Pages

Tuesday, 7 February 2012

Thank you, Deddi.

 

 

Akak teringat masa mula2 kutip Moli yang dibuang orang. Takut je. Menggigil sepanjang masa. Kesejukan dan kelaparan dah beberapa hari. Kecik sangat dia masa tu. Gigi pun belum boleh kunyah makanan keras.

 

056

Masa mula2 nak amik gambar dia, macam ni lah rupenye. Takut je tengok lens camera tu, apalagi kalau nampak flash. Kadang2 bila dia nampak lens tu bergerak2, dia nak tangkap pulak. Hidung pulak sebelah hitam. Akak teringat mak akak cakap, ramai orang tak suka kucing berhidung hitam sebab kucing macam ni jahat sikit. Dan ada orang cakap macam bad luck. Tapi akak memang tak percaya semua tu. Dia kan makhluk Allah. Dan Allah yang tentukan rupa dia dan warna hidung dia kan. Takkan kita nak salahkan Allah pulak bagi hidung dia warna hitam kan. Akak tengok Moli ni okey je, tak jahat pun. Yang penting, dari kecik dia pandai membuang di tandas dia sendiri. Ada sekali je terlepas atas katil.

 

 

281

Tapi ada satu isu dia yang sangat kelakar akak rasa. Macam tamak haloba pulak sikit. Bila dapat mainan baru, terus nak bawak lari, sorok. Dulu tak jauh dibawaknya, sekarang ni terus masuk bawah katil. Kat bawah katil akak ni ada macam2 mainan yang dibawaknya.

 

308

Kalau bagi makan, lagi kesian. Sambil makan tu bersungut je . Konon tak bagi kucing lain makan. Tapi kat rumah akak ni ada si boroi je kan. 

 

221

Si Boroi ni pun tak kesah sangat sebab dia sentiasa cukup makan gamaknya. Tak pe lah, nak, makanlah sampai kenyang, kata Milo. Hihihi. Cukup beralah si Milo ni tau. Tak sangka akak. Padahal dah lebih kurang 7 tahun dia sekor je duduk rumah ni. Tak pernah pun kongsi makanan atau mainan dgn kucing lain.

 

024

Milo pun sangat sayang dengan Moli ni walaupun tak ada pertalian apa2 pun. Sekarang ni Moli pun tak de lah tamak haloba sangat tentang makanan semua. Tapi apa2 mainan, dia tetap bawak lari sorok bawah katil.

Milo, masih tetap beralah. Thank you, Deddi.....for being an understanding cat, and a wiser one too.

10 comments:

Dinas Aldi said...

Kaler bulu pun dah sama, betul2 macam 2 beranak. Gambar last tu paling comel!

Nina said...

wui... cantik sangat si moli ni. mata pakai eyeliner lagik. cuma seblah kiri tebal sikit. tak apa, suruh lah dia rajin2 tengok tutorial mekap kat youtube kikiki

Aidah said...

Dinas,
Itu gambar masa dia kecik dulu. Sangat manja ngan deddi dia. Sekarang ni tak manja sangat dah.

Nina,
Tak buleh ajar mekap ni. Karang high maintenance pulak. Beruban lagi kepala Deddi dia. kahkahkah.

Nini D.. said...

alolololo.....deddi yang suweet....
alangkah bagusnye kalo deddi "kawan" dgn dobot..
camno,nak accept tak offer 'auntie' nih?..hakhak

Aidah said...

Boleh jeee. Kecik tapak tangan, perut boroi saya tadahkan. Hahaha.

Akma_cikyong said...

aarghhh!stress akk dapat shoot pling comel!!kihkih

Suara Kalbu said...

Akak....

Tak tertahan dah saya nak gigit si Milo dan Moli ni kahakahakahakah.. tu lah..sapa suruh debab sangat

fadz said...

hi kak aidah... cutenya dua beranak tu... hehehe... wahh bukan main dulu main peluk2 lagi.. tp ye laa kan laa ni dah besar.. mesti laa segan kat daddy... hehehe well hope depa dua ekoq ni hidup lama temankan kak aidah... take care ye kak aidah

siti murni said...

walaupun macam 'raja' dalam rumah..milo tetap humble n sporting eh....caya lah milo..ini yang buat rasa macam nak kidnap aje ni..hahaha

So Shy Lady said...

oloh gmba last t. klua plak. berukben sy ni slalu buat hal skrng neh!

sweet citer tu kak hehe.. rs nk bela kucing blik... tp ada anak yg alahan plak