Pages

Monday 29 August 2011

Ucapan Eid Mubarak Untuk Semua

 

 

raya 2010

 

Dodol dikacau oleh Cik Bedah

Liatnya sungguh payah nak telan

Seharian suntuk memasak juadah

Bertepek salon pas masih tak jalan.

 

Membeli cincalok di Kota Melaka

Untuk dimakan oleh si Bapak

Ketupat hiasan ditampal di muka

Agar cembengku tiada yang nampak

 

Nisya ke kedai membeli gula-gula

Dicuri pula oleh sang kera

Penat di badan hilang segala

Tatkala melihat keluarga berselera

 

Berbaju kebaya berselendang sakan

Keronsang permata menambah gaya

Selamat Hari Raya daku ucapkan

Buat sahabatku di alam maya.

 

Mohon maaf pada pembaca sekelian atas kekhilafan saya bila menulis selama ini. Semoga semua amal ibadat kita di sepanjang Ramadhan diterima Allah. Amin.

Friday 26 August 2011

Baaaalik kampuuuuung o o o baaaaalik kampuuuuuung.

 

 

Hek eleh! Macam dah lama benar tak balik kampung. Padahal hampir setiap minggu, muka2 ni dah tercongok depan pintu rumah mak.

Tapi untuk Hari Raya ni lain macam sikit meriahnya kot. Salah satu sebabnya ialah keadaan jalan yang sesak. Ada orang kata kalau tak jam tak meriah. Tapi kalau berensot 2, 3 inci setiap 15 minit, tak seksa ke rasanya dok dalam kereta.

Saya memang jarang terperangkap dengan jam ni kalau musim raya. Sebabnya adalah, pilihan waktu nak balik. Selalunya lepas solat subuh, kitorang akan bertolak balik. Memang tak jauh pun Port Dickson tu, tapi kalau jalan jam mahunya amik masa 3 jam. Maka adalah tak guna nak nangis kalau dah jadi cam ni hokey!

 

 

002

Haghi ni den nak posan, elok2 bawak keto tuuu. Den tak nak ghayo sepita doh. Ekau nak ko makan kotupat, lomang pakai tiub? Den tak nakkk! Biar lambek sampai, tak po. Kalau copek sampai tapi naik ambulan, baik tak yah! Sia paleh, kato abah den.

Terjemahan: Pesan saya pada semua, berhati2lah memandu kereta. Elakkan kemalangan. Lemang dan ketupat hanya enak dimakan menggunakan tangan. Saya tidak mahuuuu......errrr....error 404.....your request is denied.....error...!! (tadi elok mesin translator den ni. Apo lak hal ni. Nanti jap, den kotuk sikit ) Let late arrive, nevermind. If fast arrive but ride nee noo nee noo, kind no yah! Singapore International Airline paleh, said den's father. (mahaaaaap lah yo. Abis sebiji sebiji di translate eh. Layan je lah )

Wednesday 24 August 2011

Tragedi Kampung Lambuk

 

Biasanya bulan Ramadhan ni memang amat sesuai memasak bubur lambuk. Tahun lepas, malas nak buat. Selalunya orang kampung buat kat surau atau masjid, lepas tu agih2kanlah.

Tahun ni adalah pulak yang mengidam nak makan bubur lambuk. Yang dijual tersangatlah tak semenggah rasanya. Agaknya diorang belum jumpa resipi yang kaw2 untuk bubur lambuk kot. Jadi di bulan mulia ni ahkak maafkan je lah.

Weekend lepas, balik kampung, jadi saya pun melambuk di dapur. Ingatkan untuk buat makan sendiri2 je, tapi tak sampai hatilah pulak kalau tak menghulur ke jiran2.

 

012 Penyudahnya satu periuk saya melambuk.

Resipi sangat senang dan gerenti sedap, insyaAllah.

 

Kalau ada teringin, silalah cuba ya!

Pada suatu hari di bulan Ramadhan di Kampung Lambuk, 3 cawan beras berasa sangat panas lalu berendam dan bermandian lah mereka di swimming ful belakang rumah.

Di dalam  kamar, 2 genggam bawang merah sangat teringin untuk join beras dan dengan pantas menanggalkan pakaiannya. Tapi ibu tirinya, si halia yang agak gebu segebu ibu jari tangan telah dengan kejam menghalang hasrat bawang merah. Dia lalu mengarahkan Cik Pisau menghiris halus2 bawang merah ini.

Tiba2 bapa kandung bawang merah, sekilo Daging Tetel pulang ke rumah dan cuba menyelamatkan anak2nya. Apakan daya Daging Tetel yang banyak lemak dan cukup kurang bersenam, menyebabkan beliau tewas jua dengan aksi Cik Pisau yang ganas SG itu dan turut dihiris2.

Takdir Tuhan penentu segala. Dalam pertarungan itu Puan Halia turut menjadi korban peluru sesat dari unit simpanan khas, semangkuk udang kering. Walaupun tidak sebesar udang galah, udang kering ini adalah unit yang sangat kuat kerana telah ditumbuk lumat sehingga menjadi padu.

Sementara itu, si beras tidak sedar bahawa swimming ful itu adalah kolam air panas rupanya. Maka cairlah 2 buku sabun perisa ayam Knor dan bath salt secukupnya yang dibawa bersama ketika mandi tadi. Daging tetel, bawang merah dan Puan Halia juga telah dicampakkan bersama2 Beras ke dalam kolam air panas ini.

Menangislah mereka bersama2 sehingga bengkak2 mata dan kembang2 badan. Udang kering yang berdiri di tepi kolam air panas itu untuk memantau kejadian telah terjatuh pula kedalam kolam.  Oooh sungguh tragis. Dek kerana terlalu tragis, turun pula hujan lebat berwarna hitam macam Lada Hitam pulak rupanya. Dan biasalah bila hujan lebat ada pulak landslide tapi anehnya berwarna putih macam santan pekat pulak.

Ooops lupa nak cerita, ada juga sekumpulan bawang merah yang terlepas. Tapi ibarat lepas dari mulut buaya, masuk pula ke dalam mulut harimau, bawang2 merah ini telah tersungkur kedalam minyak panas. Lalu menggeletislah ia sehingga keperang2an.

"Tolong! Tolong! Biarlah aku bersama2 ayahanda ku di saat genting ini. Kasihanilah aku.....", jeritnya.

Di akhir riwayat ini, bawang merah yang menggeletis itu telah bersatu jua dengan ayahandanya. Tetapi kerana paras rupanya keperangan maka ayahandanya tidak kenal lagi pada anak kandungnya sendiri.

 

015 

Begitulah akhirnya, sibawang merah yang telah berubah rupa dan tidak diterima ayahandanya si daging tetel.

Sekianlah berakhirnya kisah tragis yang berlaku di Kampung Lambuk hari Sabtu lalu.

Pengajaran dari kisah ini adalah , janganlah anak2 sekelian  menukar warna rambut menjadi blonde  sebelum pulang ke kampung berhari raya nanti jikalau tak mahu bernasib sama dengan bawang merah. (nak jugak selit khidmat pesanan masyarakat tuh!)

Monday 22 August 2011

Tekak Mat Saleh

 

Masa saya mengandungkan anak sulung, selalu je tekak ni nak makan masakan kampung. Yang paling diidamkan ialah gulai nenas bersama ikan sepat masin. Bila mak saya masakkan, memang saya tak sentuh makanan lain.

Alih2 anak saya ni bila dah lahir bertekak mat saleh lah pulak. Masa kecik, perut dia memang tak boleh masuk nasi. Bercherry berry sahaje. Maka dari kecik sampai besar, dia makan kentang. Selalunya satu hari, saya akan rebus 5 biji kentang dan di lenyekkan, lepas tu campur dengan hati ayam goreng atau ayam bakar. Sekarang ni, dia memang tak boleh tak makan kentang seminggu, mesti nak cari kentang. Kalau dah mak tak masak kentang, sanggup dia gi beli Lays atau Mister Potato.

 

010   Selalunya saya akan bakar ayam dan letakkan potato sekali. Dan dia boleh layan makan macam tu saje. Nasi tu, amik sikit saje. Kalau ikutkan tak nak pun makan nasi tu.

Dengan anak kedua pulak, masa mengandung, saya selalu menjamah makanan mat saleh ni, macam shepherd's pie, lasagna dan yang seangkatan dengannyalah. Ingatkan si Arif tu bertekak tempoyak ke, belacan ke kan. Tetibe bila keluar, bertekak mamak pulak! Canno tu? Aduuhhhhaii, setiap hari mesti nak pekena roti canai, nan, tandoori. Ini lagi kes teruk. Kang terpaksa lah pulak mencari tempayan lama belakang rumah tu untuk buat roti nan. Kalau bab masak ayam tandoori tu, orang dodulu kata, dah boleh kahwin orang Pakistan ni.

 

Budak Arif ni baru 3 tahun kebelakangan ni je belajar makan nasi. Kalau tidak, pandang sebelah mata pun tak nak. Bila hari raya, orang makan ketupat, rendang, lemang, dia cari roti gardenia atau maggi. Memang sangat kesian. Dan mak ni pulak, tak kuasa nak menguli roti canai di pagi raya setelah berhempas pulas merendang dan mengketupat hari sebelumnya. Penat. Kedai mamak pulak memang tutuplah hari raya pertama. Jadi hari raya kedualah betul2 dia dapat makan makanan kegemarannya sebab kedai mamak dah bukak.

Tapi semenjak dua menjak ni, selera Arif sangat universal. Semua dia sapu. Sekarang ni saya pulak terpaksa kekang seleranya, takut obese melampau.

006   Hari tu, sebab bulan puasa, bagi can lah dia makan favourite foodnya, grilled cheese sandwich. Macam biasa saya hanya jadi tukang masak sebab saya adalah allergic juga pada cheese. Sedih. No more lasagna, pizza, marble cheese cake etc, etc etc .........for me. Uhuks...uhuks. Haiii cukup2lah menggebukan badan, takkan nak lagi makan cheese tu? (statement untuk diri sendiri, seperti biasa. Yang lain, sila jangan cembeng)

Saturday 20 August 2011

Topless Sunbathing

 

Haaa????!!!!???

Sabar, sabar, Bang Aji dan Kak Ajah semue ya! Takkanlah dah buang tebiat saya ni nak nunjukkan gambo tak senonoh di bulan mulie ni.

Ni haa, nak cerite sikit. Makhluk sekor ni memang tak pernah dibaginye lepas keluor rumah. Asik terbaring atas katil menternak lemak. Nak buat camane, tuannya over protective. APA PUN TAK BULEH!!!

Sesekali bila saya keluar menyidai kain, dia pun berhimpit2 nak keluar jugak. Pagi tadi tuannya pegi skolah jadi bolehlah kasi can kucing ni nak menikmati angin dan matahari di balcony.

 

001 Tak ke topless tu gamaknye! Malah bottomless lagik. Jangan marah naaa.

 

004 Dah tan sebelah kanan pusing kiri pulak.

 

003Yang buat tak semenggah , tangan tu suka sangat merayap. Cer tengok kelopak daun cactus tu dah jatuh sehelai. Dia punya keje lah tu.

 

006 Bila orang berleter, dia buat tak tahu je.

 

007 Sebelum banyak lagi pokok bunga jadi mangsa, lebih baik masukkan ke dalam. Muka yang tadinya manis, terus jadi masam mencuka, tapi tatap topless dan bottomless tanpa rasa berdosa. Jangan jeles.......

Thursday 18 August 2011

From Seri Kembangan to Putrajaya with love.

 

Semalam masa pegi jenjalan di alam maya, saya ternampaklah ayam golek Mek Som di Kg Kerinchi. Uuumak aiii terasa2 sedapnya dalam mulut ni ha. Tapi tak laratlah pulak nak mengharung jam. Jadi saya pun cadangkan pada En.AHBY untuk menjengah bazar Ramadhan Putrajaya pr. 2.

 

P8171069 Ada lebih kurang 200 gerai kat sini. Haa puaslah menjamu mata tapi hati2 jangan ikut nafsu pulak. Kami sampai lebih kurang pukul 3.45pm. Kebanyakan gerai dah mula berniaga.

 

P8171070 Gerai murtabak Keramat ni punyalah panjang line. Sedap sangat ke? Hmmm rasanya lebih sedap dari murtabak yang saya selalu beli di bazar Ramadhan Sri Serdang. Tapi tak boleh lawanlah murtabak di bazar Ramadhan Bt 4 Port Dickson. Bolehlah bagi 4 dari 5 bintang.

 

P8171071 Gerai Ayam Golek Murni ni pun beratur jugak. Dan ayam goleknya memang sedap. So far inilah yang terbaik yang saya beli. Masak ayamnya dan cukup perapannya. Harganya ialah RM18 seekor. Ingat lagi 5 tahun lepas, harga seekor antara RM12 hingga RM14 saje.

 

P8171072

Masa lalu kat jambatan femes ni, jam masih pukul 5.00pm. Lambaaaaaaaat lagi nak buka jadi babahnya ikulah ragam anak2 nak jalan2 sekitar Putrajaya.

Semua juadah yang dibeli semalam adalah sangat sedap dan memuaskan hati, jadi hari ini nak ke sana lagilah insyaAllah.

Wednesday 17 August 2011

Mengenang hari turunnya Al Quran.

 

 

Hari ini Selangor cuti sebab hari ini 17 Ramadhan. Hari istimewa turunnya Al Quran dan secara berperingkat2 menjadi sebuah kitab buat panduan kita dunia dan akhirat.  

Selalunya masa ni kat KL jalan tersangat jam sebab wilayah tak cuti manakala orang Selangor pulak berduyun2 shopping untuk persiapan raya. Saya memang tak kuasa nak masuk KL masa ni. Tiap2 tahun sama je ceritanya. Nanti adalah yang terpaksa buka dalam kereta sahaja.

Rasa2nya eloklah hari ini kita mengenang semula bagaimana kitab agung itu diturunkan kepada Rasulullah saw sebagai wahyu dan menjadi mukjizat Baginda.

 

Nabi Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:

1. Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dada, kalbunya. Mengenai hal ini, Nabi mengatakan: “Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku”. ( As-Syura: 51)

2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.

3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat.

Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: ” Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa”.

4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : “Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".

(sumber : Internet)

 

 

003Inilah Quran saya yang dihadiahkan suami masa nikah 18 tahun dulu. Kecil je, senang nak bawak ke sana kemari tapi rasa2nya kena beli lain kot,yang tulisan besar sikit. Ke ahkak ni kena pakai reading glasses? (oooohhh tidak! Huhuhu)

 

 

0042 hari lepas, saya terpaksa berdampingan dengan kitab hadis ni pulak. Ini kira kes raya sebelum waktu lah. Entah apasal si hormon dalam badan nak berlawak dan beraya lebih cepat dari biasa. Agaknya berhorey2 cik hormon ni mendengar lagu2 raya kat radio yang tengah meriah sekarang ni. Apa2 pun ahkak redho.  

Lupa lak nak bagi tahu, kitab hadis tu memang sangat best.  Kebanyakannya adalah riwayat Bukhari dan Muslim. Menusuk hati wa cakap lu dan bertambah cinta saya pada Rasulullah saw.  Kedua-dua ni adalah pemberian arwah abang saya dan menjadi harta bernilai dalam hidup saya sekarang ni (buat ubat hilang stress).

Monday 15 August 2011

Hampir separuh, Alhamdulillah.

 

Hari ini masuk Ramadhan ke 15. Alhamdulillah. Dalam bertatih, sampai gak separuh. Dan semalam jugak mesin basuh cuba la pulak buat lawak. Bila dah habis segala proses wash, rinse dan spin yang amik masa 59 minit, dia pegi ulang sekali lagi wash, rinse & spin. Ingat ni lagu ke nak ulang-ulang korus, rangkap pertama bagai? Dah lah semalam ada episod membasuh towel. Kalau kita gi pusing stop terus, tahu pulak dia nak sentap. Di jam nya pintu, lansung tak dapat amik kain kat dalam mesin tu. Sudah. Jadi hostage pulak towel aku nih!! Haiiii...bikin garuk kepala ini mesin. Mujur ada pasukan gerak gerak gerak Khas datang menyelamatkan tebusan.

Pagi ni, lepas subuh saya dah jadi guard kat depan mesin tu. Masukkan kain basuhan, tekan dan tunggu sampai dia berjalan. Lepas 59 minit, jengah lagi. Alhamdulillah okey. Lain kali, janganlah dia buat lawak lagi. Tersangaaaaaaaatlah tak lawak ya! I'm soriiiiiii.

 

 

001

Di sinilah tempat kejadian tebusan itu semalam. Stress ahkak tau! Dah lama tak duk mencangkung basuh kain tepi perigi. Rasa2nya lutut ni dah tak boleh nak lipat lagi, nak cangkung camne? Lagi pun perigi lama dalam kebun getah belakang rumah tu dah lama kering. Tadah tangan, ahkak semalam. Mintak jangaaaaanlah bibik basuh kain ni buat hal. Nangis ahkak nanti.

Saturday 13 August 2011

Kerna Asam Lambung

 

 

Bulan puasa ni, pagi lagi mulut dah terasa pahit. Bukan sikit pahitnye tu. Alahai macam tengah hisap Panadol bawah lidah. Nak minum air tak buleh. Kadang-kadang pahit payau tu sampai ke tekak, boleh nak muntah dibuatnye.

Jadi saya pun pergilah mengunjungi bomoh Wak Gugel untuk mencari penawar rasa pahit dalam mulut ni. Dan inilah yang saya dapat.

 

007

Waduh, waduh Bu Dokter, gimana sih? Gue enggak ngerti.

Asam lambung? Mula-mula saya ingat sebab saya ni dulu suka sangat makan asam boi. Bila masa bulan puasa teringat2 pulak rasa asam boi tu kan. Rupanya asam lambung tu asid dalam perut. Dalam banyak-banyak explanation, inilah yang paling semenggah dan barulah saya faham. Tapi pelik jugak setiap kali google pasal apa-apa masalah kesihatan, mesti Dokter Indon yang ada tersenarai. Doktor Mesia tak de pun.

Tapi memang tahun ni puasa agak mencabar bagi saya. Selalu saje tak sihat. Ada masanya menangis jugaklah. Sakitnye lain macam. Bila dah berbuka pun ada masanya tak sihat jugak. Kadang-kadang hanya minum air dan kurma 3 biji. Lepas tu bila dah selesaikan solat semua barulah perlahan-lahan makan nasi, itupun tak sampai sesenduk yang boleh masuk. Sahur memanglah tak selera. Nak habis 2, 3 suap pun susah. Tahun lepas boleh jugak minum susu. Tahun ni allergies saya makin menjadi-jadi, semua jenis susu tak boleh, malah yoghurt drink pun boleh buat perut memulas dan berulang alik ke tandas. Tapi tak pe, saya redha.

 

009      

Setelah kurang berpuas hati dengan Wak Gugel, saya balik semula lah pada amalan biasa setiap hari. Itulah ubat yang selalu di supply oleh kakak saya. Tiap-tiap minggu balik kampung, amik stok ubat. Kalau nak tahu, ubat pun ada yang saya tak boleh makan sebab allergic. Nombor satu yang saya tak boleh amik dan yang paling buat saya sedih ialah painkiller. Kalau sakit macamana sekali pun, saya hanya dibenarkan telan panadol sahaja. Pandai-pandailah saiko kan kepala tu untuk menahan sakit. Ada sekali tu saya buat surgeri gigi, menangis menahan sakit. Nak buat camane. Kalau saya amik jugak painkiller tu, samada saya sakit perut sampai boleh pitam atau bengkak2 seluruh badan. Bengkak sebab allergic ni memang teruk jugaklah sebab tekak dan langit2 dalam mulut pun membengkak dan kadang2 boleh buat saya susah bernafas. Jadi kakak saya sangatlah melarang saya untuk amik apa saje painkiller. Dan kakak saya pulak ialah seorang Bu Dokter yang garang. Dengan patient lain dia okey tapi kalau dengan saya, buleh tahanlah jugak garangnya. Sebab saya ni banyak komplen kot. Adaaaaaa je yang sakit, lepas tu dari kecik lemek lah sangat. Asik pitam, pengsan, pitam, pengsan. Walau macamana pun, saya tahu dia sangat mengambil berat. Makasih Alang.    

Friday 12 August 2011

Empukkah atau liat kekdah bangun sahur anda?

 

Awal2 Ramadhan dulu baik je memasing. Anak-anak senang nak kejut. Suami pun bila kita kejutkan, terus bangun je. Yang mak ni pulak bagus je memasak untuk sahur. Siap tukar2 menu setiap hari. Hari pertama-rendang ayam. Hari kedua-chicken chop. Hari ketiga nasi goreng cina. Hari keempat bistik. (yo yo oh je bunyinya). Dah habis makan sahur dengan muka manis berseri, sama2lah pulak membasuh pinggan di dapur.

Minggu kedua pulak, bolehlah diterima lagi. Bangun tidur pun setakat dua tiga kali teriak je nama memasing. Suami pun terus bangun bila dikejutkan tapi sambung tidur di sofa lah pulak. Yang mak ni pulak dah tak kuasa putar menu lagi, hanya panaskan lauk je dan masakkan nasi. Dah habis makan, pinggan mangkuk, sendiri pakai sendiri basuh. Masa ni, adalah kot yang mengimpikan makan dalam pinggan kertas je. Kalau boleh nak simpan bekas tapau nasi ayam semalam (memang dasat kreatif otak berfikir kalau dah malas). Lepas selesai bersahur, berlumba2 masuk tidur balik. Bila azan subuh, alarm memasing berlumba pulak berbunyi dengan azan.

Bila dah nak masuk minggu ketiga pulak?  Nak kejut anak2, punyalah susah. Sorang dah bangun, sorang lagi tidur balik. Bila kejut yang sorang tu, yang memula bangun tadi, tidur baliklah pulak. Itu ajelah keje si mak ini. Dok ulang alik mengejutkan seisi rumah.  Lama2 rambut serabai si mak ni dah macam hantu kak limahlah pulak. Yang si suami pun sama jugak. Tarik selimut lagi bila kita kejutkan. Bila dah bangun, duduk kat tepi katil tu, sambung lelap (sangat berkebolehan dalam seni tidur duduk ni). Lauk kat dapur tu pun tak kuasa nak hangatkan. Dah siap2 dipanaskan oleh si mak ni waktu sebelum tidur malam tadi (ye, mak juga diserang virus malas!). Muka masing2 sangatlah kelat bila makan sahur. Mata lelap. Itu yang kekadang nasi tersuap dalam lubang hidung. Ada pulak yang makan kat tepi katil je. Senang. Lepas makan, lap tangan pakai wet tissue dan terus rebah balik, sambung tidur. Uuuuuuuumak aiiiiiiiii! Dah masuk tahap kronik ni.

 

 

Apa pulak akan jadi di minggu terakhir Ramadhan nanti? Tak sanggup nak bayangkan.

 

 

Tapi kannn, satu hari nanti kita akan tidur panjang, tak bangun2 lagi. Dan sebelum waktu itu sampai, eloklah kita empukkan sikit bab bangun tidur ni (kamus akak cakap, perkataan berlawan liat ialah empuk). Tidur pun biarlah ala kadar je di bulan Ramadhan ni, kumpul pahala bebanyak. Nanti kita boleh bersara dengan nyaman dan selesa di sana, insyaAllah.

 

046

Al-Fatihah untuk mereka yang telah bersara untuk selama-lamanya.  

Wednesday 10 August 2011

Rabu tanpa kata-kata.

 

001 

002 Apahal? Dah lapar sangat ke di bulan pose ni sampai t-shirt pun nak baham sekali. Melampau tuh. Tapi taklah berselera  nengoknye,bukan gamba makanan pun kat situ kan.

 

003

Laaa cap ayam rupanye. Patutlah merapus semacam.  Walaumacamanapun memang selesa dipakai dan murah aje, lebih kurang 12 henggit kalau tak silap. Menyesal pulak bila selai je.

 

 

p/s  Eh tadi cakap rabu yang tak berkata-kata. Ni dah macam merepeks dan merapus pulak! Itulah orang buat wordless Wednesday, kita nak buat jugak tapi masih tak reti-reti nak zip mulut gamaknye ye!

Tuesday 9 August 2011

Resipi Ayam Golek Kak wok

 

1 ekor ayam

Bahan-bahan perap :

10 tangkai cili besar merah

3 labu bawang besar (pilihlah yang besar-besar macam tombol pintu)

6 ketul bawang putih (atau segenggam kanak-kanak 5 tahun)

6 tangkai serai (secekak tangan sendiri)

3.5 cm halia yang berdiameter 2.5cm (sila pinjam pembaris anak-anak)

6 cm kunyit yang berdiameter 1 cm

( ukuran halia dan kunyit tu versi saya, yang lain semuanya ikut mak saya, kak wok.)

Lengkuas sebesar ibu jari tangan.

1 sudu plastik putih bubur McD jintan putih

1 sudu plastik putih bubur McD jintan manis atau jintan hitam, kata si bibik.

1 sudu plastik putih bubur McD biji ketumbar.

Kesemua bahan di atas hendaklah diblend tapi boleh juga ditumbuk kalau nak dengki dengan bibik sendiri. Rasanya tetap sama cuma pahala adalah kureng kalau sesaje nak mendera bibik. Lagi satu, mintak mahaplah dengan ukuran bahan-bahan tu. Mak saya dah tak boleh jalan jauh lebih dari 10 tapak. Kakinya lemah dan terpaksa pakai wheelchair. Jadi sekarang ni kalau dia nak kitorang masak apa-apa, kena pakai remote crontrol. Dan rujukan bahan2 memang ikut apa yang ada di sekitar biliknya saja. Itulah timbul tombol pintulah, ibu jari lah dan macam-macam yang dia boleh nampaklah. Tapi kalau saya tanya banyak2, naik marah gak dia. "Ekau ni, sumo tak tau! Den cakap socokak, socokaklah! Apo lak susah na?" Terjemahan: Itulah akibatnya bila anakanda hanya tahu menternak lemak di badan sahaja. Apabila disuruh memasak, tidak keruan jadinya. Sekarang ni bila dayang tiada dan pulang ke Indon, rasakan!! Miahahahahaha!!! (Akan kuhempas juga mesin translator ni nanti!)

Okey, balik semula pada cerita bahan yang dah diblend tadi. Asingkan separuh bahan yang dah blend tadi untuk buat kuahnya. Yang lebih bolehlah dilumur sesuka hati pada ayam tadi bersama-sama gula dan garam secukup rasa. Jangan segan-segan untuk melumur ke setiap ceruk yang tersorok ya! Biarlah sah acara mandi wajib ayam itu. Lepas tu biarlah ayam tu termenung dalam fridge agak-agak 4 jam. Sila jangan ganggu ayam itu semasa proses termenungnya kerana hasil golekan ayam itu nanti akan menjadi tak semenggah!

Membuat Kuah.

Sila pastikan anda seorang yang tidak takut pada percikan lava gunung berapi sebelum memulakan acara ini. Dan jangan lupa mintak tolong En. Suami membeli santan sebanyak RM5.00 di pasar sebab akak lupo nak kobar tadi. Mahap yo!

Mula-mula amik kuali. Lepas tu masukkan minyak. Lepas tu masukkan bahan yang dah diblend tadi. Tumis sampai naik bau dan agak-agak kering. Barulah masukkan santan dan 3 batang serai yang telah dititik. Sila titik menggunakan lesung, bukan marker pen ya, adik-adik. Untuk proses selanjutnya anda diminta banyak bersabar. Kuah ini akan memercik lembut ke tangan si tukang masak, kalau nak makan sedap, tahan je lah ya. Kalau tak tahan, pakailah oven mitts tu macam anak dara saya setiap kali dia memasak di dapur. Kacau sampai pecah minyak dan sampai kuah pekat. Jangan lupa tambah gula dan garam secukup rasa.

Bila bakar ayam bolehlah  sapu-sapu manja kuah ni pada ayam setelah 20 minit acara pembakaran berlansung.  Jangan habis pulak sapu kat ayam tu, tinggalkan sikit untuk makan nanti.

 

014

Dah siap pun ayam golek kak wok. Bolehlah tunggu waktu azan untuk buat lauk berbuka nanti.

Sekian terima kasih. Selamat mencuba!!!

Sunday 7 August 2011

Perkara yang membatalkan puasa.

 

Kalau nak dengar tentang perkara2 yang membatalkan puasa yang tak pernah kita dengar, tanyalah pada budak yang baru nak belajar puasa. Memang macam-macam jawapan pelik yang kita akan dengar.

Kat rumah ni ada sorang budak 7 tahun yang dah 2 tahun tamat puasa sebulan tapiiii dia punya syarat sah puasa memang tak terikut dek kita ni. Si Muhammad Thaqif ni cakap perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah:

1. Terkentut. Apa-apa yang keluar dari mana-mana lubang pada badan akan membatalkan puasa.

2. Menghabiskan air dalam kahak. Saya memang terperanjat besar bila dia cakap tu. Rupa2nya tekak bukan kahak. Ustazah dia cakap jangan asik nak telan air liur nanti batal puasa. Oooh barulah saya faham.

3. Korek hidung sendiri dan korek hidung orang lain. Yang korek hidung orang lain tu memang saya tak paham. Apalah nak cari penyakit pergi korek hidung orang lain.

4. Mandi lama-lama dalam bilik mandi. Hmmm...tapi tiap2 petang selama ada di kampung ni, saya tengok dia duduk dalam blik mandi kemain lama. Selagi tak disergah suruh keluar memang dia tak keluar. Camno tu Abang Thaqif ooi!

5. Memandang makanan diikuti dengan rasa lapar. Kalau tak bernafsu tengok makanan tu, tak pe. Tapi kalau meleleh air liur memang batal katanya.

6. Menangis dan membiarkan sahaja airmata masuk dalam mulut. Memang saje nak rasa airmata gamaknya.

7. Bersin dan membiarkan sahaja hingus masuk kedalam mulut. Samalah jugak kekdahnya dengan di atas.

8.Berak melebihi 30 minit. Dia cakap puasanya masih ok lagi sebab selalunya dia berak tak lebih 20 minit. Ustazah dia cakap, kalau duduk dalam bilik mandi lama-lama tu orang cakap minum air. (Ini kira kes syak wasangkalah ni)

 

Sekianlah panduan berpuasa dari sudut budak yang berumur 7 tahun. kalau ada informasi terkini akan saya update kemudian sebab budak ni memang cepat lupa. Bila teringat saje, dia akan call saya immediately. Lawak-lawak. Tapi bagi dia memang serius habis!! 

 

027 Cukup bersemangat dia berceramah tentang puasa hari tu. Walau macamana pun saya kagum dengannya yang sudah hampir hafal surah Yasin. Semoga anak saudara saya, Muhammad Thaqif ni akan jadi anak yang soleh dan berbakti pada kedua ibubapa satu hari nanti. Amin. 

Saturday 6 August 2011

Delivery Boys

 

Satu perkara yang meriah di bulan Ramadhan ni kalau duduk di kampung ialah bertukar-tukar juadah. Daripada dua hidangan boleh bertambah menjadi 4 atau 5 jenis hidangan.

Hari ini menu berbuka kami ialah ayam golek dan macaroni goreng. Punyalah penat nak menyudahkan kedua-dua hidangan ini sebab maklumlah bibik bercuti. Atas arahan kak wok, saya telah masak lebih kurang 750g macaroni dan kalau ikut ukuran kak wok pula ialah dua biji kuali macaroni. "Banyaaaaak tuh omak!" keluh saya. "Buek yo lah. Jangan banyak cerito, den nak sodokah."

Oleh kerana salon pas lupa nak beli, saya hanya lumurkan seluruh belakang badan dengan yoko-yoko untuk perjuangan di dapur. Ini baru masak untuk berbuka. Masak untuk sahur lagilah pulak lemah longlai. Tapi tak pe lah, hanya sebulan sahaja peluang untuk buat pahala berganda masak untuk keluarga kan.

009

     Hasil kelentang kelentung di dapur selama setengah jam, siaplah dua kuali macaroni goreng.

 

019 Siap-siap masukkan dalam bekas untuk diagih-agihkan kepada jiran-jiran.

 

020 Masuk dalam bakul basikal delivery boy yang begitu bersemangat nak menjalankan tugasnya.

 

022Kemain laju dikayuhnya basikal, nasib baik tak tergolek macaroni tu atas jalan. Kak wok dah bising dari atas balcony bilik. " Alahaiii cucu den. Abieh tumpah macaroni tu kang! toksah lah kona baring. Cubo kayuh polahan, lambek laie nak buko!"  (Sorry ya, mesin terjemahan saya berasap hari tu, kena hantar servis agak nya. Jadi hari ini terjemahlah ikut suka hati masing-masing) .

 

026 Ada lebih kurang 5 buah rumah yang merasa air tangan saya hari itu. Delivery boy yang kecik tu masih berpangkat trainee, belum pass lagi kalau nak pergi menghantar juadah sorang2.

Satu lagi juadah saya untuk berbuka hari itu ialah ayam golek tapi tak tergolek sangat hanya terlentang dan tertiarap.

016 Resipi ni memang resipi ciptaan mak saya sendiri. Masa dulu, ramai orang tempah ayam golek ni dari dia untuk lauk pengantin. Sepatutnya masuk sekor ayam kat dalam microwave tu tapi saya tak kuasa nak memotong-motong bila nak berbuka nanti jadi saya hanya gunakan peha ayam dan dada ayam yang dah dipotong2.

 

 

005Dan upah pada delivery boys ini pulak ialah dapat main playsation selama sejam sebelum berbuka.

Thursday 4 August 2011

Alahai........ keturunan ke?

 

 

Kata orang, jangka hayat kucing biasanya ialah 7 hingga 10 tahun. Tapi ada jugak kucing yang panjang umur dan hidup selama berbelas tahun.

Milo, kucing kesayangan kami tu dah 7 tahun umurnya. Kalau ikut umur manusia macam dah 60 tahunlah agaknya. Dah tuo rupanya Milo tu, patutlah tak larat lagi nak lari. Kadang-kadang kesian nengok dia, asik tidur sepanjang hari. Agaknya kaki dah lenguh-lenguh dan badan pulak bisa-bisa. Nak tanya mana sakit, tak reti pulak menjawab walaupun dah ajar dek Arif bercakap sejak kecik lagi. Tapi kalau dia tetiba bercakap, mahu demam terkejut saya satu hari agaknya.

Bebudak di rumah ni pulak suka sangat memanjakan Milo tu. Bila dah hantar buang air besar dan buang air kecil di tandas dia tu, Milo akan dicebok dan dilap guna wet tisssue oleh budak dua orang ni. Memang si Milo tu tak payah susah-susah membersihkan apa-apa yang patut sebab ada dua orang cacai yang sukarela buat untuk dia.

 

nikon2 046

Maka bila dia dok ralit membasuh muka dan badan begini, haruslah diamik gambarnya. Memang kadang-kadang saja dibuatnya, kata omputih once in a blue moon.

 

nikon2 051 Kalau dia buat aksi jilat tangan macam ni kita orang panggil jilat aiskrim. Kadang kadang ada gak saya buat dajal pergi tarik lidah dia yang tengah syok menjilat tu. Sampai terluek kucing tu. He he.

 

 

P5020491

Ini kes terlampau rajin sampaikan tangan saya pun dijilatnya. Ya, anda boleh saksikan ketembaman setiap jari saya dan daripada saiz jari dah boleh agak ketembaman badan pulak.

 

P5120463

Arif yang dah terlampau kesian tengok Milo yang tak dapat jilat sampai ke perut, terus amik wet tissue dan lapkan badannya. Setakat kepala dan tangan sahaja yang boleh dijilat sendiri. Tempat lain sorrylah, out of reach kerana perut boroi sangat. Di gambar ini, saksikan juga ketembaman jari anak saya.

Dari kucing sampailah ke jari-jari gebu tangan yang telah dipamerkan, maka bolehlah kami menyalahkan faktor keturunan atas ketembaman badan masing-masing. Nak buek canno mak, mano ado lam keluargo kito solim-solim, sumo eh gomuk, bulat-bulat! Translation: (dgn suara ala-ala penterjemah drama bersiri Arab) Ibuku, apakan dayaku ini. Aku tidak dilahirkan didalam keluarga Claudia Schiffer atau Kate Moss. Marilah kita pasrah, wahai ibuku dan terima sahaja takdir ini. Ha ha ha ha ha.

Minta maaf ya, penterjemah elektronik yang saya pakai ni dah mula nak mereng pulak. Over tu kuasa terjemahannya. Siap keluar suara orang alih bahasa cerita Arab pulak. Lepas tu sesuka hati nak gelak kat hujung ayat tu, apa hal?

So, the moral of the story here is, the genes are the real culprit. Saya tidak bersalah, anda tidak bersalah dan Milo pun tidak bersalah. Yeaaah right, you wish!!! Yang tiap-tiap hari belasah roti canai 3 keping tu kerana dirasuk oleh genes ke atau jins? Sekarang sila jawab sambil mencubit-cubit lemak di peha, perut dan punggung sendiri.

Kenyataan mengguris di atas ialah untuk diri sendiri dan tidak ada kena mengena dengan orang lain jadi kalau ada yang terasa, saya menyusun sepuluh jari yang tembam dan memohon maaf.

Tuesday 2 August 2011

Waduuhh ribut!!

 

 

Hari Sabtu lepas, Port Dickson telah dilanda ribut. Alhamdulillah ribut tu berlaku 2 jam setelah saya pulang ke rumah dari membeli daging dan ayam untuk masak memasak hari tu.

Dengar-dengarnya tapak pasar mantai tu banjir dan banyak pokok tumbang. Di Port Dickson  selalu jugak ribut sejak akhir-akhir ini. Memang dasat jugak, habis berterbangan kerusi-kerusi di balcony rumah. Kadang-kadang kalau ribut diikuti dengan hujan berjam-jam, alamat banjirlah pekan Port Dickson tu. Nak-nak kalau air laut pasang penuh.

 

029Masih ada lagi pokok-pokok tumbang di tepi jalan yang masih belum dikemaskan.

 

P1020384Papan iklan tepi jalan ni pun rosak jugak.

 

P1020381   Tiang letrik pun ada jugak yang tumbang sekali dengan pokok-pokok.

 

 

P1020377 

Sorrylah kalau gambar yang diambil pun sipi-sipi aje. Maklumlah kereta tengah bergerak dan En.AHBY pun tak kuasa nak berenti kereta semata-mata nak amik gambar.

 

Petang Ahad tu pun ribut jugak di rumah. Ribut ni lain macam sikit.

P1020417Syahdunya mangsa ribut menangis. Sebab apa ye?

 

 

P1020385 Bibiknya telah pulang ke Indon untuk bulan Ramadhan ini. Semuanya ribut dan banjir di LCCT. Si Sumini tu pun menangis jugak bila peluk budak-budak tu. Manalah tak syahdunya. Uhuks uhuks.

Balik rumah malam tu lepas solat maghrib kemain lama si Abangnya berdoa. Bila ditanya apa yang didoakan. "Abang doa bibik balik cepat sikit ke sini.", katanya sambil cembeng. Rupa-rupanya seisi rumah turut mendoakan yang sama. He he he he he.