Pages

Tuesday 20 May 2014

Hari hari yang sunyi tanpa MILO......

 

 

Setiap yang kita ada di dunia ini hanyalah pinjaman. Macamana sayangnya kita pada sesuatu itu, kita tak boleh lupa hakikat ianya sekadar pinjaman.

Milo peneman setia akak selama 10 tahun telah pergi buat selama-lamanya pagi semalam.

014

Dah hampir setahun dia sakit. Mulanya dengan sakit mulut, warded seminggu. Lepas tu masih tak elok lagi. Bawak ke doktor lain untuk 2nd opinion. Bagi satu round of a/biotics dan ubat-ubatan lagi. Kali ni dia suruh try bagi air gamat. Akak beli jenis healin botol biru tu. Tapi tak jugak elok. Last2 akak bagi dia soft food...rebus ayam.

Okeylah jugak selera makan dia tapi badan makin kurus. Kemudian infected by kutu pulak. Ini pun satu kes cari pasal. Wahau yang datang kejap rumah akak masa tu rupa2nya banyak kutu sebab si Wahau ni selalu terlepas keluar masuk dalam semak sebelah rumah arwah mak akak tu. Akak tak perasan yang Milo ni kena jangkit sampailah satu masa tu nampak banyak habuk hitam celah bulu dia. Rupa2nya droppings kutu!!

Kalau ikutkan kena bagi injection lepas tu mandi dengan syampu kutu bagai. Tapi Milo dah kurus sangat masa ni. Tak mungkin dia tahan dengan ubat kuat. Pakai ubat kutu dalam tiub tu pulak tak berkesan sangat sebab kutu dia memang banyak.

Sedih sangat rasa. Tapi akak fikir tak pe lah....akak akan make sure dia hidup seselesa mungkin di akhir hayatnya. Makan apa saja yang dia nak. Alhamdulillah selera makan okey tapi badan tetap makin kurus.

Beberapa minggu lepas dia mula buat hal. Kencing merata2, buang pun merata jugak. Selalunya di atas lantai bawah singki dapur akak. Nak kurung dalam cage tak sampai hati sebab Milo ni jenis carefree dari dulu. Lama2 akak pun alas dengan suratkhabar lama tebal2 bawah singki tu. Setiap kali dia kencing, buang. Nak marah pun dia macam buat tak faham je....lagipun akak tak sampai hati. Kita kalau dah tua nanti tak tahu macamana pulak kan. Mintak2 janganlah menyusahkan anak2. 

Anyway selera makan dia makin bertambah. Kadang2 dalam satu hari sampai 4 kali makan. Setiap kali akak ke dapur dia berlari2 ke fridge mintak makanan dia. Akak ikutkan je sebab kesian sangat tengok badan dia makin kurus. Sampailah hari jumaat lepas, dia hanya makan pagi tu sikit, kemudian pukul 10 pagi akak bagi lagi ayam...sikit saja dia makan. Petang tu Arif bagi makan pun dia tak sentuh. Masa ni dia asik tidur bawah sofa, tempat gelap2. Hari Sabtu akak meniaga di kampung tapi akak tak bawak dia balik sama sebab takut dia tak tahan duduk dalam kereta. Pagi Ahad akak balik tengok makanan tak bersentuh langsung. Cari dia bawah sofa....mengiau2 dia nampak akak dengan anak2. Jalan pun dah bayang masa ni. Badan dah kurus sangat. Akak cuba suap dia makan tapi langsung tak dijilatnya. Cuma minum air je. Tapi masih larat panjat kerusi dan katil lagi.

Pagi Isnin, semalam, lepas subuh, Arif dan Farah cari Milo bawah sofa....tengok dia dah tak berdaya nak angkat kepala. Angkat dan letak dia atas ottoman...mengiau je dia bila akak panggil. Setiap kali panggil dia akan menyahut. Setianya dia pada akak. Meleleh airmata tengok dia dalam keadaan macam ni, nak tolong tak tahu macamana. Cuma akak berdoa pada Allah supaya dipermudahkan segalanya untuk Milo. Banyak sungguh jasanya pada akak. Masa akak sakit dulu dialah yang menunggu akak depan pintu bilik mandi di tengah2 malam ketika semua orang tidur. Setiap kali akak masuk toilet dia akan bangun sekali. Kalau akak ke dapur dia akan ikut temankan akak....takut akak terjatuh sorang2 agaknya. Akak masa tu tangan dan kaki asik menggigil je. Bila akak baring dia akan tidur dalam bakul dia sebelah katil akak. Bila akak menangis dia akan cium akak. Ya Allah syukur sangat dapat berkongsi hidup dengan binatang setia ini.

Akhirnya lebih kurang pukul 10 pagi semalam Milo pergi buat selama2nya depan akak dan suami. Tiga kali dia tarik nafas panjang. Kali pertama tangan dia terangkat, kemudian kakinya pula terangkat sebelum jatuh semula kemudian mulutnya terbukak melepas nafas terakhir. Tak sanggupnya tengok masa ni. Tersedu2 akak menangis. Tak kuat rasanya. Akak urut je badan dia buat kali terakhir. Terimakasih Milo...... jasamu terlalu banyak sayang. Sampai sini saja rezeki kita untuk hidup bersama atas dunia ini. Tiada kucing lain yang dapat gantikan tempat Milo. You will always be my one and only darling Milo.

 

099

 

006

Bakul fevret dia sebelah katil akak. Tapi sejak dia sakit, dia tak mahu tidur di sini lagi. 

 

014

Antara memories kelakar Milo. Cuba jugak nak masuk dalam playhouse Peah.

 

145

Muka puas hati dapat duduk dalam rumah Peah. Punyalah padat kat dalam tu...hahaha.

 

192

Kenangan indah dengan first daughter, katanya. First time bawak balik Peah, akak kemain risau dengan reaction Milo. Takut dia merajuk. Masa ni dah 7 tahun dia jadi kucing tunggal kat rumah akak ni. Tapi alhamdulillah, it went well. Dia jadi lebih playful pulak lepas tu.

 

002

Kalau tidur, dia paling suka kalau akak pegang tangan dia, massage tapak tangan dia. Hihihi. In fact hari Ahad lepas, kemain berkeruh dia bila akak gosok tapak tangan dan kaki dia. Gonna miss that chubby paws.....

 

 

004

Goodbye Milo. Terimakasih atas segala-galanya.....we will never forget you sayang.

Tuesday 8 April 2014

Terima kasih Wahau.....

 

 

29 Mac 2014....hari Sabtu.....genap setahun mak akak kembali ke rahmatullah. Al Fatihah.

Hari Sabtu itu juga lebih kurang pukul 2pm, Wahau yang sudah beberapa hari tak lalu makan dan minum tiba2 sakit teruk. Kepala macam dah tak boleh nak diangkat lagi. Kebetulan akak ada di kampung wiken tu. Cepat2 buat keputusan bawak dia pergi klinik sekali lagi. (dah masuk kali ketiga pergi klinik dalam masa 2 minggu tu)

Doktor terus masuk air bagai. Wahau pun warded. Lemah sangat nampak dia masa ni.

 

2014-03-29 15.34.56

Masa doktor cukur bulu kat tangan dia tu, dia diam je....mengiau pun tidak. Kalau masa sihat jangan harap nak usik lebih2 tangan dia.

 

 

2014-03-29 15.35.21

Mata dia dah nampak sembap sebab doktor cakap buah pinggang dia dua2 dah bengkak. Sebak sungguh bila tengok gambar ni.

Sekejap saja dia jadi teruk macam tu. Dalam 2 minggu tu Alang force feed dia dengan makanan khas sebab risau bila tengok dia tak makan. Bila bawak ke klinik mula2nya doktor cakap okey je, buah pinggang semua ok. Tiba2 hari Sabtu tu jadi teruk macam ni. Akak dengan Alang dah berjuraian airmata tengok. Tak sanggup tengok dia lemah macam ni.

Setiap 2 hari sekali, lepas kerja Alang akan pergi tengok Wahau. Sedih sangat sebab bila Alang nak balik. Seboleh2 dia angkat kepala dia dalam keadaan lemah tu. Nak ikut balik agaknya.

Hari Sabtu 5 April lalu, selepas seminggu warded, kami buat keputusan untuk bawak Wahau balik. Keadaan dia memang lebih teruk. Doktor cakap buah pinggang dia dua2 dah tak berfungsi lagi. Tapi dia masih respon pada panggilan kami. Cuba mengiau walaupun suara tak keluar. Sampai rumah kami letak elok2 Wahau atas katil dia, selimutkan dan cuba bagi dia seselesa yang mungkin. Masa ni badan dia sejuk....kaki pun macam dah mengeras. Tapi bila diusap kepalanya dia masih respon seolah2 mintak dimanja lagi. Sedih pulak rasa nak sambung....

Tak payah lah panjang2kan citer...akak dah tak sanggup tahan airmata. Wahau kembali pada Penciptanya pada hari Ahad 6 April selepas maghrib tu.

 

 

038 

Akak kurang tahu pasal kehidupan kucing selepas kematiannya tapi akak berharap sangat Allah temukan Wahau dengan mak akak dan jadikan Wahau peneman setianya di taman syurga sebagaimana setianya dia dengan mak masa hayat mak dulu.

Terimakasih Wahau atas segala kasih sayang, pengubat duka dan peneman setia pada kami sekeluarga terutamanya arwah mak selama 6 tahun....terimakasih sayang.

Wednesday 2 April 2014

Teristimewa untuk ayahanda Abd Rahman...AlFatihah

 

 

Entri kali ni khas akak tujukan untuk ayahanda sahabat yang paling disayangi Zaphrina. Allahyarham telah kembali pada Penciptanya semalam semasa menunaikan ibadah umrah bersama2 Zaphrina dan ahli keluarga yang lain.

Sebak ketika mendapat mesej.....tak sedar airmata mengalir. Walaupun akak tak kenal personally dengan arwah tapi through his daughter i knew that he is a special kindhearted person. Orang yang istimewa dengan pengakhiran yang juga sangat istimewa.

Al Fatihah. Semoga Allah menempatkan arwah sebaris dengan para mukminin dan muttaqin. Dan semoga Allah mengurniakan ketabahan hati pada keluarganya dalam menghadapi dugaan ini dan dipermudahkan segala urusan. Amiin.

 

images                            Ihsan google.

 

 

Kalau tak silap ini entri pertama akak untuk 2014. MasyaAllah dah masuk bulan April. Harap kengkawan semua tak lupa pada akak. Akak tak pernah lupa pada pembaca setia blog akak. Rindu tak usah cakaplah. InsyaAllah lepas ni akan ada updet macam dolu2 ya. Dugaan tetap mendatang tapi kudrat dari Allah sentiasa akak perolehi. Fizikal dan mental makin tegap meneruskan perjalanan hidup. Alhamdulilllah. Hati kini lebih tenang walaupun tetap cembeng from time to time. Terimakasih pada semua yang hantar mesej bertanya khabar ttg akak. Bersyukur Allah beri peluang akak kenal dengan kalian semua. Okey till the next post.......love you all so so much. MMuuaah.