Pages

Monday 31 December 2012

2012 yang ditutup dgn kedukaan....

 

 

Salam Isnin pada semua yang sudi singgah. Kali ni akak lama tak updet blog bukan kerana M sahaja tapi mood nak menulis tak berapa nak mari sejak akhir2 ni.

Hari ni hari terakhir dalam kalendar 2012. Kami sekeluarga menutup buku diari 2012 dgn kedukaan kali ini.

Hari Sabtu lepas akak bawak mak berjumpa pakar ENT. Sejak mak sembuh dari sakit belakang hari tu, tetiba dia sakit tekak, susah nak menelan. Lepas tu balik dari Melaka ada macam benjolan kat leher dia. Lepas tu makin lama makin besar. Puan Alang dah rasa tak sedap hati sebab dah 3 course of a/biotic dia bagi kat mak, keadaan mak masih macam tu.

Pakar ENT suggest buat biopsi. Dan ada kemungkinan benda itu adalah the dreaded 'C'. Samada jenis mild atau aggressive, tak tahu lagi until biopsi dibuat. Kalau nak buat biopsi, under GA. Dan mak akak memang tak nak. Lepas biopsi pulak dia kena pergi chemo semua. Itu pun mak tak nak dan kami juga keberatan. Dgn umur mak tu kami risau dia tak boleh tolerate. Dan akak rasa sedikit terkilan bila doktor suggest paksaan. Biar betul.

Di saat umur mak macam ni, akak hanya ingin turutkan saja apa yang dia hajati. Kalau mak tak nak, akak sekali2 tak akan memaksa. Apa saja yang menyenangkan hati mak, akak akan turuti.

Kesian mak. Tak pernah akak nampak dia begitu risau dan takut. Berkali2 mintak kami doakan dia. Kalau tak menyusahkan, akak nak mohon jugak kawan2 yang baca ni untuk doakan mak akak ya. Sekali lagi. Terimakasih pada yang sudi mendoakan.

Lepas jumpa pakar tu akak balik KL dan mak balik dgn Puan Alang ke PD. Tapi tahu je lah kan. Semuanya hati tengah celaru. Tak tahu nak buat apa. Lepas maghrib, Puan Alang datang ke rumah akak dgn mak sekali. Bertiga beranak kami cuba tumpang kekuatan masing2.

Semalam abang ipar dgn Puan Alang, pagi2 lagi dah keluar cari sejenis buah tu. Ada orang cakap bagus untuk apa2 ketumbuhan. Akak dah lupa pulak nama buah tu. Jeruju kalau tak silap. Susah nak cari. Pokoknya tumbuh meliar je kat paya bakau. Alhamdulillah ada rezeki. 

Mak akak dah balik semula ke PD petang semalam selepas bermalam sehari rumah akak. Akak harap sangat Allah jadikan buah tu sebagai penawar mak. Akak pun tengah nak cari bahan2 untuk buat sup formula Dr Tateishi tu. Harap sangat Allah permudahkan mak sembuh kali ni.

Semoga Allah tabahkan hati kami menempuh dugaan ini. Mak sajalah sumber kekuatan akak selama ni. Mak saja yang paling memahami akak. Selalunya kalau akak susah hati, belum cakap lagi tapi mak selalunya dah tahu apa yang ada dalam hati akak. Istimewa sangat mak ni sebab dia sering diduga. Sayang sangat Allah padanya. Maafkan akak sebab harus stop disini dulu ya. Airmata dah berjuraian. Kucing2 kat rumah ni pun asik pandang akak je ni. Especially Milo. Faham agaknya.

 

 

024

Wednesday 19 December 2012

Car, spaceship, double-decker bus, trishaw and boat.

 

 

Dah seminggu barulah keluar satu lagi citer. Apalah lems sangat kekdah updet akak sekarang ni. Aaaaarrrrrggghhh.....terlebih makan vitamin M agaknya nih.

Hari tu akak pergi Melaka kan. 3 hari 2 malam je. Malam pertama tak kemana pun. Sebab dapat bilik pun lambat. Penat layan mak shopping. Makanya malam pertama tu keluar cari masak asam pedas ori kat Melaka tu. Tapau dan bawak balik....makan....nomnomnom.

Hari kedua tu barulah pengembaraan bermula. Pengembaraanlah sangat!

Akak macam biasa bawak mak soping. Kira mencabar jugak tu kan. Tolak wheelchair lagi turun naik bukit dalam shopping mall tu. Jadi model baju kelawar lagi dari satu kedai ke satu kedai lain.

Malamnya tu keluar lagi. Kali ni mak duduk diam2 dalam kete.

 

175 

Akak n the geng naik ni haa. Last time naik siang2 kan. Kali ni kita try malam pulak. Sorilah gamba blur. Kepala tak stabil sikit bila mendongak tu. Akak ni pun main bantai je snap gamba. Kagum dgn Dinas yang cukup gigih ambik gamba cantik2. Entah bilalah akak nak gigih macam tu. Baca buku DSLR pun tak khatam2 lagi.

 

 

 

176

Naik malam2 adalah terbaik sebab orang tak berapa ramai.

 

 

 

177

Daaaan paling best siap bagi bekal makanan lagi. Mana tahu kot2 sampai atas tu perut berkeroncong ke kan. Takkan nak terjun pulak pergi beli makanan. Siap2 bagi kita muffin 2 ketul dan air kotak 2 buat mengalas perut. Macamlah lama sangat duk atas tu. Padahal 15 minit je lebih kurang. Akak tak sempat pun bukak bekal ni. Leka ambik gamba.

 

 

 

195

207

225

Cantik sangat tengok lampu2 bangunan di bandar melaka ni. Kapal tu paling cantik.

 

 

 

086

Ini gamba kapal tu masa akak naik taming sari time siang, tahun lepas. Biasa je kan. Bila malam je..... waaahh.... terpegun kejap.

 

 

 

180

Sekejap je rasa kalau naik malam2. Gayat pun kurang sikitlah sebab nampak lampu je kan.

 

 

227

Lepas tu akak naik ni pulak. Double decker bus. Puan Alang, mak dan abang ipar tak naik. Diorang dah naik malam sebelumnya tu. Bas ni servisnya hanya di malam hari je tau. Siang yillek. Tempat naik ialah di depan taming sari tu.

 

 

229    

Budak2 ni paling suka. Sebab diorang ni apa tahuuu. Tahu seronok naik bas open air jee. Akak adalah sereeeem okey.

 

 

253 

248

Sebabnya...dahlah malam kan. Lepas tu bas ni bawak kita round segala ceruk gelap2 tu. Tang kawasan lampu terang benderang tu akak suka lah. Tang bangunan tinggal tu...nak ambik gamba pun tak berani. Jalan kat melaka kan sempit. Jadi bas tu lalu tepi tingkap bangunan tinggal tu tau. Kalau nak capai pun boleh. Tak kiralah sape yang capai sape kan. Still seram tau.

 

 

243

 Nisya siap request duduk tepi tingkap lagi. Suka kemain. Tapi best jugak sebenarnya. Berangin je duduk kat atas tu. Nyaman.

 

 

260

 

Sampai depan taming sari semula, Puan Alang tak de pulak. Rupa2nya diorang dah bawak kete kat tempat rivercruise tu. Katanya tiket dah beli...bot pun  lagi 15 minit nak jalan. So akak pun naik beca ni dgn budak2. RM10 satu beca.

Masa naik beca ni akak suruhlah adik tu bukak lagu.

"Lagu apa akak nak?"

"Apa2 je lah"

Akak ingat kan kot dia bukak lagu terkini ke kan. Macam Firework, lagu si Katie Perry tu kan. Baru best. Tetiba dia bukak lagu Abang Beca tu. Kemain kuat lagi. Maka sepanjang perjalanan tu akak adalah sangat 70an. Turun beca tu macam dah tukar penampilan pakai bell bottom pulak. Habis semua orang pandang. Sapelah mak cik 70an ni agaknya.

 

 

286  

Naik rivercruise adalah terbaik terutamanya di malam hari. Cantik sangat segala bangunan di tepi sungai tu.

 

 

305

Lalu bawah jambatan yang cantik2......

 

 

 

341

Lalu tepi bangunan yang penuh mural di dinding. Cantik.

 

 

 

330

313

 

Paling cantik ialah Kampung Morten. Diorang cakap kampung ni macam muzium hidup sebab ada orang tinggal kat rumah2 tu semua. Kat atap dia penuh dgn spotlight. Lampu2 keliling rumah. Tapi toksah lah kita congak berapa bil letrik diorang ni sebab kerajaan melaka bayar semuanya tiap bulan. Dgn syarat kekalkan senibina rumah ni.

 

 

 

320

Jambatan dia pun cantik kan.

 

 

 

358

272

263

 

Yang atas ni ialah Casa Del Rio hotel. Cantik dan boleh tahan jugak ratenya semalam. 

Lepas lebih kurang 40 minit tamatlah pengembaraan naik rivercruise di sungai melaka. Ambik gamba adalah sangat mencabar sebab bila selisih dgn bot lain...air sungai tu memercik dgn hebat ke dalam bot. Nyaris kena kamera akak. Farah punya tudung siap basah lagi sebab dia duduk paling depan.

 

 

 

355 

Budak ni mood memang ke laut. Punya hangin dia sebab terkena percikan air sungai tu. Sikit je sebenarnya tapi amukan kemain. Sebab air sungai tu punyalah busuk. Macam air longkang jugaklah.  Sape cakap naik cruise ni best, memang nak kena tampar dgn dia.

 

 

 

356  

Lepas tu balik hotel semula. Tapi naik kete lah. Takkan naik bot ni pulak. Sebelum akak balik tu kan...haa, nak citer sikit.

Akak pegilah beli makanan kat kedai makan depan sungai tempat naik bot tu kan. Umaaaannngggaaaiiii...punyalah cekik darah. Kalah dracula. Ada ke patut nasik lemak ayam goreng sebungkus RM6.30. Semua yang ada dalam nasi lemak tu dia kira asing2. Ayam goreng RM3, Sambal  RM1, Nasi lemak RM1.50, Telur setengah biji 50 sen, timun 30 sen. Boleh caya tak. Kalau bayar RM1.50 dapat nasi lemak putih abad2 je ya. Kat KL pun akak tak pernah jumpa orang jual nasi lemak style macam ni. Rasa macam pelancong luar negara pulak akak tetiba. Dan setiap kali akak suruh dia kira balik, mesti lain je jumlahnya, everytime. Tiga kali akak suruh dia kira, tiga kali jugak terbeliak bijik mata. Sebelum benda lain terbeliak jugak baiklah akak bayar je dan balik bilik. Kalau datang sini elakkanlah makan kat situ ya. Banyak lagi tempat makan yang reasonable kat melaka ni. Gerai dracula macam ni tak payahlah. Kering darah nanti.

Dan Thaqif telah menamakan malam ini sebagai malam naik macam2. Semua kasi taruk satu malam dan satu entry jugak akak bagi citer semua. Mintak sori jugak pada sapa yang terjebak baca sampai habis. Hehehe.

Wednesday 12 December 2012

Sudah serupa beca....

 

 

 

Waaah...hari rabu yang special sangat kan. 12.12.12. Kepada yang bernikah hari ni, selamat berbahagia hingga ke syurga ya.  Tapi bagi akak, tak de yang special hari ni. Biasa2 je except menu lunch. Sebab hari ni akak masak gulai lemak cili api ayam denak. Sape pernah makan. Sedap tau. Nak2nya kalau yang tangkap dalam kebun kelapa sawit tu. Ayam ni hanya makan biji kelapa sawit tu je. Memang pure ayam hutan. Akak masa kecik dulu memang selalu makan sebab abah memang selalu pergi menembak ayam denak ni.

Okey hari ni akak nak citer pasal trip pergi Melaka hari tu. Akak bersyukur sangat sebenarnya sebab dapat bawak mak bercuti ke Melaka. Bila mengenangkan kesihatan dia bulan lepas memang rasa macam susah je lepas ni mak nak bergerak kemana2. Teruk mak sakit masa tu. Alhamdulillah...Allah beri jugak mak kesembuhan.

 

 

112 

Happy sangat mak walaupun atas kerusi roda je. Kami pergi swimming pool pun dia nak temankan jugak.

 

 

092

Tapi opkos yang paling hepi bebudak berempat ni lah. Anak2 akak dan anak2 Puan Alang. Nasib baik bawak pegi negeri sebelah je diorang dah hepi. Kalu pergi obersi baru nak hepi, memang kopak sikitlah.

Tapi akak pun suka jugak pergi Melaka ni. Bukan setakat dekat je, bab shopping tu pun terbaik jugak. Dah lah duduk sebelah je dgn Dataran Pahlawan. Sebelum check in lagi kami dah shopping.

Shopping apa? Baju kelawarlah....apa lagi. Mak akak punya koleksi baju kelawar dah out of season. Kemain kan. Sebenarnya dah naik lapuk dah. Tiap2 hari basuh kan. Tang ketiak tu paling over nak koyak. Kadang2 dah sampai ke pinggang koyaknya. Dah tak de makna pakai baju. Semua nampak. Hahaha.

 

 

155

 

Cer tengok tu. Hepi je dia. Hilang segala sakit bila sampai depan kedai Noor Arfa Batik. Sebelah Noor Arfa tu pulak kedai Seem Noor, pun jual baju batik trengganu jugak. Main tunjuk je mana pattern yang berkenan. Akak pulak jadi model tukang sarung kat badan.

Pilih punya pilih, first day je dah sampai 5 pasang.

Hari kedua pun shopping lagi. Sampai hari ketiga pun masih shopping lagi. Siap jiran2 kami Macik Jah, Tuk Kapten dan lain2 pun dapat jugak selai sorang baju batik trengganu dan kain pelekat.

 

 

161 

Bukti kehebatan mak bershopping. Ini pandangan depan.

 

 

 

162

Ini pulak pandangan dari belakang.

 

 

163

164

 

Yang dua ni pandangan sisi kanan dan kiri.

Semua mak kasi rembat. Siap ada sale comforter Akemi kat ruang legar tu. Itupun mak borong siap dgn bantal peluk lagi. Kat PD, bantal peluk dah tak de jual, habis. Kihkihkih.

Yang kelakarnya bila sampai lobi hotel, semua pakat pandang mak dgn muka kesian. Macam mak kena dera je. Padahal kami yang dah tak larat nak angkut barang2 shopping mak. Itulah.... wheelchair mak pun dah serupa beca je. Siap mak pun terkekek2 gelak bila akak tunjuk gambar ni kat dia.

Abang ipar akak cakap, " Bagi can lah kat mak tu. Dah lama menyimpan duit pencen. Bila lagi nak shopping."

Alhamdulillah kami dapat menyempurnakan hajat mak dan dia sangat puas hati siap nyanyi lagi sambil lipat baju kelawar masuk dalam beg. Hihihi.

Monday 10 December 2012

Melaka @ Hatten Hotel.

 

 

Mintak mahap ya sebab ni citer dah basi tapi akak tak kira....nak citer jugak.

Kejadiannya ialah bulan lepas. 18 Nov kalau tak silap. Mulanya tak ada perancangan pun nak bercuti tapi atas permintaan mak.....kami turutkan jua. Ececeh...macam bagus je. Padahal bila mak cakap jom bercuti je dah menggeletis masing2. Belum sempat habis ayat jom bercuti ke Melaka, kami dah siap packing barang masuk kete. Melampau tau.

 

108

371

Kami tinggal di Hatten Hotel yang letaknya di sebelah Dataran Pahlawan. Hotel ni baru dibuka kalau tak silap awal tahun ni. Rate masih dalam introduction lagi. Lebih kurang RM250 semalam.

 

 

096

 

098  

Setiap bilik ada 1 katil King size atau 2 Twin size bed. Dan setiap bilik jugak ada living room with 1 sofa dan LCD TV. Dalam bedroom ni pun ada 1 LCD TV jugak. Makanya ada dua TV gitu. Pastu ada partition kat tengah2 tu macam cermin dan boleh ditutup kalau nak privacy lagi.

 

 

101

100

View tingkap pulak ialah Selat Melaka dan kalau pandang kanan sikit lagi ialah orang2 sakit yang tengah makan ubat atau tengah tidur atas katil masing2. Sebab hotel ni berdepan dgn Mahkota Medical Centre. Tapi akak tak pulak tangkap gamba diorang tu. Kang tak pasal2 kena marah.

 

 

145

 

Paling best duduk hotel ni ialah swimming pool dia. Cer tengok kerusi pool tu. Siap letak dalam air lagi. Best kan. Kalau nak baring situ sambil tangan celup2 dalam air pun boleh.

Akak kalau pergi swimming pool memang teringin jugak bawak kerusi masuk dalam air, kan. Tapi kat hotel ni dia dah siap2 buat macam tu. Jangan risau, guard tak marah punya.

 

 

117

103

 

Yang ni pool budak2. Orang besar yang tak boleh berenang boleh jugak berendam kat sini. Cakaplah nak temankan anak mandi kan. Tak de lah segan sangat walaupun dah serupa badak berendam dalam tu. Hahaha.

 

 

133

Budak kecik ni paling susah nak control. Asik nak terjun dalam pool orang dewasa je dia. Macam dah terlebih makan gula je akak tengok. Siap nama sendiri pun dah tak kenal lagi. Kita panggil, Nisya, nisya....dia buat derk je. Nasib baik ada Farah yang rajin melayan.

Okey, bilik best, swimming pool best...apa yang tak best?

 

 

094

Yang ni tak best. Citer dia camni. Masa akak check in tu kan, dahlah dapat bilik selepas pukul 2 petang. Itupun 1 bilik je dia kasi. Yang lagi 2 bilik tu dekat pukul 3.30 baru dapat. Lepas tu bila akak masuk bilik tu, bau hancing kemain kuat. Bukan bau kencing baby tu tau. Ini bau kencing orang besar jenis minum air kencing setan tu. Busuk sangat.

Akak pun panggil housekeeping mintak dia datang bersihkan toilet tu. Lepas tu datang pekerja dia dengan air freshener. Air freshener je?? Macamana pulak akak nak ambik air sembahyang nanti kalau dah tak tahu kawasan mana punca bau hancing tu. Nak tidur pun tak lelap. Menusuk sampai hidung. Lepas tu akak suruh dia cuci toilet tu. Dia buat muka blur dan terus keluar. Tak lama tu supervisor dia datang jengok di living room. Katanya, " Kami dah cuci bathroom ni tadi.

Lepas tu akak cakap, " Okey, tapi cuba you masuk dalam dulu. Bau tak? 

Lepas tu baru dia cakap dgn akak yang bilik air tu memang ada problem dengan plumbing. Bau tu datang dari drain dekat toilet tu. Lepas minta maaf semua, dia cakap dia akan tanya front desk camana nak buat.

Tak lama lepas tu barulah dia bagi akak bilik lain. Alhamdulillah dan terimakasih kerana memahami.

 

362

Makanan buffet okey jugaklah. Yang tak okey ialah staff yang masih kurang pengalaman. Tapi kita maafkan je lah. Maklumlah hotel baru bukak. Tentulah ada kurang sana sini. Hopefully lepas ni Hatten Hotel yang berbintang 4 ni pun datang dgn service yang 4 bintang jugaklah ya. Barulah best.

Okey, esok2 akak citer aktiviti kami kat Melaka pulak ya.

Saturday 8 December 2012

Mengadap Big Bad Wolf dulu......

 

 

Hari ni akak keletihan sangat2. Semalam pukul 6.30 akak dah menghabiskan masa dekat 3 jam jugak dgn BBW ni. Tapi masih tak puas hati walaupun handbag dah ringan.

Lepas tu eloook je view tingkap bedroom akak mengadap Mines tu. Jengok je tingkap macam terdengar2 panggilan BBW. Haaaaiiih. Camana nak buat nih

Hajat hati nak pergi lagi pukul 3 pagi. Tapi kan malam tadi punya jam dekat Mines tu memang menguji kesabaran. Dgn hujan yang turun lebat. Traffic jam pulak. Jalan depan rumah akak pun jam sangat. Tak dapat nak keluar pun. Pukul 12 tengah malam pun masih jam lagi.

 

 

088

Dah dekat pukul 3 pagi baru jalan clear. Begitulah hebatnya BBW book sale ni.

Tapi jangan sangka hasrat akak nak kesana terbantut tau. Tidak hokey. Berkobar2 lagi. Walaupun hari ni ada acara balik kampung, akak masih tetap nak ke Mines dulu. Hari ni bangun awal lagi dari semalam. Iya...4.30am alarm dah bunyi. Arif dan husband akak punyalah mamai2 nak bangun seawal tu. Macam bangun sahur pulak kekdahnya.

Tapi akak tetap bersemangat. Selesai je solat subuh, akak dah start enjin kereta siap2. Pukul 6.10 pagi dah terpacak dalam dewan MIECC. Hehehe. Dan memang kekdah akak terbaik sangat sebab jalan sangat lengang. Parking pun betul2 depan lobby menghadap drivers range utk golfers tu.

 

 

 

002

Ini antara hasil tangkapan akak. Reader's Digest punya jokebook tu RM18 dan Anne Frank's diary tu pulak RM10. Ada banyak lagi sebenarnya sebab dalam light2 shopping tu berat jugaklah trolley. Hihihi.

Tapi nampak macam dah susut sikitlah buku2 dalam dewan tu. Agaknya dia tak top up dari semalam kot. Buku kucing yang besar gedabak tu akak tengok dah habis. Buku RD jokebook ni pun tinggal satu je.

Hari ni akak dah bersiaran dari kampung setelah berulang alik dua kali KL-PD, PD-KL dan kemudian KL-PD sekali lagi. Semuanya gara2 mabuk buku sampai terlupa durian Musang King yang akak dah siap2 pack atas meja makan rumah akak. Hari tu beli banyak2 nak bawak balik untuk mak. Sekali lupa pulak. Maka pasrahlah akak dgn muncung husband yang marah sebab penat ulang alik kan. Tak nak kena sound lebih2, maka akak je lah drive semula ke KL.

Tapi tak pe, hati puas sebab dapat banyak bukus. Nasib baik dah balik kampung. Kalau masih di KL, entah berapa kalilah lagi agaknya akak pergi ukur dewan tu.

Sape2 yang belum pergi, boleh pergi ya. Sale marathon 63 hr non stop ni habis pukul 9.30 malam Ahad. Lepas tu macam biasa dia bukak pukul 9 pagi until 9.30 malam setiap hari until 23 Disember. Akak dah tak pergi lagi kot sebab husband cakap kuota akak dah habis. Hehehe.

Friday 7 December 2012

AWOUUUUUU....Bad, bad Wolf!!

 

 

Dengan bangganya akak nak bagi tahu, akak dah pegi Big Bad Wolf Book sale di MIECC. Sekarang ni tengah senyum lebar dan ada masa tersengih sorang2 sebab dapat beli buku murah2 sangat.

Okey kita citer dari mula ya.

 

031

Sebelum tidur malam tadi dah beritahu semua orang, esok alarm akan bunyi pukul 5 pagi. By 6 am, semua orang kena siap. Akak punya eksaited memang melampau tahap gaban. Tak nyenyak langsung tidur. Sampai mimpi2 pergi sale. Ini semua sebab 63 hr non stop sale tu lah. Bayangkan sale start pukul 6.30 pagi tadi dan berterusan sampai 9.30 malam hari Ahad. 

Husband akak dah siap sound, " U ni macam orang nak beratur tunggu iphone 5 pulak. Tak nak camping depan pintu masuk ke?"

Akak kata, " Ipong ke upong ke I tak kisah. Tapi when it comes to books, i memang kisah sangat2. So tak kira ya, pukul 6.15 dah bergerak tau!"

 

029

Dah settle solat subuh, makan quacker oats, masuk kain dalam mesin basuh dan antar kucings pegi toilet semua, kami pun bertolak ke Mines yang hanya sepelaung je dari rumah. Siap mintak izin Atuk Milo...pinjam stroller dia kejap.

 

PC071358

Akak ingat akak dah awallah tu kan. Rupa2nya tidak ya. Jalan ke parking dah jam. Kereta datang dari segala penjuru dan celah. Parking di MIECC ni weekdays hanya RM2 dan weekends pulak RM3. Sampai parking ngam2 6.30 pagi.

 

PC071359

Naik atas pulak tengok2 line dah macam ular sawa. Akak beratur kat luar pintu lobby tu walaupun memula sampai tadi rasa macam dah awal sangat. Alhamdulillah bila pintu bukak je, line bergerak dgn teratur. Tak de lah insiden sakit hati orang tolak2 atau jump queue ke kan.

 

 

PC071361 

PC071362 - Copy

Fengsan kejap. Books,books, books everywhere. Patutlah ramai orang bawak luggage bags yang besar2 tu.

Daaaan yang buat mata macam berpinar2 je sebab harga buku tu sangat2 murah. Bayangkan buku yang jual di Kinokuniya dgn harga RM56, boleh dibeli di sini dgn harga RM8 sahaja. Menangis air mata gembira tau, akak.

 

PC071364

Kejap je dah penuh bags dan  2 trolley.

 

033

Hasil tangkapan akak selama 2 jam. Buku Cats yang gabaks tu sangat unik. Biasa jumpa buku ni dalam library je. Kempunan nak beli sebab kompom harganya ratus2. Tapi kat sini kan dijual dgn harga RM30 sahaja.

 

036

043

Balik rumah terus baring atas katil dgn buku2 pojaan hati. Errr sila abaikan MK (minah kon) tu ya. Dia masih dalam pantang tapi tetap sibuk nak cek hasil shopping mama. Macam Minah Kastam pulak.

 

 

054

Yang ni akak punya. Perasan tak banyak 'stupid' kat tajuk tu. Akak memang suka buku humour macam ni. Baca pun tak stress. Gelaaaaak manjang. Tapi semua tu true facts tau bukan rekaan. Lagi satu akak suka baca biography ni. Tapi kali ni tak sempat pilih kat bahagian tu. Jawabnya....kena pergi lagi pukul 3 pagi nanti kot. Kali ni concentrate kat buku2 serious pulak.

 

055

 Ini pulak buku yang akak beli untuk Farah. Main teka je apa yang dia suka sebab Farah dah balik kampus. Itupun mengelenting2 lagi ulat buku tu nak balik umah sebab nak join mama pergi sale. Tapi lecturer pulak potong stim...buat kelas ganti siap dgn lab hari  Sabtu ni. Tak pelah. Minggu depan inshaAllah sempat pergi lagi.

 

 

057

 

Ini pulak comics dan buku untuk Nisya dan Thaqif di kampung. Garfield punya comics tu Arif dan Farah punya. RM10 satu. Dan buku Dress-up Fashion Doll ni pulak RM6 satu. Teringat zaman dulu2. Ini je lah menan akak. Dolls yang cut-up tu dgn koleksi baju2nya. Rasa2nya macam nak simpan pulak satu buku ni. Hehehe.

 

 

060

Yang ini Arif punya. 4 buah buku sahaja. Tapi bila sampai umah, komplen pulak sebab dia punya sikit. Masa orang memilih dia tak nak join. Tapi dia frust sebab buku Auto tak banyak.

 

PC071363

Pukul 8.30 lebih kurang....dah abis shopping. Masa untuk membayar. Cashier counters masih tak banyak yang dibuka. Tapi diorang sangat cekap buat keje. Cepat je berjalan line tu.

 

 

PC071368 - Copy

Hehehe....jangan ditanya berapa akak berhabis hari ni. Sebab ini semua keje Mr. Wolf ni. Habis bocor poket akak kena gigit. Memang bad bad wolf tau. Biasa dia tu!! Tapi sangat berbaloilah kan. Sape nak bagi discount dari 75% sampai 95%. Memang tak tipu punya discount sebab akak dah survey harga kat kedai buku lain sebelum ni.

 

 

PC071375 

Nasihat akak (wah, siap nasihat....dah macam duta sale je akak ni) sebelum pergi, pakai kasut sesuai dan selesa untuk menapak. Pakai baju yang selesa tapi jangan risau dewan ni ada aircon...sejuk je. Kalau yang tak larat tu bawak tongkat yang ada bangku siap2 tu kan, senang nak duduk baca sinopsis buku satu2. Kerusi sangat limited. Biasanya yang duduk atas kerusi hanya ibu2 yang ada baby je. Ramai bersila atas lantai akak tengok.

Kalau nak rehat kejap dan pergi makan, boleh. Letak buku2 kat tempat simpan sementara bawah escalator tu. Ada crew yang tolong simpankan buku kita yang belum bayar. Tempat makan pulak di 1st floor dewan tu.

Dan dalam keadaan ramai2 ni sila jaga belongings ya. Masa akak pergi pagi tadi, ada sorang ni hilang satu luggage bag dia dgn semua buku2. Macam nak nangis dah dia.

Lepas tu, sebelum bayar sila check semua buku. Takut ada yang koyak atau pages yang kosong kat dalam ke kan. Lagi satu check harga dan sila kira sebelum pergi cashier. Takut nanti menganga mulut sebab tanjat gegurl dgn jumlah yang kena dibayar. Yalah kan. Walaupun RM8, dgn mata berpinar2 seolah kena pukau....boleh jugak tak sedar kan. Ambik sampai 30 biji. Sampai cashier dah RM240 kena bayar. Macam kes sorang pompuan depan akak tadi. Dia beli buku dgn anak2 dia. Kebanyakannya jenis encyclopedia dan hard covers rasanya. Sampai RM570. Menganga mulut mak dia...tak tutup2 sampailah turn akak nak bayar pulak.

Okey sampai sini saja citer akak dgn serigala jadian di Mines. Senapas siapkan n3 untuk panduan orang yang baru nak pergi. Semput. Lepas ni akak nak bertapa dgn buku2 ni. Kalau ada rezeki, pukul 3 pagi kang nak pegi lagi. Hihihi.  

 

Update at 4.22 pm today : Traffic jam menuju Mines sangat teruk. Jalan depan rumah akak pun jam jugak. Susah nak keluar rumah. Huhuhu. Sapa2 yang nak pergi BBW sale, naik komuter saja dan berhenti di Serdang station. Lepas tu jalan kaki 10 - 15 min utk ke MIECC. Lagi cepat sampai.