Pages

Monday 27 June 2011

Tension + Busy + Rindu

Arrggghhh…..tempat untuk melepas tensyen tak adalah pulak. Nak gigit apa ni ya! Nak mengunyah………., lemak di badan dah terlebih sudah. Nak mengomel dengan En.AHBY, berdosa lak nanti (tak mo tak mo).  Nak berleter ngan anak-anak, hmmm…..so far tak de pulak kesalahan yang perlu dileter. Apahal pulak tensyen ni kan.

                                                                   

 

 

SEBAB…….kerinduan yang teramat pada kucing yang perasan dirinya harimau , MILO.

 

 

P6140866 Milo telah diekspot ke PD untuk 3 minggu ini. (sorry ya gambar tu ada sikit 18sx)

Kenapa?

Sebab kami anak beranak akan berada di timur laut dan barat laut semenanjung. Balik rumah pun kejap-kejap sahaja untuk sekolah.

Semoga perjalanan kami selamat dan kami sentiasa berada di bawah lindunganMu, ya Allah. Amin.

Sunday 26 June 2011

Taman bunga kak wok

 

 

Dulu masa saya kekecik, mak saya sangat suka dengan bunga orkid. Di laman rumah memang ada rumah orkid yang dibuat khas untuk mak. Spesies orkid yang mak ada masa tu berpuluh-puluh jugak. Ramai peminat orkid yang datang rumah untuk melihat sendiri koleksi mak. Kalau type tiger orchid tu memang tumbuh meliar di sekeliling pagar rumah.

Bila kami berhijrah ke PD, hanya tinggal sedikit koleksi orkid mak. Bila mak dah bertambah uzur, banyak orkid mak yang turut uzur. Anak-anak pulak sibuk masa tu dengan kerja dan keluarga masing-masing. Akhirnya tiada satu pun yang tinggal bernyawa dan semua tinggal kenangan pada kak wok, mak saya.

Sekarang ni AIK (abang ipar ku) pulak yang berminat dengan orkid ni. Adalah  serba sedikit yang dikumpulnya. Tapi AIK ni suka yang jenis orkid liar tu.

 

nikon2 141 Ini saja  orkid yang berbunga masa ni. Yang lain-lain tengah memendam perasaan.

 

nikon2 138 Kat rumah ni hanya ada satu saja pokok bunga mawar warna merah. Baunya sangatlah wangi. Tak berhenti berbunga sepanjang tahun.

 

nikon2 133 Cuba teka bunga apakah ini, anak-anak sekelian. Ini bunga kesidang namanya. Kalau orang kampung mesti tahu punyalah. Wanginya, mak datuk, kalau malam-malam memang tegak bulu tengkuk. (eh, bukan hantu raya ke yang berbulu di tengkuk tu)

 

011Memang meriah bunganya dan semerbak wanginya di rumah kami. Saya selalu ambil dua tiga kuntum dan letak dalam almari baju atau dalam handbag. Memang wangi segala mak datuk harta karun dalam handbag tu. Kalau letak dalam kereta pun ok jugak. Boleh jadi pewangi kereta yang sangat greeny dan economical tu kan.

 

016 Ini pulak macam pokok pisang mini. Tak berbuah pun cuma buat perhiasan je.

 

017 Bunga yang keluar macam jantung pisang. Pokok ni asalnya dari Melaka. Masa kami bercuti di  A-Famosa, bibik kami yang minat dengan bunga-bunga ni telah mengsonglap sebatang pokok ni yang di tanam dengan meriah di tepi jalan di bungalow itu. Sampai rumah, ditanamnya kat tepi pagar. Si pembuat jenayah ni telah pun pulang ke Indon so kami pun beranilah bukak cerita. Keh keh keh.

 

015King cactus ni dah lebih 15 tahun umurnya. Masa beli ni Puan Alang masih belum berkahwin dan cactus ni pulak hanya 5cm saja diameternya.

 

022  Ini pulak pokok buah delima. AIK yang tanam di depan rumah kak wok.

 

023 Sejak akhir-akhir ni sangat meriah buahnya.

Banyak jugak pokok bunga-bunga kampung yang ditanam di keliling rumah ni. Pokok bunga kemboja putih dan kuning pun ada tapi dua-dua tak berbunga masa ni so next time kalau ada yang tak memendam perasaan, akan saya amik gambarnya. Ada jugak satu pokok bunga kembang malam yang sangat eksotik dan hanya berbunga sekali sekala sahaja. Itu pun next time jugaklah nampaknya.

Makan-makan dan beriadah di PD.

 

Cuaca di Pd weekend ni asik mendung sahaja. Tapi jangan haraplah udara nyaman dan sejuk macam cameron highland. Maklumlah kawasan pantai. Bila hujan dah teduh maka membahanglah panas dan berpeluhlah segala ketiak dan leher.

Kononnya nak pergi brisk walk sekejap kat tepi laut tapi hari Sabtu semalam hujan turun dengan lebatnya dari pukul 4.00 pagi lagi. Pagi Ahad ni nampaknya cuaca ok tapi agak-agak 15 minit berjalan, hujan turun dengan lebat.

 

nikon2 130Hujan ni kadangkala boleh buat kita rasa sayu kan.

 

nikon2 129If you have good eyesight, you can see a faint image of the rainbow in this picture. Cantik kan. Itulah keindahan ciptaan Allah. Bila hujan yang turun lebat tadi dah teduh, keluar pulak pelangi ni. 

 

nikon2 119 Banana boat yang dah siap untuk menerima penumpang.

 

nikon2 122 Selain dari banana boat ada satu lagi boat macam bentuk kerusi sofa besar tu. Duduk ramai-ramai kat dalam tu, lepas tu si penarik boat tu akan bawak laju-laju dan boat sofa tu akan berpusing-pusing.  Oleh kerana aksi lasak dan ganas maka saya yang dah tak kuat tulang ni tak pernah pulak mencuba. Kang tak pasal-pasal mintak dukung balik rumah. Haa sapa nak jawab. Silap-silap En.AHBY pun buat tak kenal je nanti.

 

nikon2 123Ini gerai menjual berbagai-bagai keropok dan jajan. Pagi lagi dah start meniaga. Orang PD dari golongan peniaga pantai ni memang gigih.  Kalau hari raya, mereka hanya tutup sebelah pagi sahaja. Petang raya pertama lagi dah mula berniaga. Apa taknya, jiran kami yang berniaga di gerai tepi pantai ni pernah cakap yang dia boleh untung ribu-ribu satu hari terutamanya masa cuti umum.

 

nikon2 125 Nak sarapan pun ada banyak pilihan gerai.

 

nikon2 126Kami makan nasi lemak sambal sotong, nasi lemak ayam, meehoon. Untuk 5 orang makan ialah RM18.00. Okeylah jugak.

 

nikon2 095 Ini pulak gerai makan di tepi jalan menuju ke Thistle Hotel. Di sini memang sedap makanannya. Ada nasi kerabu, nasi lemak, mee sup, mee goreng, mihun dan macam-macam kuih. Kalau sebelah petang ada dijual laksa power yang sedap.

 

nikon2 077 Kalau nak makan mee mamak sedap, pergilah ke Restoran Mohamed ni yang terletak berhampiran taxi stand PD. Rojak dan tosai di sini pun sedap jugak.

 

nikon2 078 Untuk yang bertekak melayu jati dan nak makan masak lemak cili padi, bolehlah ke Restoran Jamsari. Di sini ada gulai ikan semilang salai, gulai daging salai, gulai puyuh, kerabu perut dan banyak lagi lauk pauk melayu. Tapi kalau tak tahan pedas, hati-hatilah ya, gulai lemak cili apinya sangat berapi-api pedasnya. Kalau tak silap, owner dia ni orang Rembau jadi memang authentic masakan negeri sembilannya. Restoran ni ditutup hari Ahad ya.

 

008Kalau perut rasa lapar hari Ahad tu dan Restoran Jamsari pulak tutup, bolehlah pergi makan disini. Kedai Mak Mah. Lokasinya ialah di tepi entrance masjid PD tu. Kedai Mak Mah ini memang dah berpuluh tahun usianya. Ayam percik memang sedap di sini. Ada juga dijual nasi ayam dan nasi ayam penyet. Restoran Mak Mah ini memang femes di kalangan orang PD sebab  semua masakannya sedap dan harga pun berpatutan. Di bulan Ramadhan ada juga sorang pak cik berniaga nasi kerabu, laksam dan kuih akok di sini. Siap beratur lagi orang yang nak membeli.

 

002  Kalau nak makan cendol dan ABC pulak, inilah gerainya. Terletak di depan Pizza Hut di pekan PD.

 

005  Hari ini kami hanya beli ABC. Ditapau sahaja sebab mak kami, kak wok tinggal di rumah dan tangannya pulak baru dibaham oleh seekor harimau jadian yang bernama Milo.

 

P6260987 Isshhh ngeri tak ngeri tengok kulit kak wok yang dah terkoyak tu. Serta merta saya jadi nurse kejap. Cuci dulu luka mak dengan flavine, lepas tu letak minyak hitam/gamat. Kemudian tampal dengan gauze. Terus suruh mak telan augmentin atas arahan Dr. Alang. Maklumlah si Milo ni berbisa jugak taring dia tu, takut pulak dapat infection. Panic gak kejap sebab darah mak meleleh dengan banyaknya, Puan Alang pulak balik ke kampung mertuanya weekend ni. Reaksi Milo pulak bila dah melakukan jenayah besar ni…….??

 

P6260992 Biasa saje. Tak de rasa guilty lansung. Sape suruh cari pasal sama gua. Gua samseng keturunan harimau tau!

Mana pisang ni haa!!!! Nanti kau Milo.

Saturday 25 June 2011

Astigmatism yang diwarisi.

 

Anak-anak kak wok, tiga-tiga pakai spek. Cucu-cucu kak wok pulak sorang saje yang tak pakai spek. Yang lain semua adalah bermasalah dalam bab-bab mata ni.

Yang paling latest ialah budak dua orang ni.

 

P6250977 Entah mana belajar amik gambar mesti nak muncung bibir tu.

 

P6250952 Memula yang nak di test ialah si abang, Miss Nisya hanya tumpang glamer. Tapi dah alang-alang bawak dia sekali, suruhlah uncle tu check mata dia sekali.

 

P6250963Dalam bilik gelap ni Miss Nisya telah memeranjatkan uncle spek tu bila disuruh baca semua huruf yang ada di depannya. Berdasarkan saiznya yang tonggong, uncle tu ingat dia dah darjah 1 at least, walhal dia baru je 3 tahun. Bila di suruh sebut satu-satu huruf kat tester tu habis meraban-raban semua huruf dibacanya. Siap yang tak de kat situ pun disebut. Ini sudah bagus. Bila sarung spek saja, semua alphabets boleh nampak. Magic glasses ke apa?

 

P6250964  Dia tak peduli, dia tatap nak pilih pink kaler tau!

 

P6250967 A fully satisfied customer. Kembang hidung tu amik gambar dengan spek baru.

 

P6250965 Ini yang pertama dia try. Tak puas hati ok sebab rupanya macam makcik-makcik.

 

 

P6250966 Yang ini dia sudah berkenan. Nampak tak perbezaan pada tahap kemanisan raut muka dia tu.

 

P6250968 Sangat curious. Nak tengok jugak camana orang tu fitkan glasses tu pada frame yang dia dah pilih.

 

P6250974 Senyum baiiiiik punya sebab dapat spek kaler pink.

 

P6250975 Kau ni bang, memang osah tol jobo eh! Apo lak sonyum cen tu! ( translation : wahai anakanda, kenapa lah anakanda terlalu membangga diri? Kenapakah duhai anakanda tersenyum begitu?)

 

Oh ya, bebudak dua orang ni terpaksa  memakai cermin mata kerana astigmatism sejak lahir dan tiada kena mengena dengan tuduhan orang bahawa mereka ini terlalu banyak membaca buku. Begitu juga dengan dua orang sepupu mereka yang berkondisi sama. Jumlah buku yang dibaca oleh dua orang sepupu mereka juga ala-ala kadar sahaja bilangannya. Sekian.

Friday 24 June 2011

Rahsia Milo

 

 

DSC_0109

Ini kucin manyak takut sama pisang. Tak tahulah sebab apa. Kadang-kadang siap sembur-sembur lagi kat pisang tu. Entah apalah yang dia nampak kat pisang tu agak eh. Pelik.

 

Hari ni kami nak balik PD. Milo ni bila nampak je kitorang packing bag, mulalah dia berlari-lari dengan riang gembira keliling rumah. Masuk bilik dan ke ruang tamu je, bukannya jauh sangat lariannya. Tapi oleh kerana keboroiannya maka dia ni cepat mengah. Kadang-kadang berbunyi kuat bila bernafas, wheezing macam orang athma pulak. Kucing pun boleh kena athma ke hah? Allergic kat bulu sendiri kot. Kelakar betul.  

 

 

DSC_0106

Kalau nak suruh dia duduk diam-diam senang aje, letak kulit pisang atas kepala. Tak bergeraklah dia dari situ.

Thursday 23 June 2011

Ladies and gentlemen, presentin’………

 

Sejak akhir-akhir ni banyak dugaan yang datang. Kesihatan pun taklah tip-top sangat. Batuk, selsema tu biasalah, buat macam rumah sendiri aje. Sesuka hati bila nak keluar masuk. Tensyen. Tapi hari tu ustaz cakap kena ucap alhamdulillah walaupun kita sakit sebab semuanya tanda Allah sayang dan nak duga kita. Alhamdulillah. Mintak-mintak saya pass exam Allah ni.

Yang peliknya pulak, bunga-bunga orkid saya kat rumah ni macam tau-tau aje saya ni dalam keadaan stress dan kurang sihat. Hari tu bukan main meriah bunga dan kemain sihat lagi. Alih-alih sekarang ni semua mogok. Ada yang dah mati pun.

Yang sebenarnya saya pun tak beri perhatian sangat kat bunga-bunga ni. Sian dia. Bila dah serabut, buat apa yang mampu sahaja. Last-last bunga-bunga ni terbiar.

Tapi saya cukup puji bunga yang satu ni. Dia tak mengalah walaupun saya tak ada masa nak beri perhatian. Tak berhenti-henti berbunga. Bunga pulak tahan berbulan mekarnya.

Oleh itu hari ini saya nak beri honour sikit pada bunga orkid ini dan bagi starring role padanya.

Ladies and gentlemen, give a round of applause to……….

DSC_0053My purple fighter.

 

 

DSC_0065

Thank you for being so independent.

Wednesday 22 June 2011

Kapla suda fenin!

 

Tolong! Tolong! Ribut telah melanda!

P5190558 

 

Orang tua-tua kata, tak kenal maka tak cinta.

Inilah kali pertama nak mencuba firefly sebab nak jimat kos katakan. Trip yang saya nak buat ni pulak more like trip tanggungjawab penuh hemah bukan leisure trip. TETAPI entah dimana salahnya, sistem ticketing online asik hang dan date pulak asik bertukar-tukar walaupun saya dah buat tarikh betul untuk pergi dan balik.

Agak-agak 1/2 jam saya duduk depan laptop tapi last-last date yang diberikan untuk balik SALAH!!!! Payment dah confirmed. Maka bopoluh-poluhlah saya nak membetulkan sekelian kesalahan. Saya call customer service, dan dia kata okey kita cancel saja. Bila saya tanya macamana caj yang kata confirmed tu, dia kata okey tak de masalah sebab saya dah cancel. Saya pun buat another set of travel itinerary untuk tarikh yang betul dan kali ni okey semuanya menjadi. Ini semua cerita last 2 weeks.

Last week En AHBY pulak dapat e-mail untuk 2 travel itinerary. Macamana pulak ni? Call credit card centre, dia pulak kata, ada charge untuk kedua-duanya. Bukan sikit, makan ribu jugak!

Lepas tu bermodalkan air liur, En AHBY telah bertelagah dengan firefly untuk demand explanation atas caj 2 kali ganda itu. Dari marketer biasa sampailah ke senior officer kami dok bincang. Last-last Miss Vitra, officer firefly bersetuju memberikan kami kredit untuk tiket yang dah overcharge itu. Thank you very much. Saya pun dah hampir nak give up. Alhamdulillah.

Semalam pulak rumah ni ribut macam pejabat tour agency amatur. Kelam kabut mencari destinasi cuti untuk kredit kami tu yang hanya boleh diutilise dalam masa 3 bulan saja. Tolak ramadhan, syawal, event sekolah anak-anak, tinggal 2 weekend saja available untuk kami travel kemana-mana. Sistem kat firefly pulak asik down sahaja. Memang sakit hati sebab setelah tunggu 1 jam dan dah key in data, sistem pulak down. Last-last saya pun cakap pada En.AHBY, tak pe lah, jangan fikir rugi tapi kena fikir berapa kita jimat untuk kos hotel bagai. Kalau lepas ni try tak boleh jugak lagi, kita halalkan je lah. Kapla saya pun dah fenin sebab dari pagi sampai petang kami berurusan dengan officer firefly.

At last at 3.00 pm lebih kurang, dia kata our itinerary got through successfully. Alhamdulillah. Lepas tu kelam kabut pulak mencari hotel.  Maklumlah weekend, cukup susah nak mencari yang available dan harga berpatutan. Agak-agak pukul 6.00 pm barulah selesai semuanya. Dan untuk 3 minggu seterusnya kami akan berada di sana dan disinun. Fuhhhh!! Lega, Alhamdulillah. Doakan kami selamat dalam semua perjalanan kami ya!

Sorry ya kalau ada yang penat melayan kefeningan saya yang panjang lebar ni. 

In the end, I saved about RM160.00 flying with Firefly compared to MAS. Berbaloikah fenin kapla ku ini?????

Jawabnya……..adalah berbaloi sebab di zaman sekarang ni semua sen nak kena kira.  Tak gitu cik wok? Cik wok berkerut memandang saya. Tak tahulah nak marah ke atau risau tengok saya yang kelam kabut sejak akhir-akhir ini. 

 

P5140590 Wahau pun berkerut muka jugak????  Sabar je laaaah.

Monday 20 June 2011

Hujung minggu yang dinanti…..

 

 

Sejak akhir-akhir ini tiap–tiap minggu kami balik kampung. Ada sahaja hal yang perlu diuruskan. Lagi pun satu-satunya mak  kesayangan saya selalu uzur. Bila dah tiap-tiap minggu balik tu, tak pulak rasa jauh sangat KL-PD ni. Anak-anak okey saja cuma En AHBY yang memandu tu ada gak komplen penat. Bilalah anak-anak nak take over bawak kereta ni agaknya. Mak bapak ni dah tak sabar-sabar nak jadi mem dan boss kat belakang.

Satu yang melemahkan Milo bila balik kampung ialah aktiviti mandi manda. Selalunya di rumah kami, dia duduk dalam rumah saja dan tak jejak tanah pun. Tapi bila balik kampung, Milo ni memanglah diletak di luar rumah dan bergelumang dengan si comot Sagwa tu. Bila time nak bawak balik kenalah dimandikan dia, kalau tak kemain busuk lagi dengan bau air liur si Sagwa yang sewel tu.

 

P5150621Dah berpuluh-puluh kali mandi pun dia masih menjerit meraung.

 

P5150631Bab-bab nak mengeringkan badan ni paling kritikal. Milo memang sangat garang dan kalau tak biasa buat, siap calar berdarahlah tangan digigit dan dicakarnya. 

 

P6190927 Kat dalam kereta sikit punya lentok dia.

Walaupun penat driving, pack, unpack, uruskan Milo bagai, kami tetap happy balik kampung SEBAB di kampung ada ……..

 

P1010959 Kak wok, mak saya dan ……..

 

P6180890 Ada duaa orang budak comel ni dan………

 

P5010335 Ada satu-satunya kakak saya. Setelah abang kami, Angah meninggal dunia 3 tahun lepas, kami dua beradik saja yang tinggal untuk meneruskan tanggungjawab atas mak dan anak-anak arwah Angah .

Semoga Allah memberi kami kekuatan dan bimbingan untuk kami melaksanakan tanggungjawab yang banyak dugaannya ini. Amin.

Sunday 19 June 2011

Lagu-lagu hits terbaik.

 

Carta nombor 4

Tajuk :  Babahku sikambing hitam

Babah black sheep

Ebi ebi yul

Yes sir, yes sir, 3 back um

One for the master and one for the gay

one for the didle bof who li down the wake.

 P5290902

 Ya Allah, janganlah hendaknya babahku marah dengan lirik lagu yang sangat kontrobesi ini.

 

 

Carta nombor 3

Tajuk : Mei ling

Row row row the boat

Jenjing down the shtrim

Mei ling, mei ling, mei ling, mei ling

Gosh is for the wiiii.

P5290886 Aiyah! Miss Mei Ling so glamer today. Want to go boating ah?

 

 

Carta nombor 2

Tajuk : Kedai bundle

Tinkle tinkle wister star

Ahwan bundle what you are

Up abosh the world so high

Like me diamen in the sky.

P6170882 Hari ni kedai bundle wa tutup sebab wa kena paksa gi skolah.

 

Juara carta minggu ini

Tajuk : Tragedi Caik Baba

Tepuk tepuk tangan, surut pukul lima

Siram pokok pagi, siram pokok bunga

Pokok bunga melur, tanam atas patas

Itik bopoluh, ayam pun bopoluh

Caik baba jatuh bawah paip

Cik Aminah jerit jerit jerit

Naik kereta api sampai lelupa

Anak selit dapur, tersekat.

P5280840 Moleleh airmato ngonangkan anak Cik Babo.

 

Pencalonan lagu baru untuk minggu ini.

Tajuk : Hucingku dimana

 

 

Lagu yang terkeluar dari carta.

 

Tajuk lagu : What the……..

Mintak mahaplah banyak-banyak sebab si camera girl yang merecord lagu ini sangat tak sopan gelaknya. Sampai berguling-guling dan terjatuh dari katil.

Untuk perhatian: Lagu ini telah digam oleh badan penapis Kak wok. Tang lirik tu lah yang sangat kontrobesi. Sampai ke hari ni masih lagi tak tahu apa lirik sebenar lagu ini.