Pages

Wednesday 31 July 2013

Model terkenal diburu kasanovas.....

 

 

Wahhh. Very the vas tajuk akak hari ni. Dah terasa macam reporter tabloid pulak bila menaip. Hahaha.

 

028

Memula tayang gambar kaki model seksi ni dulu. Kejap ya, nak mop lantai. Meleleh leleh airliur kasanovas tengok gambar ni.

 

053

Lepas tu kasi tayang sampai peha pulak. Melopong dah the kasanovas. Siap tampal poster dalam bilik lagi. Ini gambar dulu. Sekarang model ni dah bersara. Katanya nak amik berkat bulan ramadhan kan. Bila lagi nak berubah. 

 

114

Walaubagaimanapun rutin harian setiap pagi masih menten. Ber 'sunbathing' tepi tingkap. Kadang2 sampai  ke malam. Untuk kesihatan katanya.

 

040

 Ini pulak the two casanovas. Teramatlah 'jalak lenteng' punya muka. Kalau dalam citer melayu zaman dulu tu siap parut2 lagi kat muka. Kalau zaman sekarang punya citer mesti kepala botak, pastu penuh tatu kat leher dgn tangan. Brutal sangat. Lepas tu nama standardlah kan, Carlos, tak pun Demang. Sembang pun stail lu gua je ni.

 

 

039

Pantang tak de orang dalam bilik, di ligannya  Seripah Peah, model bersara. Kalau akak pergi keluar beli barang memang kena asingkan si Peah ni dari si Demang dan Carlos ni. Takut gak kan. Kang siap haribulan, hilang pulak telinga sebelah.

 

 

052

Bila dikejar keliling bilik, selalunya dia cari akak. Dah jadi macam shelter house pulak akak ni. Tahulah kita ni tersergam je kat tengah bilik tu kan. Tapi takkan nampak macam rumah bungalow pulak. Kurang asam betul.

 

063

Cer tengok si Tomey tu. Sanggup tunggu tepi pintu bungalow tu sebab nak ngorat Peah. Menggigil2 si Peah ni.

 

046

Bila akak baring atas katil, dia masuk dalam selimut akak. Cukup takut. Rasa macam diburu sangat tau. Padahal dua ekor tu nak bergurau je pun. Lagipun Peah ni kan calico. Warna bulu tu meriah sangat. Macam tengok pelangi. Mana tak berbulaunya mata kasanovas tu tengok. Terkesima sangat sangat.

Tapi buat masa ini belum ada lah yang cedera lagi. Cuma tepuk2 manja tu adalah. Sebab Peah pun boleh tahan garang. Kalau tampar tu siap pakej kuku keluar lagi. Hopefully as time goes by, Peah berbaik2lah hendaknya dgn peminat brutal dia tu. Tambah2 dah dekat nak raya ni. Bawak2lah bersalam-salaman.

Monday 29 July 2013

Mengalahkan orang puasa....

 

 

Assalamualaikum. Lama betul akak tak updet. Sibuk sangat melipat samosa dan menggulung popia. Sedar2 rupanya dah seminggu blog sunyi sepi. Minggu lepas akak cuba pulak menambah nasi lemak dalam menu. Okey jugaklah, Ada masa turun ada masa naik. Sebab orang Arab ni memang tak reti nak makan makanan mesia ni. Farah tanya akak hari tu, " Camana nak explain kat orang Arab ni mama? "  Akak cakap, beritahulah dia, itu 'Fat Rice'. Hahaha.

Akak buat nasi lemak sambal kampung yang banyak bawang tu kan. Sebungkus RM2. Pelanggan biasanya orang cinalah. Yang Arab ni dia tanya dulu " Chicken inside? "  Asik nak hayaaaaaam je depa ni. Dalam samosa tu pun suruh letak ayaaaaaaam je, kentang sikit. Where got road man!! Dahlah akak jual 50 sen, macam underpriced  je kan. Pastu harga ayam......humanggggghaaaiiii.....sosak napeh dibuek e. Melambung!

Okey itu citer bisnes ala troli akak. Citer kucing pulak. Macam biasa. Dah masuk hari ke 20 puasa ni, dia yang lebih2 dari manusia. Tiduuuuuuuuuur sepanjang hari. Penat akak tengok.

 

024 

Dua ekor ni paling kronik. Gerenti menguap kalau tengok lama2. Yang tokey kutu tembam tu, kalau kita angkat dia pun dia lelaaaaaap je. Melembik je badan dia.

 

 

110  

Kat mana2 je tidur. Burung hinggap atas tingkap tu pun dia boleh tak perasan. Ish ish ish.....kucing zaman sekarang. Tak mainlah makan burung kan. Leceh, nak buang bulu bagai. Baik makan yang dah siap jadi biskut......ngap je.

 

 

059

Miki ni pehal pulak?

 

071

Cam biasa, tiap minggu treatment telinga dia tu. Sekali seminggu je cukup. Kalau tak letak ubat, gerenti earmites tu datang balik sebab telinga dia cukup subur dalam perusahaan menternak mites ni. Tapi tulah akak cakap......cukup kuat tidur. Dgn kon leher ni pun dia boleh nyenyak tidur.

 

321

Peah pun membuta jugak. Tapi cukup payah nak nampak kelibat dia siang2. Pot tidur dia ialah di balik langsir dan di bawah katil.

 

348

Deddi? Pun sama jugak. Tapi akak lebih suka nampak dia tidur nyenyak macam ni. Ada sekali tu akak nampak dia macam tak tentu arah. Kejap duduk atas kerusi, kejap atas katil. Nampak nafas dia pun laju semacam. Dah risau jugak masa tu. Siap nangis lagi akak. Akak amik yassin, baca sebelah dia. Sebab Milo ni cukup suka dengar orang ngaji. Dari dulu lagi masa zaman dia kecik. Tetiba lepas setengah jam, dia okey balik. Nafas dah stable dan dia tidur nyenyak semula. Alhamdulillah. Tapi bulan puasa ni nampak dia bertambah okey. Makan pun berselera. Sekali sekala boleh mengunyah dryfood lagi. Bulan ramadhan kan. Binatang pun dapat rahmat jugak. Subhanallah....betapa besar kasih sayang Allah pada makhluk ciptaanNya.

Okey tu jelah citer akak. InsyaAllah ada masa akak updet ya.

Friday 19 July 2013

Kak.......boleh saya tumpang?

 

 

Assalamualaikum.

Haa...tajuk akak macam biasa...gempak lebih. Takkan nak buat expose mistik pulak kan. Dahlah hari jumaat, bulan ramadhon pulak tu. Kang tak pasal2 ada yang seram nak gi solat terawih.

 

005

Akak nak citer pasal dia ni ha. Tiap hari buat perangai camni.

 

 

002

Troli carik makan akak dah jadi pot dia berkeruh tiap petang. Jadi satu hal nak bersihkan. Tak pasal2 ada bulu sesat kat situ. Dahlah awak tu saudagar impot ekspot kutu vavi.

 

 

013

Kemain nyenyak tidurnya....macam tidur malam. Kejutlah camana pun, dia tetap lelap kat situ.

 

Okey, tu je citer akak hari ni. Hepi wiken everybadeh!

Wednesday 17 July 2013

Tauke Kutu dah balik.....

 

 

 

 

 

047

Dah lama dah dia ni balik. Dua tiga hari sebelum ramadhan lagi. Kebetulan masa wiken tu Alang nak balik rumah mentua dia kat Serting. Akak pulak tak sampai hati bila dengar Alang nak hantar si tembam ni boarding. Pasal dia ni sensitip sikit. Sikit2 demam, sikit2 cherry berry. So akak pun dalam demam2 tu pegi jugak ke S'ban jumpa Alang yang nak ke S'ban jugak untuk servis kete dia. Amik si Tomey ni bawak balik KL.

 

 

094

Sampai KL je, Ops Lalang dijalankan bagi membenteras kedatangan pendatang tanpa izin. Hangin member tu bila setiap ceruk badan dan kepala diuli. Hahaha.

 

 

092

Sebelah telinga je ada 2 ekor. Memang tak semenggah!! Ni lah dia bila duduk kampung. Bila nampak pintu dapur terbukak je dia lari masuk dalam kebun. Ada satu hari tu siap terjun dari tingkap bilik mak akak. Tetiba dah tak de dalam bilik. Dah nak petang baru nampak dia tengah mencungap celah2 pasu bunga. Gigih betul jadi agen pendatang tanpa izin.

 

098

Reunited. Hepilah kitteh tu. Dan bekalan makanan kucing kat rumah akak dengan lajunya habis. Baru bukak sekilo........dalam 3,4 hari dah habis. Si Tauke Kutu ni keje dia makan tido, makan tido, makan tido......Maklumlah cuti kat Key Ells kennn. Kumpul tenaga.....dah dekat nak raya nanti nak buat keje impot ekspot pendatang tanpa izin lagi. 

Monday 15 July 2013

Unsangkerable

 

 

Assalamualaikum. Hari ni dah masuk hari ke 6 kita puasa kan. Alhamdulillah. Kekdah puasa dan sahur akak macam biasa meriah tak hengat dgn marathon kucings. Penat marathon dia pakat2 tunggu depan akak mintak upah ayam goreng.

Semalam baru pertama kali akak berbuka dgn juadah bazar ramadhan. Sedih. Makanan tak menepati piawaian pulak kali ni. Agar2nya siap pecah santan kat kepala dia tu. Tawar tu bolehlah di maafkan sebab faham kan......puasa. Tapi bab santan yang berselerak tu tak faham sikit. Sampai tak de kepala agar2 tu. Dah bersepah2 santan semua.

Jadi hari ni masak semula. Dulu2 akak tak reti betul masak time puasa ni. Bab merasa tu lemah sikit. Mak akak cukup expert rasa hujung2 lidah ni. Akak. Kemain lama kemam makanan dalam mulut baru dapat rasa. Hahaha. Silap2 terbatal puasa. Tapi hari tu akak tengok tanyalah ustaz, dia kata tak batal puasa kalau kita merasa makanan. Niat pun untuk merasa supaya makanan tu nanti tak rosak dan akhirnya terbuang saja kan.

Tapi tu lah kan. Tahun ni tiap hari akak masak. Bukan saja masak untuk diri sendiri. Akak meniaga uolls. Ha ah. UNSANGKERABLE!!! Daripada tak reti masak bolehlah pulak berjual bagai.

 

001

Troli carik makan. Tiap petang Farah dan Arif tolak troli ni from door to door kat rumah merpati ni. Pelanggan akak kebanyakan foreigners. Mat2 Arab ni lah. Siap ada sorang tu pajak nak 10 kuih ni tiap petang. Ada pulak satu rumah tu paling sikit dia order 30 dan paling banyak hari tu 60 keping. Okeylah kan. Alhamdulillah. Eh nak bagi tahu jugak. Tomok pun beli jugak popia ni. Hahaha.

 

 

007

Akak letak ayam sekeping2 dalam tu dgn kentang lepas tu celery. Akak tak reti nak buat fancy2 ni. Tu je lah yang akak pandai. Popia pulak akak letak carrot dengan ayam kisar. Ada sekali tu si Arab ni suruh akak letak cheese. Ha??? Tak pernah pulak akak tengok orang letak cheese dalam popia. Lalu akak pun dgn terus terang beritahu, "This popia malaysian recipe....no cheese." Susah nak communicate dgn diorang ni sebenarnya. English broken2 jugak. Kadang2 dkt 5 minit cakap baru faham. Saba je lah.

 

 

117

Kitteh peneman setia akak. Siap nangis lagi...........sedih kot. " Sian tuan aku ni, jual kuih nak tanggung makanan aku tiap bulan".  Hahaha. Tak de maknaya pun adouiiyai yer pun.

 

 

 

134

Mata dia pedih sebab akak tengah mengupas bawang masa tu. Rumah akak ni kan kecik je. Sampai sebuah rumah dapat aroma bawang. Kahkahkah.

 

 

115

Sampai dah tak mampu nak bukak mata lagi. So tragis ini budak.

 

 

131

Girlpren dia si Miki ni pun sama. Terbaring je. Yang akak pelik kucing bulu putih je yang terkelip2 pedih mata ni. Yang lain selamba je akak tengok. Kesian Kitteh dengan Miki. Hahaha.

Nak buat camana kan dah mak mu ini berniaga sekarang. Lenkali sarung spek hitam.

Tu jelah citer akak hari ni. Masa adalah sangat limited sekarang. Nak bw pun tak sempat. Tapi korang semua masih tatap dihati. Rindu sebenarnya nak jengok blog yang akak selalu pergi tapi tu lah kan. Tak sempat. Doakan jualan akak terus laris dan akak sihat ya. Kesihatan akak ni on off jugak sebenarnya. Kadang2 okey. Tapi setakat ni masih boleh lagi ke dapur. Alhamdulillah. Mintak2 sampai bila2 akak terus sihat. Dan semoga semua yang selalu jadi pembaca setia blog akak ni juga terus dirahmati Allah dgn kesihatan dan rezeki yang berganda. Amin.

 

Sampai jumpa lagi. Kasih sayang dari akak.

Wednesday 10 July 2013

Alhamdulillah bertemu ramadhan lagi.

 

 

Assalamualaikum. Syukur sangat pada Allah kerana panjangkan umur.....dapat sekali lagi bertemu ramadhan. Walaupun hati sayu je sejak semalam tapi tak sabar dan excited nak sahur, berbuka dan menambah lagi ibadat. Entah kenapa ternampak2 mak dalam bilik dia tu sejak dua tiga hari ni. Kadang2 tercium bau bedak dgn perfume yang dia selalu pakai. Aduhaiii...masa tu lah meleleh airmata dan tak tertahan2. Rindunya pada mak.

 

Dahlah tu, tak mo sedih2 kan. Semalam akak berjaya bangun pukul 4 pagi. Entah kenapa sejak dua minggu lepas telinga ni dah makin lali dgn bunyi alarm. Tak dengar langsung. Sedaaaap je tidur. Hari tu satu rumah bangun pukul 7 pagi. Nasib baik syuruk lewat. Sempat jugak solat subuh. Tak pernah buat hal solat time subuh gajah camtu. Usah ditanya kenapa subuh gajah sebab akak tak pulak tahu kenapa orang nismilan selalu cakap subuh gajah. Terlebih kaji tabiat gajah agaknya orang dulu2.

 

Dan waktu sahur ialah waktu larian marathon relay untuk kucing2 kat rumah ni. Lepas sekor2 naik atas kerusi sofa...lari....lompat atas kepala orang. Tak faham betul. Apa ke meriah sangat kekdah sahur akak ni.

 

074

Keletihan lepas larian marathon. Orang lain bangun sahur senyap sunyi je. Rumah akak meriah dgn suara Farah menjerit2 suruh kucing duduk diam2. Haha.

 

 

135

 

136

 

133

Juadah untuk hari pertama berbuka puasa. Nasi tomato, kurma ayam, acar buah dan popia goreng. Cukuplah tu kan. Hajat hati macam2 nak buat tapi sejak minggu lepas kesihatan tak berapa baik. Bersyukur masih boleh bangun ke dapur dan masak.

Okeylah. Selamat berbuka pada semua. Mintak maaf kalau akak slow sikit menziarah blog sejak seminggu ni. Kurang sihat sikit. Bila ada kelapangan akak jengah ya.

Thursday 4 July 2013

Lai, lai wa mau ciakap sama lu....

 

 

Sula tiga hali aa.....wa lemam. Wa tau wau sulah tua. Tapi a bila wa lemam a............wa manyiak lindu sama wa punya mak.

 

 

062

Kucin punyia mak tatak sama punyaaa........  Aiik! Wa lemember a..... ini jantan punya kucin kan. Haiyaa! Mau tipu sama gua. Sula sidih pun mau tipu!!

 

 

013

HUWAAAAAHHHH!!!!  WA MAU WA PUNYIA MAAAAAAKK!!!

Sulah lemam lagi mau nangis. Sikalang kipala sulah sakit! Sekian telima kasih.

 

Nak dekat bulan puasa ni rindu makin menebal. Sebut nama mak pun dah berjuraian airmata. AlFatihah untuk Rokiah binti Abdullah. Ya Allah cucurikanlah rahmatmu atas roh mak. Amin.

Tuesday 2 July 2013

Charger beteri kamera Nikon cap hayam

 

 

 

Setelah dua minggu mencarik setiap celah dan sudut. Masih jugak tak jumpa.

 081

Yang dicari bendalah lain..........yang jumpa bendalah ni. Menan kucing yang hidup segan mati tak mahu.

 

 

 028

Separuh bulu menan tu dah masuk badan dia ni agaknya. Peah ni punya perangai kan pelik sikit. Orang lain setakat main dekat atas karpet je. Dia..........terus bawak masuk bawah katil. Tiap hari kunyah sikit2. Akak pulak memang tak perasan dah hilang benda tu. Alih2 jumpa.......dah togel.

 

Okey rewind balik pasal cari charger yang hilang tu. Punya tunggang terbalik akak kejekan segala laci. Taaaaaak jugak jumpa. Pelik sangat. Kalau tanya kat kazen akak di kampung, mesti dia jawab, "Agung pinjam." Jawapan mintak penampar. Mencikkk! Dulu2 kalau mak akak hilang periuk feveret dia kat kampung, kazen akak ni mesti menyampuk. "Baghu tadi den nampak."  Dan bila mak akak tanya, "Kek mano?" Dengan muka sadin dia jawab, "Agung pinjam jap. Esok dio pulang an balik." Memang nak kena sedas dua dgn mak akak. Sape suruh bagi jawapan mintak penampar.

 

Okey rewind sekali lagi pasal charger tu. Kamera akak tu punya bateri kan memang dah tinggal 2 bar. Akak punyalah jimat. Amik gamba yang penting2 je. Yang kucing2 ni pun satu hal. Time bateri kamera tinggal ciput ni lah dia buat muka kiut. Main tepuk tamparlah dia. Jalan pegang tanganlah. Okey tu tipu. Hihi.

 

004

 

At last. Mengalah jugak. Terbang RM139 walaupun cap hayam. Beli kat kedai kamera Midvalley. Budak yang jual tu cakap, kalau yang ori tak de warranty. Yang cap hayam ni ada 6 bulan warranty. Harga pun bolehlah walaupun terkedu jugak sekejap sebab tension tak sudah dgn keajaiban charger yang boleh hilang serta merta kat rumah tu. Tapi yang pasti lepas ni beli buku log. Sape2 nak pinjam tolong sain. Hahaha.

 

p/s  Line internet sangatlah menyedihkan. Macam biskut.....kejap ada, kejap tak de. Jadi tak berpeluang sgt nak bw. Mintak mahap ya tawan2. Bila dah okey, akak gi jengah ya.