Pages

Thursday 2 June 2011

Sunyi

 

 

Bila salah seorang anak tiada di rumah, sunyi sangat rasanya.

Dalam sehari boleh dikira dengan jari berapa banyak ayat yang diucapkan di rumah ini.

Bila rasa sunyi, hati pun cepat tersentuh, airmata mudah mengalir.

Dalam bilik tidur ni hanya kedengaran keruh Milo sambil mengopek di selimut!

Arif pun sibuk jugak dengan kelas tambahan. Bila selesai kelas tambahan, homework pulak menimbun mengalahkan sekolah cina. (bagus jugak, kalau tak, mesti ngadap TV)

Tak lama lagi, sikakak  akan menyambungkan pelajaran di mana rezeki akan membawanya, insyaAllah.

Rumah ini akan lebih sunyi lagi dan kesunyian itu lebih lama lagi dari ini.

Macamana saya nanti ya? Bila dengar suaranya di telefon semalam pun airmata saya bergenang. Baru saya faham kenapa mak saya menangis semasa saya mula masuk sekolah asrama dulu.

Semoga saya tidak mengalami ‘empty nest’ syndrome. Nampaknya kenalah mula fikirkan apa projek berfaedah yang patut saya laksanakan tahun depan.

Tapi saya akan merindui anak sulung saya ini dan rutin hariannya yang banyak membantu. Sebelum ke sekolah dia akan pastikan mesin basuh sudah diuruskannya. Uniform sekolah si adik juga sudah siap digosok. Breakfast untuk adik juga siap di atas meja.

Rutin ini diamalkannya sejak saya tak sihat beberapa tahun dulu. Bila saya sudah sihat, dia masih tetap dengan rutin ini. Terimakasih Farah. Mama sangat menghargainya.

Besar sungguh rahmat kurniaan Allah pada saya , seorang yang banyak melakukan dosa ini. Syukran ya Allah kerana memberikan saya anak-anak yang sangat menenangkan hati saya.

Soal ugama tidak perlu saya leterkan. Mereka tahu kewajipan mereka terhadap Allah. Masuk waktu, secara otomatik mengambil wudhu’. Setiap hari selepas solat subuh bacaan Quran sentiasa saya dengar dari kakak.

Saya berdoa agar sikap ini berkekalan sampai akhir hayat mereka. Saya berdoa agar Al Quran sentiasa menemankan mereka dimana saja mereka berada. Saya berdoa agar sunnah Rasulullah saw  sentiasa menjadi ikutan mereka dalam setiap perlakuan. Amin.

Rindu ini pasti. Sunyi itu pasti. Bila  saya sudah tiada, kerinduan dan kesunyian itu akan lebih terasa. Saya berdoa agar anak-anak ini akan mengirim doa untuk saya. Semoga terubat sedikit kerinduan dan kesunyian di kala jasad dihimpit tanah nanti.  

 

P4280098

Wajah-wajah yang bertakhta di hati saya.

0 comments: