belum spend baucernya. Ekspo ni akan berakhir ahad depan kalau tak silap akak. Jadi sape yang ada berhampiran serbu cepat ya.

 

055

Akak nak citer sikit pasal 2 buku kisah hidup Rasulullah saw yang kita rindui ni. Sebelah kiri tu akak beli dah lama. Belum habis baca lagi sebab sayang nak habiskan. Beeeesssssttt sangat, percayalah.  Akak baca sambil tersenyum, kagum , menangis dan bertambah rindu padanya. Every pages sangat meralitkan. Dalam buku tu jugak akak found out yang Rasulullah saw bukan sahaja dimusuhi saudara mara sendiri tapi juga menantunya, suami puteri baginda, Zainab. Bila berperang, suami Zainab, Abi Al-'Ash menjadi tawanan perang. Zainab cuba menebus suaminya dengan satu bungkusan. Bila baginda buka bungkusan tu, dia termenung dan merintih terharu. Sebab dalam bungkusan tu ialah kalung hadiah Khadijah pada anaknya Zainab di hari perkahwinannya.

Satu lagi yang buat akak menangis ialah kasih sayang baginda saw pada kita ni umatnya. Risau sangat Rasulullah saw pada kita ni sampai tak lalu makan dan minum bila dapat tahu ada antara umatnya yang akan masuk neraka walaupun neraka di tingkat paling atas.

Buku yang sebelah kanan tu pulak, akak baru beli semalam. Agak berbeza dari buku kiri tu. Dalam buku ni ada banyak gambar. Contohnya gambar Quran yang ditulis semasa zaman Uthman bin Affan dan sekarang ni disimpan di Topkapi Palace Museum, Turki, gambar jubah Rasulullah saw dan banyak lagi gambar yang colourful. Harganya kalau tak silap RM55. Dan yang sebelah kiri tu harganya RM35.

Dua2 buku ni memang best seller kat Ekspo Buku tu. Jadi apa tunggu lagi. Belilah salah satu atau kedua2 sekali. Gerenti puas hati. (haiih...dah macam jual ubat pulak akak. Kihkihkih)   

Friday 24 February 2012

Godaaaaaaaan........

 

 

 

 

031

Huaaaaaaaarrrrrghhhhhh.........

 

 019

HUARRRRRRRGGGHHHH.......

 

021

Hmmmmmpppphhhh......zzzzzzzzzzzzzzzzz.

 

 

016

Tak tergoda ke?  Cepat tarik selimut, tidur. Sedap tidur time hujan dan mendung kat luar tu, tau.

p/s Yang keje tu mintak mahap bebanyak ya. Lagi sejam lebih lagi ni nak bunyi loceng. Sabar yeee...... Hehehehehe.

Thursday 23 February 2012

Aksi terlampau bomoh air liur

 

 

033

OOOPPOOCOTT!!!!  Apa hal tetiba timbul kaki tembam kat keyboard ni?

 

035

Dia baring belakang laptop akak tu, lepas tu kaki dia  baiiik punya landing kat keyboard. Kurang asam tau.

 

037

Ni kalau panggang ni kenyang tau.  Hahaha. Geram tengok dia tau, rasa nak geget je!

 

 

029

Bomoh air liur ni memang pemalas lipas. Bagi treatment kat orang sambil baring je tau. Lepas tu ada hati mintak pengeras, makanan basah tiap2 malam.  Hehehe. Kesian, penat jilat tangan akak yang gebus tembam tu. Tangan je makan masa setengah jam. Mestilah pengeras mahal, kan. Hahaha.

 

p/s  Milo pesan jangan percaya pada bomoh ya, sebab 40 hari nanti amalan kita tak diterima. Dan ia juga termasuk dalam tujuh dosa2 besar. Nauzubillah.

Wednesday 22 February 2012

Hide and seek

 

 

 

010

Kira sampai soploh pun tak guna kalau menyorok macam ni gaya.

 

 

011

CAAAKK!!     Kesian dia. Gedabak sangat sampai tak boleh nak sorok semua badan. Hahaha.

 

019

Hmmm...akak rasa tak de kena mengena dengan saiz badan sebab si kecik ni pun menyorok stail macam ni jugak. Deddi lah yang buat ajaran sesat ni. Kesian Milo jadi deddi tunggal.  Haaiih sape lah nak si debab ni agaknya. Amacam Dobot? Jadik?

 

004 

Ni namanya pose abis maut. Tergeliat segala tulang belulang nak dapat pose kiut kononnya. Selalunya dia akan buat macam ni bila tak larat nak jalan masuk bilik. Maknanya mintak dukunglah tu. Hehehe.

Tuesday 21 February 2012

I'm so in love with myself

 

 

Sejak ada Moli ni, Milo punya perangai sangat kelakar. Kadang2 macam budak anak kucing pun ada. Tapi Alhamdulillah dia lebih aktif dari dulu. Berat badan pun maintain je. Tak de lah akak berdesing telinga kena sound ngan doktor nanti.

 

 

003

Dulu, dia tak pernah peduli kat cermin ni padahal sejak pindah lagi dah ada almari ni. Sekarang ni cukup suka main kat depan cermin. Sambil2 tu usha muka sendiri. Tak sangka aku ni cantik jugak walau pun tembam. Patutlah Dobot pun teringin kat aku. Muahahaha. 

 

071

Tapi bezanya anak dengan deddi tu ialah, deddi main depan cermin sambil baring je. Angkat badan pun tak larat. Anak dia kemain aktif lagi. Tapi dia ni pun perasan cantik jugak sebenarnya.

 

144

Kat sinilah pot baiiikk Milo sekarang ni. Haiiihhh....I'm so in love with myself.....

 

P/S  Setiap hari rasa terharu dengan mesej kawan2 semua. Dan setiap hari juga akak cuba lawan segala kesakitan yang kadangkala tak semena2 timbul. Terimakasih semuanya atas doa dan kata2 semangat. InsyaAllah akak akan pulih kembali satu hari nanti.

Thursday 16 February 2012

Masih begitu dan masih bersyukur

 

 

Alhamdulillah. Akak masih kurang sihat tapi body and MIND sudah mula menerima kenyataan.  Walaupun menangis jugak terutama bila menadah tangan mengadu pada Allah mohon ditetapkan iman akak sepanjang masa.

Sakit akak ni kadangkala pelik jugak. Macam on off dan selalu beralih2 tempat. Baru rasa okey kat perut dah rasa senak di sepanjang tulang belakang, sampai nak tidur pun rasa serba tak kena. Bila mintak tolong anak2 dan suami gosok2 belakang akak, lega sikit rasanya dan barulah boleh lelap. Bila hilang sakit di belakang, tiba2 muncul pulak sakit di bawah tulang rusuk. Nak kata perut, tak jugak. Dah hilang sakit kat situ, beralih pulak di belakang kepala sebesar duit syiling tu. Kadang2 akak sembahyang, rasa macam dalam bot yang dibuai ombak. Dah berapa kali akak hanya dapat sembahyang duduk je. Sedih sangat tak dapat sujud dengan sempurna.

Macam2 ubat yang doktor sarankan tapi itulah akak cakap, sakit ni beralih2 pulak. Akak memang rasa pelik tapi tak nak lah layan sangat kepelikan tu. Cuma sekarang ni akak amalkan beberapa surah dalam Quran macam surah Toha, surah Annahl, surah Muhammad, surah Fussilat dan banyak lagi. Alhamdulillah rasa tenang tapi bila sakit menyerang, memang menangis jugaklah.

Sebenarnya dulu akak pernah diganggu ni tapi akak memang tak percaya benda2 ni semua exist zaman sekarang ni. Tapi semua makhluk tu kejadian Allah jugak kan. Dan akak juga hanya mengadu pada Allah, tiada yang lain selain dari Dia Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.  Akak hanya mampu beristighfar banyak2 kerana jika ujian ini satu kifarah, akak redha. Banyak dosa, akak sangat maklum. Tak apa ya Allah.

Dah lah tu kan. On a more positive note, walaupun duduk KL ni tak de sedara mara pun, akak tetap dikelilingi  anak2 yang sangat banyak membantu. Begitu juga suami yang selalu telefon bertanyakan akak dari tempat kerjanya. Anak akak esp yang sulung tu memang terpaksa in charge banyak perkara di rumah. Sebenarnya first time akak sakit pelik macam ni ialah 5 tahun lepas. Masa tu dia baru form one. Dia lah yang masak utk akak, bagi akak makan bila ada hari2 yang akak tak boleh bangun. Kadang2 seminggu dia tak ke sekolah masa tu. Kemudian uruskan adiknya yang baru darjah dua masa tu. Basuh kain, sidai kain semualah.

 

021

Makanan orang sakit. Dah 4 hari akak hanya makan bubur. Alhamdulillah masih boleh makan.

 

 

028   

Ini pulak cheer leaders akak. Selalu motivate akak untuk tidur, tidur dan tidur. Sebenarnya banyak lagi yang dia buat atas katil akak ni. Ada masa tu bergurau sampai bergegar satu katil ni.  Si Milo tu pulak asik nak menjilat akak. Dia ingat macam kucing kan, jilat je lepas tu sembuhlah apa luka atau sakit tuh. Dia tahu agaknya akak kurang sihat. Tapi method rawatan tu sangatlah kelakar sebab pakai air liur je. Hahaha.

 

065

Mohon maaf pada sahabat2 sekelian kalau akak tak datang menziarah sejak akhir2 ni. Kadang2 baru ziarah sorang, sakit datang balik, terpaksa off laptop. Bila akak dah pulih sepenuhnya nanti, insyaAllah akak akan jalan2 lagi, ya. Kat tepi kaki akak tu ada Milo yang tengah terbongkang tidur tapi tak masuk lam gambar. Hehehe.

 

070

Milo si Bomoh Air Liur dalam pelukan akak. Hahaha. Dan iyaa, makan bubur dah 4 hari pun tangan akak masih gebu tembam macam bomoh tu jugak. Tak de maknanya nak selim melim. Hehehe. Macam ni lah akak dan akak sangat bersyukur. Alhamdulillah.

 

P/S  Terima kasih sahabat2 yang sudi doakan akak. Doa kalian sangat membantu, akak yakin, dengan izin Allah. 

Monday 13 February 2012

Antara bercuti dan balik kampung

 

 

Ramai kawan2 anak akak di sekolah jealous je bila tahu kami ni kerap ke Port Dickson. Sebenarnya balik kampung je. Dan kami pun amat jarang mandi laut. Nak dapat setahun sekali pun susah. Bukannya tak suka tapi entah kenapa seringkali tangguh menangguh je niat tu. Anak sedara akak Mizz Nisya dah banyak kali merengek mintak bawa dia mandi laut. Entah bilalah agaknya dapat ditunaikan permintaan dia tu.

 

 

044

Walau tak mandi laut, akak tetap akan cuba jalan2 tepi pantai, setiap kali balik PD. Baru2 ni kami jalan2 kat pekan PD yang baru ditambak tu. Angin memang meriah kat sini. Nyaman je rasa ditiup angin laut ni. Angin laut ni pulak unik sikit pasal ada bau2 masin air laut tu. Sambil tu layan perasaan dengan bunyi ombak yang membuai2 lagi perasaan yang memang sudah sedia sayu.

 

047

Tapi kalau jalan pagi2 memanglah nyaman. Kalau tengahari atau petang, memang hangat sungguh. Sebab pokok yang ditanam tu pun masih kecik lagi.

 

067 

Waktu petang akak lebih suka ke sini, Blue Lagoon. Pokok2 pine yang besar2 dan rendang meredupkan lagi suasana. Cuma bila weekend orang ramai sangat. Parking pun penuh.

 

078

Balik PD baru2 ni juga akak sempat berjalan2 manja kat Dataran Kemang tu. Dapat 3 round je, tuan2 puan2 sekelian. Sebab lutut dan belakang akak sakit sekarang ni.

 

 

074

Selebihnya akak hanya melayan ombak surut di pantai tu. Kalau nak tahu air nak pasang atau surut, perhatikan ombaknya. Kalau ombak makin kecil, maknanya nak surut. Kalau mengganas menghempas pantai tu dan semakin besar maknanya air nak pasang. Itu yang abah akak selalu cakaplah. Itu yang bangunan jauh ada dome putih tu ialah tempat tengok anak bulan, kalau tak silap. Akak tak pernah sampai lagi kat situ sebenarnya. Hehehe.

 

083

Dari kecil sampai sekarang, sangat suka tengok pelampung yang beraneka warna ni. Kalau singgah sini mesti muka tu ceria je, kan. Kecuali muka mak ayah yang ada anak meroyan dan berguling-guling kat depan gerai ni.  Hehehe.

 

 

088

Tapi dah dua kali akak balik PD, jalan sangat sesak. Nak balik rumah dari roundabout Port Dickson tu sampai lebih setengah jam, padahal 3km je dari rumah akak. Sabar je lah. Nak buat camana kan. Orang pun nak bercuti jugak tengok pantai, ombak dan pelampung tu kan. Itulah dia kalau kampung kita, kawasan percutian. Bersesak-sesaklah akak dengan orang lain yang datang bercuti. Mungkin tak boleh balik kampung masa cuti weekend yang panjang kot. Tapi bising pulak mak nanti. Nak tak nak, akak redah dalam redha lah nampaknya.

Friday 10 February 2012

Kurang sihat

 

 

Entah mana silapnya, dari hari rabu akak diduga dengan gastrik yang sangat kuat sakitnya. Tengok tv citer stress sikit pun sakit pedih perut. Sekarang ni rasa macam kelakar pulak. Tapi hari tu masa sakit memanglah menanges sebab tak kelakar lansung. Hari ni Alhamdulillah, okey sikit tapi ada masa sakit jugak.

Maka tenggelam timbullah jadinya n3 dari akak semenjak dua menjak ni. Sejak akhir2 ni kalau sakit memang hebat betul darjah kesakitannya. Tak tahu kenapa. Mungkin umur yang dah gelincir dan masuk fasa peringatan dah ni, kan.

 

 

024

Bila akak tak boleh bangun, dua  ekor ni lah peneman setia. Sebenarnya tak sangka dia nak naik atas meja breakfast akak tu. Meledung meja tuh, sibbaik tak patah.

 

 

036

Kadang2 tengok tv sama2 ngan akak. Dan favourite channel Moli ialah Animal Planet. Sangat khusyu' dia tengok, nek moyang dia lam tv tuh.

 

 

235 

Milo ni tak heran dah apa citer kat tv . Dia lebih khusyu' mempengsankan diri sepanjang hari.

 

 

238 

Kacaulah macamana pun, dia tetap nak lelapppppp............