Pages

Monday 31 December 2012

2012 yang ditutup dgn kedukaan....

 

 

Salam Isnin pada semua yang sudi singgah. Kali ni akak lama tak updet blog bukan kerana M sahaja tapi mood nak menulis tak berapa nak mari sejak akhir2 ni.

Hari ni hari terakhir dalam kalendar 2012. Kami sekeluarga menutup buku diari 2012 dgn kedukaan kali ini.

Hari Sabtu lepas akak bawak mak berjumpa pakar ENT. Sejak mak sembuh dari sakit belakang hari tu, tetiba dia sakit tekak, susah nak menelan. Lepas tu balik dari Melaka ada macam benjolan kat leher dia. Lepas tu makin lama makin besar. Puan Alang dah rasa tak sedap hati sebab dah 3 course of a/biotic dia bagi kat mak, keadaan mak masih macam tu.

Pakar ENT suggest buat biopsi. Dan ada kemungkinan benda itu adalah the dreaded 'C'. Samada jenis mild atau aggressive, tak tahu lagi until biopsi dibuat. Kalau nak buat biopsi, under GA. Dan mak akak memang tak nak. Lepas biopsi pulak dia kena pergi chemo semua. Itu pun mak tak nak dan kami juga keberatan. Dgn umur mak tu kami risau dia tak boleh tolerate. Dan akak rasa sedikit terkilan bila doktor suggest paksaan. Biar betul.

Di saat umur mak macam ni, akak hanya ingin turutkan saja apa yang dia hajati. Kalau mak tak nak, akak sekali2 tak akan memaksa. Apa saja yang menyenangkan hati mak, akak akan turuti.

Kesian mak. Tak pernah akak nampak dia begitu risau dan takut. Berkali2 mintak kami doakan dia. Kalau tak menyusahkan, akak nak mohon jugak kawan2 yang baca ni untuk doakan mak akak ya. Sekali lagi. Terimakasih pada yang sudi mendoakan.

Lepas jumpa pakar tu akak balik KL dan mak balik dgn Puan Alang ke PD. Tapi tahu je lah kan. Semuanya hati tengah celaru. Tak tahu nak buat apa. Lepas maghrib, Puan Alang datang ke rumah akak dgn mak sekali. Bertiga beranak kami cuba tumpang kekuatan masing2.

Semalam abang ipar dgn Puan Alang, pagi2 lagi dah keluar cari sejenis buah tu. Ada orang cakap bagus untuk apa2 ketumbuhan. Akak dah lupa pulak nama buah tu. Jeruju kalau tak silap. Susah nak cari. Pokoknya tumbuh meliar je kat paya bakau. Alhamdulillah ada rezeki. 

Mak akak dah balik semula ke PD petang semalam selepas bermalam sehari rumah akak. Akak harap sangat Allah jadikan buah tu sebagai penawar mak. Akak pun tengah nak cari bahan2 untuk buat sup formula Dr Tateishi tu. Harap sangat Allah permudahkan mak sembuh kali ni.

Semoga Allah tabahkan hati kami menempuh dugaan ini. Mak sajalah sumber kekuatan akak selama ni. Mak saja yang paling memahami akak. Selalunya kalau akak susah hati, belum cakap lagi tapi mak selalunya dah tahu apa yang ada dalam hati akak. Istimewa sangat mak ni sebab dia sering diduga. Sayang sangat Allah padanya. Maafkan akak sebab harus stop disini dulu ya. Airmata dah berjuraian. Kucing2 kat rumah ni pun asik pandang akak je ni. Especially Milo. Faham agaknya.

 

 

024

31 comments:

zard said...

Aidah

in shaa Allah, moga your mom cepat sembuh. moga cepat bertemu penawar yang serasi.

pesanan buat your mom dari kami: mesti kuat semangat ya makcik, jangan mengalah dengan penyakit tu.

Aidah, be strong for her my friend.

Aidah said...

InshaAllah kan Na. I must be strong for her. Tapi semalam bila peluk dia masa dia nak balik, I menangis jugak depan dia. Cannot helplah. Dan mak being mak, siap cakap " Da, jgn susah hati. Jgn fikir banyak2 sangat."
Boleh pulak dia yang tenangkan I di masa dia bertarung dgn penyakit tu. Macam tu lah mak I. Terimakasih Na kerana komen U ni. Sangat menghargai setiap kata2 penguat semangat ni.

~mrs azmi~ said...

moga2 mak akak cepat sembuh ya...

Nini D.. said...

insyaAllah kak.kita sama-sama berdoa moga makcik tabah & kuat menerima dugaan nih.
akak pun harus kuat!.

Dils said...

Semoga Kak Aidah and semua family kak Aidah kuat menghadapi dugaan ni. Susah tengok orang yg tersayang sakit.

Harap2 mak akak clear dari penyakit2 ni.

SYANI said...

Sabarlah... sentiasa doakan yang terbaik..

kasihibu said...

salam kak aidah
sya harap semoga mak akk akan beransur sembuh hendaknya nanti sya cuba cari semula telefon nombor doktor yg pernah sya cadangkan pd kawan sya dulu
arwah mak dia ada kena macam tu dulu
kita cuma berusaha cari yg terbaik untuk keselesaan kan?

tunfatimah said...

As salams...padanla hati i tak sedap je.....mcm rasa ada yg tak kene dgn mak u bila lama sgt u tak menulis. Klu dulu rasa mcm u yg tak sihat....tp tis time...terfikir...mak Aidah ke tak sihat....Sabar ye Aida...keep on berdoa.... n kami sama2 membantu....
Aidah...can i ahve ur address...i nak hantar nufera...enzim yg diformula ka n dr minyak kelapa dara....ada some testimoni from mereka2 yg tak sihat n telah membantu...kita berusaha je Aidah....n bende ni more to a supplements n anti oxidant , so u ambik banyak mana pun tak de memudaratkan In sya Allah....my family mmg pguna tegar ...we all suma ada asthma, i ada fibriod....alhamdulillah....semua makin kurang menyiksakan

Acik Erna said...

assalam Aidah..semoga mak aidah kuek dan copek sembuh dengan iringan doa anak2..Aidah pun kono kuek yo..acik tau..acik boleh cakap yo..tapi In shaa allah..dongan doa dan ikthiar mak aidah akan baik nanti yo

Tijah said...

salam kak. semoga mak akak, akak & family semua dilindungi Allah hendaknya.

Murni Alfathunnisa said...

Ya Allah...sangat terkejut dan berdukacita baca entry akak ni. chek baru balik dan baru mai baca blog akak...

chek doakan mak akak cepat sembuh...semoga segala usaha dan ikhtiar menyembuhkan berjalan baik dan dipermudahkan Allah. sabaq banyak2 kak...

nanti saya cuba tanya2 kan sapa2 yang tau buah jeruju tu...

Irfa said...

kak..moga mak cepat baik
saya juga sedang risaukan seseorang jugak ni..walaupun bukan sedara mara tp dia ialah kesayangan saya.

♚ wonderFURRworld ♚ said...

Allahuakbar..! sebak baca entry ni..teringat mak yg jauh nun di Sarawak..

saya doakan mak akak cepat2 sembuh, diberikan penawar & kekuatan utk dia lawan penyakit tu. In shaa Allah dengan izinNya jua. Akak pun kene kuat jugak k..untuk tenangkan hati dia. walaupun kita x tau ape dlm hati & ape yg dia rasa sekarang ni.

Moga yg baik2 jer utk kita semua, semoga tahun 2013 semua beroleh kesihatan & keberkatan. Amin.

Cik Ila said...

Semoga mak akk, akk n family dikurniakan kesihatan yg lebih baik tuk taun 2013 ni ek... Aamiin....

Aidah said...

Nini,
Terima kasih dik atas doa.

Aidah said...

mrs azmi,
Ya, semoga mak akak lepas dari penyakit ini. Amin.

Aidah said...

Dils,
Kan. Akak paling lemah bila parents sakit atau anak2 sakit. But I have to be strong for her.

Aidah said...

Syani,
Mohon Allah beri kekuatan dan kesabaran. T. kasih.

Aidah said...

kasihibu,
Alaikumsalam. Terimakasih banyak2 dik. Akak pun tengah mencari2 rawatan alternatif jugak ni sebab mak memang tak mahu yang kaedah intrusive. Akak tunggu ya.

Aidah said...

tun fatimah,
Tun, rindu I kat you lah. Lama tak dengar berita. I hope you sihat sentiasa. Sejak akhir2 ni memang dugaan datang bertimpa2 sikit. Tak pe lah kan. Allah tengah beri exam kat family I. I hope I lulus kali ni walaupun sebelum exam tak study pun. Hihihi.
Nanti I tinggalkan my add kat comment form on your blog tu ya. Terimakasih banyak2 kerana sudi membantu.

Aidah said...

Acik,
Acik, saya ni kalau jumpo acik mau moleleh airmato ngadu ngan acik agak e. Bosa dugaan kali ni acik. Lomah badan. Tapi tu lah. Untuk mak konolah tunjuk kito ni kuek somangat kan. Timo kasih acik.

Aidah said...

Tijah,
Timo kasih ateh doa, Jah. Cam tulah kan, hidup. Ado maso didugo. Kono tahan yo lah.

Aidah said...

Murni,
Welcome back, dik. Akak tak sangka sebenarnya. Cepat betul semuanya jadi. Terperanjat jugaklah. Before that pun dia tak demam. Okey ja. Tetiba leher dia ada ketulan yang membengkak. Terimakasih atas doa ya, dik. You take care too.

Aidah said...

Irfa,
Semoga orang yang Irfa care tu lepas jugak dari kedukaannya. Amin. Terimakasih dik atas doa untuk keluarga akak.

Aidah said...

wonderfurrworld.blogspot,
Amin. Terimakasih atas doa. Akak pun harap yang terbaik je untuk tahun baru ni. Tak sangka dihujung 2012 ada berita sedih. Tapi nak buat macamana kan. Sudah tiba giliran Allah menduga kami. Mohon Dia beri kami kesabaran dan penawar untuk penyakit mak ini.

Aidah said...

Cik Ila,
Amin. Akak pun doakan adik sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dan rahmat berganda di tahun baru ini. Amin.

Dinas Aldi said...

Kak Aidah, saya doakan semoga mak akak sentiasa dirahmati olehNya. Semoga Dia akan memberi kesembuhan untuk mak akak, amin. Tak bleh tulis banyak2, nak keluaq ayaq mata jugak..

Isma said...

Salam kak aidah.. susah payah saya online dari rumah pakai berukbeng sbb rasa guilty bila tak dpt comment kat blog akak kalau guna laptop opis tu. Saya dan kekenit sini semuanya doakan moga mak akak diberi kekuatan untuk lawan penyakitnya. Moga cempat sembuh dan ceria kembali..

makchaq said...

Salam Aidah,

Tak terkata.. bila fikirkan mak yang dah lanjut usianya.. harap Aidah tabah dan semoga penemuannya tak seburuk yang kita jangkakan.

Bonda Ryan said...

as salam kak aidah.

~nangis~

kuatkan semangat yer kak, mak akk bergantung pada orang sekeliling, teruskan usaha.doa banyak2. saya dah melaluinya pun hujung tahun 2011. semoga mak akk cepat sembuh dan akk sekeluaga tabah dan terus berfikiran positif.insyaAllah..kita semua di sayangi maka kita di uji.

So Shy Lady (SSL) said...

Ya Allah Ya Tuhan, kumohon agar berilah kesembuhan pd dirinya. Amin