Pages

Saturday 18 June 2011

Diet di Sorga makanan.

 

Breakfast pukul 7.30 pagi – Nasi lemak, sambal sotong, telur rebus setengah biji dimasak sendiri. Sedaaaaaap.

 

P6180887 Makanan pukul 11.00 pagi tadi, lepas balik dari pasar. Putu mayam dibeli di depan pasar besar PD. Sedaaaaaap.

 

Tengahari pulak makan nasi kerabu best di PD iaitu di sebelah balai polis PD, jalan ke pasar besar.

Menu Puang Alang tengahari ni pula ialah kari kambing, goreng ayam dan goreng ikan selar. Saya tak turun makan so tak amik gambar. Kononnya nak diet tapi dah sapu nasi kerabu sebungkus.

 

P6180897  Petang, saya terlebih rajin nak jamu bebudak kat umah kak wok ni dengan ais krim goreng. Sakit tekak pun sapu jugak seketul.

 

P6180898Budak-budak yang memang senang nak dipancing. Ais krim goreng simple macam tu pun jadik. “Ateh, minggu depan balik kampung lagi lah! Tak bestlah kalau ateh tak de.” Den toharhu dongar . Sobak dado.

 

P6180903Eh! Apa lak ni. Ini adalah menu minum petang Puan Alang. Durian yang dibeli untuk dibuat santan durian.

 

P6180907Sekejap je dah masak. Silapnya ialah roti benggali dah abis kat kedai cuma ada roti High 5 je. Tak pe lah itu pun jadik.

 

P6180908 Jemput makan. Sedaaaaaaap.

Konon nak diet, siap kira kalori lagi. Cubalah kira. Mahu pitam bila tengok total calories intake untuk hari ni!!

Jangan nak ngado-ngado diet kalau balik kampung. Semuo den bantai. Lopeh ni jangan nak tobantir yo. Soda sikit!!

Malam ini saya dan anak-anak telah berikrar :

Maka kami anak cucu kak wok berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita untuk diet dan TIDAK AKAN MAKAN LAGI pada malam ini. Sekian terima kasih. Harap maklum. Wassalam. Semoga berjaya. Goodluck. Goodbye. (ending sangat  marah pada diri sendiri)

0 comments: