Pages

Monday 13 June 2011

Selamat Pengantin Baru Ejad

 

Hari sabtu, 11 Jun 2011, balik kampung untuk menghadiri kenduri perkahwinan anak sepupu saya, Puan Kamsiah.

 

P6110809Budak bertiga ni duduk di seat belakang sekali. Starting the journey, they all ni well behaved saja. After 30 minutes, bercakaran sama sendiri. Kami berlapan naik kereta Puan Alang sebab kereta saya tu ada hal sikit. (sparepart baru nak order)

 

 

P6110840Jalan bengkang bengkok di Bukit Tangga membuatkan bebudak yang tak biasa tu mual dan pening. Saya? Dah biasa dah. Jalan ni lah yang kami dok ulang alik masa kekecik dulu. Masa tu lagi mencabar sebab jalannya sangat kecik. Lori balak banyak pulak tu. Kadang-kadang kalau selisih siap kena berenti kereta dan impit sikit ke dalam semak. Tapi arwah abah memang terer bawak kereta , siap boleh berlumba lagi kat Bukit Tangga ni!

 

 

P6110811 Budak ini sudah membosan. Nak duduk kat pangku mama tak leh so dia menebeng kat tepi.

 

P6110815Kami sampai lebih kurang pukul 1. Memang sedang eloklah kalau nak menatap pengantin. Haa kali ni kak wok tak boleh komen sebab gambar pengantin banyaklah jugak.

Si pengantin leleki tu lah Ejad, anak sepupu saya, Kak Dara. Pasangannya pulak orang Kedah. Minggu lepas, dengar-dengarnya  rombongan menghantar sangkut kat traffic jam dasyat. Dari Kedah ke Kuala Klawang lebih 10 jam!

 

P6110820 You suap I.

 

 

P6110821 I suap you. Haa  mamam, mamam.

 

 

P6110830

Pelamin dengan tema merah hitam.

 

 

P6110822

Si kecik yang super cute ni kemana pergi mesti dengan fish kepam tu. Bila orang nak amik gambar, marah dia. “Ananlah!'” Oh ya, inilah salah sorang cucu sedara saya. (amik kau! Bila balik kampung dah bercucu gamaknya!)

 

P6110833The latest cucu sedara saya, baru nak masuk 3 bulan. Haa.. bab namo tu lah yang den lomah. Lupo!! Apo lak copek na lupo gak eh! “Dah tuo”, sampuk kak wok. (saya terkedu sekejap)

 

P6110828

Ini adalah anak-anak dara yang masih single and available. Kalau memasing nak kahwin sok-sok kenalah book date and appointment ya! Beza umur dekat-dekat je diorang nih kecuali yang sorang kat depan tu. Perasan dah besarlah tu!

 

P6110836

Si baju merah tu suka sangat tinggalkan barang dalaman merata. Lepas tu siap kirim suruh tolong bawakkan. To teach her a lesson, kami bawak macam tu je tanpa bag plastik. Tahu pulak malu, lepas tu sorok kat dalam baju. Heh heh heh. Buai laju-laju, sampai pokok sena. Apa dalam baju sehelai ……. pink dia.

 

P6110823Ini pulak bakal pengantin. Nov 26, insyaAllah. Slim pulak nampaknya  si‘pettopet’ ni.

 

P6110824

Next, after Apis, sape pulak? Neyna kot.

Kepada Apis, selamat membuat persediaan untuk bergelar suami orang. First wedding in your family kan! Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

 

 

P6120852

Dan semalam masa kitorang balik Seri Kembangan, melambak-lambak kenduri kahwin. Kat traffic light, bersepah anak-anak panah pelbagai arah untuk ke destinasi majlis kahwin. Agak-agaknya yang 200g turun hari tu naik tak? Mahunya tak, siap bertambah lagi agaknya! Nyampah!! 

 

Fuuhhh! Sikit punya susah nak update. Dah berapa kali post ada je yang tak kena, ada je gambar yang jadi birulah, kuninglah. Gambar anak dara berlapan tulah paling susah nak upload. That’s the best that I can do. Senget benget sikit. Ni dah masuk kali kelapan ni. Kenapa ek? Asik keluar file upload failed. Internet server error (500). Arrrgghhh tensen!!!!! Sapa-sapa yang dok ada problem sama, habaq mai!

2 comments:

Dinas Aldi said...

kadang2 2 beradik pun tak sama muka tapi 3 beradik dalam gambar pertama tu seiras betul! :D

Aidah said...

Yang kanan sekali tu sepupu tapi dek sebab acuan muka kak wok, mata pun sepet dan sepesen saja. Itulah yang nampak seiras tu.