Pages

Wednesday, 17 July 2013

Tauke Kutu dah balik.....

 

 

 

 

 

047

Dah lama dah dia ni balik. Dua tiga hari sebelum ramadhan lagi. Kebetulan masa wiken tu Alang nak balik rumah mentua dia kat Serting. Akak pulak tak sampai hati bila dengar Alang nak hantar si tembam ni boarding. Pasal dia ni sensitip sikit. Sikit2 demam, sikit2 cherry berry. So akak pun dalam demam2 tu pegi jugak ke S'ban jumpa Alang yang nak ke S'ban jugak untuk servis kete dia. Amik si Tomey ni bawak balik KL.

 

 

094

Sampai KL je, Ops Lalang dijalankan bagi membenteras kedatangan pendatang tanpa izin. Hangin member tu bila setiap ceruk badan dan kepala diuli. Hahaha.

 

 

092

Sebelah telinga je ada 2 ekor. Memang tak semenggah!! Ni lah dia bila duduk kampung. Bila nampak pintu dapur terbukak je dia lari masuk dalam kebun. Ada satu hari tu siap terjun dari tingkap bilik mak akak. Tetiba dah tak de dalam bilik. Dah nak petang baru nampak dia tengah mencungap celah2 pasu bunga. Gigih betul jadi agen pendatang tanpa izin.

 

098

Reunited. Hepilah kitteh tu. Dan bekalan makanan kucing kat rumah akak dengan lajunya habis. Baru bukak sekilo........dalam 3,4 hari dah habis. Si Tauke Kutu ni keje dia makan tido, makan tido, makan tido......Maklumlah cuti kat Key Ells kennn. Kumpul tenaga.....dah dekat nak raya nanti nak buat keje impot ekspot pendatang tanpa izin lagi. 

19 comments:

kasihibu said...

ralit cari kutu kucing nih tp tang yg bebesar tu sya pulak terjerit jerit geli
boleh bebel lg marahkan si G sbb tak pandai mandi bersih2;-)

Liyana Raziff said...

tauke kutu comel sgt. nk marah pon x sampai hati sbb import pendatang tanpa izin. hehehe

Acik Erna said...

dok kampung kan aidah..camtu lah he he..sok balik kampung..mulo lagi operasi..melawat kawasan rumah

Aidah said...

kasihibu,
Nasib baik kutu vavi. Kalau kutu jenis terbang tu memang nahas kucing lain. Hahaha.

Aidah said...

Liyana Raziff,
Dia ni selalu kena sakat kat rumah akak, dik. Sebab bunyi meow dia tu tak macam kucing, macam budak kecik merengek2. Kelakar.

Aidah said...

Acik,
Nak buat canno acik. Oghang bujang kan. Hahaha.

Nota Cikgu Anum said...

demokkkk

Murni Alfathunnisa said...

seronok la dia, vacation kat keyell...hehe..penginapan berapa hari berapa malam ni kak..siap pakej spa buang kutu lagi...hehe....

tapi kan..geram la nengok dia...kucing2 kat umah akak semua gebu-gebas....haisy..macam nak kidnap je...hehe

Dinas Aldi said...

Tang part reunited tu nampak hepi sangat gambaqnya, hehe.

Jenoh la nak cari kutu2 tu semua, kak Aidah. Kena mandi dengan syampu khas la kan?

tunfatimah said...

tak pela ada kutu pun syumil......hahahaha. Miss u Aidah lama tak comment....

Nini D.. said...

hakhakhak...sama la kita kak

YB nini kat umah ni tak boleh dikurung..mau meroyan dia kang xdpt lawat kawasan jajahan dia...maka,..kalo sumer semak dia redah balik tu terpaksa pulak buat keje tak berbayar inspection telinga badan bagai..

kalo bulu ciput takpe jugak..ni bulu badan..mak aih,..kaya!!!

zard said...

Muka tetap maintain hensem walaupun tauke kutu! hehehe..

Aidah said...

Cikgu Anum,
Demokk tapi manis pun ada. Hahaha.

Aidah said...

Murni,
Kalau nak kira ni pakej ribu riban, dik. Dia ni kan anak tansri Wahau. Mana nak yang cikai2 semua nak platinum lagi. Hahaha. Kucing2 akak ikut tuan dia.....gebu gebass jugak, dik.

Aidah said...

Dinas,
Hepi bila reunited tapi bila dah berpisah nanti yang paling tak tahan tengok. Sayuuuuu je hati.
Akak jarang guna Medicated shampoo tu dik. Sebab payah sikit. Nanti takut dia jilat. Lagipun kutu dia masih tak tahap kronik so bolehlah guna cara semulajadi. Hehe.

Aidah said...

tun fatimah,
How's your ramadhan, my friend. I doakan semuanya okey dan you and your mom dirahmati Allah selalu.

Aidah said...

Nini,
Tu lah akak cakap. Kalau boleh jual macam jual ayam kat pasar tu kayo kito, dik. Tambah2 nak dekat raya nanti. Kahkahkah.

Aidah said...

zard,
Tulah pasal. Tak boleh marah lama2. Baru 5 minit dah amik ciuuuuum balik. Macamana nak insaf kan. Hahaha.

~mrs azmi~ said...

samala budak2 kat umah tu.. asal balik kg mesti bawak balik makhluk tak diundang tu... hish jadi kerja kita pulak nak kena banteras